Assalamualaikum
Hari nie bertemu lagi dengan menu masakan dari dapur Puan Kutu. Tadaaaa...Tomyam Campur. Nampak cair kurang mengancam. Kuah turun kebawah tu.hehe..
Misai udang berterabur.haha.. |
Resepi nie untuk hidangan tiga orang yang berperut besar. Aku tak pandai sangat masak tomyam, so aku selalu sesuka hati masak ikut cara aku. Janji en suami suka. Ekceli beliau tengah lapar. Hari nie aku tak masak nasik, jadi habis dihirupnya kuah tomyam nie sampai licin.haha..
Nama pun campur, apa saja bahan yang ada, aku campur sesedap rasa..Resepi nie ada sedikit gabungan asam pedas rebus. Boleh cuba kalau nak bertukar selera. Original resepi suka hati hentam kromo dari aku sendiri.
Resepi Tomyam Campur
Bahan-Bahan
- 100gm daging kisar
- 3 ekor ketam
- 6 ekor sotong sederhana besar dipotong ikut suka
- 3 ekor udang besar punya
- 1 peket pes tomyam Adabi
- Bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering diblander. (aku guna lebih kurang 4 sudu besar, ikut korang nak pedas macam mana)
- 3 batang serai diketuk
- 2 keping asam keping
- Sayur campur ( aku guna lobak merah, kobis bunga dan baby jagung)
- Bawang besar dibelah 4 dan 3 biji tomato dibelah dua. (aku tak letak pun)
- 2-3 sudu besar sos cili.
- Garam, gula dan sedikit serbuk pati ayam maggie.
Caranya, masukkan air dalam kuali sebanyak mana kuah korang nak. Kemudian masukkan peket pes tomyam, sos cili, bahan blander, daging kisar, serai dan ketam kedalam kuali. Tak perlu minyak, cuma masak hingga mendidih. Bila mendidih masukkan asam keping dan semua sayur campur yang telah dipotong. Masak sekejap lepas tu masukkan sotong dan udang. Perasakan dengan pati ayam, garam dan gula secukupnya. Last sekali kalau suka masukkan bawang besar dan tomato..Siap untuk dihidang.
Sungguh enak di makan begitu saja atau dengan nasi dan mee. Aku makan dengan lebihan bowties hari tu. Kalau malas tapi kempunan sila datang rumah aku, nanti aku tolong masakkan.haha..