Pixajoy

Monday, March 31, 2014

Teluk Kemang



Lepas mandi kolam kami balik bilik bersiap untuk checkout. Terlanjur dah datang PD sebelum balik wajib la singgah dekat Teluk Kemang. Sebab dah malas fikir mana tempat nak lunch, terus kami isi perut kat sini. Boleh tahan sedap juga. Orang nogori masak lemak cili api memang meletop la kan. Berduyun manusia makan kat sini. Paling best coconut shake dia sedap. Tak kuasa aku nak beraksi jurugambar di tengah orang ramai. Katanya blogger pun kena kontrol sahsiah jaga reputasi juga.

Lepas makan Aiman request nak kencing pulak. Dah tak pasal-pasal dia baik punya pancut dekat rumput sebelah pokok. Mana kuasa nak cari toilet ditengah panas membahang. Senang kan jadi orang lelaki.hehe. Adik aku je pergi beli T-shirt dan key chain dekat deretan kedai yang ada. Aku tak minat nak membelek takde benda nak beli jadi tunggu kat bawah pokok sambil snap aksi dua beradik ni.



Ini budak comel macam biasa aktif bebenor. Berdiri ke sana sini nak panjat meja segala mak nenek naik semput ibu nak mengepung. 


Aiman kontrol macho je dengan senyuman muka selambak dia ni.


Orang nak bergerak aktif dah dipaksa bergambar, melalak la anak dara aku. Aiman muka rentung sungguh sekarang ni ye. Dahla memang jenis kulit tak berapa nak gebu, kulit jenis cepat sun burn, hari-hari main panas kat playground gini jadinya. 





Aktiviti Mandi Pool



Masih kisah PD. Ada satu dua lagi entry holiday. Walau kisah dah basi kena up juga sebagai kenangan. Lepas ni entah bila lagi nak ke PD pun tak tau. Ingatkan dapat la cinta-cinta hatiku ni berkubang dua kali. Disebabkan hari pertama sampai masing-masing dah letih tahap tak boleh angkat mata, sepetang bersama katil saja aktiviti untuk hari tersebut. Malamnya keluar makan, lepas tu balik sambung tidur lagi.




Esok pagi lepas sarapan nasi lemak dan mee goreng minyak (sepatutnya mee goreng basah) baru sempat ke kolam. Aku memang tak berhasrat pun nak berendam, bagi anak dengan laki mandi sudah.  Mandi kolam dah tentu kena pakai baju mandi yang sesuai. Memang tak sempat beli baju mandi pun, setelah slow talk dengan abang hensem ni, Aiman dan abahnya boleh mandi dengan syarat kena tanggal baju. Kalau ikutkan kena charge RM25 seorang tapi disebabkan kami ada kupon, kira percuma la.


Tarik nafas dan hembus ye kawan-kawan. Sila bersedia untuk tengok anak beranak dugung berendam. Kalau agak macam tak sanggup nak tengok, tutup mata dan terus scrool laju-laju ok.kehkeh





Tu dia like father like son. Seksa baq hang. Jom tengok aksi Afia Imanina pertama kali mandi kolam pulak. Masa aku bentang kolam kat rumah tempohari dia nangis jejak masuk dalam air kan, tak sangka kali ni teruja sungguh. Langsung tak takut dengan air. Berkepuk-kepuk tangan tu tepuk air seronok tak kira. Boleh dikatakan sepanjang masa Afia jelir lidah dalam kolam. Apa motif? sambil mandi sambil curi minum air la ibu oi.  





Kalau dibiar memang tak mau ke darat anak dara aku. Kaki tangan dah kecut tak reti sejuk si bambam ni tau. Sudah mandi ibu bagi Afia makan dulu sementara abah dan Aiman masih berendam. Tengok tu sampai stim dah mata. Nak dekat tengahari belum tidur lagi. Masa dia tidur replace kepada acara main air pulak kan. Jom balik bilik!


To be continued...ahak!





Sunday, March 30, 2014

Selagi Tak Tutup Mata 2



Selagi Tak Tutup Mata

Random pictures aktiviti makan-makan. Bak kata en suami, kita ni habis duit kerana makan je. Katanya nikmat hidup, selagi tak tutup mata kita makan. Waktu sihat sebelum sakit kan. Pun begitu makan kena beringat juga. Walaupun sakit tu ujian, jangan sampai sakit kerana makan sudah. Dah kenapa pulak aku ni?haha..Layan!


Kali ni buat Puding Roti Kukus aku derhaka letak banyak roti. Kat rumah ada kismis tapi aku suka plain macam ni. Aku memang tak suka makan kuih, roti atau kek yang ada kismis. Bagi aku kismis hanya enak dimakan begitu saja. Macam biasa la nafsu tekak yang lebih, makannya tak semegah pun. En suami hadap sorang sikit lagi nak habis satu loyang. Benda ni memang kesukaan beliau.


Nyum-nyum Nasi Lemak Homemade. Sesekali buat sendiri memang best. Mewah dengan lauk pauk lagi. Cuba kalau beli kat kedai. Kau agak sepinggan macam ni berapa? Sambal udang semangkuk tak berapa luak. Aku sekarang dah mula pantang sikit udang dan sotong. Kesian dekat Afia kulit dia sensitif. Aku agak je bila aku makan seafood kulit Afia mula buat hal.


Motif utama nak tunjuk Pulut Udang/Pulut Panggang ni. Tempohari aku dok gian makan benda alah ni sampai setiap hari pergi beli. Makan sampai muak dan sekarang tengok pun tak terliur. Dekat area rumah aku ada satu kedai ni je jual kuih tujuh bijik, RM2. Percaya tak RM2 macam dalam piring ni aku sorang boleh habiskan?ngehngeh... 


Nasi Goreng Bodo Bersate. Menghabiskan lebihan sate yang di beli dekat pasar malam. Aku panaskan semula guna pemanggang ajaib makan dengan nasi goreng bodo untuk breakfast. Malamnya terlalu kenyang sangat, sebungkus pulut durian aku hadap licin. Bab pasar kena salahkan en suami. Beliau yang rambang mata. Bila bini gemuk pandai beliau psiko.haha..


Ikan Nyoq-nyoq Masak Kari Bersama Hati Pari. Hari tu en suami bawak balik ikan nyoq-nyoq putih ni aku pergi masak ala stim. Mana aku tau ikan  ni sedap masak kari. Dah jenis tak kenal spesis ikan. Ambik dua ekor sekali aku masak kari. Tak makan siap!haha..Yang spoilnya hati pari tu dh pecah dalam kuah. Tobat ni first time aku masak hati ikan besar camni. Ada petua tak tak nak bagi hati ikan hancur?Aku rasa aku takde usik sangat pun hatinya masa dalam kuali.

Kalau kenyang tunjuk kepala gajah pun tak terliur. Cuba kalau lapar!




Outing Tanpa Abah



Kisah semalam. Pertama kali aku drive bawak Aiman Afia pergi Tesco. Muka dan gaya macam ganas kan, hakikatnya aku hanya drive dekat-dekat tak pernah pergi jauh. Macam la Tesco tu jauh sangat. Aku selama ni drive tak jumpa banyak traffic light. Sekarang baru agak konfiden nak memanjangkan langkah. Tempohari berani dah ambik en suami dekat bus station. Lagipun bila lagi nak berdikari, selama ni asyik dok bawah ketiak masam en suami apa kes.

Waktu abah ada Aiman sentiasa behave. Sebelum pergi abah dah pesan tak mau mintak mainan. Kata Aiman, "Aiman memang tak mau mainan, Aiman nak beli buku cerita je". Ye ye je kan, cuba tengok kalau abah bagi green light. Selalunya bila abah takde kena guna nama abah sebagai senjata. Buat apa, mintak bukan-bukan ibu report kat abah. So far cara ni sentiasa berkesan.

Alhamdulillah baik-baik saja anak ibu. Aiman dah besar memang banyak membantu. Dia yang jadi tukang tolak troli dan tengokkan adik. Afia sesekali meronta juga dalam car seat, bila bagi benda pegang baru dia leka. Bila dirikan dia dalam troli suka benar. Gedik goyang sana sini. Tapi tak lama sangat suka, lepas tu mintak dukung semula. Jadi la buat ibu melepas lelah.  


Membiarkan Aiman tolak troli sampai aku menonong je ikut dia ke kaunter. Dah baik punya letak barang yang dah tentu lebih daripada sepuluh, adik cashier baru nak cakap yang tu kaunter ekspres. Gasaklah aku buat muka tebal. Nak salahkan Aiman macam tak patut. Tak selalu kot ibu ke kaunter untuk buat bayaran. Selalunya aktif di maybank2u.hehe

Selamat pergi selamat kembali, poket je tak selamat...:)




Saturday, March 29, 2014

Bila Ibu Bershawl



Tahun lepas dah posing dengan shawl pemberian ina. Masin mulut aku kata tahun ni baru berkesempatan kot gayakan shawl pemberian yana. Setahun lamanya simpan dalam almari, masa dekat PD nak checkout tempohari baru aku sempat pakai. Ni pun aku paksa adik aku iron.haha. Afia tidur so dua beranak yang membulat ni je berselfie. Aiman apa hal entah masam je muka. Ibu syok sendiri nampaknya. Sibuk sangat nak enterframe lion dia. Jumpa lion ni dekat kedai bundle, 5 ringgit je. Kalau mahai tobat pak hang tak bagi beli.hehe..




Menunaikan permintaan yana untuk tempek kat blog bila aku dah pakai. Ok la kan sesekali puan blog tayang dagu berlapis. Tengok puas-puas ye yana. Dari jauh sampai sedekatnya aku bagi. Jangan muntah nanah sudah!




Hadiah Kemenangan



Hadiah kemenangan Mega Giveaway Intan Berlian telah selamat menjadi hak milik. Baru semalam sempat pergi ambil dekat pos laju. Seminggu ni jadual kerja padat. Katanya busy mengalahkan menteri. Benda dah sampai lama, tapi masa tu kan aku berholiday sakan. Kecewa agaknya abang posmen datang aku takde kat rumah.kehkeh..



Lawa tak? Siapa berani kata tak lawa? Aku tak pasti apa material, nak kata cotton bukan, gorjet pun macam bukan. Kain dia kira just nice senang nak membentuk, tak keras dan tak licin. Lagi satu shawl ni jenis tak berkedut, sesuai sangat untuk orang malas.ngeh ngeh. Yang aku lagi suka, hujung dia berlekuk cantik. Shawl yang aku ada hujungnya semua rata. Ke aku yang dah ketinggalan fesyen? 

Mungkin ni shawl paling mahal aku pernah ada.kahkah..(gelak besar katanya kemut, tudung harga seploh hinggit je mampu beli, dapat yang ni terus buat lompat bintang). Shawl pun aku dah jarang pakai. Jangan kata nak bershawl, nak iron baju tak sempat, pakai baju apa pergi kerja pun tak dan fikir dah macam dulu. Dulu sempat gak atur baju apa nak pakai. Sekarang ni lepas mandi baru bukak gobok terus ambik baju yang agak tak berkedut. Kalut serupa anak sedozen.hehe.. 

End of membebel, TQSM Ina Intan Berlian. Semoga Allah merahmati dan membuka pintu rezeki seluasnya untuk ina sefamili.




Friday, March 28, 2014

Sarapan Roti Salad Sedap



Aku memang suka makan roti salad. Benda ni kira nostalgia zaman bercinta waktu makan kat mamak.haha Ini pertama kali aku cuba buat roti salad sendiri. Macam biasa la aku punya version mesti ala-ala bodo bahan mengikut apa yang ada didapur sahaja. Salad pun takde, berani aku namakan sebagai roti salad. Yang penting roti canai homemade ok! Sihat dan air tangan ibu. 

Sesuai ni untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Adunan roti canai biasanya aku buat banyak-banyak simpan dalam peti ais, bila nak makan tinggal penyek-penyek (tak tebar pun.huhu) pastu goreng. Aiman kalau lambat ke sekolah pun sempat lagi ibu balut dengan tisu makan atas moto dalam perjalanan.hehe

Resepi roti canai homemade kat SINI. Untuk inti ikut suka korang nak letak apa. Kalau ada daging or ayam, udang ke sotong pun boleh taruk. Sebetulnya kena ada salad segar menghiasi. Yang aku buat ni just guna timun pun dah sedap gila. Aku cuma tumis bawang, masukkan kentang, masuk air biar kentang empuk dan air kering kemudian masuk karot+ sosej+serbuk kari+sedikit gula dan garam.  


Bila inti dah siap taruk dekat tengah-tengah roti canai, letak sos dan moyones pastu gulung.


Ni gulungan roti yang dah siap disaladkan. Aku sengaja buat roti canai besar senang nak gulung, makan sebijik dah sengkak perut baq hang.


Tada! Siap untuk di jamah. Kalau agak malas sangat tu boleh juga guna roti canai segera. Aku kan rajin.hakhak..






Thursday, March 27, 2014

Corus Paradise Resort Port Dickson



Aku nak review sikit resort yang kami dok masa kat PD tempohari. Parents kawan adik aku dok sini, jadi adik aku pun dok promote kata tempat ni ok. Sebelum aku pegi dia siap pm gambar bilik dekat facebook. Aku ni jenis tak kisah la sangat janji ada tempat tidur. Kalau en suami pulak wajib kena ada kolam renang. Tiga tahun lepas kami chek in hotel dekat area Teluk Kemang memang jalan kaki je ke pantai tu pun tak teringin langsung mandi laut. Berkubang dalam kolam juga. Dasar jakun jumpak pool, orang kampung katakan.haha

Corus Paradise Resort ni jauh sikit dari Pantai Teluk Kemang, dalam 10 km gitu. Area PD bagi aku bukan ada apa sangat cuma terkenal dengan pantainya je kan. Tu pun pantai tak bersih mana. Kalau nak mandi laut lebih baik pergi Pangkor. Adik aku yang tiga tahun dok sini pun mati kutu tak tau mana tempat nak teroka. Siapa orang PD jangan terasa double meaning pulak.hiks


Resort yang kami duduk kira macam kondo 2 bilik, semalam RM130 sahaja. Ni pun deal dengan budak yang sama parents kawan adik aku tu. Yang parents kawan adik aku dok tu bilik kecik sikit dari kami. Harga mungkin berbeza kot. Dia kira macam ulat tiket tu tak payah pergi lobby daftar bagai sampai je budak tu dah tunggu depan resort terus tunjukkan bilik dan bagi kunci. Kami check in dulu tinggalkan Ain dekat poli sebab dia nak pulangkan jubah, ambik transkrip and so on. Nanti Ain dah selesai dia pergi ambil barang dia dekat hotel pastu kawan dia hantar sini.


Acu Ain dan anak-anaknya dimuka pintu. Masa kami datang bukan weekend dan belum cuti sekolah jadi banyak bilik kosong. Aku perasan macam kami je kat area kondo ni tak ada orang lain. Yang penting balkoni belakang ada view laut pastu bilik pun dekat dengan pool.


Bilik tidur utama. Sampai bilik pun tak boleh nak tidur jugak melayankan si chubby dan si bambam. Melompat tergedik-gedik atas katil dua beradik tu baru keluar zoo katakan. Memang dah lama tak jalan jauh. Ini kira macam first time travel paling jauh untuk Afia. Berjam-jam gak aku tahan mata sampai akhirnya Aiman dan Afia tertidur barulah ibunya dapat lena dengan aman.


Bilik tidur kedua. Yang ni port tidur Aiman dan Acunya. En suami dah rasmi dulu, bukak air cond kuat-kuat dengan tak pakai baju tidur mengangkang dalam bilik ni. Kasi chance en driver berehat melepaskan lelah. Beliau memang bijak, aku gak yang kena hadap dua ekor kanggaroo comel dekat bilik tidur utama.hehe


Ni area ruang tamu. Cik pia macam biasa kalau tak menyelongkar je kerjanya. Pantang dibiar habis satu rumah dia mop. Dah la lantai tak berapa nak bersih sangat. Ada sedikit kureng disini. Aku datang nak holiday tak hingin aku nak pegang penyapu. Kat rumah hari-hari dah jadi maid tak berbayar.


Kawasan dapur. Mangkuk cawan polisterin dia bagi. Oklah dari takde!huhu..Peti ais tu bila aku tansfer makanan Afia dari cooler bag masuk dalam, dari atas sampai bawah beku. Aku letak air nescafe tin tak habis minum dekat highway pun membeku dengan jayanya. Boleh gak la dari takde!



Kawasan bilik air pun tak bersih. Air takungan tu entah bila tahun tak replace. Geli je nak guna getah paip berlumut dok dekat dalam kolah. Rela aku tahan berak. Aku kencing pun dekat area tempat mandi yang ada pemanas air ni.haha..


Ni aku snap view laut dari balkoni belakang. Hari kami check in air laut surut, esoknya baru nampak cantik bila air laut dah pasang.









Eh puan blog tintong pun nak enterframe. Clap ur hand Afia kerana ibu sibuk pandang kamera tak peduli si bambam.huhu..Semuanya view dekat area resort. Lawa gak la cuma bilik je agak berhabuk sikit. Bayar RM130 je lagi mau komplen banyak plak. Apa pun sepatutnya kena utamakan kebersihan la kan. Overall not so bad, padan la dengan harga.



Kolam renang. Continue nanti dengan acara berkubang. Korang hadap je la gambar berkepuk lagi ni nak keluar.






Wednesday, March 26, 2014

Fruit King Burger Untuk Birthday Boy




Cerita basi gak ni. Balik dari PD kami terus hantar Acu Ain dekat kampung (Nibong Tebal). Kebetulan malam tu birthday Aiman, jadi singgah makan dekat Parit Buntar. Setiap tahun memang tak pernah miss belikan kek bila tiba hari lahir Aiman. Kali ni je kita buat kelainan sikit, abah dan ibu belanja Aiman makan burger besar. Birthday boy memang jenis tak kisah, hadiah pun tak pernah request. Sejuk hati ibu mengandungkan Aiman.kehkeh..

En suami yang sebenarnya nak sangat makan charkoteaw. Along Charkoteaw tempat kami selalu pergi tu charkoteaw dah habis. Mana taknya sampai kat Along dah pukul 11.30. Pilihan yang ada cuma Omaq Charkoteaw. Mengikut tekak aku Omaq ni rasa dia boleh tahan tapi tak boleh lawan Along.  Along ni kira charkoteaw paling femes dekat PB, kadang customer sampai berdiri menunggu orang habis makan sebab tak cukup kerusi meja.

Lokasi dekat Pekan Lama PB berdekatan jam besar. Sebab tekak en suami sorang je nak makan charkoteaw, kami ke Fruit King. Yang bestnya Fruit King ni dia boleh tolong orderkan charkoteaw untuk kita. Dah apa hal pula aku cerita pasal charkoteaw kat sini. Jom layan birthday boy dengan Burger Fruit Kingnya.




Yang kami order ni sebijik RM35. Burger besar ni boleh makan dalam 6 orang. Sebab kami ni perut besar-besar belaka, licin jugak kami kerjakan 4 orang. Lepas tu ada rasa macam nak muntah balik. Sapa suruh isi perut melebihi muatan kan. Tapi kira puas hati la daging tebal, roti burger pun sangat lembut. Sos dia kalau lebih umphh sikit, mesti lagi mengancam. Keseluruhan rasa not bad. Mengalahkan Chef Jo tak aku komen?muahaha...


Yang ni donut Acu Ain belanja. Beli kat Hentian Tapah. Kedai pun dah nak tutup jadi tak banyak pilihan belasah apa yang ada. Macam semua je perisa coklat tapi teruja jugak nak tempek sini baq hang first time makan Dunkin Donut. Mari gelakkan mak birthday boy.hakhak


Akhirnya malam kedua kat Penang dapat gak pekena charkoteaw Along. En suami dengan abang aku je makan kat kedai. Afia dah tertidur. Aiman pun tidur awal keletihan sangat pi mai pi mai ikut Pak Ndak dia di siang hari. Aku makan yang tapau punya. Entah kenapa rasa dia macam kureng banyak macam aku selalu makan. Ke aku dah kenyang sangat petang tu dah melantak mi rebus satu setengah bungkus.haha 


Seminggu cuti aku makan tak kira kalori semua benda aku bantai. Jajan coklat masa kat highway dah jadi makanan ruji. Hebat tak hebat berat naik dekat 2kg jugak la. Selamat kontrol makan ye PK, cuti dah habis!





Tuesday, March 25, 2014

Konvo Acu Ain



Tujuan utama kami ke Port Dickson untuk menghadiri konvokesyen adik bongsu aku, Ain. Konvo pada 18hb3, dah seminggu rupanya baru hegeh nak up entry. Malam Isnin tu en suami still kerja, kami bertolak pukul 3 pagi. Tintong aku tak tidur. En suami pijak bumi pun tak terasa dek keletihan. Sempat tidur sekejap je dekat hentian. Ain dah bertolak awal sebab sebelum tu dia ambil jubah dan ada sesi raptai. Masa kami sampai Ain dah selesai naik pentas. Kalau sampai awal pun sorang je boleh masuk dewan, nak menapak tunggu dalam kepanasan lagi. At least sampai juga kami meraikan kejayaan Ain. 




Kami cuma sempat bergambar sekeping ni je sebelum check in resort. Muka masing-masing memang comot tak mandi. Kamera aku pun tinggal dalam kereta. Nak berselfie mood memang kelaut Teluk Kemang. Nampak katil je di segenap sudut.hehe



Tahniah Ain kerana dah berjaya genggam segulung diploma. Tahniah juga kerana cemerlang dan menerima anugerah ketua jabatan (dekan setiap semester). Ada rezeki sambung belajar lagi. Semoga perancangan masa depan dipermudahkan.