Pixajoy

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday : Mangsa Fesyen







Monday, February 27, 2012

Resepi Kuih Keria


Kuih paling aku suka adalah popia goreng. Walaupun sangat suka, rasanya seumur hidup sekali je aku pernah buat. Secara jujurnya aku memang fail bab buat kuih. Aku hanya pernah buat kuih donut, karipap dan keria. Oh ye pernah sekali buat bengkang, ketayap dan burger Malaysia tapi tak berapa menjadi. haha. Lain-lain kuih yang complicated boleh beli kat kedai kalau nak makan ye..

Perut mula berkeroncong bila suasana sejuk begini. Cuaca di SP mendung sebab baru lepas hujan. Tiba- tiba teragak nak makan kuih ni bila tejumpa gambar dalam folder. Suka aku tangkap gambar kuih aku buat sebab aku jarang buat kuih. Maaf ye dalam besen je.hehe..




Apa kata aku tambah resepi dekat ruangan aneka resepi. Good idea untuk blogger miskin yang ketandusan idea menulis kerana semua punca untuk menangkap gambar buat modal entry telah lingkup. Takziah buat kamera, handphone aku dan handphone en suami juga (sudah jatuh ditimpa tangga).

Berbalik pada resepi Kuih keria. Bahan-bahannya cuma keledek merah, tepung gandum, garam dan gula aising.  

Caranya bersihkan keledek, rebus dan lecek. Kemudian gaul sebati dengan tepung dan garam. Pandai-pandai la agak jangan sampai keras sangat, jangan pula terlalu lembik sampai adunan melekat. Lepas tu boleh la di bulat-bulatkan adunan dan buat lubang dekat tengah. Panaskan minyak dan goreng. Lepas sejuk boleh sira dengan gula aising. 

Kalau rajin boleh masak gula dengan air hingga kering, lepas tu masukkan keria, balik-balikkan supaya keria diselaputi gula. Emak aku dulu selalu kisar gula dengan blander kering tu je. Aku bantai gula aising sebab kurang manis. Tak mengaku malas sebenarnya.keke..Kuih peberet korang?


*Jeles tengok adik ipar aku yang dulu tak reti nak masak apa langsung sekarang dah boleh jual kuih. Kakaknya jugak tak pandai-pandai buat kuih. Makan tahulah.hehe..







Sunday, February 26, 2012

Terlebih Pandai



Aku dekat tempat duduk belakang. 


En suami sedang qado hajat barangkali. 


Mak tok Aiman juga ke tandas. 


Aiman tengah ambik angin dekat luar. 


Tok Wan Aiman dekat tempat duduk pemandu, bersedia untuk tukar shift dengan en suami.


Ini cerita balik kampung tempohari. Lokasi dekat hentian mana pun aku dah lupa. 


"Aiman..ambik botoi ni buang dekat tong sampah" 


Si chubby mengambil botol mineral diberi Tok Wan kemudian meletak semula dekat tempat duduk sebelah driver.


"Ni untuk kertas je wan!"




Aiman tunjukkan gambar orang buang sampah yang tertera dekat tong. Benar gambar sampah tu macam kertas, tapi bukan tong kitar semula. Tong sampah biasa yang warna biru tu, aduh aku nak explain pun susah. Korang imagine la sendiri.


"Buang cepat! satgi abah mai kena la.." 


"Isk..Tak boleh! ni untuk kertas je!"


Ugutan Tok Wan menggunakan nama en suami tidak dilayan. Aiman buat bodoh. Wajah serius jelas menunjukkan dia sedang marah. Sebolehnya dia tak mahu buang botol air mineral dekat tong sampah. Mana dia tahu ada tong untuk buang kertas aku pun tak tau.


Tak lama lepas tu.


"Tu dia abah mai dah.."


Kelam kabut Aiman bukak pintu kereta dan ambil botol mineral kemudian terus buang dalam tong sampah tadi. Tok Wan dan aku ketawa gelihati.


Tahu takut! Susah betul la kalau ada anak terlebih pandai.hehe..




Kalau Aiman refuse ikut arahan, guna je nama en suami. Mesti dia takut punya.



Saturday, February 25, 2012

Set Siang Safi Rania Gold



Bermula usia 25 tahun, tahap kolagen badan akan mula merosot pada kadar 1.5 % setiap tahun. Kesannya, otot hilang kekenyalan, kedutan mula terbentuk, kulit menjadi kusam dan kurang anjal. Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. 


Memang selama ini kurang menjaga kerana merasa perasan kulit sendiri masih masih muda remaja walhal sudah melewati kemerosotan kolagen. 


Ke Tesco malam tadi mendapatkan Set Siang Safi Rania Gold kerana pengaruh Misi Rania Gold Kakyong. RM 48.80 sangat mampu milik rasanya untuk memiliki kulit idaman.


Pembersih, toner dan serum untuk permulaan. 






Pada dasarnya mahu membeli pembersih dan toner saja. Bukan berkira tapi berkira-kira kalau tidak sesuai dengan kulit muka. Kalau serasi akan segera memiliki Krim Malam dan Skrub pula. Berangan juga dengan Krim siang dan Krim mata. Bila tersedar diri hanya beria pada mulanya, barangkali langsung tidak praktikal. Krim kecantikan tak mampu berangan kerana Marykay dan Naturactur pun belum luak. 


Dasar malas tapi nak cantik!




*Korang pakai produk apa?











Friday, February 24, 2012

Kerana Sihir



Sihir itu berdosa besar. Semua orang pun tahu. 


Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan. Kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. 


Nauzubillah..


Dorongan hasad dengki punca beliau terkena sihir. Beliau berumur tiga puluhan, lemah lembut dan kecil molek orangnya.  Melalui cerita beliau, si polan dan si polan itu yang berjaya menghuru harakan hidupnya. Kalau aku terjemahkan satu persatu, berdiri tegak juga romaku. Cukuplah aku katakan beliau masih dalam proses pemulihan menggunakan perubatan Islam.


Penghijrahan tempat kerja kira-kira 9 bulan dulu seperti terkena kejutan budaya rasanya. Banyak cerita yang tidak sedap aku dengar. 

"Akak cuma nak pesan, kalau si polan dan si polan tu bagi apa-apa hati-hatilah..Depa ni suka bagi makanan. Kalau dah kena susah nak berubat. Terpulanglah nak percaya ke tak..akak cuma nak pesan, sebab hang orang baru, tak tau lagi orang kat sini macam mana perangainya.."


Hal ini keluar dari mulut akak kecil molek tadi.


Semalam aku terpaksa menipu bila si polan bertanya tentang makanan pemberiannya. Sampai sekarang aku masih mengambil langkah berhati-hati. Sudah beberapa kali pemberian daripada si polan dan si polan itu menjadi jamahan tong sampah. Aku kira ini saja langkah terbaik.  


Bukankah menipu itu satu dosa? Bagaimana kalau pemberian si polan dan si polan itu sebenarnya ikhlas? Rezeki yang selalu menyinggah di tong sampah itu bagaimana pula hukumnya? Semoga Allah ampunkan dosa aku.













Thursday, February 23, 2012

Dugaan Buat Afi



Sebagai manusia kita mesti terus menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT. 


Percakapan ditelefon dengan adik beliau Aishah, kedengaran sayu. Aku jarang melihat beliau menangis. Aku tahu kaum adam bukan murah dengan air mata.  Hari ini aku nampak matanya merah. Bukan mudah air jernih menitik kalau hati lelakinya tersentuh. Aku memasang telinga untuk menangkap butir bicara mereka. Kedengaran perkataan sabar disebut berungkali. 


Benar kita tidak tahu apa yang Allah telah aturkan buat kita. Perancangan dan impian kita bukan semuanya akan terjadi indah. Tetapi sebagai hambaNYA, jangan kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. 


Mungkin ini dugaan buat Afi, dugaan buat kami sekeluarga juga.

Aiman dan Adik Afi

Mata adalah deria yang sangat berharga untuk menikmati segala keindahan alam. Untuk mengetahui, memahami dan mentafsir dunia luar merupakan fungsi otak, dikecapi dengan mata. Pemeriksaan doktor mengesahkan Afi tiada anak mata di kedua-dua belah. Beberapa hari lagi Afi akan ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Berita tentang Afi memang mendetik kesedihan kami sekeluarga. Buat Aishah dan Nizam, tabahlah berdepan dugaan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Muhammad Afi Nazwan.







Wednesday, February 22, 2012

Kembali



Salam Bahagia.


Lama aku tak update. Terima kasih pada semua yang mengucapkan takziah dan pada korang yang tak jemu datang dan komen blog aku. Aku dah selamat sampai kerumah sejak malam Isnin tapi belum berkesempatan nak mengetuk keyboard. Semalam pun aktiviti mendobi terbantut dek keasyikan membuat taik mata. Hari ni sepanjang hari bermalas-malasan dan enak sekali ketiduran. Penat tak habis lagi, macam aku ja yang drive kan.hehe.. 


Kepala masih lagi blur, makanya aku pun malas nak bercerita panjang. Nanti aku akan jengah korang perlahan-lahan. Buat yang merindui Aiman, ini gambar pengubat rindu.haha..Sila abaikan tangan gegar Usop Wilcha dan rumah yang macam tongkang pecah.











                                                








Monday, February 20, 2012

Giveaway Tahun Baru 2012

* ENTRI MELEKAT. SILA SKROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI


Terbuka untuk semua bloggers Malaysia, Singapore, Brunei (mesti ada blog @ at least FB)


Juling tak tengok hadiah utamanya? 
Banyak lagi hadiah menarik.
Apa tunggu lagi?
KLIK BANNER yer kawan-kawan.!









                                

Friday, February 17, 2012

Perginya Seorang Nenek



Assalamualaikum korang. Short update je. Malam ni aku baru berkesematan nak online. Aku balik Johor dalam keadaan tergesa-gesa. Nenek sebelah en suami meninggal dunia Rabu lepas. Tahlil selama tiga hari selesai sudah. Insyaallah esok pagi aku akan bertolak ke Pahang, rumah adik ipar dan bermalam disana. Isnin nanti baru balik Kedah. Hari Selasa malam aku dah mula kerja. Terima kasih pada korang yang sudi singgah blog aku. Insyaallah aku akan balas jejak bila keadaan kembali tenang nanti. Al- Fatihah buat aruah nenek.




*Buat ladybird,  akak sihat je. Lama tak update sebab balik kampung. Terima Kasih sebab take care.hehe..












Tuesday, February 14, 2012

Good Night Song For Aiman



Sekarang Aiman lagi suka aku bacakan buku cerita untuk dia, jarang dah ada aktiviti menyanyi sebelum tidur. Tapi ada sebuah lagu yang aku selalu nyanyikan untuk Aiman sejak Aiman masih baby. Bila Aiman dah pandai cakap, setiap malam dia mesti mintak aku nyanyikan lagu ni.





Try to sleep now,
close ur eyes, 
try to think of tomorrow.
All of us, wish you Good Night.
So I'm switching off the light.
One more hug, one more smile. 
Kiss u one, kiss u twice.
I'll be here, 4 a while,
Try to sleep now and close ur eyes...
GOOD NIGHT..


Aku sedar suara aku ni macam katak, tapi aku percaya bahawa suara ibu adalah suara yang paling indah buat Aiman. Aku juga percaya menyanyi untuk anak sangat banyak manfaatnya. Dengan bernyanyi, kita secara tak langsung memberi didikan kepada anakmelatih kecerdasan muzikal, kecerdasan verbal dan emosi mereka. 

Kecerdasan verbal ditemui dari kosa kata yang terdapat di dalam sebuah lirik lagu manakala kecerdasan emosi berkait rapat dengan pengolahan perasaan dalam diri anak. Menyanyi juga bukan sekadar mengeratkan hubungan antara kita dan anak, tapi lebih daripada itu. Bila batin antara anak dan ibu sangat kuat, Insyaallah akan mempermudahkan kita memberi didikan kepada mereka apabila dewasa nanti.(harap-haraplah)


*Anak korang ada lagu kegemaran?









Dear Diet



Mood agak tersesat kehutan belantara, makanya ekoran ENTRI INI,


Sejak sebulan yang lalu, aku tekad hendak mula berdiet. Tapi diet jenis apakah bila aku cuma mengurangkan jumlah nasi untuk lunch ditengah qembang (tengahari), yang lain semua aku bedal. Makan lauk toyu (kicap) dengan ikan goreng temenung pun sedap! Aku ni dah la suka skip untuk menyoqok (sarapan pagi). Kata pakar nutrisi, menyoqok tu wajib diambil kalau berdiet. Sungguh tak berkesan cara aku ye.


Orang dulu baguih sungguh tak payah bersenam sebab hari-hari dok dalam keleboq (lumpur), buat kerja bendang. Aku ni hari-hari dok dalam aircond. Dah la aku takdak  qiang (tenaga) untuk buat senaman. Alasan ja tu sebenaqnya malas! En suami kata jangan dok meqhela (gatal) sangat nak diet sedangkan beliau gak dok kata aku gemuk! Surat dibawah aku tulis buat tatapan,  





* Pandai gak korang kebanyakan faham loghat utara. Ayaq caq tu korang tau ke apa?hehe..




                                                



Sunday, February 12, 2012

Loghat Utaqa


Maap noo pada hangpa yang aku tak dan nak p teqejah lagi. Aku nak p masak dulu na. Satgi petang aku sambung BW. Pekat pulak loghat utaqa aku aqi ni. Ni semua pengaquh ceqita ni la.haha..



Hangpa yang bukan oqang utaqa tu faham ka? Senaraikan perkataan yang hangpa tak faham, nanti aku tuisyen utaqa kat hangpa.kehkeh..















Saturday, February 11, 2012

Terima Kasih Puteri



Alhamdulillah beta baru selesai bersantap koteaw goreng bersama si montel yang sentiasa menjadi wajah kesayangan beta. Sementara anaknda beta sedang kelemasan bersama playstationnya, izinkan ibunda pula mengupate blog. Kehilangan beta selama dua hari adalah kerana pemergian beta ke kenduri Sambutan Maulidur Rasul dikampung, arakian beramas mesra bersama sanak saudara lalu memusnahkan impian beta untuk menahan kerakusan nafsu dek hidangan santapan yang begitu menyelerakan. 


Terasa janggal aku berganti nama beta segala kerana sungguh aku tak pernah berangan inginkan hidup sempurna seperti Puteri Raja di Istana Cinta. Aku hanya wanita kebanyakan yang menghargai sedikit ujian dalam kematangan, menerima pelangi kehidupan yang tak seindah dengan rasa syukur dan inginkan sebuah cinta dilalui tenang bahagia disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah.




Menyelit intro berjela pula sedangkan ini hanya entri penghargaan untuk Tengku Puteri. Terima Kasih Puteri kerana menghadiahkan doodle yang secomel tuannya. Doodle ini adalah bersempena penglibatan aku sebagai penganjur Contest Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu tidak lama dulu. Kalau ada yang berminat untuk mendapat sentuhan Puteri, sila ke blog beliau! Nak berkenalan pun boleh. Not available but still single ok.hehe..








Harapan Ini


" Kalau nak dapat anak perempuan adha tunggu anak kak la pasal tetek Aiman kedalam, Irsyad puting keluaq. Mesti anak laki.."

Aku segera menyangkal dengan ketidakpercayaan. Langsung tak lojik dek akal! Aku kira kata-katanya tidaklah kolot, tetapi ini fakta yang terlalu kuno. Sahih itu semuanya cuma kebetulan. Realitinya memang menjadi impian dan semoga harapan ini masih ada. Jawapanku sinis dengan tawa kecil,

"Kalau ya pun entah bilalah! " 

"Betui kak..ramai orang yang kata macam tu, selalunya memang macam tu.."

Entah pendita mana yang mula mencipta lalu diturunkan hingga majoriti masyarakat melayu percaya. Manusia zaman moden pun ramai juga yang setuju. Sama juga seperti,

" Kalau pusat ke dalam, jodohnya orang jauh, kalau sebaliknya jodohnya mesti orang dekat.."

Aku mentafsir fakta kuno adik ipar sebagai mempercayai kebetulan. Tiada lain yang perlu kita yakin selain kuasa Maha Pencipta, qado dan qadarnya dan rezeki itu yang utama. Namun harapan ini tetap bersemi indah!hehe..


Dua hari tak mencoret adakah yang missing sama aku?kehkeh..





Wednesday, February 08, 2012

Wordless Wednesday : Kancil Betina







Tuesday, February 07, 2012

Jawab Telefon Mesti Berhemah


Soalan: Hello, mak ada rumah?
Jawapan: Mak takda rumah. Abah ada pasal rumah ni abah yang beli.

Tekanan juga bila lain yang ditanya, lain pula dijawabnya. Kalau aku? Wajiblah bengang.. Gelihati ada juga!

Aku yang setiap hari mengadap panggilan telefon perlu  sentiasa bermanis mulut gula-gula sebalang walaupun kadangkala terpaksa menahan telinga mendengar amarah juga ketidakpuasaan. Bukankah Petugas barisan hadapan melambangkan persepsi pertama orang ramai terhadap sesebuah organisasi? Bunyi macam best sangat. Tidak lama lagi akan dijumudkan pula hingga hilang sudah keistimewaan pada nama walaupun tugas hakiki ternyata tak akan berubah. Barangkali..

Selingan.haha..Rindu sama KDSI!

Syukur gaji naik ye. Kan best kalau soalan pelanggan boleh jawab begini :

Soalan: Hello, may I speak to Puan Kutu please?
Jawapan: Maaf. Sini bukan balai polis.

Soalan: Hello, siapa disana?
Jawapan: Ntah. Saya kat sini, mana la saya tau siapa dekat sana..

Soalan: Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan penyelia?
Jawapan: Nak cakap, cakap je ler. Buat apa tanya saya?

Soalan: Selamat petang, boleh sambungkan saya ke nombor 2323?
Jawapan : Maaf cik, nombor tak boleh disambung, hanya boleh dicampur.

Soalan : Boleh saya bercakap dengan Siti Nurhaliza?
Jawapan : Maaf. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya. Terima kasih.

Soalan : Hello, tolong panggilkan saya nak bercakap dengannya.
Jawapan : Sila panggil sendiri. Saya sibuklah. Maaf ye cik.

Soalan: Hello..
Jawapan : Hello. Pusat sakit mental disini. Encik ingin mendaftar?

Soalan: Hello, saya nak tumpang bertanya.
Jawapan : Maaf. Ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan : Selamat tengahari, betul ke ini nombor 4323421?
Jawapan : Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan : Waalaikummussalam..(papp!..Terus letak telefon. Salam kita wajib jawab kan)

Jawab telefon mesti berhemah. Berangan bolehlah.hehe..


SUMBER ASAL : http://nizarazu.com/


                               


Monday, February 06, 2012

Menjaga Kesihatan Diri





* Mood malas menaip.keke..



                                               


Video Tahniah Untuk Lisa Dan Yusry



Tahniah Buat Yusry dan Lisa! (budget macam depa baca ja blog aku). Aku minat juga Lisa, tapi bukan kerana lakonannya, aku minat juga Yusry, tu pun sebab membesar dengan lagu KRU. Best woo layan lagu KRU masa zaman muda-muda dulu.hehe.. Tiba-tiba terjumpa video nie. Jangan buat satu ye..buat sepuluh! Kalau semudah yang dikata alangkah bagusnya Pak Nil! Aku ni dua pun tak lepas.








Sunday, February 05, 2012

Mihun Goreng Sotong



Aku nak tempek resepi mihun kat sini, mana tahu berguna untuk anak dara yang baru nak belajar pegang sudip selepas pakwe beliau yang sangat suka makan mihun goreng inginkan seorang isteri solehah yang pandai masak mi setanding doktor gigi Masterchef Malaysia. Sumpah aku melalut, aku buat mihun yang tak semegah pun nak masuk blog. Ini namanya entri ketandusan idea dek kebosanan.haha..

Oh ya bakal isteri-isteri solehah yang baru nak belajar pegang sudip sekelian, bahan paling utama adalah mihun yang direndam semalaman kemudian ditoskan. Nak rendam sekejap pun ikut sukalah tapi pastikan semasa menggoreng mihun, sila masukkan air panas supaya mihun tidak keras seperti rambut Kak Limah Balik Rumah yang sudah seminggu tidak dishampoo. Kalau rasa malas tapi nak maintain solehah, sebelum goreng boleh je siram mihun dengan air panas. 

Selepas itu kita perlukan bawang putih, bawang merah, halia dan lada kering yang di kisar. Bahan perasa seperti gula, garam, serbuk pati ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap di lupa jangan. Sediakan sotong yang telah dipotong kecil dan juga sayuran ikut kesukaan seperti lobak merah dan taugeh

Bila semua bahan telah tersedia, panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnyaMasukkan bahan kisar tadi dan masak hingga naik bau. Kemudian masukkan pula semua bahan perasa, sotong dan lobak merah. Masukkan mihun dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan taugeh. Kacau sebentar kemudian tutup apinya. Siap sudah mihun goreng sotong!

Hidangkan dengan telur atau sosej goreng. Kalau tak ada lauk Aiman memang tak hadap nak makan tahu.hehe..


* Nak p balut buku sekolah Aiman, esok dah nak sekolah baru terhegeh-hegeh..:)