Salam hari Jumaat.
Empat hari di bulan Mei aku belum berkesempatan mencoret sesuatu di blog tintong ni. Terima kasih pada korang semua yang mendoakan kesihatan aku. Alhamdulillah hari ini aku sudah sihat selepas diserang demam selama dua hari. Selsema berlarutan hingga beberapa hari lalu virus malas menumpang sama hingga tidak berupdate berhari-hari. Banyak yang aku mahu cerita tapi tak tahu nak mula dari mana dan bagaimana. So tak payah cerita senang.haha.. Aku akan BW perlahan-lahan. Ada ke yang merindu komen dari aku?hoho..
Sekadar perkongsian hari Jumaat buat para isteri :
Siapa pun kita, apapun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. Kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat kita ikat dari sana. Fikiran yang selalu terfikir untuk menyiapkan apa yang boleh hidangkan untuk suami tercinta, Pahala untuk kita akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.
* Balik kerja kejap lagi nak masak spageti untuk en suami dan Aiman. Sebenarnya sendiri yang nak makan (samalah tu.hehe...)