"Saya hanya nampak dia tenggelam timbul sambil tangannya terkapai-kapai. Saya cuba untuk membantu, tetapi tak berani kerana tali air itu dalam,” kata Muhammad Farhan Zamri, 10, abang kepada Muhammad Fardinie, 5, yang lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Sungai Lintang, dekat sini, petang kelmarin.
Berita dari Metro semalam. Baca seterusnya kat SINI
Terkejut juga mendengar berita tentang ni. Kebetulan Isnin lepas aku yang bertugas petang. Aku ada terima panggilan kebajikan minta sambungan anak anggota meninggal. Tapi tak tahu pulak siapa sehinggalah mendengar berita nie time jamuan raya semalam. Rupanya yang meninggal adalah anak kepada salah seorang anggota tentera tempat aku bekerja yang sangat aku kenali.
Pada korang yang dah lama mengikuti perkembangan aku mesti tahu yang sewaktu aku mula-mula pindah ke Sungai Petani dulu aku ada masalah tentang rumah. Koperal Zamri merupakan anggota yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai penempatan kuarters. Beliau yang sering membantu sehingga aku dapat masuk rumah. Kiranya orang pertama yang aku kenal kat sini. Secara kebetulan lagi bapa saudara kepada Kpl Zam berkawan baik juga jiran bapa mertua aku. Entah, kata Kpl Zam kami ada bau-bau bacang juga.
Selepas aku cerita kat en suami, en suami telefon Kpl Zam dan ucapkan takziah. Harapan aku seluruh ahli keluarga Kpl Zam tabah. Semoga aruah adik Muhammad Fardinie tenang disana. Al fatihah.
* Aku nak jalan-jalan ke Lumut!