Pixajoy

Thursday, March 31, 2011

Sehari Bersama Aku

Salam Bahagia..


Ternanti tak entri dari aku?(budget best). Hari nie keja opis hour so tak sempat nak blogwalking korang semua..Ada tak yang tertanya kemana aku menghilang? (budget best lagi). Ok fine..memang takde..


Bagi aku, aku tak suka sekadar singgah blog korang tanpa fokus. Rasa macam sangat tak menghargai tulisan korang yang bersusah payah update entri. So hari nie kerja siang, aku akan concentrate buat kerja..Membaca tanpa tumpuan sangat tak memberi kepuasan. Tak tau la korang camna..Mungkin sekadar jerit kat shoutbox aku pastu terus blah..Baik korang mengaku..hoho


Hari nie disebabkan konsentrasi kerja yang berlebihan juga (poyo) aku terlupa jemput Aiman dari sekolah. Sedar2 dah pukul 11.40. Kelam kabut merempit, kesian si chubby tu tunggu lama..


Balik rehat tengahari masak pulak. Rajin kan aku? Untuk lunch memang selalunya aku akan masak walaupun aku kerja..Rumah dekat dengan opis, kalau tak masak pun aku akan balik untuk tido bagai setengah jam menghilangkan penat. Orang dah biasa kerja shift memang mengada-ngada. Penatnya kerja opis hour agak berlebihan walaupun dalam seminggu cuma sekali..


Petang tadi start 2.30, ada ceramah pemakanan anjuran BAKAT. Ada sapa2 tak tau BAKAT tu apa? kalau tak tau korang memang pendek umo..kehkeh..Masa penceramah tu sampai aku duduk dekat pintu masuk. Encik tu terus tengok muka aku pastu tanya "awak nie pernah dengar ceramah saya?" terkejut beruk aku..Tapi aku comel la sikit dari beruk, aku pun dengan muka terpinga-pinga terus jawab, "ehh tak..dia nie pernah..", sambil memegang bahu opismate aku Ana..Apahal pulak encik nie, tau la muka aku bersepah pun..


Sebelum nie encik tu memang pernah datang sini bagi ceramah. Aku tak ikut pun tapi dalam hati terdetik jugak yang aku pernah jumpa encik tadi..Berkali-kali aku kata kat Ana yang muka encik tu sangat familiar, macam aku kenal..Pastu semua masuk ke dalam dewan sebab ceramah dah nak mula..Aku nama jer dah 5tahun berkhidmat, tapi nie la first time aku jejak dewan ilmiah. Dasar malas bersosial!


Sebaik saja penceramah tu memperkenalkan diri, impuls tiba-tiba sampai ke pala otak aku mengatakan yang encik tu rupa-rupanya pakar permakanan Aiman. Last December first time Aiman appointment dengan dia kat klinik sebab berat badan berlebihan. This June ada lagi appointment susulan. Patut la beliau beria2 tanya macam kenal aku.hehe..Encik tu pun sama pelupa..Aku tadi tu bukannya lupa tapi tak ingat (lamanya tak dengar lagu Sapura)..Almaklum banyak makan kepala ikan bilis..

Banyak dapat belajar dari ceramah tadi pasal pemakanan yang sihat. Salah satunya kepala dan taik ikan bilis tu rupanya kolestrol tinggi.. Selama nie dok melantak malas nak kopek. Terisi aktiviti petang tadi dengan sedikit ilmu sebab memang malas pun nak naik opis..


Nanti malam aku jalan2 hirup udara segar kt blog korang ok..Bye..


* Buat Fiza dan Mummydanny, Takdenya Aiman nak dapat adk. Woo..gosipkan kite ekk...ketuk ketampi skang!!hehe 





Wednesday, March 30, 2011

Petua Menghalang Semut Dari Bekas Gula Anda

Assalamualaikum semua..


Hari nie nak berkongsi petua lagi. Rumah sesiapa pun mesti tak lari dari kewujudan serangga. Dulu selalu jadi masalah pada aku bila bekas simpan gula di masuki semut. Nak kata penutup tak kedap udara, rasanya dah cukup ketat..Tapi mesti ada jugak semut yang masuk dalam bekas gula. Bijak betul semut-semut nie kan .Kadang terfikir jugak aku dari lubang mana semut2 nie masuk.. 


Petua nie aku nak share sebab dah lama jugaklah aku amalkan dan Insyaallah berkesan. Lupa dah dari mana aku dapat, rasanya melalui bacaan dari majalah..Aku ada jugak google dan rata2 petua mengatakan kapur tulis berkesan sebagai agen penghalang semut. Tapi susah wey nak carik kapur2 bagai..Zaman sekarang semua dah pakai marker pen.kehkeh..


Petua nie cuma gunakan benda yang mesti dan sedia ada kat rumah korang iaitu minyak masak. Ambil minyak masak pastu sapu keliling penutup bekas gula, Insyaallah takkan ada lagi semut berkeliaran dalam gula..Bila dah agak2 penutup tu dah tak berminyak lagi, korang ulang lagi step yang sama. Tapi selalunya minyak nie tahan lebih kurang sebulan..So tak payahlah sampai setiap hari korang  rajin nak sapu..


Mudah bukan? Kalau korang ada petua lain bolehlah share. Selamat mencuba..


Bye..





Precious Moments Giveaway


Di jemput sendiri oleh tuan tanah, wajib la join kan..Lagipun suka la yuyu panggil i mommy.hehe..


Empunya penganjur yuyu yang tak lama lagi akan menimang cahaya mata. Orangnya cantik sejuk mata memandang..(ayat bodek harus..keke). Klik banner yer korang untuk join. 


Syarat2 mudah, senang dan tak susah (macam sama jer). Fiza dan solomolo sila join..Ini perintah dari Puan Kutu! keke..




Segmen : Blog review oleh WawaZameri.com



Kali nie nak langsaikan tag dari buah hatiku fiza, untuk meriahkan dunia blogger nie, aku pun join..Lagipun kiut la banner ni.hehe..




Klik banner untuk join..mangsa tag cik betty..sory yer..jangan mare..

Blog Wawa nie comel jer sesuai dengan umur la kan..Sesuai dengan imej gurly, beliau tampil dengan warna putih pink..Semua girl pun suka pink kot..Tak ada apa nak kata..semua benda comel belaka kt blog wawa..:)


Tuesday, March 29, 2011

Dato Siti Nurhaliza Mengandung?



Kepala masih lagi berpusing-pusing, mungkin kerana penangan tido berlebihan dari pagi. Dalam dok pening2 sempat lagi bergosip hal Dato Ct..Korang yang dah tau tu diam sudah..hehe..


Semalam kecoh pasal cerita Dato Ct mengandung..Aku pun tak tau la berita tu. kecoh ker? Bagi yang mengikuti perkembangan beliau, mungkin la kecoh. Terus terang cakap aku bukanlah begitu meminati atau adore sangat sama Dato Ct sungguhpun boleh dikatakan semua lagu beliau aku suka. Tak heranlah sebab semua lagu yg sedap kat telinga aku pun aku suka..


Aku membesar dengan lagu-lagu Dato Ct kerana abang aku cukup meminati beliau. Dulu siap mengaku ct tu awek dia ok. Ada aku kesah??.Aku ingat lagi waktu lagu Kau Mawarku tengah popular, aku masih darjah 6, hingusan lagi. Abang aku pulak sebaya Dato Ct.. Boleh di katakan semua koleksi album Ct abang aku beli..Dah tentu duduk satu bumbung, apa yang terpasang kat radio rumah, aku pun layan..Kalau nak kata lagu2 beliau aku tak hafal, memang tipulah..cuma sekarang yang terbaru aku dah tak ambik port sangat..


Panjang pulak aku membebel, siap bukak sejarah aku dengan Dato Ct. Berita ni hangat diperkatakan setelah media menyiarkan beberapa keping gambar.. Ok jom tengok gambarnya..




Teka teki mengenai jawapan sama ada Dato Ct mengandung terjawab pagi tadi dalam laman twitter milik beliau.




Mengimbas perkahwinan Ct, beliau mendirikan rumahtangga pada Ogos 2006, dua bulan selepas aku bernikah. Aiman pun dah empat tahun kan. Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara, walaupun punya kemewahan yang melimpah ruah, Ct belum rezeki untuk menimang cahaya mata..Semoga usaha Dato Ct dipermudahkan.. Amin...


Sejak bila pulak aku jadik penyibuk hal artis nie?haha skali skala boleh kot, layaaan....zaaasss (tiba2 melodi)....



Seloka Penyakit Meroyan Sementara ( PMS)

Assalamualaikum pembuka kata 
Salam sejahtera kalian semua
Seloka Mommy tandingan tiada 
Puan kutu datang mau cerita

Buat hati gundah gulana
Hari selasa 29 haribulan tiga
PMS menyerang pelbagai cara
Lenguh badan tiada selera


Lemah lesu sengal menjelma
Petunjuk datang tiba-tiba
PMS menyerang pelbagai cara
Loya-loya pening kepala

Bukan selalu merasa terkena
Dari baligh kini dewasa
PMS menyerang pelbagai cara
Sakit perut perkara biasa

Marah-marah setiap masa
Pantang silap muka mencuka
PMS menyerang pelbagai cara
Ditegur jangan pasti murka

Sakit sini sakit sana
Malas datang bertimpa-timpa
PMS menyerang pelbagai cara
Tidur saja pengubat kata

Sudah menjadi perkara biasa
Setiap wanita pasti rasa
Jangan jadikan PMS sebagai punca
Turut hati merana jiwa


Untungnya kita menjadi wanita
Kaum lelaki tidak merasa
Seloka PMS sekadar jenaka
Santapan blogger berhati terbuka

Mari kakak adik-adik juga
Kongsi cerita PMS anda
Terima kasih sudi baca
Jangan lupa komen pula



Monday, March 28, 2011

Durian Peningkat Ghairah



Assalamualaikum..


Semalam keluar cari durian untuk hilangkan en suami punya mengidam malangnya tak  ada pun kat area Renggit..Kat tempat tinggal aku, sesetengah tempat dah ada musim durian. Tak ada rezeki lagi en suami mau merasa serawa durian. Kesian..Tadi sambil blogwalking, sambil tengok berita sambil belek Majalah Harmoni, (berapa kali sambil daa...) dapat info yang menarik pasal durian. 




Durian peningkat ghairah? Pertama kali aku dengar..Di gelar sebagai raja buah, durian mempunyai khasiat dalam meningkatkan ghairah seks melalui kandungan alkohol yang didalamnya bersifat memanaskan fungsi tubuh. Makan satu atau dua biji durian sehari akan merangsang saraf-saraf pada alat kelamin sehingga berupaya meningkatkan ereksi. Ereksi tu apa kalau tak tau korang bley google sendiri..tak kuase mak nak bagitau! haha..Sifat panas yang dimiliki durian juga berupaya membuka pembuluh darah alat kelamin lelaki dan wanita.


Selain itu, isi durian juga berkesan untuk mencegah penuaan dan meningkatkan kandungan zat besi dalam tubuh.Gandingan isi bersama akar durian juga dapat mengatasi bengkak, penyakit kulit dan penyakit kuning. Lepas nie ko kena suka makan durian tau..(monolog dengan diri sendiri..keke..)


Selamat membaca informasi dari puan kutu..Tata...


Cik Epal Ada Kembar? Sila Percaya..

Assalamualaikum..


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..Alhamdulillah baru lepas lunch..perut kenyang, hati senang! Korang dah makan?  Cik epal ada kembar? Sejak bila? Sejak aku perasan muka cik epal nie mirip kawan aku..Ekceli first time aku jenguk blog cik epal, aku terkejut tengok bentuk muka dan senyuman beliau saling tak tumpah dengan Hafa. Aku siap share pautan blog cik epal tu kt dinding facebook Hafa, tapi Hafa hanya ketawa..Mungkin pada beliau mereka takde persamaan langsung..


Bercerita pasal Hafa, aku kenal beliau sejak Form 1. Dah lama rasanya tak jumpa..Kali terakhir masa bersalinkan Aiman. Time tu Hafa bawak Hamper besar gedabak bagi kat baby..Kira hadiah paling besar Aiman terima..Beliau baru menamatkan zaman bujang Disember lepas. Tema merah, fresh rose flower lagi..Sayangnya hanya dapat tengok gambar..


Cik Epal takkan korang tak kenal? Ala blogger femes cik epal gonjeng yang suka menternak lemak tu. Jangan mare yer cik epal (macam la beliau dtg blog aku.kihkih) Aku pun baru kenal blogger nie sejak aktif blogging. Kalau tanya orang yang takde blog, 90% mungkin kata tak kenal, sekarang dah masuk Majalah Remaja, 10% Je kot tak kenal beliau..


Sapa tak kenal cik epal, korang memang gonjeng!haha..Apa maksud gonjeng nie ekk? aku pun tak tau sebenarnya (gila makcik aku nie kan? tak remaja langsung!). Memang dah tua pun...Selalu juga mengikuti blog cik epal tapi cuma jadi silent reader..Lagipun aku cuma blogger hingusan! Sedar diri! eceh..


Pic Cik epal aku ambil kat blog beliau, (mohon dimaafi dik),manakala pic Hafa, aku rompak kat album facebook beliau..Kalau cik epal berjaya jumpa kembar Yuna, aku nak tunjuk pulak kembar cik epal.haha..Jom tengok persamaan wajah mereka..





Ada iras tak? Ok fine kalau korang rasa wajah Hafa dan Cik epal tak sama..Janji aku nampak Hafa setiap kali tengok gambar Cik epal..Kalau yang betul tak tau la pulak aku, tak pernah lagi jumpak cik epal secara life..Bezanya Hafa suka senyum nampakkan gigi bila bergambar,tapi Cik epal tidak..


Ok bye..



Sunday, March 27, 2011

Guru itu Tinggi Martabatnya..

Ponteng Skolah~ Cuma nk meringankan beban cikgu. Mewarnakan rambut~ Saja nk test cikgu ad x buta warna, Marah Cikgu~ Nk cikgu taw ap kesalahannya Merayau-rayau kt skolah ~ Nk tgk ad x kes pergaduhan berlaku Meniru dlm Preksa ~ Nkmenyenangkan kerja cikgu ............Conteng meja ~ Memupuk bakat kesenian Gaduh~ Menegakkan keadilan... Xsiap keja kolah~hanya ingin menguji ksbran ckgu.... hahhahaha!!!

Assalamualaikum..

Aku siap bold bagi mata korang terang baca ok..Aku langsung tak tokok tambah atau edit langsung apa yang budak tu tulis..Nampak macam sound funny kan? Nie aku copy paste kat someone punya status facebook. Ada pulak kawan yang komen sokong kata-kata dia..

Tiba2 terover hangin satu badan bagai nak meletup bila baca nie. Emm nak2 time nak datang bulan.kihkih..Waalupun cuca hujan diluar, terasa panas membahang hati aku. Ok serius..Pada aku dia memang kanak-kanak rebina tak matang dan tak keterlaluan aku cakap kurang ajar.. Pandangan korang patut tak?. Memang tak matang pun aku rasa sebab aku agak umur dia dalam lingkungan 13 tahun. Berani betul!!

Bayangkan kalau aku mak dia, memang aku tampar laju-laju. Mak budak tu mungkin takde akaun facebook, jangan salahkan ibu mengandung. Tapi nak salhkan siapa? Tak ada ibu yang nak anak yang kurang ajar..Kita sebagai ibu bapa hantar anak kita kesekolah untuk menuntut ilmu dan berharap anak-anak kita menjadi insan yang berguna, bila besar nanti boleh berbakti pada ibu bapa. Cikgu pun tak hormat. Macam mana ilmu yang dituntut nak berkat? Pergi sekolah untuk belajar, bukan memandang rendah guru. Sepatutnya hormat guru yang merupakan ibu bapa kita di sekolah..Inikah anak-anak zaman sekarang?

Pepatah mengatakan guru umpama lilin membakar diri untuk menerangi kegelapan. Sedihnya bila meletakkan diri aku sebagai cikgu. Alangkah  kecewanya perasaan seorang pendidik bila baca apa yang dia tulis..Rendahnya martabat seorang guru bila saja dipermainkan begitu..Ada ke cikgu yang tak kisah dengan status budak nie? Pada aku benda nie keterlaluan..

Harapan aku didiklah anak2 kita menjadi insan mulia yang menghormati guru. Tanpa Cikgu Yah,  tak mungkin aku mengenal nombor dan huruf, Tanpa semua guru yang mendidik aku, tak mungkin aku menjejak kaki kemenara gading, tanpa mereka tak mungkin aku berdiri seperti sekarang..Begitu tinggi martabat cikgu pada aku kerana ilmu adalah perkara paling tak ternilai harganya..

Aku pun ada anak, peringatan untuk diri sendiri juga..Sekian untuk renungan bersama..


Zizan dan Dira Pengacara Baru Melodi?

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Hari nie masuk kerja seperti biasa tv dah terpasang. Memang tak pernah tutup kot tv kt opis nie walaupun mata dan kedudukan orang yg kerja depan pc memanjang. Tertarik juga dengan rancangan Melodi yang tengah ditayangkan. Wah baru tau yang Melodi akan bertukar pengacara. Korang yang mengikuti cerita dunia artis mesti dah tau lama kot. Lambat betul la puan kutu nie..


Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan mengambil alih rancangan popular Melodi minggu depan. Kontrak Wahid dan Fara Fauzana tamat tempoh pada penghujung Mac. Tu tadi aku tengok dieorang bersiaran buat kali terakhir kat Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Penang. Kampung aku tu..Pihak TV3  memperkenalkan Zizan dan Dira sebagai pemangkin baru Melodi. Harap Melodi akan terus diminati walaupun sering bertukar pengacara.Aku bukanlah selalu sangat mengikuti Melodi, kalau secara tak sengaja macam hari nie baru la ambil peluang menonton..

Dira sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda. Beliau juga pernah menjadi penyampai radio X-Fresh FM pada tahun 2007. Dira bukanlah nama baru dalam bidang pengacaraan. Aku juga meminati beliau dalam lakonan.

Manakala Zizan pula adalah pengacara Gelanggang Raja Lawak di Astro Prima. Korang semua takkan tak tau kan..Lawak zizan memang buat kita semua tak kering gusi. Tambah2 bila digandingkan dengan Johan, makin menjadi-jadi buat kelakar. Diharap gandingan Zizan dan Dira dalam Melodi akan menonjolkan keistimewaan mereka sebagai pengacara.

Oklah apa pun semoga Melodi terus sukses! Sedih pulak tadi tengok dieorang nyanyi lagu bertemu dan berpisah untuk Fara dan Wahid. Emo lebih pulak aku...Sekian berita terlewat dari puan Kutu, Blogger Hot Mommy (perasan)..kekeke..Bye..





 

Saturday, March 26, 2011

Mengidam Kuah Kacang Mak

Assalamualaikum..


Mengidam..Pada aku mengidam tu perasaan yang membuak-buak untuk memiliki sesuatu atau keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu..Dari semalam mengidam nak makan kuah kacang..Eh bab makanan lagi..hehe..Ahh lantaklah! Nie bukan mengidam sebab ada isi ke atau ada sesuatu..Jangan salah anggap pulak. Takmo..takmo..


Bila cakap bab makan mulalah teringat aruah mak..Mak kalau buat kuah kacang sedap. Sayangnya aku tak..Dalam seumur hidup baru tiga kali rasanya masak kuah kacang..Dulu kerana kuah kacang mak kawan2 pak selalu mai rumah makan kerang rebus cicah kuah kacang..Tu la sapa suruh tak menuntut..Mak mertua aku pandai jugak masak kuah kacang daging.. Kalau raya comfirm aku suruh beliau buat. Makan dengan nasik himpit, memang terbaik..


Semalam dah goreng kacang tanah nak buat kuah kacang, pastu terfikir nak makan dengan apa..Dapat idea nak buat cucur kembung, tapi mauripan pulak takde, terpaksalah tunda sampai hari nie..Petang tadi tanpa berlengah jalankan operasi. Hasilnya..


Coq kembung orang utara panggil. Aiman makan dengan banyak sekali..First time buat percaya tak? Dulu selalu makan mak je buat!
Nie kuah kacang yang nampak sedap..Rasanya bolehlah..Aku high taste..haha

Nak resepi? Tak payah kot..Korang wat cucur kembung takkan tak pandai..Bab kuah kacang pulak, masih banyak perlu diperbaiki..Yang nie ok la dari yg first aku buat dulu, Terus masin tak boleh makan..Campak terus dalam tong sampah. Membazir!


Aku selalunya kalau mengidam sesuatu, lepas dah buat, makan sikit jer pun..Tak selera pulak..Tekak nie ja mengada-ngada mitak sesuatu pastu bila dah ada depan mata tak lalu..Emm..nak yang aruah mak jugak..haha..


En suami dah berapa hari sebut nak makan pulut dengan serawa durian..Macam2 mengidam.. Dah macam orang mengandung..Aku kalau bab raja buah nie tak bagi pun takpe..Tak berapa minat. Kalau ada pun aku cuma makan seulas dua. Tak la fanatik makan durian sampai tiga bakul pastu pengsan dua hari tiga malam macam orang tu..Ha..sapa terasa???keke..


Oh yer malam nie ada malam mesra kat pangkalan. Siang tadi family day..Aku dah dekat lima taun dok sini tak pernah pegi pun..Bab sosial nie kureng la..Lagi2 bersesak ramai2 dengan hiburan yang entah apa2 tu..Alimlah sangat. Malas sebenarnya..Oklah sape pandai buat kuah kacang meh bagi resepi kat aku yer. bye..





Kemalangan Ngeri dan Si Kecik Aiman..



Petang tadi en suami bercerita tentang kemalangan yang berlaku tak jauh dari kawasan rumah aku..


En suami : Ada accident masa rabu lepas, time hujan ribut tu..
Aku : Woo teruk?? moto ngan keta ka?
En suami : Ha..kaki ngan tangan putuih, Tapi hidup..kaki tercampak atas jalan, tangan hilang dalam semak..
Aiman : Kepala??  
Tak semena2 aiman menyampuk..Aku dengan en suami ketawa serentak.haha.. apa la Aiman nie..
En suami : Kalau kepala putuih, mati la Aiman oiii..



Makanan Itu Nafsu Semata



Sudah hampir 6jam rasanya. Lenguh leher dan urat saraf..Perut yang agak menggelebeh ini pula meronta-ronta mintak di isi..Sabar..Tidak!! mana boleh sabar.. aku bukan manusia penyabar..Bermonolog dengan perut..senyum..Bodoh sendiri.. 

Kalau lapar segala mak nenek makanan lazat2 menerjah ke ruang minda. Yang tak berapa sedap bertukar menarik..Begitulah manusia..Alpa dengan nikmat dunia..makan untuk hidup..bukan hidup untuk makan..Bemonolog lagi..Kali ini tanpa senyum..Hanya menyesal yang tak sudah2..Tapi nama pun manusia..Mudah lupa..

Nasik goreng bodoh sedap juga. Walhal pagi tadi masak..Bodoh sombong! berlagak tekak tak boleh terima. Sedaya upaya tertarik menggoreng dua ketul sosej lalu membalut sosej itu dengan roti. Calitan sos nampak nafsu sekali..Emm western sangat..perut melayu..Padan muka..

Perasan atau tidak beberapa hari nie asyik bercerita tentang makanan.
Insaflah..Makin gemuk aku tengok kau nie..Lihat saja pipimu..tembam bukan? Cermin di dinding berkata-kata..Emm Kelat muka..Murtabak megi pula menerjah..Bernafsu lagi..

Sudahlah ketagih oreo, tidak berbunyi tekak mintak berehat..Makin di isi makin suka...Melayu mudah lupa..Aku melayu..Aku mudah lupa..Alpa lagi..

Semalam saja sudah dua kali santap nasi berlaukkan asam pedas johor. Teruja akan lazatnya ikan segar dari jeti pangkalan..Ikan percuma pasti enak. Alhamdulillah..Sedap hingga menjilat jari..Masih diberi nikmat rasa..Bayangkan pula orang sakit..Segala yang enak jadi payau..Bersyukur..Senyum sampai telinga..


Dalam kesyukuran perlu beringat, kelak sakit menyesal tak guna..Makan biar berpada..Nabi pun berkata, berhentilah sebelum kenyang..Makanan itu nafsu semata..Insaf..


* Apa yang aku taip? nampak serabut sekali..sila faham perut aku tengah berdendang sayang..dah nak dekat pukul 1. balik jap lagi boleh makan..Daa..




Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary

Nak join sila KLIK BANNER!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..


Hari nie sabtu ekk? pada aku setiap hari sama saja. Mana ada istilah weekend or monday sickness pada manusia seperti aku..Aku gembira melalui hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad tanpa batasan. Seperti sekarang, saat korang semua sedang enak bercuti, aku diopis dalam kesejukan, rasa mengantuk yang tak tertahan serta kebosanan keseorangan ditemani hobi blogwalking. Tiba-tiba mata tertangkap pada contest nie, bagaikan ada kuasa magnet luar biasa menarik ringan jari jemari aku untuk join..Ayat tak boleh blah!!


Panjang sungguh intro, jgn mare yer penganjur contest, Ummiaqeef dan Mom's Diary. Pasal celoteh serah kat saya..hehe..Tertarik pada contest yang memerlukan wajah seiras, aku pertaruhkan gambar nie.(ekceli en suami tak berapa gemar tgkp gambar, tak banyak sangat pic abah dengan Aiman)

Nie jer yang latest..
Nama Abah : Mustaken Bin Ahmad
Nama Ibu : Noor Murni Bt Othman
Nama Anak : Aiman Mukhlis Bin Mustaken
Umur Anak : 4 Tahun 

Semua orang cakap aiman dan abah sama .Kalau abah botakkan kepala, dengan aiman sekali halus jer (terpengaruh iklan). Tengok Aiman pun orang dah tau anak sapa. Nie dalam gambar, kalau tengok betul-betul memang saling tak tumpah!!, sampai ada panggil Aiman, Mus junior..Sama tak?

Contest berakhir 31 Mac 2011
Mummydanny dan Puanbee dah jadi mangsa, jangan malu dan segan jalankan tanggungjawab anda ekk..HADIAH BEST TAU..:)

Friday, March 25, 2011

Ketagih Oreo

Hari -hari makan Oreo pun takpa..Sejak bila tak tau la dok ketagih mkn benda nie..ada dadah apa??
Yang nie favourite aku..Walaupun ada peanut, vanila terbaik!!
Baru lepas makan oreo dengan nestum panas. .Alhamdulillah kenyang..Nak bagitau mug tu baru rasmi..Yang menang GA Ayushida  hari tu..Sayangnya penutup dia pecah.janji kiut..Suka jer!!
Kalau makan ngan aiskrim n kek pastu tabur orea kat atas..Mabelesss gila!  Macam mana ang tak gemuk!!
Apa motif letak gambaq besaq gedabak camnie???

Jom Cuba Petua Limau Nipis


Melihat rakan-rakan blogger yang memberi pendapat tentang petua yang boleh diamal menggunakan limau nipis, aku tertarik juga untuk berkongsi tips. Berikut adalah petua yang boleh diamalkan :


Mengurangkan Berat Badan
Farah kata, limau nipis leh kurangkan berat badan..itu yang saya pasti! Ya benar kerana asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak. Macam yang aku bagitau semalam, rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu hilangkan racun-racun dalam tubuh. Bila toksin dah buang, badan pun jadi langsing. Caranya dengan minum jus limau nipislah..


Mengatasi Demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Guna air rebusan ini untuk menuam orang yang demam. Bagus amalkan. Jimat duit beli ubat segala..
Menghilangkan Batuk 
Ambil air limau nipis satu sudu teh dan campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain ialah dengan panggang sekejap limau nipis atas api. Biar hingga jadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tu, terus perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Baik juga untuk sembuhkan selsema.


Mengempiskan Perut
kalo x silap chii..ada satu petua nk kempiskan perut..buh perahan limau nipis ngan kapur..pastu balut..huhu..gle panas arr..Betul juga chii ada orang yang amalkan cara begini, tapi menurut halila Ibrahim, baik jgn buat buh limau n kapur balut d perut sebabnya, nanti kulit perut jd tak elok macam kerekot2 ya la panas .. lg satu bila kering jd gatal2..Aku setuju sebab limau ni panas, tak sesuai dengan iklim Malaysia. Masa lepas bersalin dulu, aku gantikan limau dengan air asam jawa pastu sapu pada perut sebelum pakai bengkung. Tapi zaman sekarang banyak krim limau kat pasaran. Beli jer!
Menghentikan kebiasaan merokok
Hisap sehiris limau nipis. Rasa yang masam segar buat kita terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Selain kurangkan keinginan merokok, membantu juga bersihkan nikotin yang sudah ada pada gigi dan mulut korang lelaki yang hisap rokok ye..
Mengurangkan Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli, pastu campurkan dengan 5 titik jus limau nipis. Minum pada bila2 masa tapi cukuplah seminggu sekali.

Melegakan Pening Kepala
Ambil sebiji limau nipis dan potong sedikit di bahagian atasnya. Pastu picit limau tadi sehingga cecairnya keluar dan halakan ke arah hidung semasa ia terpancut. Boleh juga amalkan dengan makan kulitnya secara mentah.


Menghilangkan loya
Limau ni selalu guna masa kecik untuk hilangkan loya. Dulu mabuk kenderaan,so bila sampai umah atuk, akan petik dua tiga bijik n bau limau ni bila rase loya, Jadi tak loya dah! Petua dari WafiySuzly..Thanks for sharing..


Mengatasi Masalah Badan Berbau
Amal selalu makan kulit limau kasturi secara mentah. Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Buat pagi dan petang. Kalau tak ada kapur boleh juga amalkan dengan potong limau nipis, kemudian sapu pada ketiak, bilas sebelum  mandi, nie mak mertua aku selalu amal..


Menyembuhkan Sakit Tekak
Bagi dewasa, campurkan jus limau nipis dengan sedikit lada hitam. Kacau campuran tu hingga rata dan minum. Bagi budak pulak, campurkan jus limau dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan budak dari alami kepanasan.


Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
Perahkan sebiji limau ke dalam piring dan campur dengan sedikit garam. Gosokkan pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Selamat mencuba ye puan-puan..hehe





Mengelakkan Kelemumur
Potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Menghilangkan bau pada kaki
Boleh amalkan pada korang yang selalu pakai stokin dan kasut. Tipulah kalau wangikan..Ambil limau nipis, potong2 dan gosokkan pada kaki. 

Lain-Lain
Kata MissTira, ada yang digunakan untuk membuatkan mata lebih terang. Silat Harimau menggunakan limau nipis untuk menguatkan mata mereka dengan menitiskan air limau nipis tersebut pada anak mata. Terima kasih Tira atas infonya..


Banyak ekceli kelebihan limau nipis dalam masyarakat melayu umumnya, lihat saja dari segi perubatan tradisional, pasti gunakan limau nipis. Asid sitrik daripada jus limau nipis jugak digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain. Korang pun belajar dalam subjek sains kat sekolah kan?


Segala apa pun yang kita makan, jangan berlebihan kerana akan mudarat, seperti kata chiidulu adik laki chii ske mkn buah ni mcm limau mandarin..ada penah skali..bibir dia da mcm ning baizura..pastu kena masuk spital sebab usus dia luka kalo x silap..krg ni dia insap dah..Kawan2 sekalian, sila ambil ikhtibar..




Thursday, March 24, 2011

Khasiat Limau Nipis





Assalamualaikum korang semua..

Hari tu pergi pasar beli limau nipis, dah lama rasanya tak buat jus. Hari nie minum jus limau nipis lagi..Pastu mula la terfikir nak tanya pakcik google khasiat2 yang terkandung dalam limau nipis kan..Setelah membuat kajian, dengan lagak dan gaya seorang doktor, ingin sekali aku share serba sedikit kebaikan limau nipis dalam kehidupan dan kesihatan tubuh badan kita..eceh!


Ada juga orang panggil limau nipis sebagai limau kasturi. Nama botaninya adalah citrus aurantifolia. Kalau di barat ia dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali limau nipis sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah


Rasa masam pada limau nipis berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. 


Selain itu limau nipis juga berupaya meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di dalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.


Limau nipis juga berkesan untuk menghilangkan batuk kerana kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Potasium menyeimbangkan tekanan darah dan menguatkan fungsi jantung. Pospor pula memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk.

Banyak sebenarnya petua-petua yang menggunakan limau nipis dalam kehidupan masyarakat kita..Contoh paling mudah menghilang bau ketiak korang yang tengik. Lain kali la share..Nanti banyak2 bukan korang nak baca..Bab pendidikan nie bukan boleh bagi lebih2 sangat kan..


Bye korang...


SUMBER : http://mindabahasa.wordpress.com/2006/06/25/khasiat-limau-nipis/






Gegar!!! Game Sudah Berakhir





"Nak buat game bukan mudah ! Sbb dari dulu hingga sekarang , bila kata ada game , contest , giveaway segalanya ada hadiah .. tapi ngan BEN ASHAARI , jarang sangat ada hadiah ..."


Aku bukan la nak marah pagi pagi ni cuma nak bawak diri aku dan korang berfikir pagi pagi tujuan berblog ni .. Ramai dok pk ingat duit duit duit.. nuffnang nuffnang nuffnang... sedangkan banyak lagi faedah dia .."


Assalamualaikum..


Memetik kata2 en ben, aku setuju sekali kerana keseronakan dan ukhwah sesama blogger itu lebih penting..


Kelam kabut sungguh malam tadi join game En. Ben. Nak tubuhkan kumpulan di alam maya bukan senang, komunikasi jadi haru biru..namun begitu kami dapat jugak atasi dengan tertubuhnya geng kita serumpun. Mintak maaf pada sesiapa yang terasa kalau tak dapat masuk group kiteorng..Aku pilih berdasarkan siapa yang cepat bagi feedback..Korang pun dah jumpa group yang sempoi2 kan? Aku tak nak cerita banyak2..korang bley terjah Entri Fizalinolie


Yang kelakarnya awak perasan tak fiza? masa angkat call awak, saya kata selamat pagi, Kd Sultan Ismail, boleh saya bantu? Ekceli saya keja malam tadi, tu yang sanggup mintak no phone korang semua. Tapi korang lambat bagi feedback, saya buat keputusan sendiri harap korang tak kesahlah fizalinolie, solomolo, senyumsoya dan hanieqha ekk..Nak bincang tak tau cara dah..


Aku join game nie suka2 tak tau pulak mencabar..Tenggelam timbul geng group aku, tak tau aku dieorang ikut ke tak apa yang aku cuba sampaikan, benda tak nampak..susah jugaklah..Nasib baik kat opis pakai streamyx, kalau tak, beruk aku sakit..Malam tadi pun line takde langsung. Kira rezeki aku dapat kenal dengan geng serumpun. Tidur pun sampai termimpi-mimpi game.


Oh yer Fiza, tak perlu panggil saya puan, panggil muni jer..klu nak panggil kutu pun boleh..Janggal rasanya. Tak mesra puan2 bagai..Terasa diriku berpangkat besar!haha..(untuk semua blogger lain juga)


Complete jer tugasan yang diberi, niat hati nak tido..tetiba si ezan jerit kat shoutbox suruh check e-mail, Header + watermark dah siap..Aku menang GA Ezan sebenarnya..Sengaja tak nak bagitau korang semua sebab nak buat suprise! Cantik tak header baru? Kalau korang kata tak lawa pun, benda free aku suka jer..Tq yer ezan..


Ok chiaow dulu,nak ambil aiman sekolah, pastu nak pegi RSAT ambil ubat, dah berapa hari dah selsema dan batuk si chubby tu..Bye..



GENG KITA SERUMPUN



 Assalamualaikum..


1. Puan Kutu ( KETUA )

Nama Kumpulan : Serumpun
Tajuk :SPM

SPM = selamat pagi malaysia
( 12.00 am sudah)


SPM

SPM = selamat pagi malaysia
( 12.00 am sudah)

Wednesday, March 23, 2011

BEN ASHAARI:GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Kerana Bil



En suami : nie pasai apa bil mahai sangat nie? sampai 75 ringgit!!
Aku : Tu dia..tu la tak pandai nak jimat elektrik, pasang tv sampai pagi,pastu tv tengok dia..(macam tv tu kuat sangat pakai karen)


Pastu beliau terus blah sambil letak bil kat sebelah katil, sementara mata aku masih menatap skrin netbook dan sibuk blogwalking..


Aku kalau bab elektrik aku memang jimat betul,nak tau pasal apa? sebabnya dari kecik mak aku dah menerapkan dalam diri dan sanubari aku bahawa elektrik perlu dijimatkan..Mungkin la sebab dulu kan hidup susah,jadi segala benda berharga buat mak..


Aku kadang-kadang marah dengan en suami sebab beliau suka biarkan lampu bilik air terpasang, pastu tv biar on sampai ke pagi..Nie pun nasib PS dan laptop dah rosak, kalau tak 24jam mengadap game bila tak kerja..Tulah orang lelaki, game..game..game..Ntah ekk aku memang pantang bab membazir bab elektrik..Nak kata aku pelik, peliklah...(tapi ngadap blog berjam-jam boleh pulak). Maksud aku kalau benda yang kita tak guna tu baiklah offkan..Jangan membazir..


Kalau difikir dengan otak yang waras berapa watt sangatlah nilai lampu kalimantan tu kan? Tapi bagi aku penting sangat. Kerana nilai yang sedikit itulah akan menjadi banyak kalau kita buat tak peduli..Pepatah pun ada mengatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit (siap perumpamaan bagai)


Dah penat membebel, aku pun pandang bil

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Eleh baru 43 ringgit, nak kena en.suami nie!!!