Salam Bahagia..
Ternanti tak entri dari aku?(budget best). Hari nie keja opis hour so tak sempat nak blogwalking korang semua..Ada tak yang tertanya kemana aku menghilang? (budget best lagi). Ok fine..memang takde..
Bagi aku, aku tak suka sekadar singgah blog korang tanpa fokus. Rasa macam sangat tak menghargai tulisan korang yang bersusah payah update entri. So hari nie kerja siang, aku akan concentrate buat kerja..Membaca tanpa tumpuan sangat tak memberi kepuasan. Tak tau la korang camna..Mungkin sekadar jerit kat shoutbox aku pastu terus blah..Baik korang mengaku..hoho
Hari nie disebabkan konsentrasi kerja yang berlebihan juga (poyo) aku terlupa jemput Aiman dari sekolah. Sedar2 dah pukul 11.40. Kelam kabut merempit, kesian si chubby tu tunggu lama..
Balik rehat tengahari masak pulak. Rajin kan aku? Untuk lunch memang selalunya aku akan masak walaupun aku kerja..Rumah dekat dengan opis, kalau tak masak pun aku akan balik untuk tido bagai setengah jam menghilangkan penat. Orang dah biasa kerja shift memang mengada-ngada. Penatnya kerja opis hour agak berlebihan walaupun dalam seminggu cuma sekali..
Petang tadi start 2.30, ada ceramah pemakanan anjuran BAKAT. Ada sapa2 tak tau BAKAT tu apa? kalau tak tau korang memang pendek umo..kehkeh..Masa penceramah tu sampai aku duduk dekat pintu masuk. Encik tu terus tengok muka aku pastu tanya "awak nie pernah dengar ceramah saya?" terkejut beruk aku..Tapi aku comel la sikit dari beruk, aku pun dengan muka terpinga-pinga terus jawab, "ehh tak..dia nie pernah..", sambil memegang bahu opismate aku Ana..Apahal pulak encik nie, tau la muka aku bersepah pun..
Sebelum nie encik tu memang pernah datang sini bagi ceramah. Aku tak ikut pun tapi dalam hati terdetik jugak yang aku pernah jumpa encik tadi..Berkali-kali aku kata kat Ana yang muka encik tu sangat familiar, macam aku kenal..Pastu semua masuk ke dalam dewan sebab ceramah dah nak mula..Aku nama jer dah 5tahun berkhidmat, tapi nie la first time aku jejak dewan ilmiah. Dasar malas bersosial!
Sebaik saja penceramah tu memperkenalkan diri, impuls tiba-tiba sampai ke pala otak aku mengatakan yang encik tu rupa-rupanya pakar permakanan Aiman. Last December first time Aiman appointment dengan dia kat klinik sebab berat badan berlebihan. This June ada lagi appointment susulan. Patut la beliau beria2 tanya macam kenal aku.hehe..Encik tu pun sama pelupa..Aku tadi tu bukannya lupa tapi tak ingat (lamanya tak dengar lagu Sapura)..Almaklum banyak makan kepala ikan bilis..
Banyak dapat belajar dari ceramah tadi pasal pemakanan yang sihat. Salah satunya kepala dan taik ikan bilis tu rupanya kolestrol tinggi.. Selama nie dok melantak malas nak kopek. Terisi aktiviti petang tadi dengan sedikit ilmu sebab memang malas pun nak naik opis..
Nanti malam aku jalan2 hirup udara segar kt blog korang ok..Bye..
* Buat Fiza dan Mummydanny, Takdenya Aiman nak dapat adk. Woo..gosipkan kite ekk...ketuk ketampi skang!!hehe