Pages

Thursday, March 24, 2011

Khasiat Limau Nipis





Assalamualaikum korang semua..

Hari tu pergi pasar beli limau nipis, dah lama rasanya tak buat jus. Hari nie minum jus limau nipis lagi..Pastu mula la terfikir nak tanya pakcik google khasiat2 yang terkandung dalam limau nipis kan..Setelah membuat kajian, dengan lagak dan gaya seorang doktor, ingin sekali aku share serba sedikit kebaikan limau nipis dalam kehidupan dan kesihatan tubuh badan kita..eceh!


Ada juga orang panggil limau nipis sebagai limau kasturi. Nama botaninya adalah citrus aurantifolia. Kalau di barat ia dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali limau nipis sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah


Rasa masam pada limau nipis berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. 


Selain itu limau nipis juga berupaya meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di dalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.


Limau nipis juga berkesan untuk menghilangkan batuk kerana kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Potasium menyeimbangkan tekanan darah dan menguatkan fungsi jantung. Pospor pula memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk.

Banyak sebenarnya petua-petua yang menggunakan limau nipis dalam kehidupan masyarakat kita..Contoh paling mudah menghilang bau ketiak korang yang tengik. Lain kali la share..Nanti banyak2 bukan korang nak baca..Bab pendidikan nie bukan boleh bagi lebih2 sangat kan..


Bye korang...


SUMBER : http://mindabahasa.wordpress.com/2006/06/25/khasiat-limau-nipis/






21 comments:

  1. salam....

    suka minum teh o ias limau...:)))

    ReplyDelete
  2. kalo x silap chii..ada satu petua nk kempiskan perut..buh perahan limau nipis ngan kapur..pastu balut..huhu..gle panas arr..

    dulu adik laki chii ske mkn buah ni mcm limau mandarin..ada penah skali..bibir dia da mcm ning baizura..pastu kena masuk spital sebab usus dia luka kalo x silap..krg ni dia insap da :p

    ReplyDelete
  3. @sekamar rindu

    sedap jugak tp sy lebih suka limau suam..:)

    ReplyDelete
  4. oh memperbaiki metabolisma yer..haruslh diamalkan nih :)

    ReplyDelete
  5. Chii :- baik jgn buat buh limau n kapur balut d perut sebabnya, nanti kulit perut jd tak elok macam kerekot2 ya la panas .. lg satu bila kering jd gatal2..

    Puan kutu :- sy suka minum limau suam 4 bg hilang loya2 n pening kepala..

    ReplyDelete
  6. memang bagus tul kalau kita maalkan limau nipis nie..sokong puan kutu!!!
    huhu rasa cam pangkat bawah jer bila panggil puan...emm panggil mummy madam bleh???hahaha

    ReplyDelete
  7. limau nipis leh kurangkan berat badan.. itu yangs aya pasti.. ehehehe.. xd

    ReplyDelete
  8. Hehe kena byk2 masukkan limau dlm diet harian la mcm ni.. Good info.. Thx for sharing..now i know the lime's goodness..

    ReplyDelete
  9. limau ni salu guna mase kecik tuk hilangkan loya
    hehe
    dulu mabuk kenderaan
    so bila sampai umah atuk,
    akan petik dua tiga bijik n bau limau ni bila rase loya,huhu
    jadi tak loya dah!

    ReplyDelete
  10. Ada yang digunakan untuk membuatkan mata lebih terang. Silat Harimau menggunakan limau nipis untuk menguatkan mata mereka dengan menitiskan air limau nipis tersebut pada anak mata.

    ReplyDelete
  11. @chii

    selalunya org pas bersalin buat camtu chii tp limau nipis panas la..sy dulu pkai air asam jawa n kapur..

    adk chii tu mgkin lebih sgt mkn.semua bnda klu blebihan, ubat akan jadi racunkan..

    ReplyDelete
  12. @halila Ibrahim

    betul tu sbb limau nipis panas..sy tak loya pun minum jus limau suam..kt kedai pun slalu order nie ja..

    ReplyDelete
  13. @Atiey

    tak kesahlah pgkt apa pun, tp kurang mesra rasanya klu pggil cmtu.sbbnya sy dh terbiasa dgn cara hidup tentera. Klu pegawai pmpuan kan kiteorg pggil puan.tak suka ada diskriminasi!!nasib sy bkn tentera!hehe..

    ReplyDelete
  14. @aeshcame

    yup..tp perlu igt stiap bnda msti jgn berlebihan.nti jadi macam adk chii..

    ReplyDelete
  15. banyak kelebihan limau nipis neh kan...

    suka mandi dengan limau nipis..ehhehe

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!