Pages

Friday, March 25, 2011

Jom Cuba Petua Limau Nipis


Melihat rakan-rakan blogger yang memberi pendapat tentang petua yang boleh diamal menggunakan limau nipis, aku tertarik juga untuk berkongsi tips. Berikut adalah petua yang boleh diamalkan :


Mengurangkan Berat Badan
Farah kata, limau nipis leh kurangkan berat badan..itu yang saya pasti! Ya benar kerana asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak. Macam yang aku bagitau semalam, rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu hilangkan racun-racun dalam tubuh. Bila toksin dah buang, badan pun jadi langsing. Caranya dengan minum jus limau nipislah..


Mengatasi Demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Guna air rebusan ini untuk menuam orang yang demam. Bagus amalkan. Jimat duit beli ubat segala..
Menghilangkan Batuk 
Ambil air limau nipis satu sudu teh dan campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain ialah dengan panggang sekejap limau nipis atas api. Biar hingga jadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tu, terus perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Baik juga untuk sembuhkan selsema.


Mengempiskan Perut
kalo x silap chii..ada satu petua nk kempiskan perut..buh perahan limau nipis ngan kapur..pastu balut..huhu..gle panas arr..Betul juga chii ada orang yang amalkan cara begini, tapi menurut halila Ibrahim, baik jgn buat buh limau n kapur balut d perut sebabnya, nanti kulit perut jd tak elok macam kerekot2 ya la panas .. lg satu bila kering jd gatal2..Aku setuju sebab limau ni panas, tak sesuai dengan iklim Malaysia. Masa lepas bersalin dulu, aku gantikan limau dengan air asam jawa pastu sapu pada perut sebelum pakai bengkung. Tapi zaman sekarang banyak krim limau kat pasaran. Beli jer!
Menghentikan kebiasaan merokok
Hisap sehiris limau nipis. Rasa yang masam segar buat kita terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Selain kurangkan keinginan merokok, membantu juga bersihkan nikotin yang sudah ada pada gigi dan mulut korang lelaki yang hisap rokok ye..
Mengurangkan Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli, pastu campurkan dengan 5 titik jus limau nipis. Minum pada bila2 masa tapi cukuplah seminggu sekali.

Melegakan Pening Kepala
Ambil sebiji limau nipis dan potong sedikit di bahagian atasnya. Pastu picit limau tadi sehingga cecairnya keluar dan halakan ke arah hidung semasa ia terpancut. Boleh juga amalkan dengan makan kulitnya secara mentah.


Menghilangkan loya
Limau ni selalu guna masa kecik untuk hilangkan loya. Dulu mabuk kenderaan,so bila sampai umah atuk, akan petik dua tiga bijik n bau limau ni bila rase loya, Jadi tak loya dah! Petua dari WafiySuzly..Thanks for sharing..


Mengatasi Masalah Badan Berbau
Amal selalu makan kulit limau kasturi secara mentah. Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Buat pagi dan petang. Kalau tak ada kapur boleh juga amalkan dengan potong limau nipis, kemudian sapu pada ketiak, bilas sebelum  mandi, nie mak mertua aku selalu amal..


Menyembuhkan Sakit Tekak
Bagi dewasa, campurkan jus limau nipis dengan sedikit lada hitam. Kacau campuran tu hingga rata dan minum. Bagi budak pulak, campurkan jus limau dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan budak dari alami kepanasan.


Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
Perahkan sebiji limau ke dalam piring dan campur dengan sedikit garam. Gosokkan pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Selamat mencuba ye puan-puan..hehe





Mengelakkan Kelemumur
Potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Menghilangkan bau pada kaki
Boleh amalkan pada korang yang selalu pakai stokin dan kasut. Tipulah kalau wangikan..Ambil limau nipis, potong2 dan gosokkan pada kaki. 

Lain-Lain
Kata MissTira, ada yang digunakan untuk membuatkan mata lebih terang. Silat Harimau menggunakan limau nipis untuk menguatkan mata mereka dengan menitiskan air limau nipis tersebut pada anak mata. Terima kasih Tira atas infonya..


Banyak ekceli kelebihan limau nipis dalam masyarakat melayu umumnya, lihat saja dari segi perubatan tradisional, pasti gunakan limau nipis. Asid sitrik daripada jus limau nipis jugak digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain. Korang pun belajar dalam subjek sains kat sekolah kan?


Segala apa pun yang kita makan, jangan berlebihan kerana akan mudarat, seperti kata chiidulu adik laki chii ske mkn buah ni mcm limau mandarin..ada penah skali..bibir dia da mcm ning baizura..pastu kena masuk spital sebab usus dia luka kalo x silap..krg ni dia insap dah..Kawan2 sekalian, sila ambil ikhtibar..




21 comments:

  1. petua yang bagus, leh try kat en. somi ni...tentang rokok tu~ selamat pagi muni.

    ReplyDelete
  2. wah2 suke2 for this info
    leh la cube pasni huhu ;)

    ReplyDelete
  3. Rajinnya u buat petua. amalkan ke tak??

    ehehhe..

    ReplyDelete
  4. betul kata puan kutu..sila amik iktibar dr kisah adik chii ye..

    pastu satu lgik..dulu slalu org dok takut2kan ngan citer..kalo kita termakan biji limau..nnt akan tumbuh pokok dlm perut...ehehe

    ReplyDelete
  5. @Wan Hafisah Collection's

    amalkan jugak, tp stakat buat jus jer la.hehe..

    ReplyDelete
  6. @chii

    tu la tp waktu kecik smua benda kita takut.percaya lak tu.hehe..

    ReplyDelete
  7. tp krg ni kalo kta bitau budak kecik..agak2 dorang nk percaya ke idak?

    ReplyDelete
  8. @chii

    tak kot..budak skang bijak2 benor.kitadulu bkn bodoh,cuma tak berapa nk bijak.haha..

    ReplyDelete
  9. Good info...Banyaknyer kebaikan limau nipis, boleh lah amalkan selepas ini.. =)

    ReplyDelete
  10. petua yg bagos kak.. nk cube yg first.. kurang kan berat badan.. hahaha

    ReplyDelete
  11. @Fizalinolie

    cuba la..klu berkesan let me know.hehe..

    ReplyDelete
  12. @topimagine

    haha boleh jer top..hari2 la minum jus limau nipis.hehe..

    ReplyDelete
  13. oke baru tau boleh hilangkan batuk, good sharing

    ReplyDelete
  14. Hehe, tak sangka apa yang Tira cakap tu pun masuk ye Puan Kutu. Ahaha. Banyaknya khasiatnya. Buah kecil je tapi manfaatnya banyak.

    ReplyDelete
  15. betul2..bunga paling suka yang pertama tu...haha..

    ReplyDelete
  16. adoih,perut makin boncit nih
    bole la try.hahaha XD

    ReplyDelete
  17. bee suka makan limau nipis cicah kuah kicap sambal tu dedulu lah sebab tu bee dulu kurus kot skrg ni tk boleh dah makan masam hehee

    ReplyDelete
  18. owh banyak faedahnya ya... buleh la di coba nanti.. terutama part nak buang2 lemak ni..

    ReplyDelete
  19. Just nk kongsi pengalaman sy bab nk kempiskan perut gna limau nipis, kapur n bengkung.. prnh cuba dlu msa lam pantang..mmg perut rsa kempis cuma kulit perut mmg jd xberapa cantik cam kedut2 n gatal2 asyik nak menggaru.... lau yg kulit allergic tkut nanti rashes... neway bab kurangkn lemak minum air limau nipis.... insyaAllah ... esp lps mkn mknan berlemak...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!