Pixajoy

Monday, September 29, 2014

Projek Kuarantin



Tiga hari bertapa kat rumah Aiman asyik mengomel bosan. Aktiviti dia cuma main PS, tengok TV pastu huhahuha semakkan bilik dengan adik dia. Afia pulak tak habis-habis bawak selipar tunjuk ke kita mintak pakai, signal biasa bila nak ajak keluar. Bab sepahkan dapur tunggang terbalikkan satu rumah memang dia pro.

Sementara kuarantin sakit mata, aku cuba fikir aktiviti best boleh buat dengan anak-anak supaya kami dapat berhibur dalam rumah.

Masak-masak makan-makan memang aktiviti tak perlu kuarantin pun sentiasa on punya. Sepanjang tiga hari setiap hari aku masak breakfast. Aku jarang masak untuk sarapan, biasanya memang beli. Menu mudah nasi goreng bodo dan jejemput kentang. Menu rajin adalah roti canai. Menu murtabak baru kali kedua buat. Yang pertama dulu kat SINI. Menu sampingan bukan breakfast, bubur chacha


Bila kena kuarantin aku libatkan Aiman sekali dalam aktiviti chef. Kami baking kek minyak. Aiman banyak bantu dalam penyediaan bahan-bahan. Mudah sikit kerja, ibu tinggal bagi arahan semua ada depan mata. Enjoy buat kek sama-sama sementara Afia tengah tidur takdelah si pengacau. Bakar guna periuk bengkang je. Malas lap oven. Boleh tahan sajalah kek ni, tapi pada Aiman sedap je. Kata Aiman,

"Takkan tak sedap bu..Aiman buat sama-sama dengan ibu.."


Setiap petang Aiman akan main football dengan kawan-kawan dekat playground. Bila sakit mata memang tak dapat la nak jejak taman. Kawan ketuk pintu rumah pun kena halau balik. Aku ganti aktiviti petang dengan lepak dan main bola dekat balkoni. Abang dengan ibu duduk main baling dan sambut bola. Gelak tawa silih berganti bila Aiman kena pekena dengan ibu, sedar-sedar kepala dah kena baling dengan bola. Lagi tambah gelak dengan aksi Afia yang comel. Afia kadang-kadang jadi net kami, tapi dia lebih enjoy hirup udara melalui celah palang besi sambil tengok birds. Kalau bernasib baik dapat la tengok cat or goat yang lalu lalang depan jalan menghadap balkoni rumah kami.







Sunday, September 28, 2014

Frozen Cuti Sekolah



Cuti sekolah tempohari aku buat donut, pau sambal dan roti canai frozen. Aku dah dapat resepi mudah untuk roti canai yang tak perlu uli rehatkan, uli rehatkan macam resepi yang sebelum ni. Sekali je uli pastu rehatkan terus. Untuk donut dan pau aku guna adunan yang sama. Resepi ni pun aku suka. Donut tradisional dan gebu. Kebetulan marjerin kat rumah dah nak habis, resepi ni pakai minyak je, tak guna marjerin. So kena la share kat sini. Lagipun modal PK update blog memang sekadar tempek resepi je la pun.hehe..



Resepi Frozen Roti Canai

Bahan-Bahan : 1 kg tepung gandum + 1 sb gula + 2 sb marjerin + 3 sb susu pekat + 2 biji telur + 1 sb garam + air secukupnya.

Cara-cara : Gaul semua bahan kecuali air. Bila adunan dah berderai masuk air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak melekat dekat tangan. Bentukkan bulat-bulat dan rehatkan 4 jam atau lebih (Untuk simpan dalam peti ais kalau nak tebar kemudian, letak marjerin dekat adunan bulat-bulat tadi sebelum simpan dalam bekas kedap udara). Lepas tu boleh la tebar, bentukkan roti canai dan goreng separuh masak, bekukan. (aku tak tebar pun, just tarik-tarik dan bentukkan roti canai jadi bulat)


Aku buat asing-asing pau dan donut sebab tepung habis. Mula-mula aku buat donut, lepas dah beli tepung baru aku buat pau. Guna resepi sama tapi bahannya aku cut setengah la kan. Pertama kali buat guna resepi baru, adunan donut tak berapa lembut. Kali kedua buat adunan pau baru lembut. Mau tak gebu, adunan naik berkali ganda sebab aku tertidur lepas uli.





Resepi Donut & Pau Tradisional Frozen

Bahan-bahan : 1kg tepung gandum + 1 peket yis mauripan + 1/2 cawan minyak + 2 sb susu pekat + 2 sb garam + air secukupnya.

Cara-cara : 
Gaul tepung dan yis, masukkan semua bahan uli sampai adunan lembut. Rehatkan at least 1/2 jam sampai adunan naik dua kali ganda. Lepas tu uli sekejap sekali lagi, bentukkan donut dan goreng separuh masak, bekukan. 

Untuk pau, bentukkan bulat, masukkan inti pilihan dan goreng separuh masak juga, bekukan.


Abaikan rupa tak menarik donut dan pau. Pau besaq gedabak dipenuhi inti sambal ikan bilis, yang donut tu pulak kulit dia terkeras sikit tu yang bentuk macam agak creepy bak badan incederible hulk.hehe..





Saturday, September 27, 2014

Video Aiman Afia Joget







Abang bersungguh menari ikut Amir Khan. Adik buat gaya menari suka hati dia. Layan!






Friday, September 26, 2014

Sakit Mata



Catatan kenangan sakit mata.hakhak

17 Sept - Aku duty petang. Ambil Afia dari rumah pengasuh sampai rumah aku perasan mata dia berair.

18 Sept - Bangun awal untuk siapkan segala kelengkapan sebelum pergi kerja tiba-tiba dengar Afia menjerit dari dalam bilik. Biasanya kalau dia nangis nak susu tersedar aku takde kat sebelah pun tak pernah dia bagi high volume macam tu. Rupanya mata kiri dia tak boleh bukak, dah dipenuhi taik mata. Sah Afia kena sakit mata, berjangkit dari rumah pengasuh.

19 Sept - Mata Afia mula merah, berair dan banyak taik mata. Aku cuma selawat dan titiskan susu ibu dekat mata dia sebagai ubat. Balik dari rumah pengasuh, Afia selsema dan demam. Makan ubat lega, pastu on off demamnya selama dua tiga hari. Nak kata badan dia panas sangat tak juga, tidur malam pun tak merengek, tapi sentuh kulit terasa bahang. Bila aku google, rupanya sakit mata memang ada simptom selsema dan demam.

20 Sept - Kesian tengok sakit mata Afia makin teruk sikit dari sebelumnya. Tak konfiden pulak nak titis ubat dekat mata dia. MIL kata untuk ubat sakit mata baby, kalau mata kanan, titiskan susu sebelah kiri, begitu sebaliknya, kena bertentangan. Mula-mula ikhtiar titis susu dalam mata Afia aku tak yakin benda ni boleh baik, buat sekadar nak sedapkan hati orang-orang sekeliling. Pastu bila timbul keyakinan, buat betul-betul baru nampak kesannya. Insyaallah boleh lega kalau kita yakin susu ibu sebagai penawar, Allah yang menyembuhkan segala penyakit. Ni pun berperang mintak tolong Aiman pegangkan tangan Afia, nak sumbat susu dalam bijik mata memang ada adengan melalak la kan. Yang si abang pulak buat muka tak sampai hati sambil mulut mengomel kesian. Sayang sangat dekat adik dia!

21 Sept - Mata Afia dah beransur pulih, aku pulak yang berjangkit. Mata aku merah keduanya, tak sakit, tak gatal, takde banyak taik mata macam Afia. Mata kiri menyepet sedikit, merah lebih dari mata kanan. Ber S Jibeng aku dalam rumah feeling bergaya sambil masak, basuh baju, mop lantai buat kerja rumah. Speck mata hitam en suami aku pinjam pakai seharian takut bawa jangkitan terutama pada Aiman. Unfortunately Aiman balik je dari sekolah mata sebelah kanan dia dah sepet sikit. Ohhh Aiman pun kena sakit mata! Baru sehari kot dia school lepas cuti sekolah panjang. Disebabkan aku duty malam, aku pergi jugak kerja macam biasa angkut Aiman Afia.

22 Sept - Hari ni aku dengan Aiman ambik ubat dekat RSAT. Doktor bagi ubat titis, ubat sapu sebelum tidur dan ubat allergic dan gatal untuk makan. Aku dengan Aiman diberi ubat yang sama, cuma ubat makan tu je aku tak boleh sebab breastfeed. Kata doktor lagi, ubat tak boleh kongsi. Afia yang dah lega tu pun kata doktor ada kemungkinan boleh berjangkit semula. Nasihat doktor kena jaga kebersihan, cuci tangan selalu. Sepatutnya lepas balik kerja pagi ni aku kena OT petang. Dua opismate aku kursus 4 hari, dengan takde orang terpaksa lepaskan OT dekat opismate lain. Aku MC dua hari sambung cuti lagi sehari. Bertapa kami tiga beranak 3 hari dalam rumah sendiri kuarantin.hiks..

2 hari berlalu sangat cabaran bila tiba masa nak titiskan ubat dekat mata Aiman. Dia punya penakut tu memang tak boleh blah! Naik hangin aku bila nak titis ja dia tutup mata, dia gosok mata, cakap sakit padahal ubat sama je kot, aku pakai takde rasa mende. Bab titis ubat aku serah dekat en suami setel masalah. Sanggup tu kena belasah dengan abah dia setiap kali nak boh ubat mata. Harap maklum abah depa memang 18SG.hehe..

Sejak demam dan sakit mata ni Adik Fia tak mau makan, makin kurus la si bambam.
Abang Aiman dah boleh smile dan tunjuk good tanda mata dah lega.



25 Sept - Mata aku dan Aiman dah lega. 3 hari Aiman cuti hari ni dia dah mula sekolah. Sehari je kan, esok Jumaat dah cuti hujung minggu. Kami dah pass baton dekat en suami. En suami yang katanya takkan berjangkit sebab allergic mata dari kecik, ada pengalaman berkenaan mata 25 tahun pun dah mula merah matanya. 

Moral of the story, sakit mata memang mudah berjangkit, tak kira tua muda miskin kaya, banyak pengalaman ke tidak. Selamat bergaya dengan kaca mata hitam diucapkan kepada en suami.muahaha...








Tuesday, September 16, 2014

Blackpepper Wedges



Selamat Hari Malaysia. Cuti sekolah camni aku dok menggila buat kuih frozen. Kalau anak bujang lapar, kan mudah tinggal goreng ja. Ibu dia pun konon berpelan diet bagai, makan melampau lebih dari anak. So far aku dah buat roti canai, donut dan pau sambal. Rasa nak buat pau kukus dengan karipap tapi kena tunggu aku naik seh dulu la.hehe 

Kali ni nak tempek resepi wedges kesukaan anak bujang. Wedges ni pun boleh buat banyak, goreng separuh masak pastu frozenkan. 


Resepi Wedges Mudah : Potong kentang macam wedges kemudian rebus separuh masak, toskan. Satukan tepung gandum+sedikit tepung jagung+garam+lada hitam tumbuk+air, kacau sebati. Celup kentang tadi dalam tepung dan goreng.


Rangup dan sedap. Blackpepper Wedges makan dengan sos blackpepper lagi. Resepi kat SINI


Aku memang hantu blackpeppers. Tau tak lada hitam bagus untuk menurunkan berat badan? Mari kita gelak besar.muahaha...








Saturday, September 13, 2014

Simple Mihun Sup Utara





Blogger Joanna Yunus said...
wah sedapnya adik kutu ku sayang... main masak-masak pulak diakan... adik kutu ku sayang bagi resepi buat mee hoon sup utara tu... sambal merah dia... plus dengan macam mana nak kuningkan mee hoon tu...

14 August 2014 12:53
 Delete

Menunaikan permintaan Kak Joanna Mama QS. Aku tak pandai nak printscreen, copy paste je la asal boleh.muahaha..


Sambal Merah Mihun Sup
Tumis bahan blander (bawang merah+bawang putih + halia+ cili kering) sampai pecah minyak, masukkan air asam + air + sos cili dan perasakan dengan garam dan gula. Siap

Bihun Kuning
Masak air sampai mendidih, masukkan bihun + serbuk kunyit secukupnya, kacau rata je jadi la warna kuning. Dah masak mihunnya, toskan.

Sup Ayam
Rebus sampai masak ayam + air secukupnya + bahan tumbuk ( bawang merah+bawang putih+halia+lada hitam)+garam+serbuk perasa (biasanya aku guna serbuk hilal or serbuk ayam maggi). Last sekali baru masukkan daun sup dan daun bawang. Siap!


Bihun sup bodo je pun. Nak share resepi pun malu, tapi sebab ada demand, aku tempek gak la kat sini. Sambal aku buat macam dok masak sambal hari-hari. Sup pun biasanya versi bodo tanpa sup bunjut or serbuk sup bagai. Jimat dan kena selera tekak aku. Tiada tumis darat juga untuk menu yang lebih sihat tanpa minyak.haha..








Friday, September 12, 2014

French Toast Untuk Afia



Afia masih makan bubur yang di blander tau. Bukan sebab tak pandai kunyah guna gigi, tapi dia makan family food tak bersungguh. Aku rasa ada baiknya aku masak bubur untuk dia, asal dia makan banyak. So far makanan dia memang dia selera, even aku tak pernah taruk garam sampai sekarang. 

Segala mak nenek apa yang kita makan memang dia dah makan. Antara peberet food Afia ialah mihun goreng, karipap, mihun sup dan nasi goreng bodo. Macam aku kata dia makan so so ja, penat nak kunyah la kot.huhu.. Alhamdulillah dia masih suka makan. Tengok makanan kat TV pun siap bunyi amm ammm sambil nganga mulut dengan comel.

Tempohari aku buat french toast pakai susu cair Afia nampak macam suka makan, so dapat la idea buat roti telur guna EBM. Sayang la kan stok susu boleh tahan tapi Fia dah tak mau menyusu kat rumah pengasuh. Otak aku dok ligat juga fikir macam-macam menu makanan dengan susu ibu cuma tak cekal ja nak buat. Bukan apa takut bazir tenaga aku kalau Afia makan cuma secubit dua tiga cubit. Baik punya alasan.haha


Resepi Roti Telur Susu Ibu

Bahan-bahan : 2 Keping roti gardenia dibuang kulit tepi + sebiji telur + 2 aunz susu ibu + sedikit marjerin.

Cara-cara : Pecahkan telur ke dalam susu, rendam roti kemudian boleh goreng roti dalam kuali yang dilenser dengan sedikit marjerin. Telur yang selebihnya aku buat telur hancur. Siap! 


Bila suruh senyum, dia buat la muka notty dia tu..


Aiman bantai sekeping roti habis. Dia kata sedap. Bila aku kata guna susu ibu dia siap puji ibu ni hebat, boleh buat ciptaan baru macam apa benda nama kartun kat Astro aku pun dah lupa. Afia makan lebih kurang setengah keping roti dan habiskan semua telur hancur. Banyak jugak la kan dia makan.







Thursday, September 11, 2014

Puding Kastard Jagung Super Simple



Sesekali bila beli jagung memang borong banyak. Makan dan berak jagung je kekdahnya selama beberapa hari. Pertama sekali wajib buat en suami peberet dish jagung gaul nyoq. Untuk aku mestilah sweet corn sesweet tuannya sebab aku kureng sikit dengan Jagung Nyoq tu. Sempat lagi puji diri sendiri ya.hakhak...

Aiman paling suka jejemput jagung. Sambil rebus jagung aku bancuh siap-siap tepung untuk cekodok. Yang ni memang buat banyak sikit terus simpan dalam peti ais. Esok lusa dah serasi bersama bahan-bahan yang telah dibancuh, baru sedap nak goreng untuk minum petang ka sarapan pagi waima untuk dinner sekalipun. Lebihan jagung yang lain aku buat bubur jagung. Yang ni pun wajib buat, en suami suka.

Ada lagi lebihan jagung aku dok fikir apa nak bikin. Tekak teringin nak makan puding jagung, dah lama tak buat pulak tu. Dapat tiga bekas ni je, sorang satu jadilah kan. Kalau buat satu adunan banyak sangat, tapi tak sangka la pulak benda ni jadi macam tak cukup. Sebab tekstur dia lembik sikit en suami suka la kan. Aiman pun hadap sekali lalu ja satu bekas. Aku ja fail nak habiskan semua. Nama ja tekak teringin, esoknya en suami dan Aiman berebut tolong clearkan.


Resepi Puding Jagung Kastard

Bahan-Bahan : Sebiji jagung + 2 cawan air + 1/2 tin susu cair + 4 sudu susu pekat + 4 sudu gula + 1/2 cawan tepung kastard.

Cara-Cara : Jagung dipotong isi dan rebus dengan 2 cawan air. Bila jagung dah masak, masukkan semua bahan lain, kacau hingga pekat pastu tuang dalam bekas dan biar sejuk. Siap!


Berbekalkan bahan-bahan yang sedia ada kat rumah plus kehandalan aku memodified resepi, maka terhasillah puding jagung kastard super simple. Resepi untuk 1/2 adunan je la. Sebab tak guna jagung dalam tin tu, aku letak susu pekat untuk efek rasa yang lebih mengancam.hehe..




Wednesday, September 10, 2014

Santai Aiman Afia



Santai Taman Jubli lagi. Ni je tempat strategik buat anak-anak yang tak perlu keluar modal banyak. Setakat seploh ringgit untuk aiskrim dan sate ikan.hakhak. Kali ni kami pergi awal tak petang sangat around pukul 3 setengah. Layan je la gambar.

Ibu..mintak dukung! Pecah peluh ibu dengan si bambam. Boleh tahan semangat badan dia sekarang.


Afia memang peminat binatang. Punya excited tengok rusa. Dia tunjuk-tunjuk dari jauh tak puas tengok kami pun pergi belakang kandang. Aku dengan Aiman tak kuasa nak dekat dengan rusa-rusa ni semua. Punya la busuk hapak. Aiman siap buat aksi tutup hidung. Afia sorang je enjoy sampai tahap tak mau balik. Lain kali kita pergi zoo ye. Lagi banyak binatang boleh tengok.


Abang..jangan tinggal saya...tunggu Afia!


Comel pulak tengok abang adik jalan bergandingan.


Si chubby dari rumah dah kata takmau bergambar. Dia tau ibu dia ni sawan kamera. Dapat aiskrim elok pulak suruh ibu snap pic dia. 


Ok jom balik...

Kejap je lepak Taman Jubli sebab lepas Asar en suami kerja. Walau singkat, tetap enjoy dapat luangkan masa berkualiti dengan anak.






Friday, September 05, 2014

Afia Imanina 16 Bulan



Hai, aku baru keluar dari bertapa. Cuma nak update perkembangan si bambam, lepas ni mungkin akan kembali bertapa, depend on mood.ahakz..

Sekarang ni dekat rumah pengasuh, Afia dah tolak susu. Stok susu ke rumah pengasuh langsung tak luak. Sebotol 3 aunz pun susah dia nak habiskan. Mula-mula tu risau jugak la, tapi sebab dia dah besar dan makan macam-macam kurang sikit kerisauan tu. Menyusu melalui botol memang dia dah reject terus. Menyusu pun melalui cawan macam orang besar. 

Makin besar makin cerdik kena kat dia. Suka sangat bereksperimen dengan barang-barang dapur. Berkecah dia semakkan satu rumah. Kalau ada barang hilang tu memang tau dah siapa punya kerja. Cik pia yang dah 16 bulan ni kadang-kadang dah tak makan saman wo, kita larang apa, kena marah pun dia buat tak heran.  



Selain dari doa sebelum makan, dia dulu akan angkat tangan baca doa bila ibu nak ajarkan abang Aiman Iqra. Setiap kali ada tayang Al-Fatihah kat TV, setiap kali tu Afia akan angkat tangan berdoa. Kata pengasuh, kalau masa dia tengah makan biskut pun, dia mesti letak biskut dan doa. Satu malam tu, dengar Fatihah dalam dok mamai tidur pun tetap angkat tangan doa. Comel gila tau!