Tiga hari bertapa kat rumah Aiman asyik mengomel bosan. Aktiviti dia cuma main PS, tengok TV pastu huhahuha semakkan bilik dengan adik dia. Afia pulak tak habis-habis bawak selipar tunjuk ke kita mintak pakai, signal biasa bila nak ajak keluar. Bab sepahkan dapur tunggang terbalikkan satu rumah memang dia pro.
Sementara kuarantin sakit mata, aku cuba fikir aktiviti best boleh buat dengan anak-anak supaya kami dapat berhibur dalam rumah.
Masak-masak makan-makan memang aktiviti tak perlu kuarantin pun sentiasa on punya. Sepanjang tiga hari setiap hari aku masak breakfast. Aku jarang masak untuk sarapan, biasanya memang beli. Menu mudah nasi goreng bodo dan jejemput kentang. Menu rajin adalah roti canai. Menu murtabak baru kali kedua buat. Yang pertama dulu kat SINI. Menu sampingan bukan breakfast, bubur chacha.
Bila kena kuarantin aku libatkan Aiman sekali dalam aktiviti chef. Kami baking kek minyak. Aiman banyak bantu dalam penyediaan bahan-bahan. Mudah sikit kerja, ibu tinggal bagi arahan semua ada depan mata. Enjoy buat kek sama-sama sementara Afia tengah tidur takdelah si pengacau. Bakar guna periuk bengkang je. Malas lap oven. Boleh tahan sajalah kek ni, tapi pada Aiman sedap je. Kata Aiman,
"Takkan tak sedap bu..Aiman buat sama-sama dengan ibu.."
Setiap petang Aiman akan main football dengan kawan-kawan dekat playground. Bila sakit mata memang tak dapat la nak jejak taman. Kawan ketuk pintu rumah pun kena halau balik. Aku ganti aktiviti petang dengan lepak dan main bola dekat balkoni. Abang dengan ibu duduk main baling dan sambut bola. Gelak tawa silih berganti bila Aiman kena pekena dengan ibu, sedar-sedar kepala dah kena baling dengan bola. Lagi tambah gelak dengan aksi Afia yang comel. Afia kadang-kadang jadi net kami, tapi dia lebih enjoy hirup udara melalui celah palang besi sambil tengok birds. Kalau bernasib baik dapat la tengok cat or goat yang lalu lalang depan jalan menghadap balkoni rumah kami.