Pixajoy

Thursday, August 22, 2019

Aidiladha 2019


Tahun ni raya haji paling tak feel la kot sebab raya tak balik kampung ibu, balik Alor Setar pun sekejap sangat. Bertolak balik umah mak abah mertua petang raya pertama pastu raya kedua balik SP terus masuk kerja petang.

Apa pun ibu siapkan juga sedikit juadah hari raya untuk kami. Jadi la habuan anak anak makan masa ibu kerja. Ni ja pun yang aku tau. Nak balut ketupat tak pandai. Pi kedai beli je la nasi himpit. Huhu

Rendang ayam, nasi himpit,  kuah kacang dan cucur udang

Dua hari sebelum raya aku baking cupcake, anak-anak makan kek ni je la raya ni, ibu datang rajin sampai tiga jenis buat, pastu sekali dengan ibu tambah kalori. 

Cupcake Pisang

Cupcake Coklat

Cupcake marble tepung beras

Duty pagi anak-anak semua tinggal di rumah. Abah depa pun on job semalaman tak balik pulun cari duit, time raya ni la job banyak so kita redha je la haha

Ibu di pagi raya sempat pulun selfie kat pejabat ucap Selamat Hari Raya everyone. Kiki

Habis duty suruh anak - anak siap ibu pun tukar baju raya sedondon dengan Afia tunggu abah depa tak balik sampai kesudah. Petang baru bertolak balik Alor Setar. Sempat la kita bergambar raya. Ni je la gambar raya yang ada pun sebelum tukar baju pakai jeans. Abang Aiman tidur masa ni. Haha



Sebelum dan selepas mekap. Kak Pia dia mekap sendiri dia semua. Seram ibu tengok kening. Hahaha


Sampai Alor Setar dah maghrib pastu malas dah nak snap gambar kidnap gambar menu adik ipar masak je. Makanya berkat dua hari makan sakan, berat naik 1kg. Hahaha

Ketupat by maktok. Rendang daging, tauhu berlauk,  nasi tomato acu depa masak.

Sekian raya kami yang hambar. Aku dan en suami kerja nak balik Penang macam tak padan sekejap sangat, ada rezeki lain kali kita balik. Kami berkorban cara kami. 






Wednesday, August 07, 2019

Afia & Pertandingan Senamrobik



Save memories here. Pengalaman baru buat Afia. Ibu tempek sini supaya semua kenangan tak hilang.

Buat kat sekolah kem tapi ibu tak tau boleh pi tengok, Afia tanya kenapa ibu tak mai tengok Kak Pia. Rugi kan. Huhu

Comel semuanya

Afia paling besar lalu makan sekarang makin montel dah

Bersama cikgu pengiring











Penutup paling comel

Tahniah cikgu-cikgu bukan mudah nak mengajar. Nampak simple tapi komitmen tu ibu puji sangat

Bersama guru besar

Tahniah Kak Pia dan kawan - kawan


Video pun parents je share. Dapat juga ibu tengok even bukan secara live.

Part 1

sambungan part 2

Pose terakhir sebelum naik rumah

Hadiah face towel tapi budak kan happy dah janji ada hadiah. Hehe

Alhamdulillah semua dah buat yang terbaik. Walaupun tak menang, cikgu pun sangat berpuas hati dengan persembahan. Lain kali masuk lagi boleh menang Afia kata. Tak ada pertandingan dah Kak Pia oii. Hahaha






Tuesday, August 06, 2019

Happy 35th Birthday to me!



Usia muda berakhir diusia 35 tahun. 2 Ogos setiap tahun menginjak usia, tahun ni sangat special sebab sedang menjalani masa-masa terakhir sebagai orang muda, atau lebih enak disebut orang tua. Hahaha.

Kerja pagi hari tersebut. Sayu sungguh hati pada hari lahir, sejak menginjak usia macam ni benda kecik-kecik selalu buat aku sebak. Betul la orang kata usia 35 ni fasa umur berjaga-jaga, banyak ujian datang untuk kita ingat Allah. Semoga ujian jadi asbab hidayah untuk aku lebih mengingati mati. Umur sekarang aku nak bahagia, kesihatan yang baik dan kemudahan beribadat ja.

Habis kerja en suami call suruh balik cepat jangan singgah mana-mana. Dalam hati terdetik juga maybe depa nak buat suprise, tapi tak mau berharap sebab dah kenal en suami style macam mana,  benda-benda kejutan camni beliau tak ambik port sangat.

Sampai rumah kat bawah park kereta Aryan teriak panggil ibu dari balkoni macam biasa. Tiba-tiba Afia dukung Aryan bawa masuk dalam melalak la budak tu. Selalu dua-dua mesti tunggu ibu balik jerit-jerit serupa setahun tak jumpa. So ibu rasa mesti ada kejutan. Hehe

Buka pintu wah meja makan kosong, ada sebiji je indulgence cake. Depa semua pakat nyanyi lagu Allah selamatkan ibu. Takda la terkejut sangat pun, dah boleh agak huhu

Kak Pia dah pandai nak buat kejutan. 

Aryan tu dia tau cepat la ibu potong.. Adik nak makan ni dengan muka comel amat. Padahal dah paw abah dah sorang 1 slice. Hahaha

Apa pun ibu appreciate sangat, terima kasih en suami yang pulun on job semata nak belikan ibu secret receipe. Tapi ibu puasa abah yang balun banyak.  Hahaha

Abang Aiman takda dalam gambar la dia jadi tukang snap

Abaikan perut abah yang mengandung tak bersalin sampai kesudah tu hahaha

Alhamdulillah even on diet,  buka puasa aku bedal 2 slice. Esoknya sahur lagi sepotong. Tahun depan mau cheesecake pulak ya. Kiki





Saturday, August 03, 2019

Resepi Puding Coklat Oreo Cream Cheese



Minat nak mencuba resepi baru tu membuak-buak walaupun on diet. Dah buat mesti la makan takkan tengok saja, pastu stress sebab benda ni semua tinggi gula,  tinggi kalori, tinggi lemak semua pun tinggi la.  Hahaha

Puding ni lama dah pending nak buat. Rasanya dah 3 4 kali beli oreo simpan dalam peti pastu tak buat-buat Aryan dok pujuk nak makan bagi dia dulu,  pastu beli lagi oreo dan lagi tak jadi-jadi juga pudingnya. Malas nak buat sebab takut tak boleh kawal nafsu.

Tapi tak sangka kan jadi juga akhirnya. Simpan sini resepi kot lepas ni dah capai berat idaman boleh repeat buat lagi. Niat tu kena ada. Hiks 



Resepi dapat dari Marya di Instagram. Blogger gak Marya ni tapi dah lama kot tak update blog. Aku kan die hard fan oreo so mesti la nak cuba buat. So here the receipe :




En suami dan anak-anak kata sedap. Gila tak tak sedap. Oreo kot, pastu cream cheese whiped cream,  pastu puding coklat plak 3 layer habaq hang. Aku makan tak sampai suku cawan rasa-rasa je berapa ratus kalori tak tau la, seram kot. Lepas tu aku pulun donut ni pulak. Hahaha


Lebihan cream cheese buat filling tengah donut, boh pulak coklat kat atas, makan punya nikmat apa lagi nak dikata.