Entri terakhir percutian di Lumut. Esok dah masuk tahun baru. Ingatkan tak nak up entry dah. Tiba-tiba datang kerajinan luar biasa untuk menaip.
Di Lumut kami menginap di rumah SIL, kuarters dalam Pangkalan TLDM Lumut. Malam selepas balik dari Pangkor aku tengok berita mengatakan ada Pesta Bilis di Teluk Batik. Keesokkan hari selepas Asar abah dan en suami ajak ke Teluk Batik. Ikutkan penat aku memang malas nak ikut. Tapi sebab belum pernah jejakkan kaki kesana walaupun dah banyak kali ke Lumut, aku ikut juga. Pantai di sini airnya tidaklah sehebat Pangkor tetapi sentiasa dikunjungi manusia terutama pada hari minggu dan Kelepasan Am.
Tak sangka begitu ramai manusia di Pantai walaupun pesta sudah habis waktu kami tiba. Kereta tak usah cakap memang beratus-ratus lemon. Kami hanya mengambil angin sebentar di pantai dan pusing di gerai yang menjual baju dan cenderamata. Sekadar dapat rembat 3 ketul FM kami bertolak balik.
Ternyata kunjungan ke Teluk Batik jadi kalut sebab terperangkap dalam jam. Kalau tahu sesak macam tu taubat kami tak p!
As request aku tempek sekeping gambar terselit ibu Aiman yang sedang membuyung bagaikan juara. Setakat ini aku dah naik sebanyak 12kg. Hebat bukan?haha..
* Hari ni buat BSP asyik ulang beberapa kali sekali cucuk. Entah dimana malangnya sadis sungguh jari comel aku ni jadi mangsa.