Pixajoy

Friday, November 23, 2012

Home » Pengalaman Pertama Mengandung

Pengalaman Pertama Mengandung



Seronoknya baca pengalaman rakan blogger dekat SINI. Semestinya setiap wanita berdepan pengalaman pahit manis semasa kehamilan. Cerita alahan dan kelahiran mungkin berbeza, namun kita berkongsi perasaan yang sama saat melihat anak yang dikandung selamat lahir melihat dunia. 

Sekadar berkongsi untuk catatan kenangan. Moga suatu hari anak cucuku dapat membacanya.hoho

Tiga bulan bertunang, tarikh 07.06.2006 aku bernikah. Sebulan kemudian majlis di kedua-dua belah berlangsung serba ringkas. Dalam usia menjangkau 22 tahun, tak terniat dek hati untuk merancang perkahwinan. Aku belum memiliki sebarang pekerjaan pada ketika itu. Membina sebuah rumahtangga juga bukan sesuatu yang mudah kerana impian untuk berbakti pada mak pak belum tercapai. Namun aku percaya semuanya telah tertulis, jodoh pertemuan Allah tentukan.

Intro saja, bukan nak cerita pasal kahwin sebenarnya. Kisah tu mungkin lain tahun aku akan story.hiks..

Aku tinggal bersama mertua selepas bergelar isteri. Aku langsung tak ambil pusing tentang tarikh period walaupun sebenarnya aku ada buat catatan. Kali terakhir datang bulan sewaktu kenduri disebelah pihak aku. Dua bulan berlalu, badan mula sakit-sakit, hari-hariku terasa letih yang amat. Aku jadi kuat tidur dan selera makan terus hilang. Bila malam kepala selalu rasa pening.  

Suatu hari waktu bersembang dengan adik ipar, aku kata terasa nak makan rambutan dan mangga. Tak sangka pulak hari tu jugak abah (bapa mertua) terus pergi beli. Suami sendiri tak ambil kisah pun, sibuk dengan kerja je, sedih!hehe..Tapi sungguh aku dan en suami tak terfikir langsung tentang tanda-tanda aku dah mengandung. En suami pun lebih kurang sama blur jugak dengan aku. Dalam kematangan usia 21 tahun, pada aku cukup muda bagi seorang lelaki ambil pusing ni semua.

Untuk mengesahkan, aku dan en suami ke klinik. Entah macam mana nak dijadikan cerita waktu tu aku memang zero pasal mengandung. Manalah aku tau nak buat ujian kehamilan memerlukan aku buang air. Masuk toilet aku langsung tak dapat kencing. Beberapa kali cuba sampai en suami pergi beli air mineral aku masih juga tak dapat melepaskan hajat. Kelakar rasanya bila diingat, aku ajak en suami balik, kataku esok saja pergi klinik semula!

Esok hari doktor comfirmkan aku mengandung. Beberapa hari kemudian aku buat kad merah. Tak sangka jugak secepat ini walaupun bukan bunting pelamin macam Diana Danielle.haha Aku dan en suami masih tak percaya rupanya aku dah mengandung tiga bulan. Seluruh keluarga ternyata gembira kerana ini cucu pertama di kedua-dua belah pihak.

Tanpa diduga aku terima surat perlantikan jawatan di Kementerian Pertahanan. Aku kena melapor diri di Kuala Lumpur. Syukur, mungkin ini di namakan rezeki anak. Sejak itu, suasana sedih dan risau menyelubungi. Tak sanggup rasanya aku dan en suami berpisah. Masih dalam kehangatan bulan muda pulak tu.kahkah. Sampai sekarang pun kami tak mampu rasanya nak berjauhan walaupun sekejap.ecece 

04.10.2006 selepas tarikh melapor diri, aku terus mengikuti Kursus Induksi khusus selama 3 hari. Hari terakhir kursus aku di beri penempatan jabatan. Aku ditempatkan di Kd Sultan Ismail, TLDM Tg. Pengelih Johor. En suami terpaksa uruskan urusan berhenti kerja dan sebagainya dulu sebelum pindah dan tinggal bersama aku di Johor. Dua minggu pertama aku terpaksa survive seorang diri. Melalui pengalaman mengandung bersendirian diperantauan tanpa teman untuk mengadu tidak terlalu mudah untuk aku lalui. Dengan persekitaran ditempat asing, 14 hari satu tempoh yang cukup panjang tapi sangat manis untuk dikenang.

Jujurnya aku kahwin dalam keadaan tak bersedia. Semua berlaku dalam sekelip mata. Sendiri mengandung pun tak tahu. Sungguh perancangan Allah terbaik buat aku. Perkahwinan dalam usia muda banyak mengajar aku dan en suami tentang erti hidup. Macam tu la lebih kurang pengalaman pertama. Nanti sambung pengalaman kedua pulak..


21 comments:

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

sronok la kak murni kawin muda..tgk aiman dah bsr dah skrg :)

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

akk pregnant lagi ke ni?heee

ira dah lama xjenguk sini mmg ketinggalan keretapi laaa haha..sorry akk!

tahniahhhhh dr ira..bestnya bestnyaa..hee

ira ni kahwin pon blm hihihi doakan ira :p

Unknown said... Best Blogger Tips

wahh..x sangka ye..=)

penglaman memberi kita pengajaran..mungkin boleh jd persediaan utk masa hadapan..=)

Masya said... Best Blogger Tips

tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya hhihihihi

Fai Nardir said... Best Blogger Tips

kenangan pertama pregnant memang takkan dilupakan sampai bila2..! (>___<)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

oooo kira muni dpt keje lps prgnant la ek... mmg rezeki ank kan.. :-)

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

7 jun 2006 kawen? saya baru masuk usim sambung degree time tu...suami muda setahun ea?

baru tau nama murni...hehehe

Salmi said... Best Blogger Tips

Seronok baca pengalaman PK..
Untung kawin muda.. Kita belum tua anak dah besar panjang. Nanti boleh jadi nenek muda.. hehe

hyz said... Best Blogger Tips

kawin muda banyak cabaran... tp kalo kedua2 pihak saling menyokong, insyaallah berkekalan dan bahagia hendaknya.. amin...

NzA said... Best Blogger Tips

untungkan org bunting pelamin..byk pngalaman pahit manis PK lalui.....akak kawin muda juga ttp 2thn lepas tu baru mengandung..skali bersalin terus brderet2 3thn brturut2...

Anonymous said... Best Blogger Tips

indah kan, nak menyambut kehadiran org baru. bile la aku berpeluang...

محمد رازيق said... Best Blogger Tips

owh. kira akak kawin muda gak, 22. hehe. saya ni 24 belum kawin lagi. tapi bila nak sambut anak frst ni mesti seronok kan kak.

fizalinolie said... Best Blogger Tips

O... Rupanya Muni kawin Muni... Dan bestnya dapat kerja time mengandung. rezeki anak katakan. Takpe kawin muda Muni, Yang penting bahagia :)

syiela said... Best Blogger Tips

akak 2005 :)

best baca pengalaman orang :)

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

pk kawin muda ya....mesti seronokkan..

ida =) said... Best Blogger Tips

Syoknya....
Saya kawin dh lewat juga. Hihihi. Tapi, lapor diri kt MinDef ye? Best ke duduk dengan uniform ni?

puanbee said... Best Blogger Tips

selalunya macam tu lah , kalau susah dpt kerja , lepas mengandung dpt kerja , kalau susah nak majukan bisnes lepas mengandung jd maju .. kan .. rezeki sbb kita mengandung agaknya ..

apa pun ..kini kutu menanti kelhiran baby ke duanya .. ecececehh berdebar tak ?

sal ya said... Best Blogger Tips

ramai pulak yg pregnant sekarang ni kan. hehehe...

Unknown said... Best Blogger Tips

waah best baca pengalaman mengandung..saya da 2 bulan kawen belum ada rezeki..doakan saya..hee tak sabar nak ada baby..insyaAllah

Arinie Ghazali said... Best Blogger Tips

Bestnya mengandung muda. Sy masa mengandung pun duk jauh dgn suami. Sedihhh

Unknown said... Best Blogger Tips

sharing yang menarik :-)