Yey Afia dah tamat buku 2. Buku 2 ni ambil masa yang cukup lama juga. Kami banyak buat aktiviti dari tenung buku sebab Afia dah mula liat nak baca bila buka buku. Bila buat aktiviti macam ni dia suka sangat..hari- hari minta aktiviti. Jenuh ibu nak fikir dan cari idea.
Mula-mula nak ajar gabung bunyi m k s..guna flashcard, ibu sebut Afia match..pastu end up dia yang ajar ibu. Jadi cikgu katanya.
Hadiah habis buku 1. Ibu DIY Playdoh je jimat duit ibu.haha..Afia agak fanatik dengan playdoh ni sakan dia main siap ajak adik Aryan join. Sesambil main ibu ajak sebut perkataan dari huruf yang dibuat dari playdoh.
Ni dam gabung bunyi ke apa entah la..Lambung dadu pastu jalan kereta dan sebut gabung bunyi. Ajak Abang Aiman join jugak untuk lebih meriah.
Aktiviti kaler..gunting..gam..tulis..padankan untuk BA 2.
Ice cream fonik..buat kon dari kotak..aiskrim scope dari kertas cupcake..gamkan pastu ibu tulis perkataan minta Afia baca.
Ice cream dan Afia berpisah tiada. Setiap kali keluar ikut ibu pi kerja or ambil dia dari rumah mak ngasuh wajib singgah kedai minta aiskrim.huhu
Ni namanya Magic Word. Ibu tulis perkataan pakai krayon warna putih kemudian Afia kaler guna water color. Tulisan yang mulanya tak nampak akan kelihatan bila dah di warnakan.
Phonic Cookies in a jar - ibu buat ABM Cookies Jar sambil kira..padankan dan sebut gabung bunyi. Count..match and spell in one way.
Roda fonik - dok tengok ramai yang buat ibu pun buat..ni untuk mantapkan gabung bunyi.
Ni paling Afia suka.. Word Adventure nama aktivitinya. Ibu tulis perkataan sembunyikan pastu minta Afia cari.
Dah jumpa kena sebut dan baca pastu tanda. This is really fun.
Ibu masukkan ayat dalam botol pastu Afia ambil dan bacakan. Nampak mudah tapi nak keluarkan kertas dari botol kena ada kemahiran juga tau.
Alhamdulillah dah proceed buku 3. Sekarang nak fokus buat latihan bagi Afia terus baca tanpa eja. Dia dah kenal huruf dan boleh gabung bunyi BA 3 tanpa ibu ajar tapi masalah bila suruh baca terus tak reti katanya pastu bebai.hahaha..Takpa pelan-pelan kayuh. Chaiyok Afia Imanina..lagi 2 bulan nak sekolah kan.