Pixajoy

Tuesday, February 27, 2018

Aiman Juara Lontar Peluru & Medal Pertama Afia



Lama tak cerita kisah Aiman kan. Tak tahu nak cerita apa..orang dah besar ni banyak menyendiri, banyak simpan perasaan, selalu kena marah dan selalu kena beralah. Nasib anak sulung. Kadang-kadang ibu sedih juga tak boleh beri perhatian pada Aiman macam dulu, tapi jauh sudut hati, sayang ibu sama je..cuma sayang tu dah kurang tunjuk dengan perbuatan. Dah..dah..dah buat ayat sedih pulak kan.hahaha..

Ok nak simpan sini juga antara pencapaian Aiman di sekolah. Tahun lepas pun Aiman juara. Tahun ni juara lagi. Bila dah juara, Aiman mewakili sekolah dalam acara lontar peluru, lawan dengan sekolah-sekolah lain tapi takda rezeki menang. Last year bagi alasan tak makan..tahun ni dah makan pun kalah ye Aiman!haha..

Takpa semangat bertanding tu penting. Pengalaman tu tak boleh dijual beli. Ibu tetap bangga.

Afia bila tanya masuk acara apa tak tau dia kata.hehe

Kira Afia Kanan Aiman punya

Sijil penyertaan

Ni medal last year


Cikgu whatsapp picture tapi tak nampak rupa Afia pun.

Semua gambar dari jarak jauh ibu tempek juga buat kenangan.

Budak ciwi ni pertama kali dapat medal

Sekolah hari seterusnya dia kata cikgu suruh bawa, ibu macam pelik tapi biarkan je la. Balik sekolah dia kata cikgu cakap tak payah bawak pun ibu.  Dah bagi takkan cikgu nak minta balik kan. Tu la ciwi sangat.hahaha..




Tuesday, February 20, 2018

Resepi Puding Roti Cip Coklat Badam



Wah tajuk canggih wey. Padahal resepi sama je aku dok buat selalu. Topping aku buat kelaianan boh cip coklat dengan hirisan badam plus nestum sikit. Aku memang tak suka boh kismis, so biasa dok buat kosong tanpa topping. Resepi boleh rujuk kat SINI.

Boh cip coklat + badam banyak - banyak

Pastu gatal tabur nestum pulak

Tada..yg siap dikukus..


Makan panas baru lepas kukus, lembik-lembik, lemak manis, crunchy badam plus coklat cair sedap wey. Must try!









Monday, February 19, 2018

Labo - Labo Steamboat & Grill Sungai Petani



Ok mari review tempat makan agak popular masa kini, labo - labo.hihi. En. suami la ni mengidam sangat nak makan. Hari-hari dok lalu kat wall facebook mengundang betul la, dah tak pasal - pasal katanya minta big boss PK bundle belanja.haha. Ikut aku tak berapa kenan sangat steamboat ni..aku kan peminat western, tapi satgi kempunan pulak jom la kita pi.kiki

Ni kira pertama kali kami ke Labo-labo..not bad dari segi rasa..cuma daging grilled tu terlalu berempah..tak berapa kena tekak en suami..overall puas hati, servis dan harga berpatutan. Kami pi waktu tengah lapar, so memang belasah sampai kenyang. Orang lain dah bersilih ganti bangun siap makan kita bertapa situ dekat 2 jam.haha

Macam biasa ada dua pilihan kuah, sup dan tomyam. Kami pilih sup takut Afia Aryan tak makan kalau tomyam..tapi memang tak makan langsung pun budak dua bertuah ni. Afia dia bedal sosej sikit dengan telur rebus 3 bijik. Aryan langsung tak nak makan, minum air je.


En suami aim ayam, daging dengan kambing grilled ja. Sayur, mee, steamboat apa tu semua aku sorang ja balun.



Kambing lokan kepah semua masuk dalam harga sekepala

Add on rusa je kena extra charge. Sepinggan ni RM 10 kalau tak salah.

Budak noty nak jalan merata tak larat kepung dok pi kat meja orang, bagi tengok kartun ja diam. Sungguh action yang tak bagus tapi ni ja cara. Bukan bagi gadget selalu. Jangan kecam hahaha..

Aiman dan abah serve..ibu makan ja.hahaha

Mengadak air

Mood mau posing. Layan!

Harga dewasa RM 23.90, kanak-kanak 13.90 ke 14.90 lupa dah..lebih kurang tu la..Afia Aryan percuma. Air ada kopi panas, oren dan sirap..ABC handmade sendiri..pastu ada pencuci mulut sunkist dan kek pisang. Tu je la kot rasanya. Makanan steamboat dan grilled sama ja macam kat tempat lain.

En suami kata kalau ok kita repeat..kalau tak ok sekali ni je la..Keputusannya lambat lagi kot nak repeat. Bukan sebab tak sedap ya..ni sebab citarasa setiap orang tak sama. Bagi aku ok je..aku makan puas pastu dok buat kalut sampai jari terkena sup mendidih, pedih habaq hang.huhu





Saturday, February 17, 2018

Bacalah Anakku Afia Buku 5



Alhamdulillah dah habis buku 5. Buku 5 ni ambil masa paling singkat. Afia meroket laju ajak baca sentiasa, tak payah kerah dia sendiri jadi minat. Buku latihan pun sepanjang hari dok buat. Sampai pukul 1 2 pagi dok tulis. Ibu naik pening.hahaha..

Pastu kan asyik minta aktiviti. Ibu dah tak boleh fikir idea on the spot. Buat latihan padankan ajelah. Baca dan padankan ikut gambar yang ibu lukis. Lukisan tu seadanya hentam sajalah labu.

Kat office selalu banyak masa untuk aktiviti, ibu tak terikat dengan kerja rumah dan kerja bundle

Ni kat rumah asyik ajak baca. Sebab dia aim toys atau handphone depa dah rosak..free gadget jadi takda benda nak buat asyik ajak baca dan tulis..rasanya la..tak pun sejak dah pandai baca ni jadi semangat lebih.

Teman ibu snap gambar sarung bantal sampai pukul berapa pagi tak pandai tidur

Balik keja sambung buat buku aktiviti kat rumah pulak

Doctor playset tu dia request. Cutting vege and fruits pun mau. Apa ajelah anak oii janji rajin baca. Benda tak sampai dua puluh ringgit pun.huhu

Dr Afia in the house. Nak yang ada speck mata katanya sebab doctor toys yang sebelum ni speck dah hilang.

Permulaan Buku 6 tak susah sangat seperti yang ibu jangka. Afia dapat blend suku kata terbuka dan tertutup dengan baik. Dah setengah journey Bacalah Anakku Afia, semoga dipermudahkan sampai Buku 8 kemudian menyusul read easy pula.







Friday, February 16, 2018

Restoren Ramlee R & R Gurun



Selalu dok lalu tapi tak pernah terdetik nak singgah. Ni pertama kali kami try makan kat sini, so mari masuk blog.hahaha..

Serius wey pertama kali makan kat Ramlee restaurant ni not bad..Sedap..aku suka blackpepper souce dia. Makanan yang kami order we all semua suka. Selalu beli produk Ramlee ni homemade ja burger kat rumah, mana nak sama rasa.huhu

Kami balik dari ambik stok bundle ibu, anak -anak pakat lapar, waktu sampai baru lepas Maghrib takda orang lagi kami first customer. Sebab takda orang ni aku pulun snap gambar banyak-banyak.hihi

Luas juga restorennya orang je tak ramai.

En suami dan Aiman order Chicken Chop


Aku punya oblong daging. Yang lagi satu en suami punya. Biasa la kan 1 tak cukup. Tengok badan la.haha

Oblong daging yummy

Add on daging sahaja

Afia dengan burger daging, french fries air milo dia tak tinggal la.

Aryan sado makan kentang je.

Tu kemain..bukan makan tera mana

Kalau mood baik nak pose

Anak bujang yang nak sama besar ibu dah

Dan lagi selfie tudung senget pun. Yang penting angle nampak dagu runcing. Muka tak bedak takda hal.kahkah


Kalau nak membeli produk Ramlee pun ada dijual ye. Banyak gila dalam freezer..duit ja tak banyak.haha..Sekian entry menyokong produk bumiputera. PK bagi 5 bintang!





Friday, February 09, 2018

Homestay Murah Langkawi



Sebelum kelaut dalam mari review homestay kami menginap masa di Langkawi tempohari.haha..Ni kira kali kedua kami stay dekat Homestay Pondok Indah, area Kedawang best suasana kampung.

1st time dulu kami dok dekat bilik kecik kali ni rumah yang besar sikit ada dua bilik fee semalam RM 250, ada ruang tamu dan dapur overall sangat puas hati berbaloi dengan harga. Gambar rumah dari depan lupa plak nak snap tapi contact number owner dan gambar dapur luar semua boleh refer entry SINI.

Tak banyak la aku perlu story pasal Pondok Indah ni semua boleh refer entry terdahulu.

Santai petang

Aryan sado in action

Laman luas boleh beriadah. Raket badminton disediakan boleh ambil di dapur luar.

Tu paling kanan tu dapur luar


Jom tengok suasana dalam rumah. Ada dua bilik, 1 dapur, sederhana besar setakat 2 3 famili boleh muat.

Ruang tamu

Meja makan sebelah sana. Tu pintu ke dapur.

Bilik tidur sama besar, dua katil queen, fasiliti semua sama. Disediakan iron, toaster, kettle dan periuk nasi elektrik. TV dan bilik air disediakan setiap satu dalam bilik.

Bilik 1

Bilik 2

Ada iron board, hanger baju pun banyak.

Dapur

Dapur again

Bilik air

Shower 

Recommended. Siapa ke Langkawi mencari yang murah dan berpatutan must try. Sila call owner dulu tau untuk booking.






Wednesday, February 07, 2018

Bacalah Anakku Afia Buku 4



Alhamdulillah tak sampai sebulan dah selesai BAK 4. Nampak everything going smoothly buku 4 ni Afia pun dah semakin baik bacaannya, dah makin minat baca dan tulis. Rasanya sebab sekolah sama ni nampak dia dah mula minat nak menulis, kalau dulu bab menulis ni macam liat sikit.

Permulaan buka buku 4 asyik bagi alasan macam-macam, tak nak baca buku langsung, bila buka je bebal, nak buat aktiviti ja katanya. Nasib la ibu pun dapat idea main sticker, kebetulan banyak dapat dalam buku bundle ibu. Pastu Afia jadi gila sticker,asyik ajak lekat sticker ja sampai tak larat nak layan.haha..

Aktiviti Buku 4. Tempek sini mana tau boleh jadi inspirasi dan rujukan. Sejak ibu mula aktif update aktiviti Afia & fonik kat facebook, nampak dapat menarik 2 3 orang dah ibu-ibu yang pm tanya pasal BAK. Alhamdulillah, mana yang ibu tau ibu kongsi. Sharing is caring!

Bina huruf l r d g dengan sticker. 

Dah tak mau sangat baca buku. Ibu tulis perkataan dalam BAK 4 minta Afia baca pastu lekat sticker apa yang dia suka dekat sebelah. Trick ni sangat berkesan padahal kena baca juga.hihi

Sticker lagi. Tengah gila sticker layankan ajelah.

Dah mula keliru b d so ibu minta Afia bina huruf dengan playdoh untuk membezakan b d p b. Lepas tu nak lekat sticker lagi. Layan!

Ajak repeat phonic adventure ni dah lama. Dok minta sangat dengan salotape tak bawa, ibu letak perkataan sekitar office minta Afia cari dan baca. Mula-mula ibu nak suruh tick ja perkataan yang dia cari dan baca macam tempohari, tapi dia sendiri rajin nak tekap tulis, good idea Kak Pia!

Lepas baca buku mood baik nak pose bagai. Doll sampai 3 ekor dalam guni toys ibu dia tak bagi jual. Ni kira merangkap hadiah BAK 4 juga la kan.

Ada lagi hadiah. Ibu dia yang lebih ni.haha. Hadiah sampai ngam-ngam tamat buku 4. Semangat sangat baca malam tadi sebab ada hadiah kan. Ibu beli bundle ja perabot kayu doll ni awesome sangat.

Lately memang agak sibuk tapi ibu curi-curi juga masa untuk Bacalah Anakku. Tak lama sehari dalam 10 -15 minit. Semoga dipermudahkan hingga penamat.