Pixajoy

Tuesday, June 25, 2019

Raya @Nibong Tebal



4 Syawal habis duty awal pagi terus bertolak balik Penang. Afia maintain lipstik merah padahal tak mandi. Huhu..


Petangnya memenuhi jemputan kenduri di kampung. Dah siap marilah kita bergambar dihari raya. Model Afia je la melayan ibu nak snap picture.








Tahun ni tak ada gambar proper sefamili sebab takda orang nak tolong snap. Wefie dalam kereta ja mampu.





Lepas kenduri sempat beraya sebuah rumah je. Balik rumah pakat lena letih teruk. Esok je la kita sambung raya. 


5 Syawal beraya rumah jiran dan sedara mara. 7 buah rumah juga kami tawaf. Kak Pia menghantui,  dimana-mana ja dia enterframe hahaha











Petangnya terus balik SP. Esok dah kerja, anak - anak pun dah nak naik sekolah. Memang tak cuti langsung harapkan sehari ni je off, pun begitu Alhamdulillah dapat beraya kedua belah pihak. 



Sunday, June 16, 2019

13th Anniversary



7 Jun genap 13 tahun kami diijab kabul. Rasa masa berjalan cukup pantas. Dulu masing-masing darah muda. Bergaduh bercekau, perang mulut, perang dingin tu semua perkara biasa. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Seiring bertambahnya usia perkahwinan kami semakin matang dengan perangai masing-masing. Now setiap hari masih bercekau tapi tu la tak gaduh tak best la kan.hahaha

Tak ada yang mampu aku beri tanda ingatan, hanya mampu kukus sebijik kek red valvet dengan topping cream cheese. huhu



Masak spageti en suami tak balik-balik habis kami 4 beranak bedal licin.


Punya pulun kerja sampai lupa anniversary. Takpa dah biasa, memang tak harap la apa-apa kejutan, i accept you the way you are! Terima kasih sebab selalu mengalah dalam segala hal, selalu ucap terima kasih dan semoga tak pernah lekang ucapan i love u from you setiap hari sampai kita tua. Huhu.. 

Punya busy sampai tengah malam baru tengok status whatsapp. Tempek ja la bukti lupa anniversary hahaha..


Potong kek esoknya dalam kereta balik kampung suap en suami. Yummy! 


Habis raya beliau demand rendang ayam rendang daging kuah kacang.  Sebab bini tak reti balut ketupat, tanak pulut macam tu je la pastu rebus nasi himpit. 


Ok done tawan perut en suami.







Saturday, June 15, 2019

1 Syawal 2019



Duty pagi raya pertama. Hampir 13 tahun perkhidmatan, dah biasa raya sendiri tanpa keluarga, raya menghadap jam, tak dapat balik raya, raya diperantauan, setakat duty pagi raya kampung dekat apalah sangat. Lepas keja pecut balik kampung.

Pagi raya kita pose kat pejabat.  Kak Pia lipstik merah menyala tenggelam ibu.. Yang Aryan sibuk nak menempek dimana-mana ja tapi bila suruh pose buat derk. Aiman pulak tak suka bergambar jenuh paksa. Ibu depa ja pulun selfie wefie. hahaha















Orang habis solat raya baru dapat bergambar satu famili tu pun takda orang yang boleh tolong snapkan, sedih tak. Huhu



Habis duty petangnya terus bertolak balik Alor Setar. Dapat pusing dua buah rumah bapa saudara En suami ja. Raya pertama mak tok dengan acik depa masak rendang ayam, daging balckpepper dengan mee kuah. Sampai sana balun dulu ketupat dan mee kuah pastu baru keluar beraya.

Cousin = Damia

Geng Hello Kitty

Kat rumah Pak Ngah ada nasi beriani dan tosei.  Aku makan tosei ja dah kenyang makan kat rumah mak tadi. Dok sekejap anak-anak Pak Ngah pakat balik, meriah beraya penuh rumah. 


Destinasi kedua rumah Pak Tam. Kat sini depa jamu nasi daging tapi aku tak makan dah full tank. Afia dia suka kerepek pedas tu la dia tekun habiskan sebalang. 

 


Raya kedua duty petang. Raya ketiga duty malam, Balik kerja raya ke 4 tu kami balik Penang. Nanti sambung kisah raya Penang.




Thursday, June 13, 2019

Resepi Kacang Bersalut Bawang Putih Kudapan Sedap



Kacang ni memang sedap gila, kunyah-kunyah tak sedar habis sebalang. Ternampak resepi kat Instagram terus screenshot pastu pergi kedai nampak kacang, apalagi terus grab dan buat.

Resepi pun senang, bahan diperlukan semua sedia ada kat rumah, so Kacang Bersalut Bawang Putih terus masuk sebagai listing kuih raya tahun ni. Kejap je habis 1kg kacang, en suami dok minta buat lagi, Insyaallah akan dipertimbangkan. Huhu

Nampak pun dah mengancam kan

Zoom sambil jejes air liur. Kekacang ni tinggi kalori tau tapi sebab sedap bedal je la tanpa rasa bersalah

Kredit to IG Resepi Sedap. Tempek sini resepi senang nak repeat buat nanti.