Pixajoy

Friday, December 26, 2014

Domino, Fruit King, Food Court Amanjaya Mall



Sambung lagi entry makan-makan. Ni entry balik kampung terakhir. Musim hujan balik kampung pun tak dapat jalan mana, so kita habiskan cuti dengan makan, makan dan makan.huhu..

Domino's Pizza Kerian Mall

Malam perlawanan bola Malaysia lawan Thailand kami layan bola sekejap dekat Food Court Mydin pastu break separuh masa pertama soru dekat Domino's Pizza. Domino dekat Kerian Mall ni baru buka beberapa hari so tak banyak menu yang ada. Abang aku nak makan spageti takde, aku order lasagna takde, adik aku demand meatball pun habis. So makan pizza, sup, ayam dengan banana dessert je la.

So sweet abang dukung adik tengok orang buat Pizza.
Ini budak notty suddenly overactive atas meja

Gaya mau lebih, makannya tidak!

Aiman dan PakWa makan jangan tak makan!

Cik Pia buat perangai sakan. Lepak atas meja sekejap pastu tak bagi kita pegang nak turun bawah sesaja dengan selipar tak pakai. Ibu nak makan pun tak senang. Lepas makan yang abang-abang sado sambung tengok bola. Adik-adik manis kita window shopping dululah ye.


Fruit King Parit Buntar

Ingat tak burger besar untuk birthday boy awal tahun dulu. Kat sini la kami repeat makan lagi. Berhajat nak makan burger besaq, boleh pulak hari tu burger habis. Makin maju dah Fruit King ni. Adik aku kata kalau pergi masa hari lahir kita boleh tunjuk ic dan depa bagi burger besar free dengan syarat like fb depa. Hari kami pi menu pun tak banyak yang tinggal. Burger yang bertingkat-tingkat pun habis. Frust menonggeng jugak la. Bukan senang nak balik kampung selalu walaupun dekat. 

Order je apa yang ada. Abang sorang je ikut, adik aku kenyang k. Order tiga burger lebih kurang yang sama dalam gambar, nama lain-lain burgernya tu pun ada kelainan sikit pada daging dan ayam. Nama burger aku pun dah lupa. Makan kongsi-kongsi takut tak habis pulak kalau order sorang satu. Lagipun sebelum datang sini dah pekena sorang semangkuk koteaw sup dekat rumah cousin aku. 


Afia buat perangai sebelum burger sampai. Tengok muka notty plus mengantuk tu. Mujur masa makan dia diam.

Wajah abang-abang sado

Air Chocolate Banana sedap. 

Dah habis makan punya pulun nak snap juga air yang kami order pasal sedap.hehe..Mula-mula order yang sebelah kiri tu RM 13 punya tinggi bekas dengan straw double nak hirup pun susah. En suami minta cawan tuang sorang segelas, dah jadi tak cukup. Air batu je lebih. Pastu order lagi satu yang large, sudahnya tak larat habis, tapau bawak balik.


Food Court Amanjaya Mall

Bertolak balik ke SP dah lewat tak sempat breakfast pun. Hari hujan malas dah nak stop dekat hentian. Sampai SP terus masuk kem nak beli nasi bungkus untuk lunch. Sampai kolam kedai tak bukak. En suami tanya nak makan dekat mana terus aku suggest food court C-Mart.

Aku makan sizzling mee sambil suapkan Afia. Banyak juga si bambam makan. En suami makan nasi ayam plus Lamb Grilled. Aiman pun tak cukup dengan nasi goreng pataya pekena Chicken Grilled pulak. Like father like son! Mana tak bulat. 

Sempat snap Aiman je dengan nasi pataya bukti makan sini. Nak snap lebih-lebih malu kot.

Singgah sini kejap sebelum balik.

Afia ligat pusing sana sini jenuh nak kejar. Food Court sebelah kedai cenderamata ada banyak Teddy bear pulak. Dari luar kaca dia dok tunjuk-tunjuk. Satu kedai dia tawaf. Orang lalu lalang semua dok say hai dekat dia. Ramai yang geram tengok telatah si bambam ni. 

Bila suruh buat mata camni la gaya garang cik pia bagi.


Selamat balik kepangkal jalan akhirnya. MD, at last kita pakai shawl awak bagi tapi malu nak enterframe.muahaha..







Thursday, December 25, 2014

Makan-Makan Balik Kampung



Antara makanan yang sempat aku snap masa balik kampung tempohari. Dah namanya blogger.hakhak


Dari rumah lagi nak buat nasi lemak tapi terpaksa cancel sebab mak abah dan adik ipar datang rumah hari tu. Depa dah siap-siap masak bawak makan lunch sama-sama kat rumah. Bahan semua dah ada so malam sebelum bertolak balik kampung aku siap-siap goreng ikan bilis, kacang, masak sambal dan rebus telur. Pagi esok dekat kampung tinggal masak nasi terus ngap!



Kek jumpa dekat Mydin. Offer 4 slices RM 10. Nampak sedap tema keju peberet bedal 8 slices terus. Ada cheesecake, blueberry cheese cake, chocolate cheesecake pastu kek nescafe dan pandan. Rupaya keju secoet, kek span ja tebal. Sedih! Patut pun murah.


Ni Aiman punya demand. Berkenan dengan Goku tu je la.


Balik dari Lost World singgah lunch dekat Hentian Sungai Perak terjumpa kek nampak sedap. Tak salah pernah terbaca dekat Blog ina Intan Berlian pasal kek ni. Aku beli Red Valvet dengan Tiramisu. Sebekas RM5 saja. Betul kata ina, memang sedap!


Kari kepala ikan lunch aku masak kat kampung. Macam biasa kari tanpa santan. Kalau bersantan aku tak berapa suka.


Yang ni Siakap Sweet Sour adik aku masak. Harap maaf rumah bujang takdak pinggan besaq sampai kepala ekor keluar pinggan.hehe..Dua ekor besar gedabak ikan Ain beli dekat kilang. Adik aku kerja dekat kilang ikan frozen, so dapat murah la. Siakap sekilo RM10 mana mau dapat! Isi manis tau Afia pun suka ratah.




Wednesday, December 24, 2014

Lost World Of Tambun



Sebelum balik kampung memang planning nak pergi jalan-jalan hari Sabtu. Niat hati nak bawa anak-anak berkubang dekat Taman Tema. Bukit Merah dah banyak kali pergi, so aku suggest pergi Lost World. So far ramai review tempat ni best. Ada macam-macam dalam tu boleh explore selain mandi manda.

Masa shopping kelengkapan sekolah Aiman punya semangat cari baju swimming dekat Afia. Pastu tak lupa beli jugak seluar mandi Aiman dan ibu. Pagi tu aku bangun awal buat nasi goreng sebelum bertolak. Dah siap-siap sebuah beg sumbat semua baju. Baju adik aku, abang aku semua masuk dalam beg kami. 

Dari Nibong Tebal ke Ipoh tak jauh mana. Sejam lebih dah sampai. On the way dekat highway hujan mula turun. Memang spoil la kalau pergi Lost World keadaan cuaca hujan camtu. Pun begitu kami teruskan perjalanan sambil berharap hujan reda. Masa ni hujan tak berapa lebat sangat pun.

Dah sampai siap parking dekat Lost World semua turun dari kereta. Bila en suami buka bonet kereta, 

jeng..jeng..jeng...

Semua pandang antara satu sama lain. Muka cuak tak ingat.

Bonet kosong...

Beg tinggal kat rumah. Sorang pun tak ingat bawa masuk beg dalam kereta. Punya terkejut beruk. En suami kira nak salahkan aku. Semua nak harap aku apa kes. Masuk dalam tu kalau tak mandi buat apa. Aku suggest pergi Giant beli baju seluar murah-murah. Alang-alang dah sampai takkan nak balik macam tu je. 

Cari punya cari tak jumpa dengan keadaan cuaca yang terus hujan at last kami balik jugak. Hilang terus excited nak bercuti!Buang masa, buang tenaga, buang duit tol dengan minyak je dapat.

Sepanjang hari hujan. Balik rumah lepak dengan teddy bear atas katil je la.


En suami kata boleh buat filem tajuk 'salah bini'

Aku balas, "penonton pun tau bezakan siapa salah"

En suami jawab lagi, "Ok kita tukar..'salah siapa?'

Sebenarnya aturan Allah tu terbaik. Semua berlaku ada hikmah. Kalau masuk dalam bayar tiket mahal-mahal tak boleh buat apa dengan keadaan hujan tak guna jugak. Nak bergambar dengan baju basah kuyup apa kes. Payung pun ada satu. Larat ke nak  berpayung mengendong si princess lagi. Semuanya pun spoil. 

Memang bukan rezeki kami hari tu. Suggest en suami nak repeat pergi sekali lagi esoknya dapat bantahan dari semua. Esoknya pun sepanjang hari hujan. Lepak kat kampung dengan aktiviti makan-makan menternak lemak je la. Insyaallah ada rezeki tahun depan kita pergi. At least dah tau jalan. Anggap je la kali ni kita usha line dulu.hoho...






Tuesday, December 23, 2014

Shopping Kelengkapan Sekolah Aiman



Tahun lepas beli kelengkapan sekolah Aiman dekat kampung. Tahun ni pun sama. Dah dapat cuti balik kampung sekali harung la beli semua. Nanti nak beli dah tak berapa ada masa sangat nak shopping. Almaklum ibu abah kerja tak menentu. Ibu pulak kalau takde abah, memang tak jalan kemana le!Lesen kereta simpan waktu emergency je.

Tahun ni beli baju sekolah Aiman sehelai saja. Kasut sekolah baru pun sepasang. Baju dan kasut pakai yang tahun lepas masih elok. Beg sekolah pun tak beli dah. Mula-mula kami pi Mydin Parit Buntar. Ada majlis apa ntah ada maskot bomba kat ruang legar. Ramai dok bergambar dengan maskot. Afia punya takut melalak tengok maskot bomba dari jauh. Bila maskot tu lambai tangan kat dia, lagi kuat dia bantai melalak tak ingat.

Aiman ni memang tak banyak kerenah terima apa pilihan kita. Tapi yang tak tahan tu semua benda aku kena cari. Dari alat tulis, kasut, baju, botol air sampailah ke seluar kecik semua ikut aku. Nak layan Afia lagi yang dok merap ibu. En suami lagilah lepas tangan bagi alasan tak pandai. Dah penat pusing aku suruh en suami carikan stokin sekolah Aiman. Balik rumah rupayanya stokin kecik. Langsung tak boleh diharap. haha..Tak pasal-pasal kena beli baru.  

Lepas Mydin singgah Billion sekejap pastu pergi Ten-Ten terus balik. Penat gila sepetang mendukung si bambam. Dia demand princess sangat mintak dukung je langsung takmau jalan. 


Aiman Afia bersama Pak Wa

 Tinggal baju sekolah agama je belum beli. Yang lain semua dah setel.







Monday, December 22, 2014

Afia Di Kampung



Aku baru sampai dari kampung siang tadi. Semangat nak update cerita balik kampung walaupun ada benda lawak berlaku. Sepanjang minggu ni diucapkan selamat mengadap entry dekat kampunglah ye. Si kecik Afia bangun pagi celik je mata dah tunjuk luar. Tak reti nak dok rumah tak kira hari hujan dok ajak ke rumah jiran sebelah. Jiran sebelah bela banyak cat, pastu ada birds, ada cock, memang Afia suka la. Banyak animal tak perlu pergi zoo baq hang.ngehngeh..

Jom tengok aksi si bambam hari pertama kat kampung. Malas nak edit gambar. En suami punya kerja setting kamera ada tarikh. Macam zaman tok nadoq ja gambar ada tarikh.hehe. Bila aku suruh buang tarikh sampai kesudah kata tak tau nak remove. Aku pun puas belek tak jumpa camna cara. Dasar ketinggalan zaman. Layan!

Nampak cat punyalah teruja. Siap main kejar-kejar. Ibu pulak seriau tengok dia berlari takut jatuh.


Ni dia sangkar burung. Ada banyak merpati pastu burung comel warna warni entah apa spesis.


Jauh tak puas, jom tengok dari dekat pulak..


Depan sangkar burung ada ayam katik dalam reban. Siap sua jari langsung tak takut.


Sampai senget badan dia usha ayam.


Sambung tengok burung lagi..



Ni dia burung comel-comel colourful. Yang dua ekor tengah tu asyik berkepit. Kejap-kejap cium. Loving couple sungguh!








Thursday, December 18, 2014

Sagu Gula Melaka



Tempohari masa jamuan perpisahan, dapat la makan sagu gula melaka air tangan one of my officemate. Memang sedap! Tapau bawak balik untuk en suami sikit, dah bendanya tak banyak mana, ibarat lekat celah gigi je la. Sebelum tu pun en suami dok sebut ada makan kat kenduri sedap sangat. Baru-baru ni aku buat sendiri baru puas makan. En suami celik mata je minta benda ni. Dua hari berturut-turut aku buat. Tiga bekas sederhana besar licin sekelip mata. Lepas ni setahun jangan mintak dah.keke..

Sagu gula melaka ni kira pencuci mulut yang tradisional sangat. Nak buat pun mudah, modal ciput je. Cuma perlukan sagu, gula melaka, susu cair or santan. Aku punya gula harap maklum tercair sikit, so tak nampak dalam gambar.


Resepi Sagu Gula Melaka 

Untuk Sagu :  Rendam sagu 30 minit pastu masak dalam air mendidih sampai sagu masak jernih. Toskan dengan penapis, lalukan dengan air paip untuk buang kanji. Kalau nak warnakan, tuang pewarna pastu kacau dengan garpu.
Kemudian boleh masukkan dalam bekas, sejukkan dalam peti ais. 

Untuk Gula Melaka : Potong gula melaka jadi ketulan kecik pastu masak dengan air sampai mendidih. Tambah gula pasir secukup rasa pastu tapis. Siap! Aku guna gula merah je, dalam dok buat boleh Cik Pia hilangkan gula melaka. Merata aku cari tak jumpa.hehe..

Untuk Susu Cair/ santan : Masak atas api, masukkan secubit garam. Setel! Aku guna susu cair, tambah sedikit air+garam+susu pekat. Kalau malas sangat, masukkan tin susu cair dalam peti ais, nak makan terus tuang. Setel!


Esok nak bercuti balik kampung.Yehaaa!









Monday, December 15, 2014

Projek Karipap Aiman



Cuti sekolah ni Aiman asyik dengan PS. Siang hari memang dia conquer TV dengan game jet, transformers la apa mak nenek entah. Kadang sampai tak ingat makan dan mandi. Bab makan aku tak kisah sangat, bagus juga boleh diet, tapi bab mandi tu alahai. Tak suruh tak buat, tak bising tak jalan. Imam kat masjid khutbah hari Jumaat, ibu hari-hari kena khutbahkan anak.

Nak salahkan anak pun tak guna juga. Ibu pulak lemau nak cari aktiviti berfaedah buat mengisi masa cuti. Dah beberapa hari Aiman dok kata nak belajar buat karipap. Entah pengaruh strawberi karipap sesat kat Paris ke apa entah. Bila kata macam tu dia kata takdelah, Aiman cuma nak belajar je. Aku kata kat Aiman kena tunggu ibu cuti dulu baru boleh buat projek. 

Dua hari dah aku buat inti karipap, lama sesat kat dalam peti ais tunggu aura rajin je nak uli tepung. Khamis malam lepas, hajat Aiman terlaksana. Kemain dia gelek tepung sementara ibu kelip karipap pakai acuan. Nak buat pakai tangan tak pandai. Bagus juga ada pembantu, cepat sikit projek karipap settle. Kalau buat sorang boleh tahan berpeluh jugak ketiak. 


Bersungguh Aiman nak buat karipap sampai penuh baju dan seluar dengan tepung. Yang penting dia tahan gelek tepung tu sampai habis. Kiranya takdelah buat kerja separuh jalan. Lepas dah goreng, tak sabar Aiman nak makan air tangan sendiri. 

"Kalau sedap kita buat jual la bu!"

Good idea la sangat. Rupa karipap ibu pun tak semegah. Harapkan sedap je tak boleh jugak.







Sunday, December 14, 2014

Puding Paling Mudah



Kebetulan opismate aku ada bagi buah nangka manis sedap rasanya. Mulalah otak berfikir apa nak bikin supaya nangka transform into delicious dessert!Pusing-pusing mini market akhirnya beli ni.


Tak susah nak sediakan pencuci mulut zaman sekarang. Sesekali apa salahnya gunakan teknologi yang ada untuk hasilkan puding semudah ABC. Cuma panaskan air, tuang serbuk puding dan sejukkan dalam peti ais. Aku je tak pernah cuba beli yang instant. Perisa mangga, sedap jugak rasanya. 



 Cut the nangka and the pudding into small pieces gitu..


Hirup sejuk-sejuk dengan susu cair. Sudah jadi koktail namanya. How mabeles u all..





Friday, December 12, 2014

Ustaz Azhar Idrus Di SP



Jemput hadir pada semua yang berdekatan. 


En suami punya berhajat nak ikut majlis ilmu malangnya cuti tak approved, nasiblah dah namanya kerja dengan orang. Aku walaupun tak dapat attend, tetap boleh ikut sambil kuak lentang kat rumah. Masjid sebelah kuarters je pun, memang boleh dengar sebijik-sebijik ceramah beliau.







Thursday, December 11, 2014

Mini Pizza



Semalam lunch pizza you. Dinner pun bakar pizza lagi.hehe.. Kali ni aku buat versi mini. Senang sikit nak masuk mulut kami yang comel-comel belaka ni.  


Masih mengekalkan resepi kulit piza yang kat SINI. Tapi macam biasa aku pandai-pandai tambah sukatan ikut kepakaran. Aku masih juga bakar guna pemanggang ajaib. Garingkan sedikit sebelah yang nak letak topping. Yang sebelah bawah tu tak payah masak lama sebab nanti dah letak topping dan cheese, nak masuk pemanggang ajaib sekali lagi.


Untuk topping aku letak sosej, telur dan (bawang+karot+kentang+daging+udang hancur+serbuk kari+garam+gula, pastu pepandailah masak). Sos dan cheese jangan dilupa. Aku belasah cheese yang slices tu. Mayones je takde.


Masuk pemanggang ajaib pastu tada....siap sudah! Aiman makan dua bijik tak cukup. Sedap sangat Aiman kata.


Sosej, telur dan cheese semata untuk Cik Pia. Pandai dia asingkan sosej dari kulit, licin sosej dia kerjakan pastu dia carik-carik kulit pizza semakkan lantai. Good girl sangat!









Monday, December 08, 2014

Pisang Goreng Sedap



Aku selalu fail mengtransformkan pisang menjadi satu bentuk makanan sedap. Buat pisang goreng pun tak pernah pass. Kalau cekodok pisang lagi la fail. Jadi sila jangan bayangkan pisang boleh bertukar jadi kek, lepat atau sekutu dengannya. Paling teror pun buat bubur aka pengat pisang la. Mujur kat rumah ni semuanya peminat pisang. Kalau beli pisang, sekejap je licin, sungguh enak dimakan begitu saja.

Hari Jumaat emak, abah, adik ipar dan sorang anak sedara datang tidur kat rumah. Pagi Sabtu sebelum depa balik kami pergi Pasar Tikam Batu. En suami suka benar kesana walhal dekat SP ni pun ada market. Barang basah kat sana kira kategori murah plus fresh. Pastu kami sekarang dok gila makan ulam. Ulam pegaga susah sikit nak dapat area tempat aku. Sana la port borong ulam. Nak cari kurma, kismis, biskut timbang dan segala mak nenek baju bajan pun ada. Ok dah melalut dah aku ni. 

Dekat Tikam Batu, en suami beli banyak juga pisang. Dan-dan tekak teringat goreng pisang coklat cheese aku makan tempohari. Mak mertua aku bagi petua goreng pisang sedap guna tepung kastard. Petang tu jugak aku bancuh tepung dan buat untuk dinner bersama Aiman. Nak keluar cari cheese hujan la pulak. Pagi esoknya goreng dekat en suami habis licin beliau bedal sorang. Terpaksa la panaskan roti canai frozen untuk sarapan si chubby.



Tepung kastard + tepung gandum + garam + air = Pisang Goreng Sedap.

Aku potong sebiji pisang kepada tiga bahagian supaya nipis dan garing. Portion tepung kastard aku letak sama banyak dengan tepung gandum atau lebihkan sedikit tepung gandum. Hasilnya memang garing dan gebu. Aku kalau pisang goreng tak suka yang campur tepung adabi tu cepat muak. Yang ni memang kena betul dengan tekak kami sekeluarga. Aiman tak sudah dok kata garing dan sedap.

Zoom sikit..



Maaflah kalau entry serupa terlalu jakun. Baru nak pandai buat pisang goreng katakan.muahaha...







Friday, December 05, 2014

Afia Imanina 19 Bulan



Tempohari si bambam demam teruk. Kira nak mengempeng all the time, makan apa pun tak selera. Rupanya gusi bengkak nak tumbuh gigi. Satu tahun 7 bulan Afia baru ada 4 batang gigi atas, 4 batang gigi bawah plus 2 batang gigi bawah yang baru nak tumbuh. Geraham pun belum ada.

Smile!

Afia sudah pandai bebai bak kata orang utara. Modal dia jerit sesaja kalau tak dapat sesuatu. Abang Aiman pulak sekarang boleh tahan dia punya menyakat, bingit jadinya rumah dah macam anak lapan. Kalau nangis selagi ibu tak pujuk, tak dukung dan peluk, selagi tu dok melalak. Abah dengan Abang Aiman pujuk langsung tak laku. Punya la segak perangai.


Tengok tu muka bebai marah takmau tangkap gambar

Di usia sekarang Afia suka nak makan sendiri. Setakat biskut, buah, kuih tu no hal kalau makan sendiri. Ni boleh bayang tak dia hirup sup sampai basah satu badan. Lepas tu kemain lagi guna tangan sapu muka persis ambik wuduk. Terpaksa ibu alas paper sebelum bagi dia explore sup tersebut. Dulu pandai tau makan roti sampai habis, la ni dia kira nak cucuk jari hisap krim. Kuih macam seri muka tu dah tak layan pulut, makan atas yang manis tu ja. Dah la nak gosok gigi sikit punya susah siap menjerit menangis. Jangan cepat rongak gigi awak sudahlah nak oi.

Susah benor nak snap pic

Masuk kereta mesti jari tunjuk ke radio mintak pasang. Kalau pasang siaran radio ada lagu, pandai dia marah mintak kita tukar CD zikir. Selagi tak pasang zikir selagi tu dok tunjuk. Fasa meniru pun makin berkembang. Kalau tengok iklan pencuci muka kt TV dia pun tiru gosok muka sama. Kalau pakai spray wajib kena spray ke dia juga. Bunyi spray tu mesti mau sama macam acara sebenar abah menspray ketiaknya.hehe..

Anak solehah lepas azan mesti tadah tangan doa. 











Tuesday, December 02, 2014

Pisang Goreng Coklat Cheese



Bila duty petang biasanya wajib keluar pasaraya depan kem cari makan or beli barang. Kebetulan lalu nak beli drypers Cik Pia nampak ada stall baru kat tepi jalan jual goreng pisang cheese. Kalau pisang goreng biasa tu memang berlambak semua tempat pun aku dah tau apa rasa. Ni kira Pisang Goreng Cheese pertama aku makan. Aku biasa dah ketinggalan bab makanan fenomena camni. Tak payah nak gelakkan aku.


Yang ni versi orang kampung ja aku rasa. Cheese tak banyak mana. Bekas polisterin burger dia bungkus. Pisang goreng main campak sempit bak sardin dalam tin mana la cheese dan coklat nak serata. Padan kot dengan harga. Satu set pisang goreng cheese, RM 2 sahaja. Coklat dia charge 30 sen. 

Bagi peminat cheese memang kena tekak aku coklat dan cheese dimakan dengan pisang goreng. Nanti la borong cheese buat sendiri puas hati nak melantak banyak mana pun. 









Monday, December 01, 2014

Jamuan Perpisahan



Cerita Khamis lepas, majlis perpisahan merangkap kenduri kesyukuran buat Hafiz, opismate yang cuma sempat berkenal mesra selama 6 bulan. Beliau dapat jawatan baru sama gred tapi memilih meninggalkan kami. Majlis simple ala potluck. Aku tak sempat nak masak apa-apa sebab Afia tak sihat, dok merap ditambah blank nak buat apa. Last minute singgah kedai beli kacang. Setel!

Hafiz rancang menu sate dan bihun goreng selebihnya masing-masing bawak sendirian berhad. Majlis mula tepat 12 tengahari. Aku duty petang, so datang awal sikit, tapi kira orang paling lewat sampai. Bukak pintu depa dok baca doa dah. Jadi bahan sampai lewat sebab goreng kacang, siap mintak resepi. Aku konfidentnya jawab, nak resepi google ja.haha..

Lepas baca doa, yang diraikan bagi ucapan sikit pastu Abang Di selaku penyelia sampaikan hadiah buat Hafiz.




Menu utama Mihun goreng tiba-tiba tukar jadi Spageti Bolognese. Isteri Hafiz masak. Nasi himpit dari Kak Aifah.



Bila dah kumpul camni jadi meriah, tak habis makan tapau bawak balik sorang sikit. Jagung bakar dari Abang Di, buah-buahan daripada Kak CT, Sagu gula daripada Kak Imah, Apom Balik dari Abang Din. 



Acara potong kek. Kek coklat dari Abang Man. Isteri beliau bisnes kek.





Hafiz, isteri dan anak mereka Sara bergambar bersama tiga kakak-kakak.



Dari kiri Kak CT, Kak Aifah dan Kak Imah. 4 orang kami je la bunga-bunga kat opis ni. So far aku paling junior.



Dapat juga snap Sara Sofia senyum. Kemain ligat tak duduk diam. Sekali imbas muka rambut ada iras Cik Pia kan.



Wajah-wajah opismate aku. First time bergambar sama sejak 3 tahun aku pindah sini. Yang uncle baju biru PAR, bertanggungjawab bersihkan kawasan opis.



4 orang lelaki, 4 orang perempuan. Lepas ni tinggal 7 sementara tunggu kedatangan orang baru. Ohh bulatnya daku! Mungkin tak kena angel ni. Tu dia punya tak mengaku.hakhak




Patah tumbuh hilang berganti. Good luck dan selamat bertugas ditempat baru buat Hafiz. Tak sangka pulak akan ada sesi gambar-gambar camni walaupun kat dalam beg aku memang sentiasa sedia kamera. Aku main sarung apa ada tanpa iron nak kejar masa punya pasal. Kalau tau mesti tempek bedak, touch up mekap sikit, pakai baju baru pastu lilit shawl supaya nampak lebih muda.muahaha..