Pixajoy

Tuesday, June 26, 2018

Aryan's 2nd Birthday Celebration



18 Jun bersamaan 4 syawal Aryan Nufael genap 2 tahun. Sebab masih dalam mood raya sakan tak prepare apa pun untuk Aryan. Hari birthday Aryan satu hari kami sibuk beraya dari pagi sampai senja nak beli kek tak sempat dah.

Esoknya ibu usaha jugak la ajak abah pi beli kek untuk adik sado. Sebab masih kat kampung ibu terjah on the spot kedai kek Parit Buntar. Ni pun bertapa lama nak buat pilihan nak beli kek mana. Padahal ada 3 4 jenis kek ja. Abah depa bising dah tunggu lama dalam kereta.haha

Kek Misai comel pilihan ibu

Hari tersebut en suami tak berapa sihat. Aryan pulak dok merengek tak sabar nak makan kek sepanjang jalan dalam kereta, sampai rumah malas dah ibu nak snap gambar. Potong kek makan je la dah lapaq kek sangat. Ibu bebai dah.hahaha...

Sedap keknya. Dah lama ibu tak makan chocholate sponge cake yang menepati selera camni

Balik Sungai Petani ibu buat Marble Cake Tepung Beras dengan Chocholate Muffin, so kita raikan sekali lagi belated birthday Aryan. Malas dah nak buat kek lain kira sekali harung la baru rare. Ingat nak jemput famili mak pengasuh dia pun ibu dah tak daya nak kemas rumah nak masak. Letih balik kampung beraya tak habis lagi.

Raya ke 10..balik dari open house rumah kawan ibu..laju2 cucuk superhero cake topper ibu beli kat shoppee.  Ambik lilin kek misai Aryan tempohari cucuk kat kek bagi meriah sikit. Kita nyanyi lagu Allah selamatkan Aryan minta dia tiup lilin saja la bagi dia seronok. Gaya Aryan tu comel sangat hembusnya sampai esok tak padam lilin kalau gini.hahaha


Balas dendam aritu takda gambar potong kek. Layan!

Kek superhero hentam sajalah labu nama dia.kahkah

Budak pencinta makanan aduhh la potong ja belum apa2 terus ngap masuk mulut

Makan tak heran dah orang suruh tengok depan nak snap gambar.

Peace Aryan tak pernah jadi 

Sambung Muffin coklat plak. Makan je keja dia mana tak bulat

Kek Tepung beras. Jadi la buat gonyeh2. Kuih raya pun sodaqollah dah. Rumah kami ni letak apa pun licin. Sejenis lapaq kedarah 1 famili.hihi

Nyum..Rajin nanti i share resepi ya

Didoakan anak ibu Aryan Nufael menjadi anak soleh, di beri ketenangan hati menjadi anak cergas cerdik pintar berjaya cemerlang gemilang terbilang ehh ehh.. Semoga segala yang baik mengiringi setiap langkah kehidupan adik. Abah ibu Abang Aiman Kak Pia sayang adik sangat2.




Sunday, June 24, 2018

1st Raya 2018



Macam biasa setiap tahun raya Alor Setar dulu. Rabu malam last ibu duty, Khamis sehari sebelum raya baru bertolak balik. Kali ni turn ibu cuti raya. Sambung cuti seminggu je. Raya ketiga baru bertolak balik Nibong Tebal.

Sebelum tolak balik kampung

My Afia My Aryan

Raya kali ni sedikit berbeza. Pak Usu ( adik MIL ) sefamili dari Johor datang beraya ke Kedah, jadi agak ramai dan meriah.  Cucu Tok Mat je dah 8 orang plus dengan anak Pak Usu 5 orang macam pasar malam dia punya bising, sakan depa bergusti.haha..

Selepas solat raya, sesi bermaafan dan beri duit raya kita pun bergambar. Tak banyak sangat picture. Yang ada ni ja kita tempek buat kenangan.

Tak pandai nak selpiaq. Masuk sipi2 ja haha 

Mak Abah adik ipar dan famili Pak Usu

Ibu dengan Aryan masuk, Abang Aiman tolong snap.

Setiap tahun pun memang susah nak bergambar dengan anak-anak, macam-macam hal. Afia dengan muka monyok. Aryan dengan buat perangai mengantuk teruk. Laju-laju snap pastu masuk bilik tidurkan Aryan.

Dua-dua pakat nak dok riba ibu

Penyek dah pun ibu

Tengok Kak Pia muka tak manis langsung 

Dan snap ni ja ngan Aryan sado

 Zoom masa dia duduk nak tangkap gambar reramai jadi la.

Afia si hidung kepek

Muka terpaksa bergambar. Kak Pia mood tak elok sedia.

Masa ni mood tengah baik lagi mau senyum

With Cousin, Damia

Menu Raya Pertama macam biasa la ketupat palas wajib. Rendang kambing aku masak, Rendang Tok Ayam dan Ayam Masak Merah Mak Usu masak. Nasi Minyak dan segala bahan lain adik ipar masak. Kari daging dengan koteaw Theng pun adik ipar masak. Aku lupa nak snap dah banyak sangat makanan.

Ketupat rendang & lauk pauk nasi minyak 

Kek lapis 4 jenis plus marble cheese, kek oren, kek taik cicak dan japanese cotton cheese takda dalam pic semua adik ipar buat.

Kuih raya 14 jenis adik ipar buat juga

Antara semua kuih, kuih oreo ni ja aku suka, dok ulang makan tambah kalori. Tart cadbury pun rasa biasa2 saja.


Petang tu dapat la ziarah 2 3 buah rumah jiran. Lepas Asar gerak konvoi 3 buah kereta beraya umah sedara. Dapat la 2 buah rumah.

Rumah ayah ( abang FIL ) Bukit Pinang

Rumah Pak Tam ( abang FIL )

Ajak Fayyad selfie.

Tamat raya pertama. Nanti sambung lagi entry raya.




Friday, June 22, 2018

Bacalah Anakku Afia Buku 8



Bersajak nak up entry ni. Alhamdulillah selama lebih kurang 7 bulan ibu bertungkus lumus ajar Afia membaca akhirnya tamat juga BAK 8. U did great Afia. Congratulations!! Tercapai hasrat ibu nak anak-anak ibu pandai baca bermula dari ajaran ibu.

BAK 8 ni tak banyak sangat aktiviti yang kami buat. Afia dah kuasai semua gabung bunyi cuma nak polish bagi expert je. Simple activity yang Afia keep repeating.

Ibu tulis huruf pastu salotape dan lekat pada puzzle. Main bina ayat untuk mantapkan ejaan dan bacaan.

Ibu lukis dan tulis
perkataan, kosongkan ruang minta Afia buat latihan.

Baca eja tulis dan aktiviti matching juga 

Lepas ni kita banyakkan bahan bacaan untuk lancar membaca. Sebulan puasa sambung beraya mood lemau. Moga dapat keep in track semula. Kami akan mula Read Easy juga dalam masa terdekat.




Shopping Raya & Annivesary Celebration



Raya dah habis baru sibuk nak up cerita shopping raya. Biar lambat dari takda langsung.haha..Shopping raya kali ni kami ke Tesco beli barang kuih raya, ke Central Square beli tshirt raya Aiman dengan kasut raya ibu..pastu ke Parkson beli kasut raya anaknda bertiga plus baju raya abah depa.

Baju raya ibu dan Afia beli on9. Baju raya Aryan renew yang Abang Aiman punya. Baju Aiman pakai jubah Wan Maktok depa beli kat Mekah, en suami pakai baju tahun lepas. Shopping ala kadar je ekonomi merosot.haha..


Sibuk milih kasut kat Tesco tapi banyak size besar.

Aiskrim MCD aktiviti wajib kalau ke CS.huhu

Habis shopping sementara tunggu waktu berbuka singgah kedai kek.


Kami berbuka di Big Mouth. Ini kira merangkap 12th annivesary celebration la. Pergi kedai kek tadi nak cari kek tapi bulan puasa takda kek, ada kuih raya je. Aku ada buat vanilla cheese leleh tapi tak snap dah sodaqollah. Sebenarnya memang tak pernah celebrate apa sangat, ni pun sebab setiap tahun shopping raya memang akan berbuka kat luar, so diandaikan sekali harung annivesary celebration.haha..

Ayaq dua jag besaq tak habis pun siap tapau bawak balik rumah


Strawberi plus banana. Tu dia punya hiasan grapes plus Magnum sebijik.

Milo Dinosour. Ni macam menu wajib kalau ke Big Mouth. Terbaik.hihi

Makanan yang kami order.


7 Jun 2006 till 7 Jun 2018. Didoakan kami akan terus mengharungi onak ranjau kehidupan bersama, saling toleransi menerima kelemahan masing-masing. Happy belated 12th Annivesary for us.





Monday, June 04, 2018

Resepi Cream Puff Cream Custard



Bulan puasa ni makin lemau jadinya. Banyak nak update tapi tu la busy survey baju raya, tudung raya, resepi kuih raya...rambang mata semua cantik, duit ja tak berapa nak cantik.haha..

Dalam bermalas-malasan ada juga hari rajinnya. Pertama kali buat cream puff ni haruslah masuk blog. Walaupun rupa tak semegah, rasanya ada. Naik gebu jugak so macam biasa tempek sini resepi senang aku refer nanti.

Tara..rupanya takda la cantik. Aku tak pakai nozel pun. Rumah aku mana ada menatang tu semua. Piping bag pun beli untuk buat cupcake birthday Afia tempohari. Boleh la takat nak makan anak beranak. Adunan ni pun dapat tak banyak dalam 10 ke 11 biji je cream puff. Kalau nak banyak gandakan sukatan.


Resepi Cream Puff

Bahan-bahan
1/2 cawan butter/ marjerin
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
4 biji telur
1 sk esen vanila

Cara : Panaskan butter dan air, dah larut masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai jadi doh dan tepung tak melekat pada periuk. Tutup api. Masukkan telur satu persatu dan kacau kemudian masukkan garam dan esen vanila. Masuk adunan dalam piping bag, tekan dalam kertas cupcake or loyang, bakar ikut oven masing-masing.

Resepi cream custart

Bahan-bahan
2 sb tepung kastard
2 sb gula kastor
1 1/3 susu cair / susu segar
2 st mentega
1 st esen vanila
* Aku add susu pekat bagi lemak dan manis sikit.

Cara : Masak semua bahan hingga pekat kemudian masukkan mentega dan esen vanila. Kacau sebati, dah sejuk masuk piping bag untuk dipaipkan pada cream puff.

Cream puff tu nak cantik bedakkan dengan icing sugar. Next time bila rajin boleh repeat buat guna cream cheese plak, Insyaallah.hehe