Pixajoy

Wednesday, January 27, 2016

Resepi Homemade Tofufa



Lama kan aku bertapa. Kena sawan lemau ni susah nak baik oii.haha..Dah masuk temister kedua mood memasak dah ok ni. Beratuq macam-macam menu dalam kepala nak masak cuma berkira sikit je nak keluarkan modal beli bahan. Barang la semua mahai kan..kenalah berbelanja secara berhemah.kiki..

Hari ni nak share resepi tofufa. One of my peberet dessert. Masa pregnant Afia dulu memang dok gila makan benda ni. Sekarang abang yang jual soya tu dah tak berniaga..so susah sikit nak dapatkan stok, kebetulan ternampak resepi, bahan pun mudah dan murah, apa kata kita cuba buat. 

Aku ingat nak buat perisa pandan, dah beli la sirap pandan tu kat kedai, balik tengok pewarna hijau kat rumah dah expired rupanya. So aku buat plain je la.


Resepi tofufa : Masak 1 peket agar2 tali 12g + 3/4 cawan air hingga larut kemudian tapis. Lepas tu masukkan susu soya kotak 1 liter apa-apa jenama kedalam agar2 tadi + perisa pandan + pewarna hijau, dah mendidih tutup api. Siap!

Agak dah suam boleh masukkan dalam bekas. Tunggu sejuk boleh masukkan dalam peti ais. Air gula tu ikut suka la nak buat putih ke gula merah..kok air gula tak reti nak buat mai komen kat bawah. Air dengan gula je kot.hahaha..

Masuk dalam bekas kecik camni senang anak-anak nak makan. Lalu kat tekak sejuk-sejak time cuaca panas heaven tau..

Alhamdulillah rasanya sama macam beli. Cuma tang soya tu la tak berapa nak fresh dah guna soya kotak. Mana nak pi cari kacang soya original kan. Selamat mencuba.hehe













Monday, January 04, 2016

Family Outing : Dilwale



Ikutkan aku ni bukan peminat filem hindustan, layan gitu-gitu ajelah dulu yang mana best. Kebetulan Shah Rukh Khan satu-satunya hero yang aku suka gak la. Orang dok kata cerita ni best tu yang pulun gak nak pi panggung. Kalau Star Wars tu memang tak masuk otak, silap-silap memang aku lena dalam panggung.

Balik AS aritu kami tengok Dilwale kat GSC Aman Sentral. Pertama kali jejak mall sejak dibuka. Ohh tak sangka hebat betul penangan Dilwale..panggung penuh sentiasa padahal dah lama tayang. Petang tu en suami beli tiket pun kami dapat seat dua kehadapan. Tak berapa best la nak kena melangut sikit. Pukul 10 malam..tu je pun seat yang ada. Nak tengok lepas tu macam lewat sangat pulak. 

Selesai solat Isyak terus tolak pergi panggung. Snap dulu aksi anaknda berdua sementara tunggu abah depa beli air dan popcorn. Kali ni kami pergi sekali dengan mak abah. Kali kedua bawa Afia tengok wayang. 



Mak abah en suami anak beranak dulunya memang la peminat hindustan so ramai la pelakon lama semua depa kenai. Aku ni setakat Kajol dengan SRK ok la kan. Pulun gak ni wefie sebelum movie start. Nampak sebelah je muka, saja pun sembunyi pipi pau.hakhak


Filem ni kategori best la bagi aku. Kira tak berjaya pun buat aku boring sepanjang cerita. Lagu pun tak banyak tu yang best. Macam filem hindustan lain Dilwale pun mengetengahkan isu percintaan tragis, kekeluargaan tapi penuh dengan lawak dan aksi dia pun boleh tahan. Yang lawaknya si King jahat tu pun kelakar. En suami kata cari la jahat yang betul-betul mafia sikit. Ehh Kajol dan SRK pun dah mafia dah kan. Adik Kaali si Veer tu je sengal sampai kesudah. Part Ramlal dan Pogo tu memang lawak.

Tak payah nak sopnopsis sangat la kan.. recommended tengok. Tak rugi walaupun bukan peminat hindustan aku enjoy. Tak sangka Aiman pun layan sampai habis satu movie. Keluar panggung maktok dengan Aiman kemain jerit nama Kaali sama macam Kajol buat. Drama sangat.

Afia dia mulanya ok dok kekiri kekanan depan seat macam haritu tak mahu dia duduk diam di riba. Sambil makan pop corn, time lagu dia pun joget sama. Sejam lepas tu terus lena. Lega sikit dapat ibu tengok sampai habis walaupun lenguh kaki tangan meriba si bambam. Tu pun dok tidur terjaga batuk muntah. Nasib dah sediakan plastik.huhu..Habis filem tidur tak sedar sampai rumah. 


Pukul 1 lebih gak la baru sampai rumah. Penangan Dilwale esoknya en suami dan abah pi tengok sekali lagi kat panggung cerita sama. Pulun kan.hehe.. 







Sunday, January 03, 2016

Persediaan Kelengkapan Sekolah Aiman



Tahun ni takda story pun pasal persediaan persekolahan Aiman. Baru nak tulis la ni.hehe.. 2016 Aiman officially Darjah 3. Sesi Persekolahan bermula hari ni. Macam biasa Aiman anak yang senang diurus..tak banyak kerenah.  Pagi tadi kejut sekali dah bangun walaupun pukul 11 malam tadi baru sampai rumah dari kampung. Tengah malam baru ibu sambung balut buku, jahitkan lencana dan name tag. Baju KAFA balik kerja tadi baru basuh terus iron ok.hehe..

Malam tadi last minute singgah Popular Pasific AS shopping alat tulis dan buku latihan untuk Aiman. Maka dengan ini aktiviti game ditamatkan..bertabahlah mulakan latihan buku setiap malam ye nak. Setiap subjek ibu dah jala semalam.huhu..

Sebenarnya kebanyakan kelengkapan sekolah Aiman kami dah shopping masa balik kampung Pak Ndak dan Acu tunang tempohari. Seronok shopping di PB entah kenapa setiap tahun mesti kat sana. Aiman cuma demand nak kasut sekolah tali..yang lain tu dia tak kisah, beg sekolah dah dua tahun pakai pun masih elok tak payah beli baru kata dia. Good boy!

Baju sekolah kebangsaan macam biasa ibu cuma beli dua pasang, pakai ni je la tukar-tukar. Tahun lepas punya baju memang dah lunyai pakai setahun terus lupus.hehe..Baju KAFA Khamis lepas baru beli..yang ni pun setiap tahun beli baru..tahun lepas beli sepasang je dok belasah yang tu memang lunyai jugak la jawabnya. Tahun ni beli 2 pasang terus.

Alat tulis macam pensil pembaris yang tahun lepas pun masih banyak stok..ibu cuma belikan pensil box baru dan cukupkan stationaries mana yang tak ada. Buku teķs memang dah dapat awal sebelum cuti..buku tulis dah siap beli..yuran KAFA dah bayar tadi.



Harapnya tahun ni Aiman lebih berjaya dan dapat tingkatkan produktiviti dalam pelajaran. Ibu pun kena sama-sama kayuh pantau pelajaran Aiman. Semoga diberi kelapangan dan dapat handle anak-anak sebaiknya, apatah lagi dengan kehadiran orang baru tak lama lagi kan..bertambah kalut tak menang tangan la ibu.

Oh ye lupa nak ucap Selamat Tahun Baru buat semua. Semoga yang indah-indah datang buat kita semua sepanjang tahun 2016.








Saturday, January 02, 2016

Santai di Kampung



Kami masih di Alor Setar. Bertolak semalam nanti petang balik kot SP. Esok Aiman dah start sekolah. Tunggang terbalik lagi persiapan buku..alat tulis belum complete, kaki seluar sekolah pun belum potong..lencana name tag belum jahit..tahun ni ibu relex banyak tak kalut noo.hahaha.

Mari layan aktiviti melayer perut semalam dulu ya!

Bertolak dah agak lewat. Sarapan pukul 11 kau dekat Simpang Empat port biasa. 
Afia sampai nangis dalam kereta lapaq katanya.haha Nasi ayam abah dia bedal sikit pastu sebiji roti canai habis u all.hehe..

Abang Aiman roti kosong banjir dua keping. Ibu roti dua keping pastu mihun sup semangkuk..lapaq oii.hehe..

Sampai rumah mak terus ajak kenduri kesyukuran jiran sambut birthday cucu. Menu punya banyak. Ni je aku tapau bawak balik rumah, nantilah makan..kenyang lagi kan tadi melantak banyak.

Agar-agar Lumut Tok Dah. Mak buat ni untuk bagi jiran kenduri pastu satu tray simpan ke kami. Sedap oii..tengoklah dia punya atas tu penuh..yang hijau bawahnya sikit je...camni memang best.

Teh tarik menu biasa mak abah ponser bila jiran-jiran kenduri. Aku suka pasal mak bancuh tak manis..sejug kecik aku belasah ulang-ulang. Minggu depan minum ayaq gula mampuih hang PK..

Petangnya en suami beli kopok lekor rangup ni. Sedap ok antara menu wajib en suami kalau balik Alor Setar.