Pixajoy

Friday, August 25, 2017

Mr Steak House Sungai Petani



Dah lama ye tak review makan-makan kat blog. Memang sejak ada anak kecik dah jarang sangat makan luar, biasa tapau makan kat rumah lagi selesa. Ni Aryan dah besar sikit dah boleh diam dalam baby chair baru senang ibu nak melantak.haha. 

Pertama kali cuba makan kat Steak House SP..indah khabar dari nama kata en suami. Memang kebanyakan tempat terjahan JJCM ni so so je kan. Harap makanan ja mahal tapi tak sedap. Bukan aku yang kata.hahahaha


Air memang takda yang special. Air buah je la segelas RM 5.  Afia milo ais, RM 2.50, Aiman laici buah..en suami air apa entah lupa dah aku..pastu add air mineral kecik sebotol RM 2.


Ok jom tengok apa yang kami order

Spageti Carbonara untuk Afia. Dia makan sikit je ibu yang habiskan. Pastu siap review ibu masak lagi sedap..so apa nak dikata.hahaha..

Lamb Grill apa ntah en suami kata tak best.huhu

Ni menu kedua en suami. Orangnya besar makan pun sampai dua menu. Adik ambik order pun terkejut.hahaha. Rasanya memang krik krik..en suami makan pun tak habis.hihi

Chicken Chop Aiman. Aiman makan tak bunyi apa. Lapar sangat barangkali. Dia punya menu lambat sampai Adik ambik order lupa.huhu

Overall bagi aku biasa je la nak kata sedap sangat tak pun..nak kata tak sedap sangat boleh la makan. Lagipun perut memang tengah lapar. En suami je dari awal sampai kesudah tak puas hati dengan rasa. Biasa aku yang suka complain bab makan tak sedap kali ni terbalik pulak..haha

Aku order Yee Mee Sizzling cari gambar dalam galeri takda pulak, rasa macam ada snap picture. Lantak la ye namanya blogger2 ni saja suka pulun snap sana sini. Nah sambung gambar Aiman Afia Aryan pulak.hihi..







Total lost RM 81..dengan harga dan rasa yang tak sepadan en suami dok mengomel tak sudah.haha..Lain orang lain citarasa. Lagipun tengok tempat ni memang jadi tumpuan ramai. Tekak kami je rasa tak best kot. Mungkin jugak bini beliau dok biasa masak sedap sangat tu yang makan kat kedai tak sedap.hahaha 





Monday, August 21, 2017

Aryan Berjalan



Akhirnya Aryan dah jalan! Abang Aiman jalan masa umur 9 bulan, Kak Pia 1 tahun seminggu, Aryan pada usia 1 hari lagi genap 1 tahun 2 bulan. Betul setiap perkembangan anak berbeza, ibu buat relex buat peace je raikan dengan besar hati walaupun orang sekeliling lagi busybody Aryan lambat jalan.huhu..

Dia yang paling lambat..dia juga paling ligat merangkak. Nak jadi rekod Aryan bangun berjalan banyak langkah dekat rumah Tok Usu di Johor. First time juga bawak Aryan balik Johor jumpa sedara mara sana. Nanti update kisah Johor.



Picture or video Aryan jalan tak sempat snap lagi. Aryan boleh terus bangun sendiri tanpa bantuan walaupun lambat. Sekarang tengah gigih usaha nak imbangkan badan. Sebulan lagi ok kot dah boleh berlari rasanya.hihi

Kak Pia yang nak sangat makan kek..so ni kononnya sempena Aryan dah pandai jalan. Nama Kak Pia dan Abang Aiman kita tempek sama biar sama adil walaupun sebenarnya takda motif.haha..



Well done adik kacak. Big clap for Adik Aryan please.haha..




Monday, August 07, 2017

Resepi Kek Marble Tepung Beras



Ini pertama kali cuba resepi kek marble guna tepung beras. Selalu aku dok buat marble susu antara resepi terbaik gebu dan sedap. Resepi ni tak kurang hebatnya tau. Sila cuba sebelum menyesal. Kami buat tengahari, malamnya selesai sebiji kek. Laku sungguh..makan ke melantak tak tau la famili aku ni, pantang ada makanan.hahaha

Kek kami macam biasa bakar atas api saja guna periuk bengkang haruslah ada hangit.huhu..

Bukti kegebuan

Resepi asal dari kawan aku Linda, tapi macam biasa aku adjust ikut apa bahan yang ada. Aku pakai marjerin pelangi je pastu telur gred C 7 bijik. Sukatan tepung pun macam kurang sikit..ikut size cawan memasing la kan. Ni aku panjangkan lagi pahala..semoga aku pun dapat saham pahala sama.haha nak jugak tu.



Ok proses buat kek semua melibatkan Afia. Dia la yang sibuk sangat nak buat kek. Berkecah 1 dapur but we have fun. 

Chef Afia in action

Dalam masa terdekat ni rasa macam nak repeat buat kek ni lagi. Tengok picture terliur wey.hehe..




Tuesday, August 01, 2017

Big Red Strawberry Farm Cameron Highlands



Kami ke CH lagi.haha..Kan dah kata nak jejak tempat yang belum pergi..selagi tak habis tawaf kita repeat. Lagipun CH je la tempat budget yang tak banyak keluar modal.huhu

Ni memang percutian budget sangat, pergi balik hari. Memang la penat sikit, yang penting jimat.hahaha...Plan asal nak ke Mardi dan ladang anggur, end up 1 tempat je kami jejak. Takpa lain kali kita pi lagi.kiki

Fefeeling CH sangat

Selpiaq sikit..blog kita lantak la dagu berlapis pun.haha..

Pulun lagi selfie. Bertolak awal pagi muka pun takdan foundation bedak talkum baby seadanya..Confident natural beauty tu penting.kahkah

Berhenti breakfast kat R & R pastu teruskan perjalanan. Masa sampai kat Avant Chocholate Aryan tengah tido, Afia dan abah je keluar qado hajat. Dah banyak kali sampai Avant ni so dah tak heran sangat nak bergambar ke apa. 

First time sampai sini rupanya tempat dia bapak punya tinggi. Mula-mula cari parking kat bawah takda pastu tertanya-tanya boleh ke kereta naik sampai atas. Rupanya kat atas sana parking punya banyak lagi kosong. Nak pesan satu ja..pastikan kenderaan dalam keadaan baik kalau nak kesini. Nak panjat bukit kalau kereta tak naik mampuih berasap.huhu..

Kebetulan nak jadi rezeki kami dapat park betul-betul kat jalan masuk, Alhamdulillah Allah mudahkan.

Wefie 1 family. Membesar dengan jayanya ibu. Baru nak diet abah bawak mai CH plak. Alasan sangat!haha..

1 more

Kak Pia tengok fish

Kami sampai tenghari so takda nak fefeeling sejuk. Afia siap kata masa kita pi dengan Acu dulu sejuk..kenapa tak sejuk.huhu

Sementara en suami kat kerusi urut kita layan budak-budak ni main.

Aryan pantang nampak stereng. Punya suka naik benda ni tak masuk token pun tak nak turun.

Abah depa nak masuk token ibu kata tak payah membazir.haha


Mengidam lama dah nak kena fresh strawberry, memang puas la dapat makan. Depa ni tak pandai makan sangat...buah ibu pulun sorang.haha..






Lepas makan semua pakat lemau dah malas nak pusing-pusing farm. Afia sorang semangat ajak ibu snap gambar dia. Dapat ni je jadi la.hehe



Walaupun percutian singkat, nampak anak-anak happy, next time ada rezeki kita datang lagi.