Pixajoy

Tuesday, June 30, 2020

Raya 2020



Raya Coronovirus. Nasib dah boleh rentas negeri, kami pun balik beraya di Alor Setar. Raya serba sederhana ja, baju raya ibu pun tak sampai-sampai, baju raya Afia last minute baru seller maklum stok habis, makanya berhuhu je la kita pakai baju raya dua tahun lepas. Padahal ibu ada ja beli baju lain untuk Afia, tapi nak sedondon punya pasal kita renew ja baju lama.

Famili kami je dengan mak abah. Lagi dua orang adik ipar di luar daerah. Nak balik Penang pun tak boleh. Pasrah...

Layan je la gambar















Balik petang sebelum raya sempat la berbuka puasa dengan mak abah. Raya pun sekejap sebab raya pertama aku duty petang. 






Thursday, June 04, 2020

Resepi Kek Marble 5 Bahan Comfirm jadi



Ok 3 kali dah buat pakai resepi ni. Terjadi suka pulak sebab senang, tak payah nak pulun kacau marjerin dan gula sampai kembang, kacau-kacau sikit ja dah boleh dapat kek marble gebu gebas, comform menjadi. Bahan yang diperlukan pun modal kecil, nak kukus ke nak bakar pun best.

Aku macam biasa memang suka versi kukus. Resepi asal Azlina Ina aku tempek sini resepinya sebab senang nak refer. Kek ni macam akan aku buat setiap bulan je sampai anak anak jemu.  Lagipun blog aku ni pun dah macam buku resepi online dah.

Resepi Kek Marble

1 1/2 cawan marjerin pelangi + 1 tin susu pekat kacau rata, tak payah kembang pun takpa. Masukkan satu persatu 4 biji telur gred b ( gred c guna 5) dan mix sebati. Masukkan 2 cawan self rising flour @ 2 cawan tepung gandum + 1sk baking powder, kalau nak kukus tambah 1sk soda bikarbonat. Kacau rata pastu bahagikan kepada dua bahagian. 1 bahagian masukkan 2sb serbuk kokok kacau sebati. Masukkan adunan dalam loyang secara berselang seli, bakar or kukus sampai masak. 

Ni pertama kali buat masa bulan puasa

Gebu elok dan mosit bila kukus

Kali kedua buat untuk raya

Kali ketiga buat untuk jamuan raya office lama







Tuesday, June 02, 2020

Resepi Kek Vanila Karamel Mudah dan Sedap



Kek birthday Afia tempohari. Macam biasa pertama kali buat kena tempek resepi senang nak refer nanti. Last minute plan tau kek ni. Jumpa resepi di blog omputih. Tapi aku adjust sikit-sikit la ikut apa bahan yang ada kat rumah. 

Resepi sukatan semua kena timbang. Aku sejenis malas macam ni, senang ikut resepi guna sukatan cawan tapi kali ni dah berkenan dengan resepi icing dia... So ikut la jugak, derhaka sikit je. Hehe. 

Let's check the receipe! 



Resepi Kek Vanila

225gm salted butter suhu bilik
125gm caster sugar
100 gm brown sugar
1 st Vanilla extract (aku guna esen vanila 2 penutup botol) 
4 biji telur gred A (gred B or C add on lagi sebiji) 
225gm self rising flour
2 sudu susu
Walnut untuk hiasan (optional nak guna apa ikut suka.  Sos karamel dengan kacang memang kombinasi ngam) 

Cara - cara: Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu, pastu masukkan tepung dan susu. Kacau rata, tuang adunan dalam loyang, bakar atau kukus hingga masak. Aku kukus je. 

Resepi Sos Karamel : Guna whipping cream memang sedap. Tengok kat SINI

Resepi icing : 200gm salted butter + 50 gm icing sugar + 70gm sos karamel. Kacau sebati semua, letak atas kek. Kalau rajin boleh potong kek kepada 2 bahagian letak icing dua layer. 

* Baki sos karamel curah atas icing pastu tabur walnut.. Fuhh sedap sangat... Must try! 

Budak ni nak enterframe gak

Tada.. Letak DIY topper, settle

Lepas potong. Yummy!  





Monday, June 01, 2020

Afia's 7th Birthday



Dah sebulan baru nak update. Kebetulan birthday Afia tahun ni jatuh pada bulan puasa, musim covid pkp pula, so kita sambut kita-kita je. Pun begitu ibu buat lebih bagi juga kek pada mak pengasuh depa dan jiran.

Untuk birthday girl. Semua homemade by ibu. Dibantu oleh Afia

Vanilla caramel cake 1st attempt. Pertama kali buat menjadi sedap. Jiran siap puji kata rasa macam kek kedai. 

Cupcake oreo cheese. Macam tak berapa nak jadi sangat tapi boleh la nak makan. Hehe

Cheesetart..Filling blueberry dan chocholate. Mula makan sedap, bila sejuk shells dia macam keras sikit. Boleh la dah jarang buat resepi pun google ja. 

Menu berbuka merangkap celebrate birthday girl. Pizza sorang sebijik plus koktail buah. 

Cake Topper DIY je, minta jiran bawah printkan..  Jimat! 

Lepas sahur Afia bantu tiup belon dan pasang banner

Petangnya letih sangat kot tolong ibu buat kek, Afia tidur ajak bergambar pun tak nak dah.

Lepas berbuka baru cergas. Jadi la janji ada kenangan sambut birthday musim corona. Haha

Hadiah birthday girl. Telekung baru habuan naikkan semangat. 

Bookshelf ni kira hadiah birthday la kan. Memang dah lama nak beli benarnya. huhu

Also pencil color baru

Ni reward birthday girl puasa penuh

Semoga anak ibu Afia Imanina terus membesar menjadi solehah, bijak pandai, berani, rajin,  berbakat, disenangi ramai, berakhlak mulia, rajin solat dan rajin mengaji. 







Monday, May 04, 2020

Resepi Kuih Lopes Loyang Tanpa Daun Pisang



Kuih lopes adalah antara menu yang aruah mak selalu buat waktu zaman aku kecil dulu. Aruah abang suka sangat makan kuih lopes, so bila dia balik dari asrama atau universiti, mak akan buat kuih kesukaan abang. Zaman tu kuih ni dibalut dengan daun pisang, pastu nak potong pun ada cara, guna tali tangsi bukannya pisau.

Tahun lepas kalau tak salah aku tengok adik ipar buat kuih ni pakai loyang je. Kat kawasan rumah aku ni memang susah nak dapat daun pisang, market pun jarang ada. Aku pulak tak la minat sangat makan kuih berasaskan pulut, nak buat tu memang tak berhasrat  la senang cerita.  Kalau nak makan biasa beli. Setiap pagi ada je jual kot sini.

Musim PKP dan bulan puasa ni aku jadi rajin pula cuba buat pelbagai jenis kuih. Baki beras pulut buat seri muka tempohari ada lagi, air gula sagu gula melaka yang aku buat pun ada baki, makanya marilah buat kuih lopes.huhu

Aku google resepi ada yang guna kapur makan, ada yang tak guna. Resepi aku ni guna, kalau tak ada boleh skip kot. Terus terang aku pun tak tau apa fungsi kapur makan ni. Hahaha..

Kuih lopes 1st attempt

Pertama kali buat perfect lembut elok pulut.  Air gula likat mabeles kata en suami. En suami puji melambung kata sedap, berebut makan dengan anak-anak. Aku buat sikit je pun, bulan puasa kan takut membazir. 

Harini depa demand nak makan kuih lopes lagi. Buat la lagi seloyang kecik macam semalam, pulun aku snap picture step by step nak masuk dalam blog. Hiks

Resepi Kuih Lopes
 (kalau nak banyak lebihkan sukatan) 

Bahan-bahan

1 cawan beras pulut (rendam 3 hingga 4 jam dengan air kemudian toskan) 
1 cawan santan cair
1 st garam
2 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
Sedikit kapur makan

Cara-cara : Lapik loyang dengan plastik supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan. Campur semua bahan, masukkan dalam loyang dan seratakan. Kukus hingga masak.

* kelapa parut gaul dengan sedikit garam. Boleh kukus untuk tahan lama. 

* Air gula = gula melaka + gula kabung masak dengan air hingga mendidih kemudian tapis. Kalau kuah tak pekat boleh guna bancuhan tepung jagung. 

Siap masak, tekan pulut ratakan. 

Biarkan sejuk boleh terus keluarkan dari loyang

Potong tiga segi or ikut suka bentuk apa yang mau. Aku guna pisau potong kek, sapu minyak supaya potongan cantik dan tak melekat. 

Gaul pulut dengan kelapa parut. 

Sedia dihidang dengan air gula. 

Resepi ni tak guna daun pandan. Nak dapat daun pandan pun susah juga, aku buat cara moden pun sedap. Kalau ada daun pandan tu boleh guna original pandan ok. 





Sunday, May 03, 2020

Resepi Bingka Roti



Bulan puasa ni roti tak berapa laku, nak habiskan roti yang nak expired kena la buat sesuatu. Dua kali dah buat bingka ni dalam masa terdekat. Simpan resepi kat sini. Blog sekarang pun dah jadi buku resepi ja punya malas nak update. Haha

Hasil buat baru ni, tapi ni je sempat snap


Resepi Bingka Roti

Bahan-bahan

5 keping roti putih
3 cawan santan/susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum 
2 sb marjerin
1 st garam
1 st esen vanila

* aku guna kombinasi 1 tin susu cair + 1 kotak santan kecil, tambah air jadikan 1 cawan + 1 cawan santan segar

Carik roti dan rendam dalam 2 cawan santan. 

Baki 1 cawan Susu cair/ santan + tepung + gula + telur + marjerin + garam, blend semua. 

Tuang bahan blend dalam periuk bengkang pastu kacau sebati dan bakar. 

Aku bakar atas api, nak bakar guna oven ikut suka.

Ni buat sebelum puasa haritu. Afia dan abah hadap ja dah licin setengah adunan.

Sedap lemak berkrim 







Tuesday, April 28, 2020

Resepi Popia Basah / DIY Kulit Popia Basah



Pertama kali buat teruja kulit dia best lembut sangat serupa popia beli. Ramai juga yang minta resepi so tempek sini je la senang. Buat peminat popia basah wajib try, buat sendiri puas makan.

Tara.. 


Bahan kulit popia

300 gm tepung gandum
500gm air
1 biji putih telur
1 sk cuka makan
Garam secukupnya

Caranya : Bancuh semua bahan, panaskan kuali non stick, guna berus macam berus cat rumah tu, celup dalam tepung sapu pada kuali. Tunggu sekejap nanti nampak macam lempeng nipis. Angkat bila lempeng dah tak melekat pada kuali. 

Sukatan tadi boleh dapat dalam 30 kulit. Aku guna berus kecik yang sapu telur atas biskut dah tu je yang ada hentam sajalah. Haha..kuali aku pun bukan non stick, jadi agak tebal sikit kulit, dapat 15 keping.  

Bahan2 kering 

Taugeh dicelur
Kacang tanah digoreng dan ditumbuk
Udang kering digoreng dan tumbuk kasar (aku guna ikan bilis je)
 Telur dadar hancur
Bawang goreng secukupnya

Bahan Inti

Karot potong halus
Sengkuang potong halus
Timun kalau suka
Bawang besar potong dadu
Bawang putih ditumbuk
Udang kering tumbuk (aku guna ikan bilis sebab takda stok)
Garam + gula + lada sulah

Caranya : Tumis bawang putih + bawang besar + udang kering hingga naik bau,  masukkan karot + sengkuang + garam + gula + lada sulah. Masak sehingga layu/lembut.


Bahan Sos

 Cili kering + bawang merah + bawang putih, blend semuanya. 
Cuka
Gula kabung
Garam

Caranya : panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan cuka + gula + garam, perlahankan api, masak hingga kuah pekat.

Sediakan semua bahan sebelum balut. Ikan bilis tumbuk takda dalam ni en suami tengah tumbuk.hihi

Letak sos kemudian sayur + taugeh + telur dadar + udang kering/ikan bilis tumbuk + bawang goreng kemudian balut. Bawang goreng ada ja kat rumah tapi aku lupa nak letak. Haha ok settle semua boleh balut.

Susun popia,  letak sos kemudian tabur kacang tanah tumbuk. Boleh terus ngap. Yummy!!!