Pixajoy

Monday, May 04, 2020

Home » Resepi Kuih Lopes Loyang Tanpa Daun Pisang

Resepi Kuih Lopes Loyang Tanpa Daun Pisang



Kuih lopes adalah antara menu yang aruah mak selalu buat waktu zaman aku kecil dulu. Aruah abang suka sangat makan kuih lopes, so bila dia balik dari asrama atau universiti, mak akan buat kuih kesukaan abang. Zaman tu kuih ni dibalut dengan daun pisang, pastu nak potong pun ada cara, guna tali tangsi bukannya pisau.

Tahun lepas kalau tak salah aku tengok adik ipar buat kuih ni pakai loyang je. Kat kawasan rumah aku ni memang susah nak dapat daun pisang, market pun jarang ada. Aku pulak tak la minat sangat makan kuih berasaskan pulut, nak buat tu memang tak berhasrat  la senang cerita.  Kalau nak makan biasa beli. Setiap pagi ada je jual kot sini.

Musim PKP dan bulan puasa ni aku jadi rajin pula cuba buat pelbagai jenis kuih. Baki beras pulut buat seri muka tempohari ada lagi, air gula sagu gula melaka yang aku buat pun ada baki, makanya marilah buat kuih lopes.huhu

Aku google resepi ada yang guna kapur makan, ada yang tak guna. Resepi aku ni guna, kalau tak ada boleh skip kot. Terus terang aku pun tak tau apa fungsi kapur makan ni. Hahaha..

Kuih lopes 1st attempt

Pertama kali buat perfect lembut elok pulut.  Air gula likat mabeles kata en suami. En suami puji melambung kata sedap, berebut makan dengan anak-anak. Aku buat sikit je pun, bulan puasa kan takut membazir. 

Harini depa demand nak makan kuih lopes lagi. Buat la lagi seloyang kecik macam semalam, pulun aku snap picture step by step nak masuk dalam blog. Hiks

Resepi Kuih Lopes
 (kalau nak banyak lebihkan sukatan) 

Bahan-bahan

1 cawan beras pulut (rendam 3 hingga 4 jam dengan air kemudian toskan) 
1 cawan santan cair
1 st garam
2 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
Sedikit kapur makan

Cara-cara : Lapik loyang dengan plastik supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan. Campur semua bahan, masukkan dalam loyang dan seratakan. Kukus hingga masak.

* kelapa parut gaul dengan sedikit garam. Boleh kukus untuk tahan lama. 

* Air gula = gula melaka + gula kabung masak dengan air hingga mendidih kemudian tapis. Kalau kuah tak pekat boleh guna bancuhan tepung jagung. 

Siap masak, tekan pulut ratakan. 

Biarkan sejuk boleh terus keluarkan dari loyang

Potong tiga segi or ikut suka bentuk apa yang mau. Aku guna pisau potong kek, sapu minyak supaya potongan cantik dan tak melekat. 

Gaul pulut dengan kelapa parut. 

Sedia dihidang dengan air gula. 

Resepi ni tak guna daun pandan. Nak dapat daun pandan pun susah juga, aku buat cara moden pun sedap. Kalau ada daun pandan tu boleh guna original pandan ok. 





1 comments:

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

uuish senangnya pakai loyang jaaa.. hehe..
menarik boleh dicuba. kami 1 fam suka lopes.. stakat ni order sbb ada jiran memang niaga kuih =D