Saturday, March 31, 2012
Download Pekeliling Gaji Baru SSM 2012
Tadi jalan ke blog Ajumohit baru tahu pekeliling baru dah keluar. Ketinggalan rupanya aku ni walaupun tadi dah tepek gaji minimun-maksimun yang aku ambil dekat facebook.haha..Pada yang dah tak sabar nak kira gaji baru bolehlah berbuat demikian. Aku malas nak cakap banyak. Laju-laju nak Download Pekeliling Gaji Baru SSM 2012.hiks..
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012 – Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup
Friday, March 30, 2012
Orang Yang Mendapat Doa Malaikat
Sempena Jumaat yang mulia jom kita tengok 11 orang yang mendapat doa malaikat. Semoga kita menjadi salah seorang daripadanya.
*Petang ni aku balik kampung. Kat sana memang malas online, Alor Setaq panas.haha..
Mak Cik Mah Dalam Ingatan
Sungguh budi Makcik sangat besar.
Aruah mak pernah bilang,
" Jangan lupa jasa Makcik, masa kecik dulu dia yang bela hang.."
Kata mak lama juga mak terlantar dirumah sakit. Waktu itu mak berjuang melahirkan aku secara caesarean. Ketika mak di hospital, barangkali rutin makcik berubah. Ini semua gara-gara bayi perempuan degil keluar melihat dunia tidak mengikut norma. Tangan Makcik yang membelai memberikan kasih sayang pada aku waktu ketiadaan mak.
Aku tak pernah melihat rupa Pakcik. Mungkin banyak perjuangan yang sudah Makcik lalui untuk membesarkan anak-anaknya tanpa suami. Walaupun Makcik cuma kakak ipar mak, aku tahu Makcik dan mak sangat rapat. Mak pun tak ramai adik beradik, perempuan sorang pula. Makcik panggil mak dengan panggilan adik. Anak-anak makcik iaitu sepupu-sepupu aku akrab juga dengan mak. Waktu kenduri perkahwinan aku, Makcik dan anak-anaknya yang banyak membantu.
En suami menjadikan rumah Makcik sebagai kawasan wajib dikunjungi setiap kali kami pulang ke kampung. Ibu dan bapa mertua aku juga sudah beberapa kali kesana. Makcik sebagai mak saudara kesukaan en suami. Bila selalu menarik perhatian orang yang tak punya ikatan, aku kira Makcik istimewa berbanding saudara lain. Keramahan dan perhatian Makcik sudah seperti mak sendiri.
Sebelum mak meninggal, mak nyatakan hasrat mahu kerumah Makcik. Tiba-tiba mak mahu melihat rumah baru anak Makcik yang tinggal bersebelahan. Tak sangka sudah ditakdirkan mak menghembuskan nafas terakhir dirumah Makcik. Lalu semua urusan pengkebumian aruah mak dilakukan disana. Kali ini aku terhutang budi pada Makcik buat kesekian kali.
Seingat aku, kali terakhir jumpa Makcik waktu Raya Haji tahun lalu. Apa yang mak bilang masih kemas tersemat dikalbu hingga kini. Setiap kali bertemu aku tak lupa menghulur sampul yang punya nilai sekadar termampu. Itu cuma sumbangan ikhlas paling sedikit mungkin tak bermakna apa-apa buat Makcik. Nilai bukanlah segala-galanya kerana aku tahu Makcik faham situasi aku. Itu sahaja cara yang tak seberapa aku mengenang budi.
Bohong aku katakan kalau segala kesempurnaan tidak tercalit walau sedikit kecatatan. Memang ada sedikit kejadian yang mengecilkan hati aku, tapi itu cuma perasaan menidakkan kebenaran. Rasa itu cuma secebis kalau hendak dibandingkan jasa Makcik pada keluarga kami. Maafkan segala perasaan itu Makcik.
Semoga Makcik ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kini Makcik Mah dalam ingatan. Doakan Makcik tenang disana, tenang bersama aruah mak. Al-fatihah.
Thursday, March 29, 2012
Ini Cucu Baru Toklang
Nur khalisha irdina dilahirkan tanggal 25.3.2012, 11.40pm. Baby girl comel seberat 3kg ini melengkapkan harapan seorang mama untuk mendapat sepasang zuriat. Mama Khalisha merupakan rakan sebaya, jiran sekampung, teman sepermainan, kawan berkelahi dan sahabat yang meniti persekolahan dari tadika hingga ke sekolah menengah bersama-sama Tok Lang.
Tahniah buat Nor Shahida Othman (nama bapak kami pun sama). Makin hari terasa makin tua sebab dah ramai cucu. Toklang ni muda lagi kan?hiks..
* Maghrib tadi terima khabar sedih dari abang sepupu. Makcik aku meninggal. Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Khamis Spontan : Ukur Dulu
Hari ini diluar kebiasaan sarapan nasi kerabu. Mata sangat mengantuk akibat menonton cinta kura-kura hingga lewat pagi. Tengah layan facebook, segar bugar mata aku tak menahan gelak. Macam-macam hal!
Wednesday, March 28, 2012
Rezeki Set Cheezy Magik
Alhamdulillah, syukur kerana dimurahkan rezeki. Jangan cari nama Puan Kutu tau. Cabutan itu atas nama sebenar dekat facebook. Terdedah sudah identiti!haha..
Tengahari tadi balik kerja tengok ada notis dari Pos Malaysia, ingatkan hadiahnya dah sampai semalam tapi aku tak ada dirumah. Rupanya tadi ada abang pos ketuk pintu rumah hantar bungkusan. Notis pos tu tick pada pos daftar biasa, tak perasan pula. Agaknya apa benda ekk? Buat suspen ja!
Dengan penuh excited tadi juga aku buat potato wedges dan goreng tempe guna tepung magik. Memang senang cuma tambah sedikit air, celup dan goreng. Lepas tu boleh makan dengan cheezy sauce. Chezzy sauce ni cuma perlu bancuh dengan air panas. Tepung magik juga boleh guna untuk goreng ayam, sotong, cendawan, bayam dan segala mak nenek yang korang suka.
Kredit Gambar : Kakyong's Shoppe |
Serius sangat sedap. Aiman makan tak pandang kiri kanan dah, pandang depan je sebab tengok kartun.kahkah..Rasa chezzy sauce sebijik macam yang kita makan dekat KFC. Sedap ok aku tak tipu! Ada banyak lagi produk yang korang boleh beli dekat Kakyong's Shoppe . Ipad Aiman tempohari pun aku beli dengan Kakyong tau. Yang paling penting servisnya memang tip top. Tak perlu tunggu lama dijamin cepat sampai. Rugi gila kalau tak cuba, korang boleh berurusan terus dengan kakyong ipoh mali, beliau talak sombong!
Oh ye sebelum tu nak tempek gak hadiah dari GA Kakyong juga yang aku menang sebelum ni. Malas nak buat entri lain. Aku dah terima lama tapi tapi yang botanical drink ni tak cuba-cuba lagi.hiks..
Terima kasih pada Kakyong dan anak dara comelnya yang telah mencabut undi. Tak sangka dua kali ibu Aiman ni bertuah kan.
*Jom join simple GA dari kakyong di SINI. Tak perlu buat entri, senang sangat cuma komen dan menang!
Idea Cara Pemakaian Shawl
Salam bahagia.
Sejak Ibu Alisya kasi shawl tempohari, perasan remaja mahu berhijab ala fashionista meronta pula. Apa kata aku share vidoe youtube untuk idea cara pemakaian shawl. Amaran keras ini cuma tutorial buat mak orang yang sudah lama membiar koleksi shawl seciput berbau perkasam dalam gobok. Pada yang dah expert melilit shawl, jangan riak berdekah ketawa tau.
Cik adik berkuku hijau ini tidak perlu aku perkenalkan lagi. Walaupun terpaksa menahan telinga dengan kegedikan yang tak dapat orang dewasa macam aku terima, gaya shawl ini agak cool juga.
Ini gaya paling aku suka. Nampak sangat kemas dan tak terlalu menonjol. Sangat sesuai digayakan kemana-mana sahaja even ke market atau menghantar Aiman ke tadika.hiks..
Tak perlu lilit shawl tapi boleh guna koleksi syria dengan idea kreatif berhijab. Gaya yang aku suka juga. Tapi belakangnya macam sangat terdedah dan tidak berapa menutup aurat pula. Sumpah aku takkan letak bunga besaq gedabak camtu. Macam tak sesuai je dengan aku yang tak berapa nak remaja ni.hikhik..
Shawl ala Diana Amir. Latest style sikit aku rasa sebab ternampak budak-budak remaja sekarang dok menggayakan waktu jumpa kekasih tak sah mereka. Cool gak! Entah jadi serabai ke tak kalau aku try.
Wanita Malaysia tak pernah terkecuali untuk terjebak dalam fenomena gaya ala Hana Tajima. Serius mungkin aku takkan pernah buat cara begini sebab tak pandai bermain dengan jarum peniti. Maunya tercucuk kepala aku nanti!
Ok bye..kalau video ni agak old fashion let me know. Aku mana tahu apa gaya shawl untuk tahun 2012. Bye!
Tuesday, March 27, 2012
Aiman dan Cinta Tadika
Beberapa minggu lalu Aiman ada cerita pasal awek. Katanya awek Aiman nama Maisara. Aiman kata lagi budak Maisara ni kecik jer. Aku pun tak kenal mana satu budaknya. Aku siap cakap nanti Aiman tunjuk dekat ibu mana satu Maisara.haha..
"Dia cium Aiman, Aiman tak cium dia pun!"
Ohh terkejut dengar pandainya budak tadika zaman sekarang. Tapi aku tak rasa dia cium sebab cinta. Budak besar tu tahu apa? En suami marah siap cakap nak potong Aiman punya anu sebab gatai sangat.haha..Aku kata dekat Aiman budak kecik mana boleh bercinta.
Aiman berkali-kali mempertahankan diri,
"Dia yang cium Aiman, Aiman tak cium dia pun!"
Dalam hati aku kata tak sangka budak chubby macam Aiman pun ada orang suka.haha..
Malam tadi waktu Aiman buat latihan dalam buku,
Aiman : Ibu..Aiman nak tanya.
Aku : Emm..
Aiman : Esok kalau Aiman nak cuti sekolah boleh tak?
Aku : Eh dah ada awek pun malas nak p sekolah?
Aiman : Aiman dah putus cinta dah pun..
Aku : kahkahkah..
*Tadi ada blogger mesej kata beliau ada dekat tempat kerja aku. Bila aku pergi rupanya dia ada dekat unit lain. Bila call tak angkat. Tapi tak salahkan dia mungkin dia tak tahu. Penat aku jalan kaki dalam kepanasan.hehe..Memang tak ada rezeki nak jumpa.
Monday, March 26, 2012
Top Commentator Widget Datang Lagi
PENGOMEN TEGAR
Macam iklan Tora pulak.hehe..Dulu aku ada pasang top commentator ni tapi dah lama buang sebab masa tu widgetnya bukan untuk bulanan punya. Aku malas nak godek buat baru. So hari ni aku berbesar hati nak tempek semula widget Top Commentator untuk menghargai reader aku. Selama ni bukan tak hargai, tapi kalau setakat bertanam tebu di pinggir bibir tapi tak tunjuk hasil jualan air tebu pun tak guna gak kan?(cuaca panas pekena ayaq tebu best nie..)
Semua sedia maklum yang top commentator nie bagus untuk bagi backlink free dan dapat galakkan pembaca tinggalkan komen. Walaupun Ini Cerita Puan Kutu tak sehebat mana, aku harap pengomen tegar blog tintong ni tersenyum lebar tengok nama korang tersenarai di sidebar.hikhik..
Ibu Aiman Vs Ibu Alisya
Dua hari tak berupdate, entah tak ada modal nak cerita disamping virus M masih lagi bersisa. Korang semua kenal Intan Berlian@ina? Ala ibu Alisya yang permah tu mesti ramai kenal. Walaupun kami tinggal satu daerah, Sabtu lepas baru berkesempatan jumpa. Aku agak excited gak la sebab ini first time aku menatap wajah rakan blogger yang selama ini hanya berteman mesra di alam maya.hoho..
Aiman pulak dua minggu sebelum Alisya nak datang dia dah excited lebih. Masa Sabtu lepas pun tak sabar-sabar dok tanya bila adik Alisya nak sampai. Alisya mula datang masih malu-malu, kata ibunya menantu pilihan memang macam tu.haha. Ibu Alisya susah-susah je datang siap bawak buah tangan kek dan buku upin ipin untuk Aiman. Jangan tak tahu ibu Aiman pun dapat shawl comel ok. Terima kasih tau ina, kite tak sempat nak beli apa-apa pun untuk awak..:)
Sebenarnya malu nak tempek gambar kat sini. Bukan apa, aku seperti sang gajah pula bila bergandingan dengan orang yang kecik comel macam ibu Alisya ni.kahkah..Tapi sebagai kenangan layan sekeping gambar yang dicuri dari entri Ibu Alisya Vs Ibu Aiman. Sila abaikan muka natural beauty dan gaya tak vogue sang gajah.haha..
Ada siapa-siapa area SP nak jumpa aku? Tetamu tu kan bawak rezeki.hehe..Ibu Alisya, abah Alisya dan adik Alisya jangan serik-serik datang rumah Aiman lagi tau!
*Nanti petang aku BW ok
Friday, March 23, 2012
Dah Sampai
Ipad Aiman dah sampai petang tadi. Aiman sibuk betul belajar bahasa cina pastu dia gelak kata sebutannya lawak.haha..Later akan menyusul meja belajar pulak, Insyaallah. Ibu Aiman terkena virus M. Satu kerja pun tak jalan, sepanjang hari cuma berenang atas katil. Sekarang dah tak tahu nak mula dari mana BW. Mana sempat jer la sebab line kat opis macam siput khinzir dan diri ini terasa seperti mahu berenang semula.kihkih
Oh ye kalau ada rezeki esok aku akan bertentang mata dengan seorang blogger yang punya anak dara yang comel. Entah apa aku nak masak, en suami kata jamu biskut kering ja.haha..Nanti aku story ekk..bye!
Thursday, March 22, 2012
Pagi Ini
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim. Jom kita mulakan pagi ini dengan menghayati bait kata dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Sama-sama kita muhasabah diri, Insyaallah.
Bila diuji dengan kekayaan, jika hati sihat akan menjadi pemurah. Jika hati sakit akan menjadi sombong.
Bila diuji dengan kemiskinan, jika hati sihat akan menjadi redha. Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah.
Bila diuji dengan kesihatan, jika hati sihat akan menjadi syukur. Jika hati sakit akan menjadi lupa.
Bila diuji dengan kesakitan, jika hati sihat akan menjadi sabar. Jika hati sakit akan menjadi gelisah.
Bila diuji dengan ketuaan, jika hati sihat akan menjadi tenang. Jika hati sakit akan menjadi merana.
Bila diuji dengan kemudaan, jika hati sihat akan menjadi seorang yg sentiasa beringat-ingat. Jika hati sakit akan menjadi seorang yg lalai.
Wednesday, March 21, 2012
Kempen Lagi
*POST DI GAM HINGGA 21.03.2012 JAM 10.00 AM
Salam Bahagia,
Hari yang masih lemau berikutan entri Hari Ini. Mujur semalam hari tanpa kata, ada juga modal buat update blog. Minggu yang sedikit lemau juga sebab kena bertugas siang selama empat hari. Jadual kerja yang tak menentu antara aku dan en suami menyebabkan cuti sekolah berlalu begitu saja tanpa aktiviti outing. Kesian dekat Aiman. Next week ur besday kita celebrate ok!
Nak tak nak kena up gak entri ni sebab semalam entri tips aku dah ke udara diblog kakyong. Ingat lagi sokongan yang korang berikan masa entri saat keriangan Aiman tu? Aku sangat terharu dan ucapkan terima kasih atas jasa baik semua. Sebenarnya aku ada lagi satu entri tips dan ini cabaran kedua dalam Contest Ibu Sihat Anak Riang. Jemput ye baca, semoga apa yang aku kongsikan memberi manfaat untuk menyemai minat membaca anak-anak sejak kecil.
Perjuangan perlu diteruskan walaupun macam tak ada harapan nak menang.kehkeh. Pada yang sudi, jom komen banyak-banyak dan klik semua button sharing dekat entri ni :
TIPS MENARIK MINAT ANAK MEMBACA - MEMBACA BERSAMA ANAK.
Terima kasih korang, Ke blog kakyong kita serang!hehe
Gempar : Kematian
Maaf ye aku tak dapat BW lagi. Semalam lepas balik kerja terus kalut dari tengahari sampai malam. Almaklum mertua datang rumah. Hari tu kata tak jadi datang, ni tiba-tiba ubah fikiran. Bersilat jugaklah aku mengemas rumah dan masak semua.haha. Tok Wan datang bawak kek harijadi untuk Aiman. Gigih depa pusing satu SP cari kedai kek..
Ini tragedi harijadi Aiman semalam.
Petangnya Aiman main dekat koridor depan rumah. Tok Wan dengan Maktok tengah tengok TV. Aku dok gulung popia. Tiba-tiba dengan muka serius dan tergesa-gesa Aiman masuk rumah.
Aiman : Wan..Mak tok, ada orang mati. Mai tengok cepat..Mai tengok..ada orang mati..
Aku : Ada la tu kot orang meninggal.
Dengan konfidentnya aku tak bergerak masih duduk dimeja melipat popia. Mak dan abah pulak jadi kelam kabut. Rumah aku memang mengadap kubur. Mak abah dah nak pergi ke balkoni rumah tengok dekat kubur siapa yang meninggal. Aiman tarik tangan wan ke luar rumah, dia tunjuk kebawah. Maktok pulak terpinga-pinga dekat balkoni sambil mata mencari orang mati.
Rupanya abah kata dekat tanah budak-budak main pacak kayu macam kubur. Memang gempar. Kami ingat betul-betul ada orang meninggal. Birthday boy buat suspen je dengan berita palsu dia tu!
*Hari ni opis hour plak, slow2 ekk aku BW..
Tuesday, March 20, 2012
Review 5 Tahun Sudah!
Terima kasih pada yang sudi memberi cadangan dan pandangan tentang hadiah harijadi Aiman. Rasanya macam ramai yang suka aku belikan Aiman ipad. Kita tunggu apa hadiah yang akan menyusul ye.hehe. Entri ni just nak review birthday Aiman dari tahun ke tahun.
SETAHUN : Gambar ini diambil pada bulan kelahiran Aiman. Terlalu banyak gambar Aiman sampai aku pun tak tahu time bila aku snap. Masa 1st year memang tak beli kek. Lagipun time nie Aiman tak makan kek lagi, demand pun tak reti. Even tak dapat balik kampung tapi Tok Wan dan Maktok datang Johor tau.
DUA TAHUN - Kami celebrate dekat kampung. Tok Wan Aiman yang sponser kek. Masa ni Aiman baru lepas main, habis seluar semua basah lepas basuh muka, kaki dan tangan. Muka pun agak berkilat sedikit sebab kulit Aiman memang jenis cepat sunburn. Dah la tak berapa nak cerah kan..
TIGA TAHUN - Sambut dekat kampung juga, sekali lagi Tok Wan sponser kek. Kalau perasan warna je berubah. Layankan spongebob, janji free.haha. Masa ni ibu tengah gila buat cupcake, so selain kek sponser, ada banyak cupcke yang comel-comel. Kalau nak tengok boleh Klik SINI.
EMPAT TAHUN - Last year tak dapat balik kampung, beli kek pun on the spot main rembat je takde tema ultraman macam Aiman nak. Yang penting kek ni sangat sedap. Kami tiga beranak makan lebih dari setengah time tu jugak..
Sedar tak sedar lima tahun sudah berlalu. Tak sangka Aiman dah big boy. Dari setahun ke setahun memang dah betul-betul big.haha..Semoga Aiman menjadi anak yang soleh, berilmu, berbudi bahasa, taat kepada ibu dan abah, bahagia dunia dan akhirat. Amin..
Monday, March 19, 2012
Hadiah Harijadi Aiman
Salam Isnin. First, aku nak wish Selamat Hari Tua buat kawan baik aku, Syida yang menyambut hari lahir hari ni. Semoga dimurahkan rezeki dan cepat dapat baby. Esok pula birthday Aiman, so far setiap tahun kami cuma beli kek dan celebrate makan kek sampai boroi. Tahun nie en suami kata beli kek kecik yang sepotong tu cukup.haha..
Ok kembali ke cerita asal. Aku ada tiga benda je yang berlegar difikiran nak belikan Aiman untuk hadiah harijadi. Boleh bantu aku buat pilihan tak?
Kalau nak beli boleh terjah kedai online kakyong di FB |
Ipad Untuk Kanak-Kanak (RM 39 include posting)
Sebenarnya dah lama berkenan nak belikan Aiman ipad ni. Aiman dah 5 tahun agaknya sesuai lagi tak? Ikutkan ipad ni bagus untuk belajar ABC, nombor dan spelling. Melalui pemerhatian aku, Aiman jenis yang cepat menghafal juga tapi sampai sekarang bab nak mengenal huruf masih lemah. Bila difikirkan balik, fungsinya lebih kurang macam laptop kanak-kanak gak. Aiman pun dah ada laptop mainan sendiri.
Meja belajar (around RM 50 and above)
Disamping ipad, aku memang nak belikan Aiman meja belajar. Selama ni dia buat homework dan buku latihan dekat meja makan atau meja kecik yang dah sedia ada kat rumah. Aku ingat nak beli meja lipat yang ada tulisan abc tu, ada nampak dekat Tesco satu set dengan kerusi. En suami pun ada sebut nak belikan meja untuk Aiman. Ini hadiah pendorong untuk Aiman rajin belajar.
Set Pensil Warna (not sure, below or above RM 50)
Hari tu Acu Ain (adik aku) dah belikan pencil box Ben 10, buku latihan ABC dan buku cerita untuk Aiman. Aku ingat nak belikan pencil colour yang besar pulak. Nak bagi semangat untuk Aiman mewarna dengan lebih cantik. Hangin betul aku tengok dia suka warna keluar garis. Pencil colour yang besar ni dulu masa kecik jeles aku tengok kawan-kawan pakai, nak beli tak mampu. Dulu tak merasa, sekarang nak bagi anak sendiri rasa, walhal dia bukan kisah.hehe
Bila tanya Aiman nak hadiah yang mana dia jawab, " Aiman nak ipad, aiman nak meja, Aiman nak kaler ". Aiyo ingat ibu cop duit apa. Ibumu ini tak kaya.haha.. Agak -agak yang mana satu pilihan yang paling sesuai ye?
Sunday, March 18, 2012
Cerekarama Warkah Cinta Mat Rock
Malam tadi aku berjaya tak hanyut sekali bersama Aiman dibuai mimpi. Lepas tidurkan Aiman, aku bangun lipat kain. Sempat gak layan Cerekarama Warkah Cinta Mat Rock (WCMR) dari mula sampai habis. Cerita yang agak menarik hingga ada rakan facebook aku kata drama ni lagi bagus dari Ombak Rindu. Pujian tak menahan.keke. Drama ni dilakonkan Sharnaaz Ahmad, Nur Fathia, Nabil, Zarynn Min dan Ezani.
WCMR mengisahkan Eddie (Sharnaaz) mat despatch berjiwa rock tegar jatuh hati pada Nina (Fathia) eksekutif di syarikat tempatnya bekerja. Orang sekeliling menganggap Eddie dan Nina tidak sesuai bersama namun Nina menyenangi Eddie yang selalu menghiburkannya. Kerana salah faham, Nina menghina Eddie tanpa belas kasihan. Eddie mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas cintanya ditolak. Dia meninggalkan sekeping warkah buat Nina. Malang menimpa, Eddie kritikal di hospital kerana kemalangan. Kuasa cinta mengatasi segalanya. Warkah Eddie ternyata punya aura tersendiri sehingga Nina berjaya menyedarkan Eddie dari koma.
Ye ye je aku buat sipnopsis. haha.. Aku suka tengok mak Eddie yang sempoi bergua lu dengan anak sendiri. Layanan Eddie dekat mak dia pun gila cool. Bestkan, siapa tengok malam tadi?
Saturday, March 17, 2012
Garlic Bread & Campbell Mushroom Soup
Hari ni pagi-pagi dah belasah nasi lemak kerang dengan ayam, so tengahari aku memang tak ada selera nak makan nasik. Bagaikan mengantuk disorong bantal jiran depan rumah bagi dua tin sup campbell. Kebetulan hari ni aku dengan Aiman nak keluar shopping beli barang dapur, aku beli roti gardenia sekali. Belasah buat garlic bread dengan roti gardenia. Skip lunch terus makan petang je.
Selama ni kalau makan dekat Pizza Hut Aiman memang suka Mushroom Soup. Tadi aku masak yang dalam tin katanya tak sedap. Roti pun dia makan sikit je. Mungkin juga sebab Aiman dah kenyang. Mana taknya dia dah belasah macam-macam sampai rabak poket aku. Dah la tengah bulan belum gaji. hiks..
Alhamdulillah kenyang. Sekarang bolehlah BW sambil kentut sebab terlebih makan garlic.haha.. Oh ye sebelum tu nak tunjuk wallpaper yang aku pakai sekarang. Aku ekceli tak suka pun tukar wallpaper, dah bertahun pakai yang sama je tapi sebab budak ni comel gila sampai tidur malam mimpi dapat anak secomel dia, aku pun tukar. Jangan curi buat wallpaper korang pulak, dia milik aku sorang je! kahkah..
*Takde motif sungguh up entri ni.hehe..
Friday, March 16, 2012
Budak 8 Tahun Ketagih Rokok
Kisah paling comel terjadi di negara jiran kita, Indonesia.
Tahun lalu kita digemparkan dengan cerita budak sihat berusia 2 tahun Ardi Rizal. Tadi menonton berita TV3, budak 8 tahun Ilham Umar yang seindah namanya pula mula berjinak dengan ilmu menghisap rokok ketika berumur 4 tahun. Kini dia menjadi popular dengan sekelip mata hanya kerana berjaya menghabiskan dua kotak rokok sehari.
Kehebatan Ilham ialah memecahkan barang-barang jika tidak dibenarkan merokok. Dia juga menggunakan cara ini untuk meneruskan minat mendalam dalam arena mengeluarkan asap di telinga. Bergaya sebagai gangster, dia tidak mahu ke sekolah dan menghabiskan masa dengan merokok serta bermain.
Gila cool jadi Ilham sebab dapat mak bapak yang gila penyayang!
Thursday, March 15, 2012
Rancangan Realiti On Air
On Air sebuah lagi rancangan realiti terbitan Astro yang mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan TV dan penyampaian radio. Aku sempat menonton siaran ulangan beberapa episod. Bermula sekitar 25 Januari lepas aku rasa program menarik ni seperti kurang dipromosikan pula. Mungkin juga disebabkan kebelakangan ini aku kurang menghabiskan masa menonton TV. Mana tidaknya, rutin menidurkan Aiman seawal jam 9malam sudah seperti rutin menidurkan diri sendiri sebenarnya.hehe..
Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman merupakan teraju utama On Air. Seronok melihat dua bakat besar ini menurunkan ilmu dalam menggalas cabaran memberikan perkembangan positif untuk industri hiburan tanahair. Eceh ayat tak boleh blah. Menariknya lagi, peserta diberi cabaran berdepan dengan orang ramai dan cabaran wawancara spontan bersama selebriti atau orang terkenal yang dirahsiakan.
Dalam episod yang aku tonton semalam, memang kantoi sebab ada yang tak kenal pun siapa dia Dato Ramli MS. Rozita Che Wan pun kemain gedik dengan aksi menggoda salah sorang peserta. Setakat yang aku tengok, ada yang betul-betul berbakat dan ada segelintir yang hanya menarik pada rupa paras. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, harapan aku pengalaman Pak Nil selama 22 tahun dalam bidang pengacaraan akan menjadi mentor berkaliber melahirkan protoge yang hebat seperti dirinya. Sekali lagi ayat poyo.
Untuk menonton pelbagai aksi menarik peserta lelaki dan wanita dalam menghadapi realiti cabaran On Air sila tekan siaran 104, setiap hari Rabu rasanya. Kalau informasi aku bagi ni salah pun korang tengok je siaran ulangan, macam tak kenal je siapa astro!haha..
* Sakit tekak menyerang. Suara dah berubah sedikit macho..:)
Wednesday, March 14, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Hari Ini
Hari ini kisah seorang aku. Bermula dari tragedi mangkuk pecah berderai dipagi hari. Kata orang tua-tua ini petanda buruk. Permulaan perjalanan mencari rezeki berlaku tragedi nyaris terbabas di penghadang jalan. Setengah hari juga koma dalam cuak. Bila di cover-cover aku kembali sediakala seperti hari-hari biasa.
Usai pulang tidak bertali keledar, tak pernah-pernah bertembung dengan sekatan polis yang mengembalikan rupa sepucat mayat. Mujur tak ada apa-apa. Keadaan kembali normal tapi kes sport rim calar dan tayar baru yang sudah cacat masih tiada yang sedar. Perlukah rahsia ini tersimpan kemas hingga terbongkar dengan sendirinya? Tak tahan kena leter nanti!
Hari ini sangat letih fizikal dan mental. Nanti-nanti saja aku BW. Salam sayang, Bye!
Monday, March 12, 2012
Donut Tiada Permintaan
Petang semalam Aiman balik dari playground nangis-nangis. Bila ditanya kenapa dia hanya geleng-geleng. Di pujuk tak endah. Leng-leng tergeleng-geleng saja. Namun strategi penggunaan nama abah ternyata berkesan sepanjang zaman,
"abang cubit Aiman.."
Memanggil si pembuli dengan gelaran tak selayaknya ibu kira..
"dia cubit dekat mana?"
Sambil menunjukkan peha dengan mata penuh tangisan yang belum reda petang ini tidak serik mahu ke taman lagi.
"Tunggu petang sikit nanti turun dengan ibu. Aiman tengok TV dulu.."
"Yes!".
Senyuman indah terukir di wajah polos. Aiman sangka panas hingga ke petang, namun cerita indah hanya dalam buku yang selalu ibu ceritakan. Bukan salah siapa-siapa skrin TV hilang suara, tiada warna, tanpa rupa tapi petanda cuaca siaran tergendala. Lalu hujan turun dengan lebat sekali. Sementara ibu mengangkat kain jemuran di ampai dan tiba di ruang tamu, Aiman sudah ketiduran.
Untuk memujuk hati, Dinner with Dunkin Donut Ibu sajalah!
Sudah dua tiga hari anak teruna ibu menyebut kuih donut. Sangkanya jemaah sekolah saja menikmati cuti, rupanya pembuat donut pun sama. Walaupun tiada permintaan, dengan penuh cinta ibu buatkan. Projek masterchef menguli donut baru hendak bermula. Jangan harap sangat untuk lihat rupa donut yang sudah siap dibuat. Tunggu sajalah ibu beli kamera baru, paling cepat pun tahun depan.hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)