Pixajoy

Thursday, May 09, 2019

Afia Imanina 6 Tahun



Pejam celik besar dah anak dara ibu. Tak puas lalui fasa golden age tapi kena terima hakikat yang ibu pun makin lama makin tua.  Jumaat lepas check up RSAT timbang berat Afia 21. 7 kg, Tinggi 114 cm, BMI 16.6. Alhamdulillah membesar sihat dan cerdik.

Mood baik tak payah ajar la dia pose. Hebatnya kamu.. Yakinnya kamu. Kan model!haha

Girls day out. Boleh jadi geng shopping ibu dah

Geng jogging ibu juga. Tapi sekarang susah dah nak jogging adik takda orang jaga, tukar jadi geng zumba ibu kat rumah.  

Kek buah ibu buat untuk harijadi tempohari. Sebab ibu diet kek buah je la lebih sihat dan berkhasiat. 

Sambut birthday dengan anak-anak mak mengasuh dia. Bulan Mei 4 orang sekali termasuk Afia

Tudung-tudung ibu zaman jahiliah dah boleh turun ke Afia. 


Aktiviti luar tengok wayang dengan cikgu. Kat sekolah dia macam pembantu cikgu dah tau, garang lebih dari cikgu.

Bulan puasa ni dah mula rajin solat, semangat belajar bangun sahur dan puasa.  Alhamdulillah pelan-pelan kita hafal bacaan dalam solat.

Kaki melaram. Ibu pi work muka bedak pun malas tempek, dia dok rumah pun lipstik merah terang.


Happy belated birthday Kak Pia. You glow as you grow.











Saturday, May 04, 2019

Sambutan Harijadi Prasekolah Afia



Selasa lepas,  30 April,  prasekolah Afia adakan sambutan hari lahir untuk Januari hingga Mei. Tema pink biru, kita cari je apa baju sesuai dalam almari. Nasib la baju baju bundle banyak. Pastu kami ke DIY cari crown.

Nak cari crown je tapi dia punya kelebet nak beli itu ini. 

Pic ibu snap sebelum ke sekolah, simple bertutu skirt camni je la mampu, tapi kalau dah comel, pakai apa pun comel gak kan. Kiki

Sandwich telur mayones ibu bagi Afia bawa siap2 takut kot kek last minute tak jadi dah ada backup. Haha

Pulun ibu bangun pukul 5 pagi godeh kek untuk birthday girl, nasib baik la ada topper Hello Kitty last year ibu beli kat shoppe lambat sampai, tak sempat nak guna pun. Ibu tukar tahun je la.. turns 5 tu ibu lekat huruf 6.

Alhamdulillah jadi juga keknya, dapat la Afia sambut in advance dengan kawan-kawan. Ibu hantar keknya kat sekolah, pastu cikgu send picture birthday girl dan kawan-kawan di group whatsapp.