Permulaan yang baru buat Aiman Afia. Aiman ke tingkatan 1 dan Afia melangkah ke tahun 1. Afia dah dua tahun pra disekolah sama, so takda masalah rasanya. Dua-dua pun dari kecik jenis suka sekolah, harapnya teruskan istiqomah begitu.
Cuma tahun ni abah busy kerja semua tanggungjawab persiapan sekolah ibu berdikari buat. Dok jadi menteri kewangan la budget dan preparation beli barang-barang sekolah, buku dan yuran. Boleh tahan jugalah belanja zaman sekarang ni. Jenis kami belanja semua sekaligus lagi terasa duit keluar serupa air. Tapi macam mana pun ada je rezeki anak-anak, dah memang tugas kita sebagai parents kan.
Buku, baju sukan dan yuran untuk dua orang lebih kurang RM 450. Belum campur buku yuran Kafa Afia dalam RM 100 kot.. Ni Aiman sekolah biasa, kalau asrama lagi banyak belanja. Huhu
Abah balik dari KL reward anak-anak tengok wayang pastu terus shopping barang sekolah. Belanja semua kat CS sebab malas nak bersesak dan berpanas. Mahal sikit takpa la memang kami takda masa nak terjah banyak-banyak tempat.
Baju sorang 2 pasang, kasut sepasang, kapur kasut dan stokin sahaja RM 380
Kakak Amoi tolong fitting hehe
Nampak buku wajib la grab. Abang Aiman komik 2 buah je, Kak Pia beli buku 5 percuma 5, heaven la dia dapat 10 terus.
Lepas tu pergi Osman Store beli tudung sekolah 2 helai, kain kafa Afia 2 helai dan tali pinggang Aiman total lost RM 50 plus..
Beg Afia beli kat Shopee ja RM 26, pencil box RM 10. Beg dia suka tapi Kak Pia benci zip kotak pensil katanya. Ibu pun gelak besar tengok memang gabak sungguh tapi rare kan hahaha
Haritu singgah eco ibu dah beli sikit stationaries. Nak kena shopping sekali lagi tambah alat tulis, botol air dan bekas bento. Abah outstation so ibu dengan anak-anak order grab pergi CS tangkap gambar sekolah Aiman terus shopping.
Semua beli kat DIY senang cerita. Beli pencil box Aiman, botal air bekas bekal, pembaris, sharpener dan pencil color.
Sampai CS wajib la aiskrim Mcd
Dari darjah 1 potong botak, Aiman kata 1st time buat rambut hensem sikit. Abah tengok pic abah kata pasni takda dah, dengan abah no 1 ja mesin, dan2 mencuka muka Aiman. Hahaha
Kena pow Mcflurry sorang 1 sebelum balik. Ibu rasa2 ja la jimat kalori kiki
Semalam lepas attend kenduri singgah Osman Store beli anak tudung Afia. Dengan ini Alhamdulillah lengkap semua peralatan sekolah Aiman Afia. Nanti kalau rajin aku sambung cerita pendaftaran dan minggu oreintasi/transisi.