Pixajoy

Saturday, December 28, 2019

Home » Review Oyo Ali's Motel Teluk Bahang, Penang

Review Oyo Ali's Motel Teluk Bahang, Penang




Aku book melalui aplikasi Oyo. Last minute book Ali's Motel ni sebab mulanya macam tak jadi dah vacation. Dah plan lama nak bercuti Penang, mulanya aku book hotel Oyo dekat booking.com terpaksa cancel sebab en suami accident kecil. Antara jadi tak jadi dah tapi ada juga rezeki bawa anak-anak jalan sebelum abah fokus kerja cari duit untuk belanja sekolah. Hehe

Kereta masuk bengkel siapnya dah petang tapi pulun juga nak bertolak lepas maghrib memikirkan cuti ada berapa hari je. Tak sampai setengah jam lepas book terus dapat call tanya pukul berapa dijangka sampai. Anggaran dalam pukul 11 malam, ikutkan rugi la setengah hari dah tapi nak buat macam mana cuti pun tak banyak. 

RM 150 untuk 2 malam plus advance RM 100 dipulangkan semula bila kita checkout. Pada aku harga sangat murah dengan family room katil double 2 dan 1 katil single. Bilik selesa sesuai sangat dengan harga. Nama ja motel tapi standart la macam hotel kami dok biasa menginap. 

Ibu snap depan motel

Reception 

Entrance hall 

Sempat bergambar peace lagi

Setakat nak bancuh air teh ada disediakan free ja. Habis peket 3 in 1 yang kat bilik boleh la topup beli kat sini

Bebudak ni dok ulang shopping beli maggi beli milo 3 in 1 guna duit simpanan Kak Pia. Ibu keluar toilet tengok dok beratur elok 3 beradik macam2 hal. hahaha

Iron baju disediakan kat luar. Aku angkut iron dari rumah je

Suasana pagi depan Ali's motel. 

Waktu pagi dengan muka tak mandi best lepak hirup angin Penang haha

Katil double dan single

Satu lagi katil double

Sebelah katil ni toilet lupa pulak nak snap

Katil sedap selesa, ada sikit berhabuk, air cond tak berapa sejuk tapi ok la dah murah kan cannot expect more.

Disediakan toiletaries dan kopi 3 in 1

Dua tingkat sempat gak la pusing kawasan dah tidur dua malam kat sini

Sejenis pantang nampak cermin full body hahaha

Pose sat sebelum check out. TV dia ada 2 3 siaran ja tapi kami tak heran ke tv pun memang kat bilik untuk relex ja. 

Bergambar depan bilik asal ada

Overall puas hati, pekerja pun ramah kiranya kalau tanya nak repeat menginap kat sini kami on ja anytime. Recommended selesa dan terbaik berbaloi dengan harga yang sangat murah.






0 comments: