Lepas turun Penang Hill bawa anak-anak pergi Akuarium Batu Maung. Tiket masuk untuk dewasa RM 5, kanak-kanak 7 tahun keatas RM 2. Kebetulan masa kami pergi tengah ada karnival sambutan sempena anniversary perikanan ke akaurium entahlah, langkah kanan satu hari tu dapat masuk percuma.
Port wajib bergambar
Ok la tu janji ada kenangan
Tempat dia tak la besar sangat, padan la dengan harga tiket yang sangat berpatutan. Bagi kami berbaloi ja bawa anak-anak boleh tengok berbagai spesis ikan, penyu, lobster, kuda laut, landak laut dan terumbu karang. Pendek kata segala hidupan laut ada, yang suka ikan mesti tenang ja kesini.
Aryan paling teruja. Ikan besar ikan besar keep repeating, bising betul mulut dia pusing sana sini tengok fish.
Ini namanya penyu
Terumbu karang, rangka dugung dan bilik tayangan
Ikan kecil pelbagai warna. Anak-anak boleh tambah pengetahuan tentang hidupan air.
Sempat pose kat sini ja paksa Abang Aiman snap pic kami
Aryan sampai tak mau balik, dah keluar ajak masuk balik punya suka
Memang syahdu camni pengcahayaan. Akuarium besar ada tempat duduk boleh relex tengok ikan.
Pose kat luar sebelum balik. Kat luar ni ada kolam ikan dan yang belakang tu rangka ikan paus.
Sebelah Akaurium ada kemudahan seperti kafe, kedai cenderamata, surau dan tandas. Aryan kata esok kita mai sini lagi tau. Ingat Akaurium ni sebelah rumah awak ke adik. Hehe
2 comments:
Fuh seronok nampakny budak2 tu
menarik juga walaupun tak besar. Bagi anak-anak memang seronok.
Post a Comment