Pixajoy

Sunday, December 01, 2019

Home » Bukit Bendera

Bukit Bendera



Setelah 4 tahun tak jejak Penang Hill kami kesini semula. Dulu kali terakhir pergi masa Afia kecil lagi, aruah Pakwa Talib join sekali, Aryan pun belum wujud.

Sebelum beli tiket risau juga sebab kisahnya aku tertinggal beg duit dekat rumah. Ic aku IC Aiman ada dalam tu. Nasib la mykid anak-anak semua en suami pegang. Yang kat depan tu punya pulun suruh tunjuk kad nikah la, kami ada fotostat surat nikah ja dalam beg duit en suami. Rupanya sampai kaunter hanya perlu beri no ic depa nak check status warganegara ja pun.

Untuk warganegara,  harga tiket dewasa RM 12 kanak-kanak 4 hingga 12 tahun RM 6. Total kami naik RM 36, Aryan 3 year masuk free.

Sekarang dah pakai kad keras camni, scan bila nak naik dan turun

Line up sebelum naik train. Pergi permulaan cuti hari Jumaat pun boleh tahan ramai juga orang. Nasib la train cepat tak terasa sangat tunggu lama

Dalam train aunty chinese sebelah tu dok usha ja muka Kak Pia dengan mekapnya  ibu pun cakap la dia mekap sendiri dia tu. Aunty balas cakap cina tobat tak faham foreigner rupanya. Tu pun Kak Pia kata dia tau aunty cakap apa. Aunty tu kata cantiknya. Hahaha perasan betul! 

Wefie dalam train muka setalam 1 kali haha

Dah naik atas wajib snap dari sini

Permandangan atas yang ibu sempat rakamkan

Port sini masa kami pergi masih dalam pembinaan. Ramai yang bergambar berlatar belakangkan permandangan dari sini. 

Ibu abah pun nak jugak

Ada tempat yang pintu gerbang love tu nak masuk kena bayar kami malas nak masuk, masuk duit seringgit je tengok permandangan guna benda ni. Lepas tu layan artis Penang Hill nyanyi.




Banyak gambar depa ja la ibu pulun snap. Photog ibu nak minta Aiman tangkap gambar ibu pun moody ja. Nasib la ada pelancong China volunteer nak snap picture kami sefamili. Ada juga kenangan. 






Lokasi periuk kera ni pun dah berubah. Ibu snap anak-anak dan abah depa ja la bukti naik Penang Hill hahaha




Sampai dekat foodfcourt tu nak cari la ABC aiskrim dan desserts yang dok viral sangat tu. Lupa kata kat tingkat bawah. Dulu pi dah lama, jalan nak turun dah kebetulan nak jadi rezeki kami dok sembang ada pekerja Penang Hill dengar,  dia pun cerita bagitau lokasi. Pulun patah balik semata nak kena ni..hehe

Order 3 ja portion dia banyak jenuh jugak nak habiskan

Rasa dia so-so ja boleh la makan. Oreo pun tak ori, buah mangga ja sedap pun. Cendol malas nak order sebab dulu makan tak sedap.

Insyaallah tak repeat dah kot dalam masa terdekat, paling kuat 5 tahun lagi kalau nak naik pun. Boring je bukan ada apa atas tu kan. Dulu siap naik buggy car pastu Owl museum tu pun dah masuk bukan ada burung hantu betul.. Lukisan dan owl awet ja. Tahun depan rasa macam nak repeat bermalam di Penang lagi tapi kita aim nak pergi tempat yang kami belum pernah terjah. 







5 comments:

Hayati Suki said... Best Blogger Tips

dah lama tak g penang hill.. boleh laa 1 day nanti bw anak2 pula :-)
nampak makin menarik kat atas sana tu,,

Han Hanni said... Best Blogger Tips

tak pernah sampai sini.. g penang dulu masa study trip je

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

Dah berabad tak jejak sini.. last pergi masa sekolah dulu... giler lama

Lady Shana said... Best Blogger Tips

bila la nak sampai Penang Hill ni.

Azhafizah MN said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by a blog administrator.