Pixajoy

Saturday, February 28, 2015

Tikk...Cantik!



Kalau dah namanya girl, memang suka cantik! Pantang tengok ibu pakai krim muka dia pun sibuk nak touch up sama. Setiap kali abah puji baju dia pakai cantik, punya kembang hidung kepek dia tu. Sambil pegang baju, sengih-segih menggedik kemain la kan. Selalunya pantang sangat kita sentuh rambut dia. Ni datang angin apa entah tetiba nak berklip rambut bagai. 


Tik.. tikk..Kata Afia!


Satu hari tiga empat jenis klip rambut Afia gayakan. Dua ni je sempat ibu snap. Yang lain Afia dah tak bagi kerjasama dan mula tunjuk rupa marahkan mamarazzi.










Aiskrim Goreng



Malam sebelum balik kampung aku ada bikin aiskrim goreng. Memikirkan yang aiskrim ni kena bekukan lama dalam freezer, tu yang aku buat siap-siap. Sampai je rumah tengahari tadi, terus en suami request gorengkan.

Ni kira baru kali kedua aku buat aiskrim goreng. Kali pertama dulu tak sempat nak keras aiskrimnya, aku dah tak sabar nak goreng. So hasilnya tak best. Lepas tu terus tak
 minat nak buat dah. Walau benda ni senang, tapi lece sikit kan kena buat penuh careful pastu cepat-cepat kena simpan dalam peti ais takut aiskrim cair sebelum boleh mula buat yang lain. Aku kalau buat kerja mana boleh sopan macam gini, nak cepat sangat, aku pergi buat sekaligus baru masuk peti ais.

Sebuku roti gardenia besar dapat 9 bijik tak termasuk kulit atas dan bawah. Aku ingatkan boleh la merasa sorang 3bijik aku, en suami dan Aiman, rupanya aiskrim dah cair dulu sebelum sempat aku masuk peti. 3 dah jahanam masuk perut sebab buat kerja loklaq.hahaha. Tinggal 6 biji sahaja aiskrim goreng aku.

So aku nasihatkan sapa yang tak pernah buat tapi nak cuba, sila buat satu-satu terus masuk peti ais. Kalau dibiar lama kat luar, cair aiskrimnya bocor terkeluar dari roti. Kena goreng seberapa pantas dengan api kuat juga kalau nak hasil aiskrim beku sempurna dalam roti.

Jangan sesekali beranikan diri biar lama dalam minyak, aiskrim cair memang stress la jawabnya. Aku dah kena dah dengan hasil gorengan tiga biji pertama.haha..Sebab aiskrim meleleh macam ni je rupa buruk aiskrim goreng aku. Kulit comot sikit la dah tercemar dengan sisa aiskrim yang mencair mula tadi. 



Tapi yang ni aiskrim beku elok. Lupa pulak nak snap tunjuk aiskrim kat dalam. Yelah dah kelam kabut mula-mula tadi aiskrim cair kan.muahaha. Dah tau cara next time buat maybe akan perfect. Tapi entah bila la kan nak buat lagi. Beli yang dah siap la senang.hehe..







Gaya Afia Shopping



Tengah menikmati pagi dikampung lagi. Kejap lagi baru bertolak balik. Aiman Afia masih terbungkang tidur. Penat barangkali. 


Jom ibu update kisah outing petang semalam. Balik kampung haruslah ada aktiviti shopping serba sedikit. Katanya Parit Buntar syurga beli belah. Kali ni destinasi pilihan ialah deretan kedai tepi sungai Pekan Lama PB. Kedai ni rasanya dah beroperasi lama dulu sebelum kelahiran pusat bandar PB lagi. Masa aku kecik-kecik, sinilah tempat paling famous untuk shopping tau. Sekarang PB dah pesat sangat membangun.

Tujuan utama nak mencari beg en suami dan selipar cik pia kita ja pun! Kebetulan hari Jumaat ada pasar malam. Ohh jam..mana nak parking ni? Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Kalau tak ada rezeki, memang kami nak blah saja dari situ.



Afia berjalan lenggang kankung dengan backpacknya menuju ke car untuk shopping. Sebelum pergi singgah kejap kedai depan jalan kampung beli air. Dalam kereta tak sampai PB lagi dia dah buat hal sengaja basahkan baju. Salin baju pulak la.

Pusing punya pusing, ada terjumpa beg yang en suami berkenan, tapi ada tapinya..Aku suggest tengok sekitar pasar malam mana tau ada banyak lagi pilihan beg. Kalau takda, kita patah balik kedai tepi sungai. Masuk pasar tengah membeli bantal kekabu ternampak satu kedai kasut. 

Jom terjah! 

Aku masuk dahulu bersama Afia kemudian diikuti Aiman dan abah.

"Dah beli bantai ni..nak tidoq sini boleh tak?"

Tak pernah lekang dengan lawak ujang en suami masuk ke kedai membawa 4 bijik bantal penuh tangan kiri dan kanan. Gelak besar tauke kedai. Afia peramah telah pergi menegur semua pelanggan budak yang ada dalam kedai nak buat geng. Memang jenis high overdose dia punya friendly graph. Harap maklum!



Yey dah jumpa selipar baru untuk Afia! Pink dengan teddy bear dan ada lampu ditapak. Jakun sekejap anak dara dapat selipar ada lampu lip lap sampai tak sudah suruh kita nyalakan dalam kereta.hehe..Ibu ada usha dan pakaikan kasut tertutup cantik, nak belikan dia juga tapi Afia tak suka. OK fine, selesa lebih penting dari bergaya. Jimat dah duit ibu yang kemut!haha..


Yang Afia berkenan adalah sling bag gegirl digantung bersebelahan kaunter. Beg comel budak perempuan ye bukan seperti gambar. Dibeleknya beg dengan penuh naluri keperempuanan kata abah. Ohh boleh tahan taste anak dara. Baru nak masuk dua tahun, lagi dua tiga tahun boleh pitam tengokkan cara dia shopping.haha..

Lama juga kami disini mendapat layanan istimewa dari takue kedai. Ibu dan Abang Aiman pun dapat sandal baru. Abah yang mulanya nak beli beg terus cancel, merembat kasut baru juga. Lain kali boleh datang shopping sini lagi waktu raya. Murah betul nak dibandingkan dengan kedai kasut SP Plaza selalu kami terjah.






Friday, February 27, 2015

Afia & Alergi Aiskrim



Dah puas tawaf tengok horse dekat rumah jiran, Pak Ndak dan Pak Njang dah pergi kerja, setelah ibu mandi dan susukan, tertidur terus Afia kepenatan. Sementara Afia masih tidur, masak untuk lunch pun dah setel, ibu update blog kejap.hehe..

Afia sejak baby memang kulit jenis sensitif. Pantang panas dan berpeluh mesti naik ruam. Dah besar sikit ni Alhamdulillah ok. Sepanjang dia membesar, aku perasan yang dia ada alergi kepada sesetengah jenis makanan. Dia tak boleh makan susu, coklat, sosej dan sejujurnya aku sendiri tak berapa pasti nak senaraikan apa benda yang boleh menyebabkan kulit dia merah dan gatal.

Yang peliknya, kadang dia makan benda yang sama tak jadi gatal. Kebiasaannya alergi makan dia tu jadi sekejap sangat, tak sampai sejam boleh hilang terus. Gatal dan merah akan jadi disekitar pelipat tangan dan leher. Pun begitu benda merah dan gatal ni semakin hilang dan pergi setelah dia meningkat besar.

Sekarang ni cuma aiskrim sahaja yang masih menjadi alahan pada si bambam. Lepas makan aiskrim sikit atau banyak mesti akan ada aksi menggaru dari Afia. Pernah sekali dia makan aiskrim dalam jumlah yang agak banyak pastu mula merah gatal satu badan complete dengan nangis merengek. Lebih kurang sejam bintik-bintik dikulit terus beransur hilang.

Nak kata alergi susu, fresh milk dia minum dua tiga gelas takda apa pun. Sejak dari kejadian bintik teruk tu, abang Aiman nak makan aiskrim pun kena sorok dari adik. Tunggu Afia tidur dulu baru boleh menikmati aiskrim dengan riang!


Sesekali tu ibu bagi jugak Afia makan aiskrim. Susah nak haramkan terus sebab dia dah pandai bukak peti ais sendiri pastu terjumpa kon. Budak dengan aiskrim mana boleh dipisahkan. Bila dia dah ternampak kon, ibu isi la sesudu dua aiskrim buat lepas gian.hehe...





Pagi Di Kampung



Bertolak seawal lima pagi kami tiba dikampung lebih kurang sejam kemudian. Usai tiba, sayup suara Pak Ndak Aiman Afia alunkan azan dari surau berdekatan. Sekarang tengah menikmati udara nyaman dikampung dengan bunyi unggas sungguh indah tak dapat digambarkan.

Afia dan Pak Ndak dah mula tawaf satu kampung. Rindukan itik ayam kucing burung. Aiman pula melekat dengan laptop dan game. Sejak dari sampai tadi, anak berdua ni dah tak sambung tidur, mulakan aktiviti sama setiap kali balik. Ibu tengah bertemankan bersin, hingus dah mula meleleh sejak semalam. Virus selsema menyerang.

Balik yang sekejap menjenguk pakwa mari kita nikmati sepuasnya!












Thursday, February 26, 2015

Samperit Susu Lagi & Lagi!



Tengah mabuk samperit, jakun sikit la dah tua ni baru pandai buat samperit. Tak payah nak gelakkan aku sangat ok. Ni adunan ketiga samperit susu aku buat. Saja nak testing letak chocolate chips pulak. Macam la tak sama rasa dia kan.


En suami kata yang chocolate chips ni lagi sedap dari yang mula-mula haritu. Dah tiga kali buat, dah pandai sikitlah adjust bahan lebih kurang. Nak bentukkan bunga pun cekap sikit dah.


Adunan kedua aku buat sebab sepupu aku request. Dalam tak cukup masa tu aku bikin jugak la kesian dekat orang jauh. Buat untuk orang ni rupanya nervous dia lain sikit. Careful gila nak paip samperit takut tak sama tinggi, tak sama besar.



Alhamdulillah rezeki Aiman Afia, bukan niat nak jual pun, tapi dah beliau hulur jugak, kita ambik!haha. Habis dah kot demam samperit, nanti raya baru repeat buat lagi.








Sehari Bersama Afia



Bila ibu tengah galak snap picture Afia, ada la entry ala-ala random pictures. Semua kejadian berlaku semalam. Layan!



Pagi. Pergi Pasar Pagi Tikam Batu Afia pelik naik car Wan dia. Waktu balik habis dia selongkar bantal kecik wan. Siap mintak nak bawak masuk rumah. "Nak.." kata Afia!



Pagi-pagi dah pekena cendol. Sengaja mintak ais sikit buat syarat je sebab dah tau dah mesti bambam akan sedut sampai tak angkat kepala. Tak lepas punya straw selagi dia tak puas. Dah kenyang baru mula geleng-geleng. 


Tengahari. Dua minggu aku tak hantar Afia ke pengasuh. Depa semua dah rindu sangat kat si bambam. Sementara panaskan enjin sempat keluarkan HP snap picture Afia. Macam biasa la budak tak suka kamera mesti buat gaya marah punya!



Lepas dah ok, gaya wek dia bagi. Entah kat mana belajar sekarang ni dah pandai jelir lidah siap bunyi perkataan "wek!" Geram pun ada..



Petang. Balik dari rumah pengasuh dah pukul 7 lebih, tak naik rumah lagi sibuk ajak pergi playground. Singgah la sekejap bagi dia puas hati. Lagipun sekarang ni lambat gelap kan. Friendly sangat tak kena gaya semua orang dia ajak kawan. 


Di peluknya kawan sebaya dia tak lepas sampai naik rimas budak ni. Tengok tu kemain dok usha anak teruna orang.haha..






Wednesday, February 25, 2015

Resepi Pisang Goreng Cheese Paling Mudah



Kecewa dengan pisang goreng cheese kat tempat aku selalu beli tu, aku memang tobat tak mau singgah situ dah walapun aku dah kebulur. Sehari ke sehari, aku cuba berangan nak buat sendiri. Bila pisang ada, cheese pulak takda, bila ada cheese, pisang pulak takda. Mula-mula aku fikir mungkin aku takda luck menambah lemak dibadan.

Tadi petang breaktime, aku keluar kejap balik rumah jenguk anak bujang. Tiba-tiba pulak boleh terlintas idea bernas. On the way balik terus aku berhenti tepi jalan beli goreng pisang. Sampai rumah dengan hanya 3 step aku buat pisang goreng cheese. Hebat tak hebat aku menipu kata nak diet?muahaha...

Bahan-bahan ikut apa yang ada kat dapur. Tidaklah complete, coklat pun tak ada. Aku buat versi susu pekat manis, tapi sedap jugak ok! Kalau dah memang badan jenis berlemak keju bagi la apa pun bertemakan cheese memang sedap sesaja.hehe..



Step 1 : Panaskan sekejap pisang goreng dalam pemanggang ajaib



Step 2 : Keluarkan dan susun dalam piring pastu tuang susu pekat manis.



Step 3 : Tabur cheese, hias ikut kreativiti. Siap!


Aku main campak je chocolate chips dan ceri lebihan biskut samperit.huhu..Kalau nak resepi pisang goreng sedap kat SINI. Alhamdulillah pisang goreng cheese bodo macam ni pun habis jugak aku melantak berdua dengan Aiman.




Lukisan Kereta Aiman



Aiman ni dia jarang nak melukis. Bila dia lukis, mula la ibu teruja. Tempek kat sini sebagai kenangan. Aiman kata ni lukisan kereta sport. 



Buat masa sekarang, dua lukisan ni memang menjadi kesayangan dia. Pergi sekolah pagi dan petang angkut bawak masuk beg.



"Anak yang melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif"







Tuesday, February 24, 2015

Resepi Kek Cheese Meleleh Paling Mudah



Aku buat cheesecake lagi! Ada aku kisah en suami kata aku gemuk. Lepas makan kek sampai habis kita diet balik. Tapi lepas ni rasa macam nak buat samperit lagi..pastu cheesecake ke cheesekut lagi. Pisang goreng cheese pun ok gak ni.muhahaha..

Kali ni buat guna spongecake pandan juga. Beli Kat Tesco RM2.99 sen ja, dua hari lagi nak tamat tempoh.haha. Beli sampai dua kek pastu aku potong satu kek jadi dua keping. Fikirkan kek nak expired aku buat cheesecake 3 layer punya. Baki lagi sekeping kek tu makan dengan aiskrim. Suap Aiman, suap abah dia selesai time tu jugak.

Kek cheese ni ramai dah cuba buat ikut resepi aku pastu panjangkan lagi resepi pada orang lain. Alhamdulillah, aku pun dapat idea dekat blog siapa ntah, terjumpa masa google. Kek ni Afia pun suka. En suami diet ke apa entah, sejak dua menjak ni tak berapa lalu makan. Bagus jugak! Boleh aku dengan Aiman melantak semuanya sampai habis.hehe..


Resepi : 500gm cream cheese diputar bersama 1/2 tin susu pekat hingga kembang. Tambah 1/4 cawan fresh milk, kacau lagi. Masukkan kek span pilihan ke dalam bekas, tuang cream cheese pastu tabur parutan cheddar cheese. Simpan dalam peti sejuk semalaman pastu boleh ngap!


Aku guna cream cheese tatura pastu parutan cheddar pun beli yang dah siap. Mau tak mudah, semuanya pun yang dah siap. Tak sampai 15minit dah siap sebijik kek. Kalau nak buat kek jadi layer, letak sekeping kek, tuang cream cheese, pastu letak kek lagi, tuang lagi cream cheese. Ulang la step tu nak buat berapa layer pun.

Kali ni en suami komplen cheese sikit. Aku akui sebab sebelum ni buat dua layer je. Ni fikir kek nak tamat tempoh pi buat 3 layer, tebal la keknya. Buat yang muak dengan cheese mesti suka. Walaupun masih sedap, kurang umphh sikitlah. Kami semua ni hantu cheese. 

Sebab dah kena komplen, merajuk terus tak snap dah gambar yang dah dipotong. Haha..Kalau nak tengok kek yang dah dipotong boleh rujuk entry Kek Pandan Snow Cheese Yogurt dalam entry terdahulu. Sama je resepi, cuma yang tu aku campur yogurt. 







Monday, February 23, 2015

Bermula Kerahan



Banyak juga mathematic homework yang Aiman terima sepanjang cuti CNY. Nak siapkan homework satu tu pun kena buat sampai tiga empat sesi. Tu pun ibu kerah dia siapkan awal. Kalau disuruh ada je alasan dia nak menangguh.

" ala cuti Aiman kan ke panjang lagi.."

Buat cepat lebih afdhal. Dah siap awal tak payah dah fikir pasal homework lagi. Itu jawapan ibu. Sebenarnya lepas homework dah siap, ibu nak dia mulakan worksheets book yang ibu beli. Semalam masa ikut ibu duty malam, Aiman buat buku Dunia Sains & Teknologi.






Tengahari tadi sementara ibu masak, ibu kerah Aiman buat worksheets yang lain pula. Aiman pilih latihan Matematik, dia punya peberet subjek. Abah pergi kerja ja dia sambung tengok TV kejap pastu main PS. Dekat abah nak balik solat ibu suruh tutup game. Pastu bila check buku latihan, dua ruang dia tak selesaikan. Kena siapkan dulu la sebelum boleh turun ke playground. 

Kalau ibu tak pantau mesti ada je kesalahan dia buat. Semua benda nak buat dengan cepat. Gopoh gapah macam apa je. Kejap lagi cikgu ibu check jawapan ada la yang nak kena bebel.hehe..









Homemade Playdoh



Aktiviti riang ria bersama Aiman dan Afia. Orang bercuti balik kampung, pergi makan angin tapi kami lepak kat rumah je kan. Ibu yang kononnya nak menggalakkan kreativiti dan imaginasi anak pun pulun uli tepung buat playdoh. Buat sendiri ni lagi bagus kata Aiman, takde pencemaran! Katanya lagi, kalau yang dekat sekolah tu busuk, kelas sebelah pun boleh bau plastesin. Memang sangat betul, homemade lebih selamat dan bebas bahan toksid.



2 cawan tepung gandum + 1 cawan garam + 2 sudu besar minyak masak + 3/4 cawan air. Gaul sebati semuanya, uli sampai doh tak melekat, kemudian boleh bahagi dan warnakan ikut kesukaan.



Buat permulaan kita try 3 warna dulu. Sebenarnya ada tiga pewarna makanan je pun kat dapur.haha. Yang ni resepi playdoh paling mudah sebab tak guna menatang cream of tartar pastu tak payah dah masak atas api. Tapi tak tau la boleh bertahan lama mana. Aku agak kalau simpan kat dalam bekas tertutup boleh la dekat seminggu Aiman Afia main sampai puas. Dah rosak takda hal boleh buat lain, budget seciput ja pun. Nampak tak kemut disitu?haha..

Mula aku buat yang paling sibuk tentulah Afia. Dia kan pantang nampak aku buat kek ke biskut mesti nak rasa doh yang belum masak tu. Bila dah siap dok tunjuk atas meja mintak. Bila bagi ke dia, siap buat aksi masuk dalam mulut nak makan playdoh. Bukan buat lagi, memang nak makan betul-betul! Jenuh nak explain yang benda ni bukan benda makan.



Abaikan aksi seksi anaknda berdua. Musim panas harap maklum.hehe



Bila dah mula menggentel, berperang pulak adik beradik. Yang si abang baru nak cipta inovasi baru, datang si adik menjahanamkan ciptaan dia. Pastu kalau adik tak dapat apa dia mau, macam biasa mesti test pitching punya. Abang pun pergi menghempaskan diri merajuk.haha dah jadi aktiviti tak sihat pulak. Apa pun meriah Aiman Afia main  playdoh sambil bercekau.hehe





"Dengan membuat bentuk yang berbeza, playdoh dapat menajamkan skill pemerhatian dan daya berfikir, menguatkan otot, serta kordinasi mata tangan"






Sunday, February 22, 2015

Bagaimana Mengajar Anak 2 Tahun Mengenal Huruf



Ajar anak dua tahun bukanlah dengan paksaan, perlukan keseronokan dan biarlah pembelajaran mengenal huruf berlaku secara semulajadi. Fokus anak dua tahun mudah datang dan pergi, so kena guna sebaiknya masa yang ada sebelum dia hilang minat. Kalau dia dah tak minat, stop je aktiviti dan cari masa sesuai lain.

Umur dua tahun sebenarnya sudah boleh belajar kenal banyak huruf tapi kita tak boleh la expect mastery dalam umur baya Afia kan! Fokus pada huruf besar dahulu pada sesuatu masa dan jangan bimbang dahulu tentang huruf kecik. Itu tips yang aku dapat.


Punya semangat belajar huruf A, sampai tido dengan A.haha..



Bila kita dah memperkenalkan anak dengan huruf sejak awal, rasanya tak susah sangat untuk ajar. Terus share stepnya la ekk! 

Step 1 - Pilih Huruf

Pilih satu huruf dan fokus dengan satu huruf setiap minggu. Budak baru dua tahun tak boleh la paksa dan tekan macam budak besar. Nanti stress sangat bak kata Aiman.haha..Boleh mula dengan Aa ikut urutan atau dengan huruf apa-apa je yang kita or anak suka.

Step 2 - Buat Huruf

Tulis huruf yang dipilih dekat kertas ke manila kad pastu gunting. Boleh main deko-deko Eric dekat huruf tu dengan anak. After that, boleh terangkan tentang garisan dan bentuk huruf yang kita buat tu.

Step 3 - Gantung Huruf

Gantung huruf dekat tempat yang biasanya anak berada. Pendek kata tempat yang dia mudah nampak macam bilik tidur atau bilik dia bermain pastu discuss sekali lagi tentang garisan dan bentuk huruf pada anak.

Step 4 - Bina Huruf

Bantu anak bina huruf dengan playdough contohnya. Kalau expert membaking tu satu bonus. Asalkan kreatif banyak aktiviti boleh apply. Buat la biskut or roti bentuk huruf. Sambil makan pun boleh belajar tentang huruf. What a nice activity kan!

Step 5 - Ulang Huruf

Buat ulangan pada setiap huruf. Follow step 1 sampai 4 setiap minggu dengan huruf baru.


Good luck untuk Afia dan ibu!hehe..





Aiman Ke Stadium



Mana tak turunnya minat abah kalau tidak ke anak. Abah dari zaman bujang sampai beranak dua tetap tak pernah lepaskan peluang ke stadium tengok bola. Penyokong setia hijau kuning! Masa Aiman kecik dulu memang abahnya tak berani bawa pergi stadium. Setakat jadi geng sorak tengok bola depan TV je. Ibu memang tak minat bola ye, sory!hehe..

Jumaat lepas abah offer tengok bola sukalah Aiman. Ni kali kedua Aiman ikut abah ke stadium. Kali pertama tahun lepas lupa pulak ibu nak buat entrynya, lagipun masa tu tengah malas update.


Abah tak berapa galakkan sangat Aiman ikut ke stadium sebab persekitaran tak berapa nak sihat, dengan asap rokok, dengan kata-kata kesat yang keluar dari penonton. Aiman sampai pening dok tepis-tepis dan tahan asap rokok yang berleluasa. Kesian Aiman! Sesekali bagi pengalaman Aiman masuk stadium kan. Lagipun waktu cuti sekolah. Menonton secara live ni lain feel dia. 



Balik rumah Aiman kira dok timbang bola pastu kata budak timbang bola yang dia tengok waktu rehat separuh masa pertama tu hebat. Setiap petang memang Aiman training main bola dengan kawan-kawan dia. Bercita-cita nak jadi pemain bola jugak, tapi kata abah kena kurus dulu baru lari kuat.haha..







Resepi Salad Kentang @ Olivye



Fikirkan stok kentang yang agak banyak tak terluak, aku teringat resepi olivye mak mertua bakal besan. Sebelum ni aku dah pernah share resepinya. Yang tu versi hempuk masuk bekas, lunyai terus kentang aku kan. Kali ni aku rajin sikit meracik kentang dan telur. Sebab ada permintaan resepi, aku kongsi sekali lagi. Lagipun kali ni aku dah tambah isi ayam dalam salad. Sedap tau! 

Aiman tengok gambar tanya lagi pasal olivye. Balance lepas kami makan abah dia dah makan sampai habis. Abah tak sempat rasa lagi masa pertama kali ibu buat dulu. Baru ni makan mulut tak henti kata sedap. Mana tak sedap kalau makan pun bini yang suapkan.hehe.

Resepi ni mengikut sukatan yang aku buat. Kebetulan stok sosej tinggal 3 batang. Bak kata bakal besan, seni kulinari kena hebat. Pepandai la adjust bahan banyak mana korang suka. Kalau nak tambah sayur, daging, sotong, udang or ketam  dipersilakan. Aku tak berapa suka mix vege, tu sebab aku guna karot yang direbus.



Resepi Potato Salad @ Olivye : 4 biji kentang direbus dan diracik halus + 3 biji telur rebus yang diracik halus + 3 batang sosej dipotong yang digoreng or rebus + isi ayam dadu yang digoreng + mix vegetables +  garam + moyones secukupnya. Gaul sebati semuanya. Siap!


Boleh terus makan atau disejukkan dalam peti ais. Mudah kan? Selamat mencuba!   






Pengaruh Rambo



Kisah tadi. 

Aiman yang tengah tengok cerita Rambo 3 tiba-tiba minta ibu snap gambarnya. Dalam gelap terus snap je la gaya Rambo Aiman seksa dengan senapangnya. 

"Aiman tak pakai baju takpa ka?" 

" Rambo pun tak pakai baju.."


Bila ibu komen pasal gambar dia, ada sama jawapan Aiman.

"Rambut Aiman tu..panjang dah!"

" Rambo pun rambut panjang.."

" Tu dia tetek Aiman.."

" Rambo pun tetek besaq!"

Gelak sajalah...





Saturday, February 21, 2015

Hari Ini



Hanya sempat buat sandwich telur untuk sarapan. Tiga keping masuk bekas untuk bekalan ke office. Dua hari berturut- turut dapat drift dengan aman. Jalan lengang boleh baring atas jalan raya bak kata en suami. Balik kerja pukul satu konon nak balik kampung kejap jenguk Pakwa Aiman Afia, cancel plan last minute, en driver tak larat.

Lunch tak masak. Kenyang dengan cendol en suami beli je. Nak keluar makan Aiman dengan abahnya sibuk tengok small soldier. Ibu dan Afia buat taik mata dulu. Lepas Asar outing ke Parkson tujuan shopping kasut, sampai kesudah kasut tak beli terus ke tesco makan KFC. Kebulur tahap dewa dah, lunch tak makan.



Sebelum makan dia dah sibuk panjat meja. Makanan sampai belum mula makan Afia dah terbalikkan segelas air yang large. Pastu tau takut dok diam menyorok sebelah ibu. Tapi takut yang tak bertahan lama. Abang Aiman pun ada kisahnya juga tadi. Tapi takpelah, tak perlu cerita kat sini. Yang penting benda yang ditinggalkan dah jumpa semula. Macam-macam hal! Ibu cool, cuma abah tu faham-faham je la.hehe..







Review Nour Ain Skincare



April tahun lepas aku mula pakai set percubaan Nour Ain Skincare. Aku kata kalau ok nak review produknya tapi sampai kesudah tak up entry. Ikutkan muka aku ni takda problem apa sangat. Pakai apa produk pun sama je. Kulit muka pun macam faham je la kan yang tuan dia ni kemut orangnya.hakhak..

Aku pakai Nour Ain sebab nak cerahkan sikit kulit muka aku yang senang  sangat sunburn. Selama aku pakai Nour Ain aku rasa impian aku tu dah terlaksana. Yang bestnya tentang produk ni aku sendiri tak nampak perubahan kulit muka aku, tapi orang sekeliling pulak menegur.

Jujurnya sekali sahaja aku beli Nour Ain tahun lepas, pastu lepas krim siang dan malam habis aku cuma pakai sabun pencuci muka yang aku potong kecik-kecik tahan sampai 9 bulan. Tu dia terserlah sungguh aku punya kemut.hehe..Pun begitu kawan dekat office dok puji kata muka aku elok. Yang tak boleh blah seorang kawan office lelaki siap tanya dekat kawan office perempuan aku pakai produk apa. Kembang sat kena puji muka lawa.muahaha..

Lepas tu seorang rakan office perempuan yang dah terpengaruh dengan Nour Ain telah pergi beli sabun pencuci muka. Untuk permulaan sebelum beli krim dia kata ok produk ni. Dia yang ada sedikit masalah jerawat pun kecut kering jerawatnya bila guna.


Set macam ni RM 50 je, someplace below than this.


Disember tahun lepas bila sabun pencuci muka habis baru aku beli set yang baru. Aku cuma konsisten pakai sabun pencuci muka saja, krim malam macam biasa la asal sempat guna. Krim siang aku pakai bila keluar or ke tempat kerja pastu tempek dengan bedak baby je pun muka dah ok. So far aku rasa Nour Ain serasi dengan aku. Mungkin aku akan setia dengan Nour Ain dan tak akan berpaling tadah pada produk lain.

Benda bagus aku promote. Lagipun lulus KKM, produk bumiputera, harga mampu milik dan semakin dipercayai ramai sekarang ni. Bila pakai nampak natural takdalah macam sesetengah produk cekang muka nampak plastik. Tapi jangan kecewa la aku tak tempek muka lawa aku kat sini. Kalau nak tengok boleh gali je la mana entry ada wajah pemalu aku, semuanya pun natural beauty tanpa mekap.haha..


Amaran : Bukan entry nak memuji diri sendiri, tapi memuji Nour Ain ok!










Bila Berdua



Hari Jumaat kira macam hari bersama famili  kerana abah Aiman Afia cuti sehari saja dalam seminggu. Tu pun kadang kena masuk kerja jugak paginya. Ibu kalau takda abah, tak pernah nak panjang langkah lagilah pasal buta geografi.haha..Kalau tak outing, lepak kat rumah buat taik mata aktiviti paling best. 

Semalam petang tinggal ibu dengan Afia je berdua. Aktiviti kami merempit naik moto pergi kedai beli yogurt dan roti pastu lepak kat playground sambil makan. Dalam dok layan Afia main baru teringat Jumaat ada pasar. Mula-mula macam nak berdua ke pasar malam, tapi kami tak pergi pun pasal dah lewat sangat. 



Balik rumah masak Maggi sup je la makan dua beranak. Bambam tak sabar sangat dah nak makan tu sampai tangan masuk mangkuk. Ni celur sekeping maggi kering pun tak habis makan. Afia dok kata dap! Makan jugak la sikit. Sejak demam Isnin lepas sampai sekarang tak lalu makan, tapi tetap bulat.hehe..



Malamnya Read Aloud seminit dua pastu lepak mengempeng depan TV sampai tertidur.hehe.



Kenapa kami berdua? Abang Aiman dah ikut abah pergi stadium tengok bola. Semangat anak Kedah walau hakikatnya anak dan abah dua-dua pun JDT.keke...




Friday, February 20, 2015

Belanja Jajan



Rabu lepas hari terakhir sekolah sebelum cuti CNY,  balik dari ambik Aiman terus ke kedai beli barang sikit. Biasalah budak-budak kalau sampai kedai memang ada je yang dimintaknya. Aiman request key chain bola dekat kedai dua ringgit tapi benda yang dia nak tak ada. Pergi kedai sebelah memang tak sah kalau tak terjah tempat mainan. Aku memang jarang la nak layan kehendak toy dia, biasanya abah dia yang selalu lembut hati belikan.

Tak dapat mainan askar mintak set millionaire pulak, macam dia pandai main, dah tu takkan nak main sensorang. Dah tau dah kalau beli pun bukan dia main, nak seronok je lebih. Request kena reject, at last dia mintak Jojo. Yang ni ibu approved. Haha..Puas hati dah la janji mesti dapat jugak sesuatu.



Adik Fia pun pandai, nampak nyum-nyum sendiri dia ambik bawak ke kaunter. Bukan dia makan sangat pun. Sampai rumah disepahkannya biskut. Perut ibu jugak jadi bandaran, mana tak gemuk.hehe..



Aku memang kalau boleh tak nak biasakan anak dengan jajan. Sesekali tu bolehlah. Tu pun jajan terpilih, bukan semua boleh dapat. Macam Afia before umur dia setahun memang aku tak bagi langsung benda pelik-pelik. Dah besar sikit ni tengok kita makan takkan nak bagi dia telan air liur saja. Nak didik anak makan benda sihat tapi kita sendiri tak tunjuk teladan buat apa. 

Katanya jajan tak bagus untuk otak, tapi seingat aku aruah pak dulu setiap hari balik dari kedai mesti akan belikan kami adik beradik sorang sebungkus jajan keropok. Dari kecik hari-hari makan jajan penuh MSG pandai jugak, cuma tak genius je la.haha...






Read Aloud Bersama Afia



Read Aloud adalah satu aktiviti dimana kita membacakan buku dengan kuat pada anak. Bukan hanya sekadar baca, Read Aloud antara elemen penting dalam perkembangan dan pendidikan anak-anak. Aktiviti ni mengasah kemahiran mendengar, mengembangkan daya fokus dan ingatan anak, merangsang imaginasi dan memupuk minat terhadap buku dan belajar. Banyak lagi kebaikan membaca bersama anak yang kalau aku nak hurai macam ada je yang nak baca sangat.huhu

Read Aloud boleh kita buat sejak newborn baby lagi, tapi macam biasa la ibu Aiman Afia ni kan ke sentiasa ada pasang surutnya. Susah betul nak istiqomah.hehe..Sekarang ni sesi Read Aloud jadi makin seronok sebab Afia dah mula faham dan respond  apa yang kita bacakan. Waktu baby kalau baca tak berapa best, macam kita syok sendiri pun ada. Walau sebenarnya depa absorb lebih daripada apa yang kita jangka. Tapi tulah kan dasar suka bagi banyak alasan. Ampun!

Baca dengan budak baya Afia ni bukan boleh lama. Seminit dua pun dah kira ok. Yang paling penting bonding time, hubungan erat dan kasih sayang serta perhatian yang ibu bagi masa sesi Read Aloud, gitu!Buku baby nak hunting pun tak berapa ada banyak masa terjah bookstore.  Selama ni dok baca cloth book dengan buku abang Aiman je. Ibu ada buat sendiri jugak storybook untuk Afia. 



Buku animals pertama Afia. Mula-mula buat dulu tujuan nak ajar dia kenal haiwan dan bunyi. Guna buku Abang Aiman punya yang tak terpakai. Nampak tak miskin? Haha..Tapi kaya kasih sayang kan? Lepas tu tambah je ayat jadi story book. Gambar haiwan lukis sendiri tau, bukan tekap macam abah sangka. Tak menahan aku punya kemut. Konon old school nilai sentimental tinggi la sangat.hakhak...






Thursday, February 19, 2015

Memperkenalkan Anak Dengan Huruf



Tajuk ilmiah sangat kan! Sementara angin homeschool bertiup rajin, mai aku nak share apa yang aku dapat melalui pembacaan dan apa yang aku praktis dekat Afia. Sekarang pun tengah kumpul maklumat dan material untuk homeschool si bambam. Sesekali boleh juga buat aktiviti Afia yang melibatkan Aiman, selain tu rutin Aiman memang kena siapkan worksheet book dia la bila weekend. Hari sekolah sibuk dengan homework semua, tak sempat dah nak buat apa-apa.



Lebih kurang 3 bulan lagi genap 2 tahun umur Afia. Setakat ni baru pandai sebut beberapa huruf je pun. Walaupun anak tak pandai cakap, jangan ingat depa ni tak reti dan tak pandai. Kadang-kadang macam spongebob serap semua benda tanpa kita ajar, kalau kita ajar mesti lebih lagi. Sebelum mengajar huruf, kena mula kenalkan dan biasakan anak dengan huruf dulu la kan.

Nyanyi lagu ABC antara cara paling happy memperkenalkan anak dengan sebutan huruf.  Mana tempat je boleh praktis, waktu singkat dalam kereta masa hantar dan ambil Afia antara quality time yang kami ada bersama. Lepas ni wajib buat!

Selain alphabet books, kena selalu membaca bersama anak. Read Aloud setiap hari, tunjukkan gambar dan huruf pada anak. Barulah depa boleh connect diantara huruf dan buku. Yang ni tak selalu aku buat, so kena cuba praktis setiap hari nampaknya. Harap aku rajin. Ayat macam tak yakin je.haha..

Beli mainan yang sesuai. Macam kita tau, anak kecil belajar secara efektif dengan bermain. Contohnya Alphabet blocks dan fridge Magnet huruf, nampak macam old fashioned, tapi benda ni antara paling murah dan senang kita jumpa dimana-mana. Waktu bermain tu la masanya kita boleh kenalkan sebutan huruf tanpa tekanan. Yes! Bermain sambil belajar antara part paling Afia suka.

Last sekali menggunakan teknologi boleh je download ABC song, perisian alphabet dan sebagainya dekat iPad, tab dan telefon pintar. Walaupun kita tak digalakkan dedahkan anak dengan benda ni semua, tak dapat dinafikan anak millenium sekarang cepat belajar melalui medium tersebut. Pun begitu dengan pemantauan kitalah kan. Afia dia jenis cepat bosan, tengok sekejap-sekejap je pastu tinggal tab main buat hal sendiri.huhu

Aku yakin ramai antara korang dah tahu dan biasa dengan cara yang aku share ni. Nanti aku sambung step by step ajar anak huruf pulak ye!




Naik Feri Penang



Tak habis-habis lagi ke kisah Penang.haha. Apa nak diherankan sangat dengan feri Penang, ye orang Penang katakan.haha..Entry ni cuma nak abadikan pengalaman Aiman Afia naik feri. Walaupun kampung kat Nibong Tebal, punya susah nak sampai Penang. Sekali dapat pergi, dua kali tu naik feri dalam masa sebulan.


Masa pergi Penang Hill tempohari Afia tidur kan. Sabtu lepas dua-dua beradik pun tertidur dalam kereta. Aiman terjaga bila kereta stop dalam feri. Pun begitu dia terhimpit ditengah tempat duduk belakang, kereta park ditengah, nak keluar susah, jadi nikmati panorama dalam kereta je la. Afia masih lena diulit mimpi sampai turun feri baru jaga. Ada baiknya dia tidur, takdelah buat perangai sangat time nak jalan nanti.

Perjalanan balik baru dapat nikmati keindahan naik feri yang sebetulnya. Masa Penang Hill dah malam, suasana malam agak gelap cuma nampak lampu terang benderang. Baru ni kami lepak depan sekali. Ya depan feri yang atasnya pilot feri tu. Dapat tengok feri bergerak laju, dengan keindahan laut dan angin sepoi yang meniup. Aiman Afia kemain suka! 


Ibu dok mendukung Afia tak teringat nak snap gambar budak berdua ni. Apa pun kami sempat juga wefie dengan wan. Cuma maktok je tak keluar tunggu dalam kereta. En suami kata aku gemuk. Uwaa memang makin tembam pun mukaku ni kan! 






Wednesday, February 18, 2015

Resepi Murtabak Cheese Homemade



Aku pernah up entry murtabak daging masa pregnantkan Afia dulu. Setelah hampir dua tahun, baru ni buat murtabak lagi.hehe Pun begitu roti canai homemade memang dah tak terkira banyak kalinya dah aku buat. Sebelum ni aku ikut resepi yang kena uli, rehatkan, uli, rehatkan. Nak menguli tu azab, kejap-kejap pergi basuh tangan, tiba masa menguli tangan kotor semula, pi basuh balik. Basuh tangan pun dah kira berapa step dah.haha..

Seperti semua sedia maklum, buat murtabak ni guna kulit roti canai. Sekarang aku dah expert dah buat doh roti canai. Tu dia punya takbur!haha. Tak payah banyak step dah la ni. Rasa sama je pun. Aku uli sekali pastu terus rehatkan. Nak guna baru tebar. Pun begitu tak payah la imagine roti canai aku ni selembut yang jual kat kedai tu. Aku memang kurangkan penggunaan minyak. Sedap makan time panas2, kalau dah sejuk tu tak sedap mana. Tapi bagi Aiman roti canai ibu dia sedap je.hehe..

Kali ni buat inti isi ayam dan kentang. Dah ni je yang ada. Kata en suami kalau pakai daging mesti lagi sedap. Betul, daging lembu ni isi dia manis. Kami sekeluarga memang suka murtabak daging. Aku bagi resepi sama sukatan macam aku buat, pepandai la adjust ye kalau nak cuba resepi ni. Aku buat versi murtabak besaq gedabak, 1/2kg tepung dapat 5 bijik je. Kena sebijik sengkak perut!


Resepi kulit murtabak : 1/2 kg tepung gandum + 2 sudu marjerin + 2 sudu susu pekat + sebiji telur disatukan dalam bekas dan kacau serata semua bahan. Kemudian masukkan campuran air+garam, uli hingga menjadi doh yang tak melekat kat tangan. Perap selama 4 jam atau lebih sebelum canai. 

Kalau nak simpan dalam peti ais, bulat- bulatkan doh pasti sapu dengan marjerin supaya tak melekat antara satu sama lain. Masuk dalam bekas kedap udara boleh simpan sampai 3 or 4 hari kau! Lagi lama simpan makin lembut doh roti canai kita. Tapi jangan la simpan sampai seminggu dua pulak. Cari nahas namanya.hakhak

Resepi inti murtabak : Tumis bahan rempah (bawang merah+bawang putih+halia+sedikit cili kering, blander semua) hingga pecah minyak pastu masukkan rempah kari daging + ayam or daging+kentang yang didadu. Masukkan air secukupnya, masak hingga kering dan empuk. Akhir sekali perasakan dengan garam+gula+serbuk perasa. 


Inti kentang ayam ni cara aku masak sebijik macam buat inti karipap. Orang lain punya cara aku tak tau la. Aku nak cepat guna bahan rempah yang dah siap diblander dalam peti ais je. Waktu nak guna nanti aku pecahkan 5 biji telur, masukkan inti ayam kentang dan hirisan bawang besar, kacau sebati. So akan jadi seperti gambar diatas.

Cara buat murtabak : Ambil doh roti canai tebar nipis, masa nak tebar ni guna minyak ye. Masukkan inti + sekeping keju, balut kemudian goreng murtabak dengan kuali yang dilancer minyak. Siap!


Aku buat bawang jeruk jugak untuk makan dengan murtabak. Yang ni memang layan makan sendiri buat. Kalau beli dapat sikit, jimat betul bawangnya kan. Belah utara memang famous murtabak dengan bawang merah camni. Dia punya penangan, dah gosok gigi pun tak hilang lagi mulut bau bawang baq hang.haha...


Resepi jeruk bawang : potong halus bawang besar, masukkan cuka plus sedikit air + gula + perasa sirap, gaul sebati, siap!


Semalam dinner murtabak, hari ni pun sama breakfast murtabak ayam cheese!hehe..