Pixajoy

Monday, March 27, 2017

Aiman 10th Birthday



20 Mac Aiman Mukhlis genap 10 tahun. How time flies. Ehh si chubby ibu cepatnya dah besar..dah sama size ibu..Membesarlah sebagai insan hebat anakku! Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan Aiman. Jadilah anak yang sentiasa sihat..bijak..cerdas dan cergas, anak soleh kebanggan ibu abah. Amin...

Masa harijadi Aiman semua pakat tak sihat. So kita potong kek lewat seminggu. Kali ni ibu order kek red valvet cheese hijau kuning. Pulun Kedah Pulun. Afia takda ni kalau tak mesti dia paling sibuk nak potong kek.


Sebab share bulan dengan abah sekali harung tulis nama abah

Add on Victoria sandwich tengok mengancam sangat. Ibu yang nak makan sebenarnya.hihi

Sebelum kek siap dah celebrate kecik2 makan KFC. Sekarang memang dah jarang sangat outing biasa tapau je. Ada anak kecik ni malas nak makan luar.huhu

Walaupun ibu sibuk..layan juga permintaan abah depa nak makan cheesecake. Buat layer snow cheese coklat dan pandan..Pastu menyusul cheesekut dan kek batik permintaan Kak Pia.

Tayang sekali lagi..ini sedap ok.hihi

Sepanjang bulan Mac ni memang kenyang makan kek ajelah. Happy belated birthday en suami Mustaken Ahmad dan anak ibu Aiman Mukhlis. Love u more than u know.







Monday, March 13, 2017

Perginya seorang Pak Wa



Al - Fatihah untuk abang, Abdul Mutalib bin Othman.

Aku pun tak tau macam mana nak mulakan. Pemergian abang terlalu cepat..Jalan hidup abang begitu penuh liku. Di beri ujian sakit ketika dibangku sekolah menengah lagi. Abang adalah baby premature yang membesar sebagai budak cerdik. Waktu sekolah rendah lagi sudah menggalas tanggungjawab sebagai ketua pengawas, score 4A dalam UPSR terus dapat tawaran sambung belajar di sekolah sians berasarama penuh.

Sebelum SPM bermula kerana demam panas abang mula sakit. Sakitnya tu meracau mengamuk dalam istilah perubatan sakit jiwa. Ya sakit mental..bahasa kasarnya gila. Aku tak mau cerita panjang tentang sakit abang. Siapa yang ada famili sakit macam ni mesti faham. Tak semua orang boleh terima. Ada yang pandang sinis. Tapi ketahuilah mereka ni bebas dosa..lagi mulia pada kita yang banyak dosa ni.

Hidup abang memang bergantung pada ubat..dalam sakit tu pun abang score SPM...dapat masuk matrik kemudian further study di USM Penang. Masa di uni sakit abang makin menjadi. Menurut cerita kawan-kawan time nak exam je abang mesti jadi. Mengamuk kat kolej pastu minta tangguh pengajian. Bila sakit berterusan terus berhenti.

Sejak tu abang banyak habiskan masa berperuk kat rumah, tak bersosial..radio jadi peneman. Memang sejak remaja abang suka lagu..Duit biasiswa beli walkman..beli kaset..beli CD..Abang suka Siti Nurhaliza, Amy Mastura, Abot, Candy, Metallica, Nirvana dan banyak lagi undergroud group yang aku pun tak berapa tau.

Waktu abang ok..dia ok je normal macam biasa. Yang ikut blog aku mesti kenal Pak Wa Aiman Afia Aryan. Kami kalau jalan2 mesti bawak abang sama. Abang pun selalu kena paw belanja kami makan kalau balik kampung. Sebab duit abang banyak.kiki

Kali terakhir makan abang belanja dekat Cafe Ronda hari tu kami ajak abang ikut pergi Pangkor dia tak nak ikut. Katanya nak pergi Kelantan adik aku nak kahwin. Orang sakit camni memang tak boleh fikir banyak, stress mesti sakit dia jadi balik. Aku suspek dia banyak fikir adik aku nak kahwin..entahlah kali terakhir abang sakit masa almarhumah mak meninggal. Baru ni pulak tunjuk tanda sakit setelah beberapa tahun.

Dipendekkan cerita lagi doktor hantar abang ke Perak Road. Abang demam panas pastu dipindahkan ke hospital besar. Masa dekat hospital kami ada melawat abang. Memang sangat sayu dan sedih tengok keadaan abang.

Badan abang kurus kering kering menggelupas bibir. Entah makan ke tidak..kalau makan pun siapa nak layan kat hospital dengan banyak patient..tiub terpasang, pakai pampers, kaki tangan semua di ikat. Aku belek kaki tangan abang bekas luka...kulit terbakar...abang meracau-racau sebut macam-macam benda merapu..pastu kami semua pun dia tak kenal. 

Bila tanya keadaan abang pihak hospital cakap abang dah makin ok. Mungkin dalam 2 3 hari lagi boleh transfer balik Perak Road. Seminggu adik2 semua kalut dengan kerja..sebab nak cuti kahwin..dengan aku jauh tak ada yang melawat abang. En suami ada ajak aku pergi melawat masa cuti hari Jumaat..bila fikir hari rabu dah nak balik aku macam pujuk hati kata takpelah berapa hari je lagi nak balik. 

Sungguh aku berat hati nak pergi..sebab tak sanggup tengok keadaan abang. Bila tengok nanti aku akan jadi jiwa kacau. Aku lebih selesa mendoakan abang dari jauh. Memang tak sanggup tengok penderitaan abang..aku nak decribe dengan kata2 pun susah. Tak apa kalau ada yang tak faham.

Tak sangka sungguh tu kali terakhir aku jumpa abang. Kalau kami pergi melawat abang Jumaat tu at least dapat la tengok keadaan abang. Masa bukan boleh di undur. Aku bukan terkilan tapi sungguh tak boleh nak bagitau macam mana hati aku meronta tak mau tengok abang sebab aku tak sanggup.

Petang hari abang meninggal tu adik aku call bagitau doktor nak jumpa..Abang penat katanya. Aku dah tak sedap hati..terus call en
suami. Tak lama pastu hospital call kata abang dah tenat. Tak sangka sangat abang pergi..dengan samgat cepat..sebab abang tak sakit apa..sakit abang tu je..ramai terkejut dengan berita kematian abang.

Aku jumpa abang dah kaku..sejuk..tak pernah aku cium abang..Masa abang kaku baru aku sempat cium. Segalanya tentang abang buat aku sedih. Tapi aku pasti abang bahagia kat sana.

Radio abang

Bila buka almari tengok dan cium baju abang mesti menitik ayaq mata

20 tahun abang derita. Perginya abang penuh hikmah..tak susahkan adik-adik. Aturan Allah memang terbaik. Sakit abang dah berakhir...dah hilang buat selamanya.


Rest in peace abang.




Saturday, March 11, 2017

3D Art Langkawi



Sambung cerita basi Langkawi. Sibuk wey tak sempat nak jenguk blog.

Lepas turun dari cable car cepat2 kami menuju masuk Muzium 3D. Anak-anak memang nampak teruja..suka je nak bergambar kat sana sini bergaya tanpa diajar. Disebabkan masa yang sangat terhad kita pilih-pilih je la port yang menarik untuk snap. Let's check the picture. 

Pulun nak juga pose depan ni

Panda dua ekoq yang suka bercekau. Aish sekarang ni penat oii nak high pitching dengan depa ni asik bergaduh ja dua beradik

Abang Aiman la paling pro sekali macam2 gaya kreatif serah kat dia

Ibu dengan Aryan 1 ni je la picture yang ada

Ecece

Ni antara port paling ramai tunggu nak bergambar. Afia dia buat derk je minta ibu snap tak heran orang yang menunggu.hihi

Puppet show

Tak ada lagi adengan paksa bergambar

Abah depa pun 1 ni ja picture...selebihnya bagi peluang kat anak.huhu







Sempat la tengok persembahan 10 minit yang diadakan kat ruang Muzium. Aryan baik punya isi petrol sampai terlelap sekejap. Habis persembahan kami terus keluar masuk ke Skyrex.

Dekat skyrex memang tak ambil langsung picture lagipun kat dalam memang tak dibenarkan bergambar. Ibu mengandung dan baby pun tak dibenarkan masuk. Kebetulan ada adik pekerja situ offer nak pegangkan Aryan so ibu pun selambar masuk tinggalkan anak kat orang.hahaha.

Skyrex ni 4D show ada dinasour beraksi makan helikopter apa mak nenek tak takut pun Afia kata.haha..Show best jugak tapi kejap sangat kot. 5 minit je baru nak feel best dah habis tayangan. Kalau nak yang lebih adventure kena beli tiket yang lebih mahal kot.

Keluar dari Skyrex tu kami terus balik homestay. Nanti aku review homestay yang kami menginap.