Thursday, October 31, 2013
Mainan Membahayakan Baby Afia
Masa shopping Persediaan Solid Food Afia, aku pegang mainan goyang-goyang ada bunyi en suami kata ambik la. Aku apa lagi pantang dapat green light terus masuk bakul. Bagus benda ni bila goyang ada bunyi boleh rangsang deria pendengaran baby. Bagus juga untuk baby belajar menggenggam.
Rattle yang aku belikan Afia ni materialnya keras. Ada sedikit bahaya untuk baby baru nak mengasah skill memegang macam Afia. Malam tadi aku tinggalkan Afia sekejap dalam bilik agaknya dia pusing nak meniarap terkena rattle ni menangis bergema satu bilik. Sejurus lepas aku snap gambar Afia yang ni pulak dia dah baik punya ketuk mainan dia dekat kepala. Meraung sekali lagi la.haha
Main dengan pemantauan ok kot. Kalau sendiri-sendiri memang kategori bahaya wa cakap lu!
Wednesday, October 30, 2013
Persediaan Solid Food Afia
Tujuan utama ke Manjaku nak belikan Afia botol susu Pigeon Peristaltic Plus. Awal bulan tempohari aku pergi tengok ada promo botol ni setengah harga tapi kena replace dengan any bottle untuk dapat harga promosi. Aku mana bawak botol susu, kat rumah banyak la macam-macam brand aku dah beli since Afia refuse puting dulu. Gigih la kan aku nak harga murah (botol susu ni kan ke mahal yang kecik tu dah RM 50 something) sampai sanggup beli puting semata terus balik.
Semalam aku pergi boleh promoter Pigeon tu tak datang. Promo pulak sampai hujung bulan. En suami suruh ambik tapi aku tetap nak yang separuh harga. Gigih tak gigih la kan. Hari ni en suami dah start kerja, aku nak pergi sendiri tak berani drive jauh-jauh.hehe. Rasa macam ralat sangat tau. Malam tadi sampai aku dok taip entry ni dok terbayang lagi botol susu tu dengan harganya yang murah.haha..
Lets check it out persediaan solid food Afia yang aku grab kat Manjaku.
Dok pusing-pusing cari set makan Afia dari satu brand ke satu brand aku pegang akhirnya aku beli Take & Toss bowls and spoons. Bowls tu comel ada 6 colourful set siap penutup. Senang nak bawak makanan ke pengasuh. Sudu pun sedozen baq ang. Alasan ibu Afa ni mekngok, tak payah risau kalau hilang, ada banyak mangkuk dan sudu boleh replace.haha..
Sippy cup ambik Fiffy je murah. Yang lain semua tak berkenan. Nanti mungkin aku cari online lagi sebijik.
Mangkuk sudu dan garpu Baby Kiko beli jugak sebab kesian kalau aku tak jadi beli adik tu dah tulis.hehe..Sebenarnya aku dah survey online dua mangkuk bertutup Tommee Tippee. Tamak nak grab sampai dua, tapi tunggu ada budget nanti baru beli.
Mencari waterproof bib tak jumpa. Mungkin ada tapi harga agak mahal boleh dapat sehelai baju Afia rasa tak berbaloi aku nak beli. En suami tunjuk yang Pureen bib aku ambik gak la satu. Yang Aiman dulu pun still ada. Beli satu ni je baru untuk Afia cukup la kan.
Mula-mula serius tak nampak Food Feeder Autumnz. Aku nyaris nak ambik Kidsme dah. Mahal lak tu paling murah harga RM 29.90. Yang Autumnz harga RM 19.90, dapat pulak less 10% kira murah la.
Food storage ni aku dapat dari OBW. Aku order Baby Cup Feeder untuk Afia entah macam mana depa silap pos barang. MIL kata benda ni kira rezeki Afia la.hehe..
Tuesday, October 29, 2013
Mi Kuah Tulang Daging
Mari aku tayangkan menu menternak lemak kami hari ni.
Masak nasi untuk lunch tak laku penangan Mi Kuah Tulang. Sejak ada periuk tanah liat, hari-hari aku masak dalam ni. Melimpah tak ingat kuah mi aku. Nampak je cair, tapi ada umpphh. Cuma aku tak tahan sikit dengan minyak yang melimpah dari tulang daging ni.Aku siap kaut buang dalam singki.haha
Abaikan comot tu. Dah surut sikit kuah baru nampak tulang. Lama jugak aku rebus dengan api kecik sampai boleh tanggal isi dari tulang. Lembut isinya, tapi aku style tak reti nak makan jenis tulang macam ni. Isi je aku bantai yang lain semua aku buang. Kalau suami tengok cara aku makan memang geleng kepala.
Disebabkan nasi tak laku, aku belasah makan dengan sotong bakar besaq gedabak. Alhamdulilah kenyang. Aiman rilex je hadap mi kuah pakai tangan makan bersama ikan goreng. Daging besar sangat kata dia. Kelass Aiman ni tau.
Abah jugak untung!
Random Pictures Trip Aiman Sekitar Perak
Gambar sekitar Trip Tadika Aiman pada 25.10.2013.
Sebelum bertolak, berbaris dulu ye anak-anak. Menyengih je Aiman. Yang penting dia paling besar dan tinggi, dalam kelas pun selalu berdiri paling belakang jadi bodyguard. Bas berhenti dekat Hentian Juru untuk breakfast Aiman tak turun pun en suami kata. Dia seronok sangat dengan kawan-kawan dalam bas. Nasib baik ibu ada bekalkan roti.
Dekat zoo ni satu gambar Aiman naik train. Yang lain semua gambar binatang. Tak kuasa aku nak upload sini. Giraffe tu saja nak habaq antara picture wajib snap kalau kami pi Zoo Taiping.huhu
Lepas Zoo ke Bukit Larut berpiknik dan berkubang. Time ni dekat SP hujan lebat gila. Tak sangka Taiping panas. Kira cuaca betul-betul menyebelahi budak-budak ni. Dalam surat cikgu tak nyatakan akan ke sini, rugi la en suami tak bawak baju mandi. Sampai balik rumah Aiman dok kata "best Aiman mandi pantai ibu, Aiman selam...". Pastu siap request nak pergi sana lagi. Bukan pantai la nak, air terjun!
Last destination, Pusat Pembuatan Labu Sayung Kuala Kangsar. Tekun Aiman tengok pakcik ni buat. Boleh cuba buat en suami kata tapi beliau malas nak kotorkan tangan. Sempat jugak la Aiman dan abah belikan buah tangan untuk ibu. Semalam dah testing masak kari dalam claypot. Walaupun kari tak berapa umpphhh, sedap en suami kata.
Kebanyakan parents kawan-kawan tadika Aiman mak-mak je ikut. Ada juga beberapa pasangan suami isteri. En suami kata beliau sorang je wakil bapak. Suami soleh habaq hang.haha. Terpaksa rela tu pergi sebab kesiankan Aiman. Sebenanya trip macam ni paling best boleh eratkan siraturrahim. Pergi sendiri-sendiri manakan sama meriahnya kalau ikut rombongan.
Monday, October 28, 2013
Listing Persediaan Solid Food Afia
Eh minggu depan nak kenalkan Afia dengan solid food baru ibu hegeh-hegeh nak shopping. Esok petang baru nak terjah Manjaku cari segala keperluan. Malam ni baru nak buat listing. Afia jangan jadi susah makan macam abang Aiman masa baby sudah. Ibu dah excited ni.hehe..
So far ibu berhajat nak belikan Afia :
- Set mangkuk, sudu, cawan
- Waterproof Bip
- Training cup
- Feed Feeder
- Periuk kecik untuk bubur
- Blander baru
- Mangkuk bertutup siap sudu untuk travel.
Kita tengok je nanti apa yang ibu bakal beli.
Are u ready? |
Doa Menaiki Kenderaan
Malam tadi dengar Aiman baca doa ni. Ibu dengan confidentnya tanya,
"Doa apa tu Aiman?"
"Eh ibu ni, tu pun tak tau..Doa Menaiki Kenderaan.."
Kan dah kena!
Anak dah hafal, ibu bila lagi?hehe..
Memperkenalkan Telur Kepada Baby
Dalam entry ni, ada reader komen pasal memperkenalkan telur pada anak. Tak salah sebenarnya tapi telur ni kategori makanan yang boleh sebabkan alahan, jadi disarankan agar dilambatkan sesi pengenalannya. Sama la jugak macam solid food pertama baby, lagi afdal mulakan dengan puri buah atau sayur.
As a parent, choices is in your hand. Omputih berterabur lak aku.haha...Kalau aku mesti la nak yang terbaik untuk nak ye dak. Ini yang aku jumpa dalam Hsffyb group. Sekadar perkongsian. Aku pun masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?
Telur boleh diberi bila baby berumur 8 bulan ke atas. Daripada kaedah disarankan oleh PPUM, kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat. Telur kena pastikan betul-betul masak dan kalau boleh rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.
Cara nak intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3 kali seminggu
Beginner Book 1 : Short Vowel a
Apa yang aku boleh katakan, Beginner book 1 ni, Like a peanut.haha.
Perkataan mudah diulang-ulang, memang senang la budak umur Aiman tangkap. Aiman smoothly boleh sebut dengan sedikit saja direction dari ibu. Enjoy tau baca buku ni, lagi-lagi diserikan karektor kartun yang lawak. Aiman suka sangat. Tak habis-habis dok gelak.
Mula-mula Aiman sedikit keliru dengan sebutan c. Bahasa Melayu dan English kan ke berbeza. In bahasa c pronounce as ceh, contohnya word cat (kucing) Aiman pronounced it as cet (ceh at). Dah lama-lama baru ok dengan sebutan c.
Short vowel a Aiman dah tamatkan semalam dekat opis ibu. Cepat-cepat Aiman kata nak baca book 2. Sebenarnya kalau boleh ibu nak Aiman kuasai perkataan ni semua dulu. Aiman sangat lemah ok, sebelum baca buku ni, fat pun dia tak tahu apa. Cat pun boleh buat-buat lupa, padahal masa umur dia dua tiga tahun kalau tanya cat, dog, fish, rabbit and so on semua dia dah kuasai.
Aku setuju la kalau nak mahirkan anak dengan banyak bahasa kena mulakan since baby. Masa Aiman kecik dulu je aku banyak tekankan english, pastu melayu mudah lupa. Now baru nak mulakan semula, kena merangkak dan panjat agak tinggi jugak. Otak dah banyak sangat digasak dengan game. Kau tanya shoot, gun, game over semua dia tau la.haha..
Dalam kepala ni, idea ibu nak tunjuk skill melukis, pastu suruh Aiman padankan gambar dengan perkataan yang sesuai. Boleh tampal kat dinding, kalau selalu tengok boleh la ingat. Konon la kan...tengok sajalah nanti.
Lepak-Lepak Konsert AF
Wah dah berminggu konsert AF, kali ni baru berkesempatan tengok. Teruja sangat la kan nak tengok sebab peserta bergandingan dengan artis. So so je la, lagi-lagi Si Nabila tu. Aiman siap ejek gaya tangan dia nyanyi lagu keliru. Sapa la yang otak geliga sangat undi dia dok tempat teratas. Buta seni sungguh.hakhak..
Dalam dok pujuk-pujuk suruh Aiman tidur awal, tewas juga Aiman kira-kira pukul 10 lebih. Malam ni je kasi chance, kalau tak pukul 9 dah wajib pejam mata. Sambil aku layan AF, sambil aku lipat baju, sambil basuh baju, sambil kemaskan baju, sambil sidai baju, baru bermanfaat sikit aktiviti lepak aku ni.
Si bambam Afia tu pulak aku bentangkan toto depan TV dia asyik la dok buat aksi guling-guling hindustan. Bila ibu agah senyum-senyum pastu sambung semula aktiviti dia. Dah expert meniarap dan terlentang dah sekarang. Kemain la dia tunjuk hebat. Gasak la nak, janji behave sepanjang ibu bereskan kerja. Tak lama lepas Aiman terlena, Afia pulak ikut sama. Dah letih guling agaknya tengok-tengok dah lelap. Tak perlu upah nenen atau tepuk.
Sunday, October 27, 2013
Aiman Penat
Aiman boleh dikatakan tak pernah tidur siang. Ada saja aktiviti dia. Tengok TV, makan, main game, yang tu je di ulang-ulang. Kadang-kadang dia main gak la senapang pistol dia, tembak-tembak perang satu rumah. Dah petang around above 5pm baru ibu benarkan dia ke playground untuk sesi pecah peluh.
Kelakar pulak tengok dia tertidur baik punya mulut muncung siap peluk botol air. Ibu yang takde keja pun apa lagi cari la kerja sambil gelak pelan takut misi tak berjaya.haha.. Dua kali snap memang tak sedar langsung. Ni kes penat baru balik rombongan tak hilang lagi kot.
"Ibu ni tak senonoh tangkap gambar Aiman, kalau Aiman pakai baju takpe jugak, ni Aiman tak pakai baju..". Macam selama ni dia biasa sangat pakai baju ye dak. Abaikan je perut buncit dia tu!
Aiman Berlatih Membaca : Baca Komik
Berguna juga komik Shin Chan ibu ni, tak sangka Aiman minat nak baca. Jangan gelak ye aku suka baca komik Shin Chan masa zaman muda-muda dulu.hehe..
Susah nak baca Aiman kata sebab tulisan kecik sangat. Baca sikit saja ni sebab dah tak boleh concentrate. Dah habiskan masa dekat sejam baca buku Progressive Phonics dan buat latihan tulis perkataan bahasa Inggeris dengan ibu.
Aiman baca perkataan bulu, aku pulak nampak macam perkataan buku. Baru nak marah, sangkanya Aiman silap, rupanya mata ibu yang kero, betullah bulu.. Ketawa besar la dia. Shin Chan kan tak senonoh sikit wataknya, jangan turun perangainya ke Aiman sudah.
Saturday, October 26, 2013
Trend Tudung Bawal Terkini : Afia Bertudung
Afia sekarang suka betul mencakar. Kuku tu kalau panjang memang nahas la dapat cakaran harimau dari dia. Pedih woo kalau kena. Tangan kaki dia pulak spesis tak reti duduk diam. Apa je benda dekat dengan dia mesti ditariknya. Sibuk la sangat menarik tudung ibu, minat nak pakai kot. Mari ibu gayakan Afia dengan tudung bawal trend terkini gadis melayu yang dijangka bakal hangat tahun 2014 nanti.haha..
Dapatkan segera di kedai berhampiran mengikut warna kesukaan.hakhak
Buah Tangan
Pusat Pembuatan Labu Sayung adalah destinasi terakhir sebelum Aiman dan abahnya bertolak balik semalam. Mari aku review apa yang dua kesayangan hamba beli disana.
Boleh tahan besar periuk tanah liat ni. Boleh guna untuk masak kari, sambal dan sebagainya untuk masakan yang lebih enak kata kau. Yang ni bukan ready made from Pusat Labu Sayung tu, ambil dari orang. Harga periuk ni RM 28, dapat beli dengan harga RM25 sahaja. Penggunaan buat tiga kali pertama kena basahkan periuk, masak atas api yang perlahan. Lepas tu baru boleh belasah api besar ikut suka hati kot.
Labu sayung ni paling aku suka. Menggoda je coraknya dengan kapaisiti 3 liter air. Harga RM 15, tapi setelah di lego dan en suami pakat promote pada other parents beli benda ni dengan banyak, dapat la harga RM10. Murah kan? Sebelum guna kena rendam dalam baldi, isi air dalamnya selama dua hari. Kata Aiman lepas ni tak payah buat air ais lagi, guna ni je bagi air sejuk.hehe..
Friday, October 25, 2013
Budget 2014 : Bonus Kakitangan Awam Setengah Bulan Gaji
Kalau kat rumah setiap tahun tengok Budget mesti aku tertidur. Penat sangat mendengar pembentangan yang berjela-jela. Hari ni kebetulan kerja petang, menangkap sikit-sikit la Budget yang dibacakan PM. Tu pun permulaan tadi aku dah membuta dah.
En suami dalam bas kemain sibuk tanya. Aku ni konon la sangat pemberi maklumat, mendengar budget sambil berblog, pasal bonus dan BRIM je aku tangkap sikit-sikit. Alhamdulilah setengah bulan, bolehlah dari takde!hehe. Bantuan BRIM diperluas gak kan...
Benda penting lain tunggu berita highlight lah ye. Sama-sama kita tengok berita malam ni tau.
Solid Food Untuk Baby : Makanan Perlu Elak
Sambil-sambil layan Budget 2014, aku nak kongsi apa yang perlu dielakkan pada peringkat awal memperkenalkan solid food pada baby. Check it out.hehe
- Paling penting jangan tambah apa-apa perisa dalam makanan baby. Garam dan gula perlu elak sehingga baby berumur setahun. Makanan baby mestilah neutral.
- Jangan berikan madu lebah kepada baby di bawah umur 1 tahun. Kadangkala madu mempunyai kuman spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi boleh hasilkan toksin yang membahayakan nyawa baby.
- Telur tak boleh diberi sebelum baby berumur 6 bulan. Putih telur boleh sebabkan allergic, so disarankan perkenal pada baby selepas umur setahun. Kuning telur pula boleh diperkenalkan pada umur 9 bulan. Baby boleh diberikan telur yang perlu dimasak penuh, sehingga putih dan kuning telur menjadi keras, untuk mengelakkan jangkitan kuman. Katanya telur ni ada bakteria Salmonella.
- Kacang keras tidak boleh diberikan kepada baby bimbang bahaya tersumbat dalam salur pernafasan. Kacang yang dikisar atau ditumbuk halus boleh diberikan selepas 6 bulan.
- Makanan rendah-lemak, rendah-kalori dan serat-tinggi tidak sesuai untuk baby. Baby memerlukan tenaga yang tinggi untuk tumbesaran dan memerlukan makanan yang berlemak, dengan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi.
* Sory pada siapa yang komen entry aku pagi tadi. Nak jejak balik tak dapat, aku dah terdelete entry tu.uwaa..
Aiman Pagi Ini
Godek-godek dashboard macam mana boleh terdelete entry pagi tadi. Nasib baik ada backup.huhu
Simpan untuk kenangan anak ibu Aiman Mukhlis.
Pukul 6.30 pagi baru kejutkan Aiman. Bangun dengan sebutan "Ya Allah" pastu kelam kelibutnya bukak baju terus masuk bilik air mandi. Tak sampai 5 minit dah ada kat ruang tamu. Bertempiklah ibu suruh masuk bilik air semula mandi betul-betul, shampoo rambut dia tu. Semalam dengan tak kisahnya tu, hari ni dah nampak muka teruja. Excited betul suruh abah cepat-cepat siap.
Cikgu kata trip kena pakai t-shirt hijau kuning yang diberi cikgu dah lama dulu. Baju ni tak pernah pakai, tapi seluar tracknya selalu juga la Aiman belasah pakai pada hari biasa. Pulak tu selesa dan takde cop sekolah. Tak sangka tertinggal seluarnya dekat rumah Wan masa balik raya tempohari. Belasah je la pakai seluar track yang biasa Aiman pakai pergi sekolah tu.
Ibu laju-laju kapurkan kasut sekolah Aiman biar putih, nak basuh dah tak sempat.haha. Ibu juga hanya sempat sediakan roti kapit kaya dan sebotol air masak buat bekalan dalam bas. Mana tahu cikgu tak sediakan sarapan mau kebulur dua beranak tu nanti. Abahnya boleh la tahan perut, Aiman tu kesian pulak la kan kalau lapar dan dahaga.
Pukul 7 pagi cikgu minta berhimpun disekolah. Lebih kurang 7.15 baru Aiman dan abah bertolak pergi. Namanya janji Melayu. Semoga cuaca hari ni berpihak pada Aiman dan kawan-kawan. Ibu doakan selamat pergi dan balik. Malam tadi ibu dah siap charge kamera dan HP Cik Abah biar full berharap abah dapat snap banyak kenangan Aiman bersama kawan-kawan tadika.
* Entry tanpa gambar macam tak best, aku tengah dalam tahap malas paling tinggi nak upload picture dengan kelembapan line yang boleh dikatakan tahap bangang.hehe
Thursday, October 24, 2013
Aiman Tak Kisah
Dari tahun lepas kami memang menunggu trip sekolah Aiman, niatnya ibu abah mahu join sekaki. Rancangannya tahun lepas cikgu nak bawa ke Melaka, semangat la sikit nak pergi kan sebab boleh bermalam. Lagipun dah lama tak kesana. Alih-alih sampai hujung tahun senyap macam tu je. Katanya cikgu tak berapa sihat.
Tahun ni lokasi dekat je. Esok pagi Aiman akan ikut rombongan sekolah ke sekitar Perak. Antara tempat yang bakal diterjah semestinya Zoo Taiping, Muzium dan Tempat Pembuatan Labu Sayung (kalau tak salah aku la almaklum nyanyuk sikit).
Cerita cikgu pada en suami. Mula-mula masa cikgu tanya Aiman nak ikut tak trip ke Zoo kemain berlagak dia kata, "Tak mau la..Aiman dah banyak kali dah pegi zoo.."
Pada ibu dan abah dia kata, "kalau abah dengan ibu tak nak pergi, biar je Aiman pergi dengan kawan-kawan". Kesian pulak Aiman kalau tak dapat turut serta, budak lain semua dengan parents, makanya en suami seorang saja join. Ibu dengan Afia bambam susah sikit la nak join ditambah lokasi yang tak berapa best.hehe..
"Tak kisah pun.."
Aiman memang tak kisah..
* Balik rumah lunch break kepala tintong nak juga update, maaf ayat tunggang terbalik, nanti aku sambung BW, hutang BW banyak lagi, maklang sibuk sikit dengan kerja rumah yang tak pernah habis, nasib la kerja opis banyak rilex..:)
Wednesday, October 23, 2013
Si Bambam Yang Makin Aktif
Tidur malam dah macam-macam gaya. Tilam besar dia sorang je conquer. Malam tadi lepas nenen aku dah tidurkan Afia di tengah-tengah tilam. Tak sangka dia boleh buat aksi guling-guling. Aku tersedar bila dengar suara Afia nak nangis. Terkejut tengok badan setengah atas tilam, setengah lagi dengan kaki dok terkapai-kapai kesejukan dekat lantai. Bahaya betul anak dara aku buat stunt, padahal dah letak bantal hujung tilam. Sejak dah ada anak kecik ni, katil memang tak laku.
* The Best part is, bila Afia tidur meniarap saat nak alihkan posisi muka ke kiri dan ke kanan, Afia akan angkat kepala beri senyuman paling manis kat ibu kemudian sambung tidur semula. Ibu will miss this precious time when you grow up..;)
Menu Daging Korban
Alhamdulillah daging korban tahun ni dah selamat dimenukan dengan jayanya. Pagi tadi menu terakhir Daging blackpapper. Dua hari berturut-turut buat, semalam en suami kata tak puas makan. Dalam freezer tinggal tulang je seketul besaq gedabak entah apa nak bikin. Iron chef cuma aku sorang dengan skill memasak yang tak la hebat mana, menu pun sempoi-sempoi ala tintong je la.
Daging Goreng |
Sup Tulang |
Stik Daging Sos Lada Hitam |
Sambal Daging |
Daging bakar menghabiskan Sos Lada Hitam Stik Daging |
Daging Blackpepper |
Tuesday, October 22, 2013
Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris
Dah lama kan Aiman habiskan Bacalah Anakku, sekarang dok ulang lagi baca buku tu. Konon sekarang dah terror sangat dah. Acik Aiman datang sibuk dia mengajar Acik dia kaedah fotenik.hehe..Read easy aku dok bertangguh lagi nak beli. Sementara tu cuba dulu google bahan nak mengajar Aiman membaca Bahasa Inggeris. Banyak juga yang aku jumpa. Salah satu yang menarik web Progressive Phonics. Yang bestnya semua boleh download secara percuma.
Buku Progressive Phonics ni ada tiga set, Beginner, Intermediate dan Advance Phonics. Aiman dan ibu baru mulakan dengan Beginner Phonics, yang ni je ada 5 set buku. Aku tak print cuma baca dekat monitor dengan Aiman. Temanya nak jimat ink.hehe.. Benda ni kaedahnya kita kena join baca sekali dengan anak. Kita mula baca, kemudian bila tiba pada perkataan yang merah dan besar, tu tugas anak untuk sebut.
Line slow aku malas nak upload picture (alasan). Just nak kongsi kot-kot ada antara korang mencari bahan untuk mengajar anak membaca omputih. Progressive Phonics Beginner boleh mulakan seawal anak 4 tahun, cuma pastikan anak dah kenal huruf la. Waktu cuti sekolah ni mari kita rajinkan diri homeschoolkan anak-anak, kalau tak asyik main game je kan.
Monday, October 21, 2013
Entiti Misteri Dalam Gambar
Sehari sebelum raya hari tu, en suami and the geng pergi mandi dekat Kolam Air Panas Lenggung. Orang utara panggil Ayaq Hangat. Aku dah pernah kesana dalam 3 kali juga, tapi dah lama masa zaman muda-muda dulu. Sekali pernah konvo beramai-ramai dengan bebudak kos aku masa zaman study, memang meriah tak ingat la sewa kereta sampai 4 bijik. En suami baru pertama kali kesana. Terujanya lebih la kan sampai hantu pun teruja sekali nak enterframe.haha..
Gambar ni aku tak edit langsung, cuma membulatkan entiti dan zoom. Kita kena percaya dengan kewujudan makhluk halus. Dalam Al-Quran pun ada sebut kan. Kalau korang nak tengok lagi jelas, save je gambar pertama pastu zoom. Yang atas kepala abang baju kuning tu jelas gila nampak.
Ingatkan ada dua ekor (laki bini), lepas tu kawan en suami kata sebelah en suami (berbaju hitam) pun ada seekor (anak) menjadikan jumlah kesemuanya 3 ekor. Bila aku perhati memang nampak kelibat putih disitu. Betul ke penjodoh bilangannya? Hentam sajalah labu.
Sekitar 3 4 tahun lepas waktu aku kursus, masa outdoors activities dekat hutan Endau-Rompin, kamera seorang daripada peserta kursus pun terlihat kelibat entiti misteri juga. Dah jadi perkara biasa kot. Depa pun nak glamer jugak.hehe..
Sunday, October 20, 2013
Skip Count
Kita kembali lagi dengan aktiviti si chubby Aiman yang selalu seksi. Kali ni ibu ajar skip count 2 and 5. Ni pun naik kering anak tekak cikgu ibu ni memekak bagi dia faham. Mula-mula agak cabaran dia boleh buat muka blur, dok kata faham-faham, bila suruh sebut tanpa tengok note ada sesetengah merapu meraban je kira. Lepas tu siap berhenti makan dulu, belum makan tak boleh fikir kata kau.haha..
Dah terang banyak kali baru boleh faham. Kira macam sifir gak la ni kan. Lepas faham boleh buat latihan.
Dah dapat kuasai skip count 5 senang nanti ibu nak ajar tengok jam. Kalau digital tu senang la sebab dah kenal nombor. Jam yang berjarum belum pandai. Kat rumah ni semua jam lingkup, pakai jam astro je.hehe.. Nanti ibu ajar ok!
Baik Buruk Baby Walker
Lepas baca tentang bahaya baby walker, aku rasa macam ada sikit-sikit persamaan dengan Aiman. Aiman memang skip merangkak pastu dulu-dulu dia pernah banyak kali juga tulis huruf dan nombor terbalik. Setelah aku kaji, masalah dyslaterality tu takde rasanya. Dia memang dominan kiri, tulis dan sepak bola semua kiri. Aiman kidal bukan ikut aku ye, ikut aruah pak aku.
Katanya lagi baby walker ni melambatkan perkembangan motor dan mental anak. Kalau bahaya kemungkinan jatuh tu semua memang dah sedia maklum la kan. Bab perkembangan motor tu Aiman ok. Tulisan sekarang cantik apa. Bab mengenal huruf dan membaca tu je lambat sikit. Tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh la baca walaupun masih mengeja.
Pada aku nak bela anak ni tak perlu kot skema sangat, kena ikut keadaan dan kerenah anak. Yang baik kita ambil, yang kurang baik, kita boleh adjust menjadi lebih baik. Contohnya dalam bab tidur buai, kalau dah anak jenis melalak nak berayun, kita nak berkeras jugak tak mau buaikan anak sebab terbaca tentang keburukan buaian, anak pulak tak cukup tidur lagi la membantut perkembangan. Aku buaikan Afia sebab mertua aku sibuk suruh, nasib Afia jenis fleksibel, ada nenen mana tempat pun dia membuta.huhu
Aiman dulu ada dua bijik walker, beli yang murah je. Lagipun dulu mana banyak sangat pilihan walker cangih manggih macam la. Satu ni dah buruk, memang kena lenjan teruk dengan dia. Dah 6 tahun aku simpan lagi ok. Satu lagi warna hijau ada kat rumah Wan. Saja keluarkan testing sekejap bagi Afia naik, pandai tau dia reverse walker guna kaki dia.
Walker buruk dengan tuan yang comel walau bermuka serius |
Ada juga sesetengah baby suka meragam sampai kita tak boleh buat kerja satu benda. Bila letakkan dalam walker boleh membantu takde salahnya bagi aku. Tapi jangan la berjam-jam biar baby kat dalam tu. Niat aku bukan nak taruk Afia dalam ni selalu. Kalau letak sekejap-sekejap dengan pemantauan ok kot. Selebihnya aku biar Afia kat bawah untuk teroka dunia babynya. Walker buruk ni untuk mudahkan aku bagi Afia makan je nanti. Ibunya nak beli kerusi makan kan ke kemut.
Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Tak faham sudah..:)
Saturday, October 19, 2013
Kenapa Tak Boleh Solid Food Sebelum Baby 6 Bulan?
Macam kita semua sedia maklum, baby sepatutnya diberi susu ibu secara eksklusif sehingga umur 6 bulan. Solid food tak boleh bagi sebelum baby umur 6 bulan sebab makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan. Selain tu atas banyak faktor, antaranya :
- Baby masih takde skill mengunyah dan menggigit dengan berkesan.
- Kidney belum cukup matang nak buat kerja berat proses solid food.
- Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
- Usus yang belum matang boleh mengundang risiko kecederaan or usus tersumbat (yang ni paling seriau)
Bila baby membesar, dari umur 6 bulan, baby perlu diberi makanan pejal secara beransur-ansur. Proses ini dipanggil ‘weaning’, maknanya tak boleh la hari ni bagi susu, esok terus semangkuk bubur nasik, terkejut beruk perut baby! Sebaiknya, bagi la peluang baby menyesuaikan diri perlahan-lahan. Lebh detail nanti aku cerita next entry.hehe..
Ada sesetengah baby yang mula menunjukkan hint nak makan awal. Hintnya tu korang boleh google, aku malas nak taip. Awal yang dimaksudkan umur 4 bulan ye, bukan masa kurang dari tu. Si bambam so far pernah la beberapa kali je mulut dia dok mengunyah bila tengok kita makan. Selain tu takde la menangis ke tak cukup susu ke apa. Kalau fully bf disarankan sebaiknya mula solid food masa baby 6 bulan.
So, kita mulakan untuk si bambam genap 6 bulan 1 hari la ye, lebih kurang dua minggu je lagi. Nanti kita shopping persediaan solid food Afia. Harap Afia boleh makan dengan berselera.
Resepi Sos Black Pepper Sedap
Aku dah lama hutang resepi ni dengan seseorang. Baru ni dapat daging korban, buat la beef steak dan black pepper sauce. Mari aku langsaikan hutang laju-laju.
Resepi Sos Black Pepper : Panaskan kuali, masukkan butter pastu tumis bawang merah + bawang putih yang di cincang halus. Agak dah naik bau masukkan tepung gandum. Goreng sekejap pastu masukkan stok ayam or daging, kalau takde belasah je guna air. Lepas tu boleh masukkan susu cair, lada hitam yang ditumbuk, sos tiram, sos cili dan kicap. Perasakan dengan garam,gula dan serbuk ayam. Kalau suka boleh masukkan cendawan butang macam aku. Kalau nak sos lebih bergaya hitam, mutu, keunggulan taruk la kicap lebih.
Resepi ni mudah dan sedap. Boleh bekukan kat dalam freezer, time nak makan tinggal panaskan. Selamat mencuba.
No New Handphone!
Semalam aku kerja office hour. Lunch break plus orang solat Jumaat panjang la sikit waktu rehatnya. Aku pergi susukan si bambam terus balik rumah. Kemudian waktu naik kerja opismate kata petang ni depa "stand down". Istilah diberi kelepasan la bagi Army. Kalau Navy depa guna istilah "payung". Sekadar pencerahan takut ada yang tak tau benda pengetahuan am.kehkeh
Nampak tak keperluan HP dalam hal ni? Opismate nak call bagtau tapi no en suami pun tak ada. Buat penat je aku pecut naik kerja semula. Aku masuk opis sekejap, call en suami suruh terus siap sementara aku ambik Afia boleh terus pergi Maxis Centre buat nombor simkad yang sama. Tak kuasa nak tukar nombor, lagipun aku dah pakai nombor tu since masa study lagi. Apa-apa hal susah orang nak contact.
Sampai Maxis Centre, kena isi borang, tandatangan, bayar RM10 dan boleh terus dapat simkad. Tak lama lebih kurang 10 minit dah boleh aktif. Dah selesai aku ajak en suami round The Store bahagian mainan konon nak cari mainan untuk si bambam. Pusing punya pusing takde pun yang berkenan. Si chubby dan abahnya yang teruja lebih tengok mainan segala mak nenek kat situ. Memang tak sah la kalau tak dapat sebijik. Banyak-banyak mainan, senapang je yang dipilihnya.
En suami beli smartphone hari tu, so hp lama beliau aku pakai. Aku spesis lasak dan terkenal dengan kepakaran menjahanamkan harta benda, hp cap ayam je sesuai.hehe..
Friday, October 18, 2013
Shawl Pemberian Rakan Blogger
Picture waktu tengah photoshoot raya hari tu. Ni pun Aiman yang snap, ada gegar la sikit. Shawl ni pemberian Ina tahun lepas. Aku ada pakai dalam dua tiga kali tapi baru sempat nak tayang gambar posing dengan shawlnya. Segan nak enterframe selalu. Maklang kan dah tua, makin berisi, kedut pun banyak dah.haha..
Afia monyok, ibu syok sendiri! |
Shawl Tribal pemberian Yana aku tak sempat gayakan lagi. Sejak dah ada anak kecik ni tak sempat kau nak melilit shawl. Sory ye Yana, tunggu tahun depan pulak kot baru tempek dalam blog.kehkeh..
Masuk Longkang
Petang tadi dah terlambat nak pergi kerja aku tertinggal hp. Entah macam mana tergerak panggil en suami suruh campak dari atas. Selalunya aku tak heran pun kalau tertinggal hp. Masa en suami campak boleh aku tak cekap sambut tepat masuk dalam longkang. En suami pun lambung tinggi sangat,dah la isteri beliau kaki bangku,mana pernah main bola jaring. Basketball jauh sekali.
Mujur la hp aku tu cap ayam. Simkad tu je la sayang banyak nombor telefon sedara dan kawan. Break time aku balik la sekejap konon nak cuba ambil hp dalam longkang tapi usaha tak berjaya.Tahu apa Aiman kata?
"Tadi Aiman sampai nangis,nanti Aiman besar Aiman tolong ibu beli hp baru.."
hehe..
*Cubaan pertama taip entry guna android adik aku.Gila lece...:
Thursday, October 17, 2013
Kebaikan Babywearing
Bila baca entry Babywearing Ballet, Indahnya aku teringat kata-kata seorang Doktor tentang benda ni waktu aku chekup Afia sebulan hari tu. Beliau memang yang banyak bukak mata aku tentang kebaikan babywearing. Doktor tu siap cari gambar dalam handphone nak tujuk pada aku macam mana cara ikat baby wearing. Wrap yang direkomenkan. Memang mula-mula nampak macam minah indon, tapi bila dah biasa, kita rasa happy, anak pun selesa. Bonding antara ibu dan anak kan.
Macam ni |
Newborn baby yang dulunya sentiasa bersama kita, sentiasa merasa hangat waktu dalam perut ibu, bila lahir sekejap ibu ada, sekejap ibu hilang, sekejap cuaca panas, sekejap cuaca sejuk, sebab tu baby menangis. Semua ni ambik masa nak menyesuaikan diri. So bila baby asyik menangis dan meragam, jalan terbaik kendung je dalam baby wearing. Senang kita nak buat kerja apa pun. Free exercise kita dapat, boleh kecikkan peha.huhu..
Kata doktor, mula-mula baby mungkin akan menangis sebab tak biasa, tapi bila berada dalam pelukan dan mendengar denyutan jantung kita, dia akan rasa selamat. Pergi shopping, buat kerja rumah, waima menari ballet sekali pun pasti lebih indah. Ye ye je kan.haha..
Bedtime Story For Afia
Masa dalam perut lagi ibu dah bedtime story, dah deliver dan membesar dengan bambamnya kini, haruslah kita sambung bedtime story. Pinjam buku abang Aiman sudah! Tunggu OT Raya masuk nanti baru ibu belikan cloth book.hakhak..
Ibu baca dia pun sibuk nak menyelak buku sama. |
Dah habis baca kasi chance peluk-peluk sambil warning jangan sesekali cuba nak jahanamkan. |
Lepas tu kita belajar mengenal transport pulak. |
Agak dah penat boleh tutup lampu dan zzzz... |
Subscribe to:
Posts (Atom)