Pixajoy

Tuesday, January 14, 2014

Home » Pizza Paling Mudah dan Sedap

Pizza Paling Mudah dan Sedap



Salam Maulidur Rasul.

Sepatutnya letak tajuk Pizza paling bodo. Malas nak lap oven punya pasal aku guna pemanggang ajaib. Bahan-bahan topping pun tak cukup. Kalut dengan si bambam nak renyah masak sos dan bahan topping sebenarnya. Kali ni topping cuma guna mayones+sos cili+ sosej+cheese. Ikutkan doh pizza pun malas nak bikin. Bila cakap pada Aiman nak guna roti gardenia dia kata tak mau, Aiman nak pizza. Kalau guna roti jadi roti pizza plak ye. Buat gak la, bukan susah sangat pun. 

Resepi Kulit Pizza : 1/2 kg tepung gandum + 2 sudu marjerin + 2 sudu mauripan+ 2 sudu gula + 2 sudu susu pekat manis/susu tepung + garam pastu gaul sebati. Dah sebati baru masukkan air secukupnya dan bentukkan doh. Perap doh paling koman pun 30 minit. Bila doh dah kembang, bentukkan bulat macam kulit pizza. Bakar sekejap setengah masak dalam oven. Siap!

Aku tekan dengan tangan tak guna pun penggelek. Resepi ni dapat dalam 4-5 keping saiz pizza sederhana. Aku buat dua bijik je selebihnya lepas bakar boleh simpan dalam freezer, nanti bebila nak buat pizza tinggal keluarkan kulit dan letak topping. Kulit pizza ni makan macam tu pun sedap. Cicah sambal, kuah kari lagi ada umphh..


Yang atas Aiman punya, bawah ibu punya. Sorang sebijik memang puas makan. Kalau letak toping segala mak nenek mesti lagi sedap. Boleh la buat melepas tekak Aiman dan ibu. Buatnya untuk dinner semalam, sampai hari ni Aiman dok sebut "sedap pizza semalam ibu, nanti ibu buat lagi". Nampak sangat dah lama ibu tak buat pizza ekk.




24 comments:

Chot said... Best Blogger Tips

buat sendiri puas hati..murah pulak tu :) Salam Maulidul Rasul kak

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

sedapnya PK..
zee tadi pon ada bakar..sebijik sama la kita..sosej jerk ada so taruk tu jer la..pakai cheese yang slice then bakar..hahhahaa tapi zee pakai potato wrap jer..tak reti nak adun doh..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

muni guna keju apa yer.. sbb nmpk cam cair sikit keju.. sy biasa guna yg mozarella tu

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

boleh try ni..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

wah! mmg nampak sedap lah PK.. tu yg Aiman dok puji kan..hehe..:)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Sedapnya. Dah lama akak berangan nak buat pizza sndiri. Thnks dear brkongsi resepi

Nora Karim said... Best Blogger Tips

wah sedap makan ni... yum2!!

umi alya said... Best Blogger Tips

len kali buat pos ke sini jugak erk..

nurbijen said... Best Blogger Tips

mmg puas dapat makan pizza sebiji sorang....
Saya belum pernah menjadi kalau buat doh yg kena menguli ni.... tapi nak cuba juga resepi ni.. mana tahu menjadi :)

Sayidah Nafisah Ruslan said... Best Blogger Tips

sedapnya tengok.. tetibe dah lapa pizza pulak ni.. huhu

NzA said... Best Blogger Tips

wow cheese meleleh2...nyum..nyum..nyum....

- AZIE - said... Best Blogger Tips

huhuhuh nmpk sedapnya..terliur...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah rajinnya PK. Aiman dah puji meleret tu, maknanya ibu kena buat lagi...

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Wah sedap ni. Belum pernah buat pizza sendiri ;) tq share resepi. Nk try juga nanti. InshaaAllah

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Itu dia!! Aiman lain kali dah tak payah ke pizza lagi. Ibu buat lagi menggoda rasa...

izan mama mia said... Best Blogger Tips

kalau buat sendiri..mmg kebabbom sedap..anak puji sedap tu yang kasi up semangat nak buat lagi tu kan..hihi

lizz said... Best Blogger Tips

Nyum2 sedapnyer..terlio nengok pizza pk ni..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah... Pizza tu. Buat sendiri memang puas hati kan walaupun simple. Boleh try ni. Hehe...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Untung betul bila dapat mama yg pandai masak lepas tu rajin pulak tu!...Macam senang je buatnya PK...nak try le

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ibu kalau masak apa pun janji ada 'bodo' di belakang menu, memang sedaplah Aiman ooiii....(nasib baik Aiman tak boleh jadi menantu Aunty, kebulurlah hang Aiman ooi kalau turn balik ke rumah Aunty nanti)

Dah buat kulit piza pun tetap nak cecah kuah kari ke apa ya, PK. Memang tekak 'omputih' sungguh! :)

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

mmg mudah . cuma nak dgn malas buat aje kan hehehe

kastari multimedia said... Best Blogger Tips


Assalamualaikum..Singgah dari GA yg sama.Jemput singgah ke blog :)


https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

nak kena try buat ni...saya dah lama jugalah tak buat pizza sendiri..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

simple aje bahannya.
pk, sudu tu ukuran kecik ke besar ?