Pixajoy

Wednesday, January 15, 2014

Home » Little Miss Muffet

Little Miss Muffet




Aku nak review sikit board book merangkap plush toy yang aku beli kat Afia. Comel dan unik sangat Miss Muffet ni. Tak pernah lagi aku nampak kat mana-mana online shop lain. Aku beli dengan harga RM 12 sahaja, sama macam softbook Princess. Miss Muffet bersaiz comel, H17xW9 cm. Buku pulak bersaiz 7x7 cm, total 14 pages

Aku ada beli dua lagi foam book untuk Afia. Yang tu simpan dulu tunggu Afia besar sikit baru bagi. Buat Azie, kalau nak beli online toy baby yang murah, boleh cari kat Gifts From Heaven. Saya dah banyak kali shopping kat situ. Pendek kata memang dah jadi online baby shop peberet dah. Servis penghantaran memang tip top. Bayar malam ni, esok pos, lusa dah sampai depan rumah.

Berbeza dengan Princess, Afia lebih sukakan Miss Muffet. Pertama kali tunjuk Afia senyum lebar. Nama pun baby, bukan nak bagi tumpuan lama sangat dengan sesuatu benda. At least selain main Afia boleh gak belajar dari buku cerita Miss Muffet. Benda pun kecik senang nak bawak kemana-mana. Ada reben kat belakang Miss Muffet untuk sangkut dekat stroller. Aku letak ring keychain dekat reben tu, senang nak sangkut dekat beg Afia. 



Khusyuk Afia baca cerita Miss Muffet dekat opis. Aku perasan Afia ni lagi suka buku betul dari mainan. Kalau kita baca buku atau baca paper kemain sibuk nak baca sama. Notebook ibu yang tulis segala nombor telefon pun tinggal kulit je dia koyakkan.





18 comments:

lizz said... Best Blogger Tips

kemain kusyuk afia membaca tuh...suka sangat la dia dapat buku yek...bagusla kecik 2 afia dah suka buku...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Mama suka baca buku tulah pasal Fia pun suka baca buku banding toys... Office sendiri ke PK?

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

khusyuknya dia!!dah pandai dah Afia..:)

NzA said... Best Blogger Tips

Cutenya. Amat2 menarik.
Wah, gud girl afia ni. Nnti bila besar nnti jd ulat buku ye...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

comelnya patung tue..kiut miut..
tq awak..yeah boleh cari utk qisya lps ni..tq so much..

Shark Kay said... Best Blogger Tips

Bagusnya bambam,.
Snang mak jaga dia .

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Cuba belikan buku resepi, PK tengok dia suka ke tidak. Kalau tak suka, hah nayalah memang kena masak untuk anak-anak selamanya :)

Afia memang rajin (macam Mommy juga) sebab tulah saya suka alahai dengan si bambam yang dah slim nih!

syiela said... Best Blogger Tips

nk juga la jengah situ.. mcm best jer tgk

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

anak pun suka buku..
tp wat gigit ha..ha..
mainan lain dia x layan sgt. buku jugak sedap digigit. ada rasa pokok kot..myb dia suka sayur.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Amboi anak dara, mmg kusyuk tgk buku Miss Muffet tu naa... buku comel, lagi lah Afia tertarik nk tgk...:)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Bagus Afia.... minat sgt baca buku... mesti dia geram kat buku tu.. buat macam mana pun tak koyak juga.... hihihi, tu yang ralit bereksperimen dgn board book tu :)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Khusyuknya Afia..senang mamanya nak buat kerja..
Kecik2 dah jadi ulat buku..Bagus sangat..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

saya pun pernah beli di kedai tu, mmg ok pilihannya... syok Afia baca tu, temgok gambar yang ada dengan khusyuk nampaknya... bila tengok ni, rasa sian pula dengan anak2 saya, haha,, mama tak pernah bei pun buku jenis gini masa diorang baby...

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

hehehe cute sgt !

chii said... Best Blogger Tips

mcm best je..bleh la chii belikan utk anak buah chii nnt :)

kastari multimedia said... Best Blogger Tips


Assalamualaikum..Singgah dari GA yg sama.Jemput singgah ke blog :)


https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra

Nora Karim said... Best Blogger Tips

wah.. bakal ulat buku ni... heheheh

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

bagusnya..saya pun nak cari 1 untuk Aniq..