Pixajoy

Sunday, January 19, 2014

Home » Burung Vs Ikan

Burung Vs Ikan



Perlawanan diantara burung dan ikan. Cuba teka siapa menang?

Dua ekor je?

Gerun plak tengok gigi ikan ni.hiks

Biasanya bila en suami bawak balik kepala ikan, aku akan masak kari atau asam pedas. Yang ni je dua menu aku tau.haha..Kali ni bila tanya nak masak apa beliau kata asam pedas isterinya ni sedap. Aku pun buat la asam pedas Johor. Dah lima tahun menetap di Johor kalau tak reti masak asam pedas kira lece la orang utara kata.

Lauk burung pulak en suami beli, mewah la lauk lunch kami tiga beranak.  Aku ni boleh dikatakan cerewet sikit bab sedap. En suami selalu kata kalau beliau
beli semua benda tak sedap kat tekak aku. Semua benda aku nak komplen. Burung entah apa masakan tapi kuah dia tak tipu memang sedap. Minyak tu je melimpah sikit. Aku dah buang setengah dalam singki.

Aiman makan lauk burung tak pandang langsung asam pedas ibu. Abah dan ibu pun dok pulun kaut kuah burung masuk pinggan. Makanya asam pedas ibu tak laku pada hari itu. Alasan? Ikan dah hari-hari makan, lauk burung bukan selalu.







13 comments:

Masya said... Best Blogger Tips

Hahahaha saboo jela... Klu camtu penat je msk

lizz said... Best Blogger Tips

memang best sekali sekala makan burung...layanla kan...ala asam tak laku lak yek...tak per simpan peti ais esok boleh makan lagik...

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

Hehe... Mst terer msk.nih...sbb tu leh komplen tuh... Sy tahu makan aje.. Hehe

nurbijen said... Best Blogger Tips

Asam pedas lagi perangat lagi best apa PK.....

Munira Mustafa Kamal said... Best Blogger Tips

Kalau tak suka masakan yang dibeli, tapi pandai masak mcm sis memang awesome. Kalau macam saya tak suka masakan beli, sendiri masak pun tak berapa nak sedap, memang sedih sikit ni.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah, nampak menarik dan PK pun cakap sedap. Masak kari gaya chrf wan kot? Kuah melekat di daging tu nampaknya....haha, saya memandai je, dah beberapa kali usha resepi chef wan tu tapi tak juga masak...

boleh beli lagi tu lauknya.. asalkan famili suka.. berapa harga dua ekor burung tu? Benda yang sekali sekala makan, nak banding dengan yg selalu makan, mestilah akan pilih yg jarang makan.. bukan bermakna asam pedas johor tu tak sedap.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

burung???
x pnh makan lagi...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

nmpk sedap..suka jgk burung puyuh..burung lain xpnh cuba g hihihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kesian ibu, lauk asam pedas tak laku pulak...Hehehe...dok Johor 5 tahun mesti dah tahu masak asam pedas Johor ya! Ni apa ke hal orang Johor yang sorang ni kalau nak asam pedas aje berlari ke rumah kakak suruh masakkan :)

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

agak-agak ikan tu da di gosokkn gigi tak PK? teringat satu cerita, yg hamid gurga gosokkan gigi ikan ms nak masak..

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

dua2 nampak sedap sgt !

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Oklah tu baru 5 tahun duk Johor dah pandai masak Asam pedas! Ni yg asal org Muo pun masik tak pas pas masak asam pedas hehe....Kalau balik Muo mesti makan asam pedas kat tanjung Muo tu!

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Dua2 nampak sedap sangat..tapi klau akak, akak pilih ikan..hihihi..