Pixajoy

Wednesday, January 01, 2014

Home » Evolusi 2014

Evolusi 2014



Azam dan semangat yang sama, template dan header blog tak juga berubah, penulisan kekal bertema 'tintong' dan 'bodo', dimanakah evolusi?hakhak..

Selamat tinggal 2013, tahun yang biasa-biasa seperti tahun sebelumnya. Semakin semarak kebahagiaan dengan bertambahnya ahli keluarga. Ujian yang sedikit masih aku mampu. Di dalam kesempitan ada kesenangan. Warna warni kehidupan sepanjang tahun buat pedoman. Baik buruk tetap indah untuk dikenang. Dah macam poem.haha..

Anugerah terindah 2013

2014 tahun berbelanja secara berhemat, meminimunkan kos dan memaksimunkan savings. Sesuatu yang kami nantikan, diharap ada penyelesaian terbaik nanti. Komitmen pun makin bertambah. Anak bujang sekolah tinggi, anak dara melasak tak terperi, ibu tepuk dahi.hehe

Semoga tahun baru ini semakin bersinar dibawah lindungan rahmatmu Ya Allah. Selamat Tahun Baru 2014!










20 comments:

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Anugerah Terindah thn 2013 ialah afia comel kn Pk..sejuk memandang nya.. happy new year ya.moga lbh baik dr thn sblm nya..

Sally Yatiey said... Best Blogger Tips

Selamat Tahun Baru! ;)

Kak Aya said... Best Blogger Tips

hari-hari mesti datang sini tp silent reader je sb baca guna hp tak berapa nak canggih, kecik cenoet, nak komen pun susah.

tp azam baru 2014, nak blogwalking dan tinggalkan komen sebanyak mungkin.

sama la kita, tahun nak cuba belajar utk lebih menyimpan walaupun tiap bulan tiada lebihan pun

izan mama mia said... Best Blogger Tips

hihihi
best pula baca ini entry
ber peri peri
biar xder evolusi
tapi stay memikat hati
tak jemu pon sll mai baca kat sini
ada anak bujang n dara yg comel berkali kali...
hihihi

Puan Mell said... Best Blogger Tips

amboih.. ayat berpuitis.. hehe.. hepi new year.. hihi

Roha said... Best Blogger Tips

happy new year PK :)
salam buat si comel afia hehe..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

anugerah terindah.. alhamdulillah
selamat tahun baru pk

LYAfrina said... Best Blogger Tips

amin.. mudahan tahun 2014 ni dpt kt mbuat penambahbaikan dlm kehidupan kt y lps2..

nurbijen said... Best Blogger Tips

pandai karang ayat puitis2 gitu...
tak pandai pula nak balas ayat puitis2 ni... hihihi
Insya Allah, semoga tahun 2014 memberi lebih keberkatan buat kita :)

tomato oren said... Best Blogger Tips

tahun ni kena berjimat cermat...tp bila nak shoping kena beringat jgak..hahaha

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Amboi.. kak izan pun tumpang berpuisi.. bagus2...

mmg betul, setuju dengan akak.. best baca entry ni. Semoga tahun 2014 ni lebih lagi paparan menariknya..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Selamat tahun baru dear...
Semoga segala yg diimpikan menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

selamat tahun baru muni...

lizz said... Best Blogger Tips

Selamat tahun baru dear...moga tahun ni lebih baik lebih ceria lebih gembira sentiasa sihat dan sentiasa dibwah lindunggannyer...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Aminnnnn....moga kurang tepuk dahi tahun ni PK hehe....betul tu kena belanja penuh hemah tahun ni...

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Slmt thn baru. Akak pun biar je lah mcm tu headernya. Minta tlg org buat takde pula ;)

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Amboi... mcm pantun lak :p

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, amboi, bila sesekali tak tingtong, ginilah jadi penulisannya. Penuh beritma gitu. Buat lirik lagu CT ni boleh juga!

Selamat Tahun Baru, PK walaupun dan 7 hari di tahun baru. Semoga tahun ini membawa lebih keberkatan, kebahagiaan dan kegembiraan buat PK sekeluarga. Masuk awal tahun, mulalah menyibuk sikit di pejabat ni.

Errr....ada niat nak tambah korum lagi ke?

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

insya allah..amin..

Masya said... Best Blogger Tips

selamat tahun baru.. selalu ketinggalan keretapi sbb link problem.. moga lbh semenagat.. jgn ting tong lbh hahahaha