Pixajoy

Sunday, September 28, 2014

Home » Frozen Cuti Sekolah

Frozen Cuti Sekolah



Cuti sekolah tempohari aku buat donut, pau sambal dan roti canai frozen. Aku dah dapat resepi mudah untuk roti canai yang tak perlu uli rehatkan, uli rehatkan macam resepi yang sebelum ni. Sekali je uli pastu rehatkan terus. Untuk donut dan pau aku guna adunan yang sama. Resepi ni pun aku suka. Donut tradisional dan gebu. Kebetulan marjerin kat rumah dah nak habis, resepi ni pakai minyak je, tak guna marjerin. So kena la share kat sini. Lagipun modal PK update blog memang sekadar tempek resepi je la pun.hehe..



Resepi Frozen Roti Canai

Bahan-Bahan : 1 kg tepung gandum + 1 sb gula + 2 sb marjerin + 3 sb susu pekat + 2 biji telur + 1 sb garam + air secukupnya.

Cara-cara : Gaul semua bahan kecuali air. Bila adunan dah berderai masuk air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak melekat dekat tangan. Bentukkan bulat-bulat dan rehatkan 4 jam atau lebih (Untuk simpan dalam peti ais kalau nak tebar kemudian, letak marjerin dekat adunan bulat-bulat tadi sebelum simpan dalam bekas kedap udara). Lepas tu boleh la tebar, bentukkan roti canai dan goreng separuh masak, bekukan. (aku tak tebar pun, just tarik-tarik dan bentukkan roti canai jadi bulat)


Aku buat asing-asing pau dan donut sebab tepung habis. Mula-mula aku buat donut, lepas dah beli tepung baru aku buat pau. Guna resepi sama tapi bahannya aku cut setengah la kan. Pertama kali buat guna resepi baru, adunan donut tak berapa lembut. Kali kedua buat adunan pau baru lembut. Mau tak gebu, adunan naik berkali ganda sebab aku tertidur lepas uli.





Resepi Donut & Pau Tradisional Frozen

Bahan-bahan : 1kg tepung gandum + 1 peket yis mauripan + 1/2 cawan minyak + 2 sb susu pekat + 2 sb garam + air secukupnya.

Cara-cara : 
Gaul tepung dan yis, masukkan semua bahan uli sampai adunan lembut. Rehatkan at least 1/2 jam sampai adunan naik dua kali ganda. Lepas tu uli sekejap sekali lagi, bentukkan donut dan goreng separuh masak, bekukan. 

Untuk pau, bentukkan bulat, masukkan inti pilihan dan goreng separuh masak juga, bekukan.


Abaikan rupa tak menarik donut dan pau. Pau besaq gedabak dipenuhi inti sambal ikan bilis, yang donut tu pulak kulit dia terkeras sikit tu yang bentuk macam agak creepy bak badan incederible hulk.hehe..





15 comments:

umi alya said... Best Blogger Tips

Bagusnya PK, rajin..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah rajinnya Muni. Lama dah fiza tak buat pau dan donat. Teringin pulak rasanya nak buat bila tengok resepi muni. Hehe...

anamizu said... Best Blogger Tips

masuk blog PK ni kalo tgh puasa mmg m'cbar keimanan sobss sobsss

tapi suka sbb PK slalu share resepi mudah2 hehe

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Tengok resepi macam mudah ni. Alahai.. bila nak try.. kagumla dgn PK, badan kecil walaupun pandai masak macam2. Kalau saya pandai dan rajin gini, rasanya dah tembam dah. Apa tak nya, sayang benda yg dimasak tu. Last2 saya yang makan banyak.

Chot said... Best Blogger Tips

PK ni mmg rajin btl la.. 1 2 3 frozen food sekaligus...huhuh..kagumm

LYAfrina said... Best Blogger Tips

pernah buat sekali je donut..dlm 3-4 thn lps..

roti canai mmg x pnh lgsung..

ida =) said... Best Blogger Tips

Rajinnya!!! Saya lama dah tak memasak. Apatah lagi nk mengueh frozen. Hihihi. Makannya suka... Buatnya malas!

Kalau rajin kan.... Buat byk, mesti kawan2 Yg rajin mcm saya nak beli :)

Diana Rashid said... Best Blogger Tips

Anak saya penggemar donut..hari2 buat donut pun tak pe..pau tak cuba lagi..nak buat la nanti..mana tau depa suka ke..kan??

eita said... Best Blogger Tips

waaaa...sedap nyer...

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

ini memang sangat rajin..3 jenis sekali tu..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha, PK ni ada je nak buat joke. Okeylah tu buat makan seisi keluarga. Janji sedap, Nak buat rupa paras cantik menawan pun bukan nak jual kat gerai tepi jalan. Akhirnya ke perut jugakan.

I is tak rajin macam awak. Meranalah badan kalau tetiba ada orang singgah rumah. Minum air plain water plus biskut oreo ajelah yek!

LydSunshine said... Best Blogger Tips

nampak betul gebu si budak pau tu. bagusjuga idea utk buat frozen ni kan. nnt bila2 nak makan senang.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Baru baru ni pun okje buat donut dan bekukan separuh adunan.... cuma dalam duh tu okje tak buh minyak.... mungkin lepas ni boleh cuba buh minyak pulak kot lembut jadinya...

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Ros pun pernah juga buat donut sendiri, tapi tak buat frozen pun.. thanx kak utk resepi tu. Nanti nak try!

Masya said... Best Blogger Tips

kalau masuk sini x sah xde resepi frozen ...