Pages

Sunday, November 30, 2014

Print Out Kalander 2015



Dulu-dulu kan kalau pergi kedai beli barang, berlambak kalander kuda cap kicap, cap beras, cap ajinomoto boleh dapat. Senang la kan nak tengok dan rancang apa yang patut. Sekarang ni macam susah dah nak dapat kalander, pulak tu dah nak masuk bulan Disember satu pun belum sampai kat tangan. 

Nak masuk tahun baru semangat dia lain macam sikit. Dah tak sabar nak usha kalander 2015, so secara membuta tuli aku google. Line sikit punya sengal, sekadar apa yang ada, malas dah nak cari yang lawa-lawa bagai. Tempek kat sini mana tau ada yang minat nak print out jugak.

Kalander Cuti Umum 2015, sekali dengan Singapore hentam sajalah labu.


Senarai cuti-cuti umum mengikut tarikh dan negeri.


Cuti sekolah untuk negeri Kedah je, Untuk Kumpulan B cari sendirilah!




Nak tumpang print out kat opis ink pulak habis. Kat rumah tu ink banyak tapi laptop pulak rosak. Apapun tak boleh. Kena tunggu kalander kuda free jugak la nampaknya.hehe..






Wednesday, November 19, 2014

Aktiviti Si Bambam



Baby besar Afia memang tengah ligat dan aktif. Setiap hari dia meneroka kehidupan dengan macam-macam aktiviti dan permainan yang nampak biasa tetapi sebenarnya merangsang otak. Sebagai ibu kita kena sentiasa berusaha menggunakan aktiviti anak bermain menjadi suatu bentuk pembelajaran melalui persekitaran. Poyo tak.hakhak..

Antara aktiviti si bambam yang sempat ibu snap. 


Bila petang kalau free, kalau tak kerja dan kalau ibu tak penat berlebihan menang ibu akan bawak Afia keluar rumah juga ke playground. Benda simple macam bagi Afia bau daun, kenal warna dengan pelbagai jenis bunga, pegang dan rasa rumput boleh merangsang deria si bambam. Sekarang ni dia dah pandai panjat gelungsur dan main masuk keluar gelungsur sendiri. Macam tak sangka cepatnya anak ibu dah besar.


Ini aktiviti Afia suka. Sejak kebelakangan ni je nampak dia dah boring buat. Habis hanger baju ibu dia susun masukkan kat besi katil. Mula-mula tu ada yang terbalik dia susun, pastu terus expert guna sebelah tangan je cakuk kat besi. Abaikan suasana bilik bak sarang dinasour.


Aktiviti keluar masuk bakul masih menjadi peberet. Eh gambar gegar la pulak. Mula-mula belajar masuk bakul memang dia suka pakai kopiah abang Aiman. Agaknya macam topi keselamatan kot bagi dia. Sory ye Afia memang seksi kat rumah, lagi-lagi tengah cuaca panas, berCD je. Sekarang ni dah jadi macam tabiat pulak bila time ibu nak suap makan dia sendiri bawak bakul mintak duduk dalam.


Excited dengan segala jenis binatang. Setiap kali turun atau nak naik rumah wajib tengok cat. Memang peminat cat sungguh. Walau tak pandai lagi sebut cat, dia dah pandai tunjuk gambar cat bila kita minta. Kat rumah pengasuh pulak ada macam-macam binatang macam ayam, burung dan kambing. Afia memang nampak teruja sangat, belum turun kereta lagi mesti jari dok tunjuk kambing kat padang.


Baru-baru ni keluarkan basikal lama abang Aiman. Bila naik basikal siap bunyi nge nge nge tu yang best. Abang Aiman yang ajar bunyi macam enjin moto. Memang dah lama bertangguh nak belikan basikal baru untuk Afia dan Aiman, cuma keadaan belum mengizinkan. Tunggu ibu dapat bonus awal tahun depan nantilah nak. Dah hujung tahun ni mana roadtax insuran, Aiman sekolah memang papa kedana.


Tak perlu mainan mahal untuk si bambam. Now memang dia tengah gila main ikat rambut yang warni warni ni. Gambar masa mula-mula dapat, dalam gelap malam hari dok main angkut ikat rambut guna sudu masuk bekas. Memang la aktiviti yang bagus untuk motor skills, tapi tak boleh nak sorokkan langsung ada je modal dia nangis mintak. Sekarang main tak bersungguh, pantang nampak mesti dia nak tunggang selerakkan satu rumah. Dah tu ada juga dia masukkan dalam kabinet TV. Sakit mata aku tengok. Kita kemas dia tunggang balik. Sabar jer la!hehe..

Ada banyak juga aktiviti yang aku google untuk praktikkan dengan budak umur setahun dua tahun macam Afia ni. Ada yang dah praktikkan, ada yang belum. Nanti kalau rajin aku share. Cuti sekolah pun nak mula. Kena fikir aktiviti untuk si chubby Aiman juga. Kalau tak hari-hari depan TV tengok kartun main game. Berbulu je aku tengok!







Tuesday, November 18, 2014

Beranak Dalam Kubur



Sejak dua menjak ni aku rajin pulak tengok cerita hantu. Dari cerita thailand, cerita indon, cerita omputih, cerita melayu semua layan. Astro pun dok asyik tayang cerita hantu sapa suruh. Minggu lepas sempat tonton cerita beranak dalam kubur dengan Aiman. Anak bujang aku ni macam sedia maklum penakut budaknya. Rapat duduk dekat ibu pastu bantal sebijik tutup muka. 

Cerita ni takdelah seram mana tapi setiap kali hantu nak keluar Aiman mesti tutup mata dengan bantal. Dia mintak aku tukar channel tapi aku sedap layan cerita ni dari mula so alang-alang tengoklah sampai habis. Tiba-tiba sampai part si Diba kena tanam dalam tanah, dia sedar-sedar terus sakit dan beranak dalam kubur sebelum mati, menjadi-jadi pulak sedih Aiman.

Aiman : Ibu..cerita ni mula-mula seram, pastu sedih...

Dah nada sebak dia bagi. Aku bantai gelak.

Pastu teresak-esak dia nangis keluar air mata. Lama pulak tu. Biasanya kalau cerita sedih paling kuat pun bergenang air mata atau menitis air mata tanpa sound effect. Kali ni teruk dia nangis. Punya sensitif anak aku. Harap badan je sasa!


Gambar Aiman minggu pertama sekolah. Kejap je masa jalan dah nak masuk darjah dua. Buku teks darjah dua pun dah dapat. Exam sekolah kebangsaan ada peningkatan walaupun tak cemerlang, tak juga teruk resultnya. Sekolah Kafa belum tau lagi result. Kata Aiman budak kelas dia yang dapat nombor satu namanya Siti.

Aku : Ibu sekolah dulu tak pernah tau dapat nombor sepuluh keatas. Aiman tak teringin ka jadi macam Siti tu?
Aiman : Tapi Aiman tak mau jadi perempuan..

Tengok tu dia punya loyar buruk. Anak oh anak.. 









Monday, November 17, 2014

DIY Alif Baa Taa



Tu dia punya poyo nak tunjuk DIY Alif Baa Taa yang aku buat untuk Afia. Bila datang meroyan update jadi lagu ni la. Sekali harung aku autopublish entry.hehe. Benda ni semua tak payah nak beli, buat sendiri baru ada sentimental value. Sebenarnya nak cakap aku kan kemut.hehe..

Bahan yang aku guna cuma buku lama Aiman dan juga board terpakai. Gunting alif baa taa dari buku Pendidikan Islam prasekolah Aiman je. Board ni yang siap pen tu, ada banyak kat rumah. Aiman la ni dulu-dulu sekali pergi kedai dua ringgit, sekali dia mintak. Macam-macam pattern dok ada aku curi la satu buat lekat alif baa taa Afia.



Dah siap lekat boleh salotape penuh supaya tak mudah koyak dan kotor. Almaklum la budak baru nak membesar nak menyebut pun tak pandai lagi, melingkup pandai la kan.


Tada..Siap! Semoga Afia celik Quran, Ameen..:)







Sunday, November 16, 2014

Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis



Sambal tempe antara makanan peberet kami sekeluarga. Resepinya mudah saja. Semua orang pun tak buat kot! Sambal tempe kalau letak kacang tanah goreng pun sedap tau. Siapa yang suka hati dan pedal pun boleh letak. Yang ni guna ikan bilis dan kentang. Aku tempek gambar lama. 


Resepi Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis : Potong dadu tempe dan kentang pastu goreng sampai garing. Ikan bilis pun goreng garing juga. Ketepikan kentang, tempe dan ikan bilis tadi pastu boleh mula buat sambal. Tumis bahan kisar (cili kering+halia+bawang merah+bawang putih) sampai garing, masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Boleh juga masukkan air asam jawa bagi yang suka. Kemudian masukkan ikan bilis,kentang dan tempe tadi. Gaul rata sampai sambal kering. Siap!






Saturday, November 15, 2014

Cara Mudah Hilangkan Sakit/Lenguh Kaki



Kerja aku membolehkan aku duduk membesarkan bontot setiap masa, wajib dikatakan takde masalah sakit kaki ni semua. Park kereta pun cuma perlu jalan dua tiga langkah terus ke pintu office. En suami je yang selalu mengadu lenguh, sakit kaki. Waktu kerja kena berdiri lama 3, 4 jam tak duduk katanya. Selalu aku bantu dengan pijak-pijak kaki beliau guna tumit kaki aku. Nak urut, tangan aku mana kuat. Lagipun kaki orang laki ni kan ke keras macam batu.keke 

Bahan yang diperlukan cuma besen, garam, air suam dan tentunya kaki untuk direndam.hehe


Masukkan garam dalam baldi. Guna garam kasar ye kawan-kawan! Kalau ada garam bukit tu ke lagi bagus kot.


Tuang air panas campur air sejuk biar jadi suam. Pastu dah siap untuk rendam kaki!


MIL yang bagi petua mudah ni, so aku cuba la buat. Bila google baru aku tau rendam kaki dengan air garam rupanya salah satu daripada perubatan tradisional cina (PTC). Menurut PTC, kaki adalah jantung kedua pada tubuh badan manusia dimana terdapat banyak titik akupuntur pada telapak kaki. Ada benarnya sebab aku pun pernah dengar orang kata segala penyakit titiknya berpunca dari kaki. 

Merendam kaki dengan air panas dapat memanaskan seluruh badan, meningkatkan pengaliran darah ke bahagian atas tubuh badan dan juga melepaskan tekanan. Kalau ikut PTC, dia suruh rendam kaki sampai betis guna besen yang lebih dalam. Merendam kaki sampai berpeluh boleh meredakan selsema dan senggugut. Amalan yang bagus untuk mencegah strok juga katanya.

Kata en suami air rendaman garam ni bagus. Ada rasa perubahan positif meredakan lenguh dan sakit kaki, cuma bini beliau ni je tak rajin nak buat setiap hari. Sekali ni je pun buat.muahaha..









Thursday, November 13, 2014

Vanilla Cupcake Sedap Mesti Cuba!



Haha kembali lagi kedapur dengan acara membaking. Dah lama tak tempek resepi bodo. Beberapa minggu lepas mimpikan kek coklat, pastu punya teringin nak makan, dok bertangguh-tangguh nak buat last2 jadi kek vanila. Magic kan?hakhak..

Punya semangat nak tunjuk dalam blog siap susun 4 bijik deret. Anak aku geleng kepala tengok. Nasib baik pak depa takdak, kalau dak memang dah kena gelak guling-guling.



Kertas cupcake jenis lembik tak berapa cun pasai yang ni ja pun yang ada kat rumah. Nak beli baru kan ke kemut.haha. Pastu bakar dalam oven toaster jadi tak serata sikit masaknya. Dah berapa bijik masuk perut baru teringat nak snap tunjuk kegebuan dia. Tak payah frosting segala, enak dimakan begitu saja ok. Resepi kat SINI.




Makin bercambah la lemak kat badan. Beli tali skipping dah berminggu tak mula skipping pun sampai sekarang, hari-hari hadap vanilla cupcake.haha..







Monday, November 10, 2014

Si Rambut Kerinting



Dulu aku memang berangan mahu rambut anak aku atasnya lurus, bawah kerinting. Comel kot tengok anak omputih yang rambut depa curly semulajadi. Tak sangka angan-angan aku jadi kenyataan walaupun rambut cik pia takdelah kerinting betul-betul serupa aku idamkan. Rupanya tak senang jugak hati aku bila tengok rambut Afia tak terurus menggerbang camni.


TV kat opis dia asyik dok ubah siaran. Bila tengah tengok cerita sedap memang bapak tensen!


Sebelum ni boleh pakaikan sepit je. Sepit pun jenuh berperang bila dia sibuk nak bukak. Headband semua mana dia mau dah. Senang-senang je dia tarik. Bila rambut Afia panjang sikit haruslah dipaksa ikat. Dah ikat baru nampak kemas sikit kan. Tapi biasanya kalau ikat pun mana tahan lama, ditariknya jugak!


Versi tak kemas tanpa sikat. Jenuh jugak ikut dia berlari nak ikat pun 




Versi kemas bila baru balik dari rumah pengasuh. Mak dia yang ikatkan.









Saturday, November 08, 2014

Afia In The Basket



Aku sengaja keluarkan bakul lama untuk main treasure baskets dengan Afia. Lain pulak jadinya bila Afia sekarang dok gila duduk dalam bakul. Sekejap dia masuk, sekejap dia keluar. Bila aku kemas masuk bilik, dia angkut semula bakul dan letak kat depan.

Macam-macam toys Afia sumbat masuk bakul. Main masak-masak, main laptop semua dalam bakul. Bila tiba waktu makan, aku letak je dia dalam bakul, so tak payah nak main kejar-kejar suap dia makan macam selalu. Senang kerja!


Aktiviti masuk bakul keluar bakul ni pun bagus tau untuk perkembangan kemahiran motor anak. Good for self confidence juga. Jangan hanya pandai masuk sendiri, nak keluar sibuk dok jerit lambai tangan panggil ibu. Buat sendiri sampai boleh ye nak!










Thursday, November 06, 2014

Afia Imanina 18 Bulan



Oh cik pia dah setahun setengah. Selasa lepas pergi checkup dan cucuk. Dengan ini dah complete imunisasi Afia. Macam biasa kena cucuk melalak keluar air mata kejap je pastu aktif macam biasa. Ni picture ibu snap masa balik dari RSAT. Sekarang susah benar nak capture moment dengan si bambam ni. Dia tak suka kamera. Kalau dah buat muka comel gerak-gerak pulak, so tak pernah jadi cantik gambar. Dah lama tak upload gambar cik pia kan, kali ni banyak sikit ibu tempek.hehe




Singgah kedai kejap Maktok kedai tu bagi coklat. Walaupun makanan tak khasiat orang dah bagi takkan nak tolak. Sebelum ni pun pernah bagi kek kat Afia. Tempohari pergi kedai yang lagi satu tok kedai tu pulak bagi roti. Baby besar Afia ni memang ramai yang suka. Kira anak ibu ni murah rezeki kan, Alhamdulillah. Sebelum naik rumah kita usha cat dulu.




Afia dah boleh faham apa sahaja arahan kita. Dah boleh masukkan sendiri baju kotor dalam bakul dan buang pampers dalam tong sampah. Yang peliknya sebelum ni dia suka sangat binatang, sekarang pun suka tapi kalau dekat semua binatang pun dia takut. Yang tak bley blah semut pun dia takut. 

Afia dah makin selera makan. Berat usia 18 bulan, 10.9 kg. Si bambam ni dah semakin menguasai banyak perkataan. Boleh gabungkan dua perkataan mudah macam nak nenen, nak num (minum). Dia jugak pandai sebut goal siap buat gaya angkat tinggi dua belah tangan. Yang paling comel selain tadah tangan doa setiap masa, dia pandai buat gaya POU lapaq, bila suruh buat, terus chap chap mulut dia tu.