Baby besar Afia memang tengah ligat dan aktif. Setiap hari dia meneroka kehidupan dengan macam-macam aktiviti dan permainan yang nampak biasa tetapi sebenarnya merangsang otak. Sebagai ibu kita kena sentiasa berusaha menggunakan aktiviti anak bermain menjadi suatu bentuk pembelajaran melalui persekitaran. Poyo tak.hakhak..
Antara aktiviti si bambam yang sempat ibu snap.
Bila petang kalau free, kalau tak kerja dan kalau ibu tak penat berlebihan menang ibu akan bawak Afia keluar rumah juga ke playground. Benda simple macam bagi Afia bau daun, kenal warna dengan pelbagai jenis bunga, pegang dan rasa rumput boleh merangsang deria si bambam. Sekarang ni dia dah pandai panjat gelungsur dan main masuk keluar gelungsur sendiri. Macam tak sangka cepatnya anak ibu dah besar.
Ini aktiviti Afia suka. Sejak kebelakangan ni je nampak dia dah boring buat. Habis hanger baju ibu dia susun masukkan kat besi katil. Mula-mula tu ada yang terbalik dia susun, pastu terus expert guna sebelah tangan je cakuk kat besi. Abaikan suasana bilik bak sarang dinasour.
Aktiviti keluar masuk bakul masih menjadi peberet. Eh gambar gegar la pulak. Mula-mula belajar masuk bakul memang dia suka pakai kopiah abang Aiman. Agaknya macam topi keselamatan kot bagi dia. Sory ye Afia memang seksi kat rumah, lagi-lagi tengah cuaca panas, berCD je. Sekarang ni dah jadi macam tabiat pulak bila time ibu nak suap makan dia sendiri bawak bakul mintak duduk dalam.
Excited dengan segala jenis binatang. Setiap kali turun atau nak naik rumah wajib tengok cat. Memang peminat cat sungguh. Walau tak pandai lagi sebut cat, dia dah pandai tunjuk gambar cat bila kita minta. Kat rumah pengasuh pulak ada macam-macam binatang macam ayam, burung dan kambing. Afia memang nampak teruja sangat, belum turun kereta lagi mesti jari dok tunjuk kambing kat padang.
Baru-baru ni keluarkan basikal lama abang Aiman. Bila naik basikal siap bunyi nge nge nge tu yang best. Abang Aiman yang ajar bunyi macam enjin moto. Memang dah lama bertangguh nak belikan basikal baru untuk Afia dan Aiman, cuma keadaan belum mengizinkan. Tunggu ibu dapat bonus awal tahun depan nantilah nak. Dah hujung tahun ni mana roadtax insuran, Aiman sekolah memang papa kedana.
Tak perlu mainan mahal untuk si bambam. Now memang dia tengah gila main ikat rambut yang warni warni ni. Gambar masa mula-mula dapat, dalam gelap malam hari dok main angkut ikat rambut guna sudu masuk bekas. Memang la aktiviti yang bagus untuk motor skills, tapi tak boleh nak sorokkan langsung ada je modal dia nangis mintak. Sekarang main tak bersungguh, pantang nampak mesti dia nak tunggang selerakkan satu rumah. Dah tu ada juga dia masukkan dalam kabinet TV. Sakit mata aku tengok. Kita kemas dia tunggang balik. Sabar jer la!hehe..
Ada banyak juga aktiviti yang aku google untuk praktikkan dengan budak umur setahun dua tahun macam Afia ni. Ada yang dah praktikkan, ada yang belum. Nanti kalau rajin aku share. Cuti sekolah pun nak mula. Kena fikir aktiviti untuk si chubby Aiman juga. Kalau tak hari-hari depan TV tengok kartun main game. Berbulu je aku tengok!
comelnye dia....
ReplyDeletedah besar anak dara makin ligat....
ReplyDeleteumo baya afia ni si ibu terpaksalah jadi terlebih rajin utk mengutip balik mainan yg diselerakkan...smbil2 tu ibu boleh sama2 bersenam....hik.hik.hik...
ReplyDeleteafia makin besar.. makin byk yang dia pandai.. makin banyak y dia mula berminat nak terokai
ReplyDeleteYg sangkut2 hanger tu aish pun suka bt..klu xblh bt mau dia ngamuk...huhu
ReplyDeleteBagus kenalkan anak2 dgn alam sekitar.... Nanti besar sikit, boleh main masak2 kat luar rumah mcm kita masa kecik2 dulu.... hahaha
ReplyDeleteRajin Afia praktis fine motor skill... Praktis make perfect... Orang kata, budak yg selalu praktis fine motor skill akan jadi cantik handwritting...
wahh..banyak bebenor kerja dia ehh.. hihi..
ReplyDeletenak join main kutu bole..kekeke..
ReplyDeleteehh takde kene mengena dgn entry plaks..
btw Salam perkenalan dari saya ;)
cepat share ye pk nti sy blh praktikkan dkt my baby pulak..
ReplyDeletesemoga Afia membesar sbgai anak solehah.aamiin..
bagusnya aktif betol dia hahha --kerusiburok--
ReplyDeleteanak aktif lebih senang jaga dari anak tak aktif kan... bagi apa barang pun dia kreatif nak buat itu ini... logiklah rumah bersepah kalau ada anak kecik
ReplyDelete'Ralit' tengok Afia main..
ReplyDeleteSemakin membesar semakin membina akal. Cerdik dan cergas lebih baik dari melepek tak sihat.
ReplyDeleteAnak-anak kakak yg dah besar itu pun kalau cuti sekolah kakak biarkan aje tak belajar. Memang kakak biasa masa cuti tak kisah anak bermain. Tapi anak perempuan suka membaca novel biasanya. Inilah masa dia berseronok jadi memang kakak tak halang. Bila sekolah kelak dah tak ada masa nak main..
Assalamualaikum! Saya datang ni, PK! Lama sungguh tak mai utagha tau!
ReplyDeleteTakpa Afia, kat rumah nak seksi selalu takda siapa peduli. Tapi kalau dah besar nanti, kena sarung mana yang wajiblah yek!Hihihi...
Kalau nak vroom, vroom sangat marilah datang sini, naik mutubike ngan Adik Cute. Nak tak? Takkan dah tak nak sekarang ni.... Hahaha!
hikhik afia sama mcm medina jgk ni...makin beso makin ligat aktiviti dia =p
ReplyDeleteseronoknye tengok anak2 membesar kan .....
ReplyDeleteAlolo...comelnye dia...aktif n kreatif sangat...yang paling kreatif sekali sudu ikat rambut tu....lagi banyak agaknya lagi leka lah dia ek...
ReplyDeleteAi Afia.. cuti2 ni Afia pegi mana? Ibu tak update blog pun dalam cuti ni..hah..mcm la dah lama sangat cutinya ya?
ReplyDeleteSeronok tengok anak2 kita membesar kan? Dah nampak cergas sangat Afia ni. Pasti budaknya bijak nati..
Aucakk
ReplyDeleteSalam kenal...singgah n terus folow...
ReplyDeleteAmboi nama ganazzz bebenor..hee3...tp si bambam ni mcm ada bakat utk jd rider ni...
dah makin ligat afia yer...afia dah belajar nak sidai baju tu...hehehe
ReplyDeletehehehe apa yg penting Ibu kena banyak bersabar k...
ReplyDeletePK, rajin2 le citer perkembangan afia & abangnya, rugi tau.. Masa berlalu dengan pantas.
ReplyDeleteMeh akak tiup angin kerajinan..
yayyyy bagus cik pia... sila kemas dan punggah. hahaha bebduak ni memang tak guna beli menan mahal2, cukup dengan apa yang ada dalam umah ni je. cik tipah skang duk teruja main tupperware dan handbag kakak nya... berbulu jer jelita haha.
ReplyDeleteSemakin besar samakin banyak nampaknya sel sel otak berhubung, tak sia dia weyh bagi susu cap gantung hihi....
ReplyDeleteBudak budak dgn binatang mmg cukup suka yeh, bolehlah jadi umpan Cik Pea bila time mood dia tak berapa baik nk gi rumah pengasuh!
cepatnya cik bambam ni membesar yek... umur mcm ni tgh seronok explore apa yang ada di rumah... mmg seronok melayan...
ReplyDeleteBudak besar ni mmg suka explore persekitaran dia.. Sama la mcm teruna sya ni.. Tunggang langgang rumah..
ReplyDeleteCepat share. Saya tungguuuu... Getha ikat rambut yg colorful tu mmg beli utk dia main atau beli utk dia ikat rambut?
ReplyDelete