Pages

Thursday, November 06, 2014

Afia Imanina 18 Bulan



Oh cik pia dah setahun setengah. Selasa lepas pergi checkup dan cucuk. Dengan ini dah complete imunisasi Afia. Macam biasa kena cucuk melalak keluar air mata kejap je pastu aktif macam biasa. Ni picture ibu snap masa balik dari RSAT. Sekarang susah benar nak capture moment dengan si bambam ni. Dia tak suka kamera. Kalau dah buat muka comel gerak-gerak pulak, so tak pernah jadi cantik gambar. Dah lama tak upload gambar cik pia kan, kali ni banyak sikit ibu tempek.hehe




Singgah kedai kejap Maktok kedai tu bagi coklat. Walaupun makanan tak khasiat orang dah bagi takkan nak tolak. Sebelum ni pun pernah bagi kek kat Afia. Tempohari pergi kedai yang lagi satu tok kedai tu pulak bagi roti. Baby besar Afia ni memang ramai yang suka. Kira anak ibu ni murah rezeki kan, Alhamdulillah. Sebelum naik rumah kita usha cat dulu.




Afia dah boleh faham apa sahaja arahan kita. Dah boleh masukkan sendiri baju kotor dalam bakul dan buang pampers dalam tong sampah. Yang peliknya sebelum ni dia suka sangat binatang, sekarang pun suka tapi kalau dekat semua binatang pun dia takut. Yang tak bley blah semut pun dia takut. 

Afia dah makin selera makan. Berat usia 18 bulan, 10.9 kg. Si bambam ni dah semakin menguasai banyak perkataan. Boleh gabungkan dua perkataan mudah macam nak nenen, nak num (minum). Dia jugak pandai sebut goal siap buat gaya angkat tinggi dua belah tangan. Yang paling comel selain tadah tangan doa setiap masa, dia pandai buat gaya POU lapaq, bila suruh buat, terus chap chap mulut dia tu. 






14 comments:

  1. Aunty pun rindu dgn Afia...
    Mesti rindu time dia kecik2 suka posing depan kamera... Danish sampai skrang susah nak snap gambar dia elok2... mcm2 muka dia buat.... huhuhu

    Alhamdulillah, murah rezeki Afia...

    ReplyDelete
  2. Cepat bnr mada bjln. Dh nk.msuk 2thn pom. Moga afia trs mbesar bagaikan juara n semkin byk y dpt dia blajar

    ReplyDelete
  3. Dah besar cik bambam afia mama...

    ReplyDelete
  4. wahhh cik Pia... lama tak nampok... makin comel ha dia. Moga sentiasa murah rezeki yer cik pia...

    ReplyDelete
  5. Cik lia ni lebih kurang sebaya anak saya Yusuf.. tengoklah tu.. duduk atas carseat pun kaki sebelah naik.. hihi.. geram tau..! :))

    ReplyDelete
  6. holohhhh...homeinye...xdpt bayangkan time die tiru gaya pou time lapa tu..hehehe mesti comel gile perangainye

    ReplyDelete
  7. hihih...rindu Afia bam-bam.. dah setahun setengah kan PK..tak sedar..dah makin bijak..:)

    ReplyDelete
  8. kejapnya rasa..dah besar dah anak dara ni..comeynya dia buat aksi mengoda kat dlm kereta tu..geram tengok..:)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. Afia mmbesar dgn sihat..makin sihat nampaknya..bhehehee..

    ReplyDelete
  10. Bdk2 bsr ni mmg org suka. Gula2 la, sumi bagai...

    ReplyDelete
  11. Haha.. Pou lapar tu mesti comel.. Terbayang gaya Pou tu..

    ReplyDelete
  12. macam mana erk gaya pou lapar tu, mesti cute je cik pia buatkan.
    smga cik pia membesar sbgai anak solehah.aamiin..

    ReplyDelete
  13. Betul kot budak-budak ni dari jauh bukan main teruja tengok haiwan. Bila dah dekat, lari ketakutan. Adik pun sama. Nampak macho bukan main bila nak terjah kucing. Sampai dekat ngan kucing, terus pegang lengan baju Mommynya!

    ReplyDelete
  14. Pandai Afia, Bila baca ni progress dia mcm lebih kurang je dgn Luth. Rasa nak copy paste je entry ni letak kat blog pastu tukar jadi nama Luth. hehe.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!