Pages

Saturday, November 15, 2014

Cara Mudah Hilangkan Sakit/Lenguh Kaki



Kerja aku membolehkan aku duduk membesarkan bontot setiap masa, wajib dikatakan takde masalah sakit kaki ni semua. Park kereta pun cuma perlu jalan dua tiga langkah terus ke pintu office. En suami je yang selalu mengadu lenguh, sakit kaki. Waktu kerja kena berdiri lama 3, 4 jam tak duduk katanya. Selalu aku bantu dengan pijak-pijak kaki beliau guna tumit kaki aku. Nak urut, tangan aku mana kuat. Lagipun kaki orang laki ni kan ke keras macam batu.keke 

Bahan yang diperlukan cuma besen, garam, air suam dan tentunya kaki untuk direndam.hehe


Masukkan garam dalam baldi. Guna garam kasar ye kawan-kawan! Kalau ada garam bukit tu ke lagi bagus kot.


Tuang air panas campur air sejuk biar jadi suam. Pastu dah siap untuk rendam kaki!


MIL yang bagi petua mudah ni, so aku cuba la buat. Bila google baru aku tau rendam kaki dengan air garam rupanya salah satu daripada perubatan tradisional cina (PTC). Menurut PTC, kaki adalah jantung kedua pada tubuh badan manusia dimana terdapat banyak titik akupuntur pada telapak kaki. Ada benarnya sebab aku pun pernah dengar orang kata segala penyakit titiknya berpunca dari kaki. 

Merendam kaki dengan air panas dapat memanaskan seluruh badan, meningkatkan pengaliran darah ke bahagian atas tubuh badan dan juga melepaskan tekanan. Kalau ikut PTC, dia suruh rendam kaki sampai betis guna besen yang lebih dalam. Merendam kaki sampai berpeluh boleh meredakan selsema dan senggugut. Amalan yang bagus untuk mencegah strok juga katanya.

Kata en suami air rendaman garam ni bagus. Ada rasa perubahan positif meredakan lenguh dan sakit kaki, cuma bini beliau ni je tak rajin nak buat setiap hari. Sekali ni je pun buat.muahaha..









15 comments:

  1. akak suka buat pada anak bujang, tujuan asal nak bersihkan kaki dia, tak tau pula ada kebaikan disebalik itu.

    ReplyDelete
  2. time-time sejuk hujan wat gini memang layan kan.. hihi

    ReplyDelete
  3. Kami dulu suka sangat rendam2 kaki ni, sekarnag ni jer jarang takut kang terendam anak huhuhu.

    Dulu kan pernah pergi satu spa cina buat refleksologi, depa taruk benda macma serbuh teh bunga ker apa kasi rendam kaki, best sangat macam geli2 jer rasa hahaha tapi best la tak perlu massage rasanya. still mencari benda apakah itu.

    ReplyDelete
  4. Ha.. petua yang bagus ni. Saya sokmo rasa lenguh kaki bila hari yang bz kat sekolah. Lain kali nak beli garam bukit la buat jadi rendaman macam ni.

    ReplyDelete
  5. saya pun selalu lenguh2 kaki ni walau keje pun duduk atas kerusi aje pun.... Ada masa nak cuba buat ni... nanti ai share testimoni....
    btw, thanks sharing info ni....

    ReplyDelete
  6. a’aa pk betul tu.
    sy dlu masa pi ngurut tapak kaki kat org buta, akak tu dok bcrita.. sedap kan bila tapak kaki diurut..

    ReplyDelete
  7. masa lya xleh jalan aritu, mmg rendam kaki guna garam bukit..mmg mujarab.. mula2 jari kaki je gerak2..

    ReplyDelete
  8. Yang ni HD rajin buat sendiri (alamak, terlepas cakap kita pemalas!) Saya sendiri tak pernah cuba. Setakat rendam kaki dalam air suam tu rajin ler ^_^

    ReplyDelete
  9. hoyeeee petua yg sangat-sangat bagus nie... boleh le try jugak pasn ie..

    ReplyDelete
  10. Oo.. Yeke? Lepas ni boleh cuba lah..

    ReplyDelete
  11. Menarik jgk cara yg puan guna ni..boleh la saya Cuba lps ni.

    ReplyDelete
  12. nk ckp trima kasih..dh x thn lenguh sepnjg ari berdri...

    ReplyDelete
  13. We are from WONG MEDICAL CENTRE MALAYSIA.We are unique which has a combination of western and oriental techniques for all treatments and precribes herbs medicine and physiotherapy .We are specialized in treating ankle pain .Our center is currently is well known in Medan,Jakarta,Sumatra,Indonesia,Penang,K­uala Lumpur,Ipoh and Malaysia.Visit us at newhopemedic.com or call us now for further information Dr.Wong 0124520077 (wechat,whatsapp,line)...Tq

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!