Pages

Thursday, August 14, 2014

Pagar Dah Roboh



Internet laju selama beberapa hari je pastu terus slow mengalahkan siput khinzir. Dulu dah habis limit pun tak macam ni tau. Mood blogging aku pun dah menyelam keluat biru. Malas sebenarnya nak luah perasaan kat sini, tapi nak bagitau jugak sebab line aku tak dapat nak meroyan komen rumah kawan-kawan. Bukan kita tak baca kisah raya awak-awak semua, cerita cikgu yang ugut students dengan Rindu Awak 200%, kisah tegang leher suami isteri pasal puasa sunat 6, kisah keterujaan penantian malaikat kecil selama 6tahun dan banyak lagi kisah-kisah yang semput aku nak senaraikan semua. Semua line punya hal! refresh tiga empat kali sampai kesudah tak dapat komen.



Back to the title entry, minggu lepas rasanya gigi arnab Aiman dah tanggal satu. Agak kelakar rupa si chubby tanpa gigi. Gigi sebelah tu pun makin longgar, penat dah ibu bebel suruh cepat goyangkan nanti tumbuh gigi kekal tak cantik. Aiman cuma buat bila ditegur pastu dah tak ambil endah. Gigi bawah dia tu pun dua batang dah menyenget sikit. Gigi susu elok sangat pun jadi masalah juga bila gegal kekal nak tumbuh kan. 

Nak bawak pergi dentist macam tak kuasa pulak setakat nak cabut gigi susu yang dah longgar pun. Sendiri nak jadi dental nurse memang tak arr. Kalau Aiman nangis sekali dengan aku la melalak nanti. Takpelah anak kalau gigi berterabur pun, bak kata kak mama, biar gigi tak cantik jangan akhlak tak cantik sudah! 












Saturday, August 09, 2014

Main Masak-Masak Ramadhan



Ini koleksi menu yang tetiba aku rajin snap masa puasa tempohari. Ada lagi tapi dah melingkup dalam netbook tak sempat copy. Bulan puasa memang aku jarang update. Line macam sengal tu yang mood kelaut. Masa line tengah laju baru ada chance aku upload gambar. Dah jadi baja pun nak jugak.hehe..


Teringin sangat kuah kacang daging dan nasi himpit. Pertama kali ni buat nasi himpit sendiri. Sejak dah pandai buat kuah kacang sedap ikut selera sendiri tekak pun asyik teringin ja. La pun tengah taip sambil telan air liur.


Buat kek batik guna milo.  Dapat idea setelah takde kuih nak makan untuk berbuka. Selalunya aku guna serbuk koko. Sedap jugak rupanya pakai milo. Buat loyang kecik tak sempat esok dah licin.


Spageti Carbonara kalau buat aku sorang yang kusyuk makan. En suami dengan Aiman layan Bolognese je. Depa tak suka ni. Dari buka sampai sahur aku sorang dok melantak.


Popia nestum tapi aku ubah sira dengan milo, susu dan gula. Orang buat untuk raya tapi aku buat untuk kudapan lepas berbuka. Dapat sebalang kecik je dah takde idea nak buat kuih apa dengan lebihan kulit popia. Susu tepung pun lebihan opismate bagi untuk testing bagi Afia aku guna. Susu ibu masuk botol pun Afia dah tak berapa mau, susu tepung haram dia nak mau.


Mihun sup utara bodo makan dengan bergedil dan sambal fishball. Bergedil dan fishball ni homemade ok! Aku buat banyak dan frozenkan. Sampai sekarang dok gila buat bergedil. Berjangkit miss potamayo barangkali.


Karipap MIL yang sedap. Aku tukang goreng ja. MIL buat banyak pastu tinggal kat dalam peti ais rumah. Mewah la sekejap dengan menu karipap beberapa hari. Dah tu ada pulak lebihan inti karipap. Sebab tak kuasa nak menguli doh, aku balut dengan kulit popia.huhu




Yang ni pun inti MIL buat. Terpaksa gigih mengketayap, Kalau tak memang membazir je la inti yang MIL tinggal ni. Pertama kali kot aku buat ketayap jadi. Aiman tak habis-habis puji sedap. Sedap sebab inti ketayap ni je kot. Aku tak suka buat ketayap. Memang tangan jenis melingkup takde skill menggulung.







Friday, August 08, 2014

Dua Hari Dihari Raya



Sambung kisah raya kedua. Dua hari je pun raya kami. Tak payah risau nak kena hadap banyak part pun.hoho..Habis kerja pagi raya kedua kami singgah rumah sekejap, en suami nak ambil barang pastu hantar sekali baju kotor terus tolak balik Nibong Tebal. Mujur kampung dekat, pakat drift la beraya tanpa cuti katakan. 

Sebelum keluar beraya baru sempat abadikan potret famili kecik kami. Afia punya susah nak tengok kamera. Aiman pulak dok buat muka serius, mood tak berapa baik kenapa ntah, sebolehnya dia tak nak bergambar. Entah angin kuskus apa entah. Masak la jurukamera kena snap banyak kali. 


Ni jurukamera kami, Acu Ain.


Rumah sepupu aku tempat pertama diterjah. Afia tengah ngempeng baru nak tidur dalam kereta, bila angkat langsung jaga merengek serba tak kena. Aku landingkan atas meja, sogok dengan muruku, kiri kanan dia jolok masuk mulut.hehe. Aiman dah hilang tengok DVD dengan anak-anak cousin aku.




Afia paling manja dengan Pak Ndak dia. Kira peberet uncle la. Aiman dulu pun sama.


Lepas rumah sepupu aku tu, niat hati nak kerumah Mak Ngah, sampai sana kebetulan terserempak dengan anak Mak Ngah. Rupanya Mak Ngah takde rumah, ade dekat rumah cousin aku yang lain. Kami pun follow ikut beraya kat sana. Rasa macam jakun sekejap dikelilingi sedara mara sepupu sepapat sendiri yang aku pun tak kenal. Apa pun makan tetap makan.haha..

Lepas tu nak ke rumah Abang Pin, anak sulung beliau masuk hospital pulak suspek denggi, Abang Pin pun kat hospital, call cousin aku yang lagi sorang tu pun tak dapat, tak tau mana nak tuju lagi kami terus balik. Ingatkan dapat la beraya rumah jiran-jiran, en suami tunjuk penat sangat, tertidur sampai petang nak beraya apa pun tak boleh. Lepas Asar beraya rumah bestfriend aku je, Syida. Sementara tunggu abang dan adik aku siap, mood anak bujang baik pulak nak bergambar dengan rayban bagai.


Malam hari semangat dah nak beraya rumah jiran-jiran sekali adik aku kata ada marhaban rumah jiran yang esoknya ada majlis kahwin, kompem semua nak kesana. Rasa mengganggu pulak, cancel terus! Raya kali ni tak sempat beraya bagai satu pun rumah jiran. Harap depa faham la aku kan tak cuti...








Thursday, August 07, 2014

Beli Tablet Dari Lazada



Nak share jugak kat sini pengalaman beli online dengan Lazada. Aku beli dah lama sebelum raya haritu. Netbook aku kan dah melingkup, nak beli baru tak cukup budget buat masa la. Ni pun dapat dividen koperasi aku aim sebijik tab murah dekat Lazada. Bukan apa senang aku nak blog kalau ada tab. Walaupun tak sesedap pakai pc, setakat nak online facebook dengan blogwalking ok kot aku fikir. 


Lepas beli rasa macam menyesal pun ada. Aku budget benda ni oklah, rupanya sekejap-sekejap hang. Memang sentap betul bila dok sedap online dia  boleh hang. Buat apa meletak harapan tinggi dengan barang murah cap ayam made in China kan. Padan muka aku! Tab ni tahap takdak orang mau pakai, kalau ada pun beli bagi kat budak, bolehlah dari takde.muahaha..

Aku order Cash On Delivery, dalam masa dua hari barang sampai. Cepat dan bagus juga servis Lazada ni. Setiap perkembangan barang yang diorder Lazada akan inform kita melalui SMS. Barang dah sampai baru bayar, so tak payah risau kena tipu ke apa benda. Penghantaran pun FOC. So far puas hati la dengan Lazada. Aku dah lama juga aim mesin jahit dekat web Lazada tu. Tunggu ada budget lebih nanti baru beli kot. 

Aiman tak excited pun dengan benda ni pada mulanya. Lepas aku install game banyak-banyak baru dia asyik nak melekat dengan tab ni. Aku ingat nak bagi Aiman je bila aku beli hp baru nanti. 








Wednesday, August 06, 2014

Waktu Bersama Keluarga



Kisah 2 Ogos, hari lahir aku yang tak best mana. En suami hantar SMS wish besday pukul 5 petang. Aku dekat opis masa ni, kerja petang. Konon beliau nak wish dekat facebook, marah dengan line macam hampeh tak boleh log in terus lupa. Lepas hantar msg baru call nyanyi-nyanyi langsung tak romantik..haha

Petang tu adik abah mak dan dua-dua adik en suami datang. Kira complete semua satu famili en suami kecuali adik ipar yang dekat Pahang tu setiap tahun pun kerja, tak pernah balik raya puasa. Aku balik je kerja ada air, makanan semua atas meja MIL bawak dari rumah. Malam tersebut pun tak payah pening masak FIL belanja satu famili makan. Terima kasih abah belanja menantu anak hantu ni.hakhak

Aiman bersama Pak Su (suami SIL yang dok lumut) dengan Adik Afi dan Acik (SIL yang dok Pahang)


Kalau nak tau walau Afi lebih besar dari Afia, asyiklah kena buli sama Afia. Afia bukan boleh tengok Afi, budak lebih kurang baya dia, boleh tahan tahap membuli dia. Mula-mula dia peluk sayang, pastu ada jugak yang kena tenyeh. Tak padan dengan kecik anak dara aku. Kelakar je tengok perangai budak berdua ni. Aiman pulak tak habis-habis sepak bola dengan Irshad. Main je tak reti diam seminit. Bila sesekali berjumpa riuh rendah jadinya.

Aiman posing dengan Wan dan Maktok.


Gambar ni dalam hp en suami. Yang aku snap banyak goyang-goyang. Si kecik Afia tu bukan reti dok diam. Nampak tak tangan menyibuk termasuk frame, gaya je lebih tapi gambar tak semegah.huhu





Satu Hari Di Hari Raya



Ahad petang sebelum raya tu aku bahagi tugas sorang setengah dengan opismate. Nasib baik opismate bagi chance aku balik dulu. Dari rumah memang dah angkut beg dengan satu famili semua masuk pejabat. Lepas opismate aku datang je kami terus pecut balik Alor Setar. Alhamdulillah perjalanan lancar ikut highway. 

Dapat juga berbuka ramai-ramai. Takde la ramai mana, adik bongsu en suami raya dekat rumah mertua, mak abah dan SIL sorang lagi je dengan anak sedara, Irshad. Macam biasa hari terakhir puasa memang takde nasi, buka dengan ketupat rendang ayam dan kambing. Selain tu MIL buat daging jawa apa entah ikut resepi buku, sedap juga.

Pagi raya MIL dan SIL bangun awal masak kuah lodeh dan kuah kacang. Aku baru hegeh nak iron baju. Malam raya penat gila tak sempat iron. Penat kemas rumah aku tak habis, ditambah melayan Afia buat perangai takmau tidur. Irshad pun buat hal melalak tengah-tengah malam sampai pagi ajak Wan dia ronda naik moto. Bukan sekali tapi dua kali. Macam-macam hal, memang tak dapat nak nyenyak tidur langsung. Pelik sungguh peel cucu Pak Mat Kopi yang sorang tu.hehe

Lepas solat raya, abah ajak beraya rumah adik beradik beliau. Asal nak keluar ada je yang datang bertandang kat rumah. Kelam kabut sampai salam raya pun sempoi-sempoi tak sempat langsung nak bergambar satu famili. So tahun ni memang takde gambar raya reramai la. 

Mujur ada juga gambar anak-anak aku sempat snap lepas pakaikan depa baju raya. Baju kurung Afia aku beli secara membuta tuli pastu rasa menyesal gila. Masa cari baju melayu Aiman kat SP plaza banyak pilihan peplum comel-comel. Nak beli lagi sepasang macam membazir pulak nak pakai sekejap sangat. Apa pun cik pia tetap comel walaupun tanpa baju.hakhak.. 


Cik Pia sekarang memang tak minat dengan kamera. Puas snap dari pelbagai angle. Bila berdua dengan abang Icad baru mau tengok kamera. Tu pun muka serius. Kena kiss baru senyum sikit. 



Lepas Aiman balik solat raya, ajak Aiman pulak snap dengan Icad. Afia dah kemana entah gambar dengan abang dia pun takde.




Tiga buah rumah saja sempat diterjah. Pertama rumah Pak Ngah, kedua rumah sepupu en suami dan yang ketiga rumah Ayah. Dekat rumah Pak Ngah kami dijamu nasi beriani, pastu ada tosei, standart arr dah namanya famili mamak. Dekat rumah ayah kami pekena mee kuah. Menu mamak lagi.haha..Aku cuma sempat keluarkan kamera dekat rumah cousin en suami sebab masa ni aku tak makan apa, dah jadi ular sawa kekenyangan.hehe 




Balik rumah perut dah kenyang masing-masing lepak terbungkang tidur. Afia lelap dari rumah Ayah sampai balik aku masukkan dalam buai lama dia qado tidur. Penat sangat la tu semalamnya sakan buat perangai. Dikala semua tengah tidur, aku jalankan misi mengkedarah lagi. Tahun ni selera pulak aku makan lontong kuah lodeh MIL. Dua tiga kali tambah makan tak ingat dunia. 

Lepas Asar terus siap bertolak balik SP masuk kerja malam.  Yang penting tapau ketupat, rendang, lontong bawak balik. Candle licht dinner la aku malam tu. Aiman tidur dari dalam kereta sampai opis ibu dia sambung tidur lagi hingga pagi esok. Punya penat beraya baq hang.










Sunday, August 03, 2014

Afia Imanina 15 Bulan



Pejam celik semalam dah satu tahun 3 bulan dah anak dara ibu. Makin hari makin cerdik. Ada saja keleteh afia yang menghiburkan. Bila dengar lagu kemain goyang  kepala dan bontot. Bila dengar azan pandai dia angkat tangan letak telinga. Bila makan dah pandai angkat tangan sendiri doa dan aminkan. Sebelum ni kalau minta cium afia buat derk je,baru ni dia pandai kiss kita.


Sekarang ni dah boleh minta tolong sikit-sikit. Setakat ambilkan barang dah boleh suruh tau. Kalau air tumpah bagi je kain, kemain lagi dia lap. Rajin sungguh tolong buat kerja rumah.hehe.. Selasa ni pergi check up kita tengok camna perkembangan si bambam. Ramai tegur afia dah tak bambam lagi.Asalkan sihat, membesar bijak dan solehah cukup la.





Saturday, August 02, 2014

Menginjak Angka 3



Salam lebaran. Masih mood raya lagi ke?Aku ni dah namanya kerja tanpa cuti memang lemau la nak beraya sakan. Baju raya pun beli untuk anak-anak saja. Pi mai pi mai letih kot jalan je tau. Nanti baru up cerita raya. 

Jeng-jeng hari ni genap usia aku 30 tahun. Alhamdulillah masih bernafas dengan segala nikmat dariNYA. Seiring menginjak angka 3, tak ada banyak yang aku mahu kejar. Apa yang ada hari ni mungkin terbaik dari Allah. Doakan aku diberi kebahagiaan dunia akhirat.

Happy Birthday to Me!