Pages

Wednesday, August 06, 2014

Satu Hari Di Hari Raya



Ahad petang sebelum raya tu aku bahagi tugas sorang setengah dengan opismate. Nasib baik opismate bagi chance aku balik dulu. Dari rumah memang dah angkut beg dengan satu famili semua masuk pejabat. Lepas opismate aku datang je kami terus pecut balik Alor Setar. Alhamdulillah perjalanan lancar ikut highway. 

Dapat juga berbuka ramai-ramai. Takde la ramai mana, adik bongsu en suami raya dekat rumah mertua, mak abah dan SIL sorang lagi je dengan anak sedara, Irshad. Macam biasa hari terakhir puasa memang takde nasi, buka dengan ketupat rendang ayam dan kambing. Selain tu MIL buat daging jawa apa entah ikut resepi buku, sedap juga.

Pagi raya MIL dan SIL bangun awal masak kuah lodeh dan kuah kacang. Aku baru hegeh nak iron baju. Malam raya penat gila tak sempat iron. Penat kemas rumah aku tak habis, ditambah melayan Afia buat perangai takmau tidur. Irshad pun buat hal melalak tengah-tengah malam sampai pagi ajak Wan dia ronda naik moto. Bukan sekali tapi dua kali. Macam-macam hal, memang tak dapat nak nyenyak tidur langsung. Pelik sungguh peel cucu Pak Mat Kopi yang sorang tu.hehe

Lepas solat raya, abah ajak beraya rumah adik beradik beliau. Asal nak keluar ada je yang datang bertandang kat rumah. Kelam kabut sampai salam raya pun sempoi-sempoi tak sempat langsung nak bergambar satu famili. So tahun ni memang takde gambar raya reramai la. 

Mujur ada juga gambar anak-anak aku sempat snap lepas pakaikan depa baju raya. Baju kurung Afia aku beli secara membuta tuli pastu rasa menyesal gila. Masa cari baju melayu Aiman kat SP plaza banyak pilihan peplum comel-comel. Nak beli lagi sepasang macam membazir pulak nak pakai sekejap sangat. Apa pun cik pia tetap comel walaupun tanpa baju.hakhak.. 


Cik Pia sekarang memang tak minat dengan kamera. Puas snap dari pelbagai angle. Bila berdua dengan abang Icad baru mau tengok kamera. Tu pun muka serius. Kena kiss baru senyum sikit. 



Lepas Aiman balik solat raya, ajak Aiman pulak snap dengan Icad. Afia dah kemana entah gambar dengan abang dia pun takde.




Tiga buah rumah saja sempat diterjah. Pertama rumah Pak Ngah, kedua rumah sepupu en suami dan yang ketiga rumah Ayah. Dekat rumah Pak Ngah kami dijamu nasi beriani, pastu ada tosei, standart arr dah namanya famili mamak. Dekat rumah ayah kami pekena mee kuah. Menu mamak lagi.haha..Aku cuma sempat keluarkan kamera dekat rumah cousin en suami sebab masa ni aku tak makan apa, dah jadi ular sawa kekenyangan.hehe 




Balik rumah perut dah kenyang masing-masing lepak terbungkang tidur. Afia lelap dari rumah Ayah sampai balik aku masukkan dalam buai lama dia qado tidur. Penat sangat la tu semalamnya sakan buat perangai. Dikala semua tengah tidur, aku jalankan misi mengkedarah lagi. Tahun ni selera pulak aku makan lontong kuah lodeh MIL. Dua tiga kali tambah makan tak ingat dunia. 

Lepas Asar terus siap bertolak balik SP masuk kerja malam.  Yang penting tapau ketupat, rendang, lontong bawak balik. Candle licht dinner la aku malam tu. Aiman tidur dari dalam kereta sampai opis ibu dia sambung tidur lagi hingga pagi esok. Punya penat beraya baq hang.










9 comments:

  1. Selamat hari raya... meriah beraya... walaupun penat tapi puas kan...

    ReplyDelete
  2. alalalala..dah besar sangat dah Nampak afia bila pakai baju kurung..hehehe..banyak dapat duit raya?? =)

    ReplyDelete
  3. tak banyak rumah boleh pergi tu mesti sebab kat setipa rumah lepak lama2. hehe. macam saya jgk, tak dpt pegi byk rumah sbb bersembang tak hengat kat satu2 rumah.,

    ReplyDelete
  4. Salam aidilfitri PK.. Maaf kalau ada keterlanjuran kata masa tinggalkan komen di sini... comei betul cik pia dgn baju tu... saya xdan lagi nak up cerita raya saya... mood kelaut... :(

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. amik gambar kat studio jerlah 4 beranak hihihi lg comel..

    ReplyDelete
  6. wah, lega ada ofismate yang baik macam kawan Pk tu..baik dia.. satu famili angkut ke pejabat ya? hihi, seronok la keadaan pada hari akhir tu...

    awat baju sorang hjau sorang pink tu.. haha, apa pun tetap comel kedua2nya..

    ReplyDelete
  7. Eh, PK... lupa pulak! Lama tak mai, kan.

    Selamat Hari Raya! Maaflah kalau ada terkasar bahasa, terlebih gurau sejak berkenalan ni.

    Amboi Afia... baju kurung dah elok dah tu, duduknya je yang kurang. Hahaha...

    Baju si Aiman ni takda alter-alter ke? Cantik gak warna.

    Masa raya pertama ni, saya pun memang kerja mengulang ke dapur je, melantak :)

    ReplyDelete
  8. Alolo tomeinya Afia pakai baju pink.....betullah PK budak cepat beso....sayang kalau beli mahal mahal tp pakai kejap jer....
    Daging Jawa tu mcm mana yek? Masak ungkep ke....
    Tetiba teringin pulak nak makan makanan Rayab lagi....
    Mil buat lodeh jugak ke?

    ReplyDelete
  9. alahai afia kemahen duduknya tu.hihi
    gi studio je la pk.. komfem cntik..


    psstt: hihi.. hari ni dah 40 hri dah..yeay.yeay.
    pk, pic baby kat s/box tu bukan bb saya tau. itu darwisya.anak asuhan saya masa dduk jb dulu. hihi. pic bby saya belom ada lagi..
    thanks tau singgah jenguk blog saya :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!