Macam biasa la kena tempek resepi nanti nak repeat buat senang nak refer. Dulu masa birthday Afia 2 tahun aku pernah buat tapi versi tak cukup bahan. Kira ni pertama kali buat complete semua bahan jadi perfect sedap serupa beli kat kedai. Rasanya yang aku buat lagi sedap dari kedai kot hahahha
Ok jom tengok bahan-bahan dan cara buat. Senang yang amat kacau2 ja pastu kukus or bakar. Aku prefer kukus sebab tekstur lembut moist. Kalau nak bakar ok je. Bahan-bahan pun aku pepandai adjust tak ikut sangat resepi.
Bahan A : 1 1/2 cawan Karot parut dan cincang + 1 cawan walnut + 1 cawan kismis. Aku boh setengah cawan je kismis walnut.
Bahan B : 1 1/2 cawan minyak + 4 biji telur + 120 g gula kaster + 120 gula perang. Pukul semua hingga gula larut.
Bahan C : 250 gm tepung gandum + 1sk soda + 2 sk baking powder + 2 sk serbuk kayuh manis + 1/4 sk garam. Aku guna tepung naik sendiri ja lagi gebu lembut keknya. Kacau sebati semua bahan A B C, masuk loyang boleh bakar atau kukus.
Topping : 250gm cream cheese + 120 g butter + 120 g gula kaster. Mix sebati sampai kembang
Tada hasilnya lepas kukus. Naik gebu elok
Bila terbalikkan keluarkan dari loyang
Selepas letak topping cream cheese.
Ni je sempat snap
Anak-anak dah tak sabar sangat nak makan, tak sempat sejuk sangat dah letak topping. Kalau nak deco boleh asingkan sedikit cream cheese warnakan hijau dan oren pastu lukis lobak atas kek. Aku malas nak deco dah buat untuk makan sendiri ja.
Walaupun rupa tak lawa beleive me rasanya memang sedap. Mak mertua kata sedap, kawan-kawan aku pun kata sedap siap suruh open order. Huhu. En suami pun puji sedap. Anak-anak depa tak pandai sangat makan kek ni depa nak ratah topping ja. Ibu bolot pulun makan sorang sampai naik berat badan. Benda sedap don't care. hahaha