Pages

Thursday, January 30, 2020

Pendaftaran, Minggu Transisi/Orientasi Aiman Afia



Simpan kenangan permulaan sesi persekolahan 2020 anaknda berdua. Pendaftaran dan taklimat Afia pada 26 Disember 2019, Aiman pada 30 haribulan.

Taklimat ibu bapa.. Anak-anak masuk bilik darjah ada sikit ujian untuk tentukan kelas. 

Pertama kali berbaju sekolah rendah. 

Ibu letak pic ni dekat status whatsapp, Cikgu Afia masa pra respon. . Ibu tempek sini nanti besar Kak Pia boleh baca. 

Cikgu Kak bieb kata Afia dah kurus.hehe

Sayang betul cikgu kat Kak Pia

Comelnya anak ibu kan. hahaha

Sempat wefie masa pendaftaran


Hari pertama persekolahan punya semangat anak dara ni excited nak sekolah. Ibu biasa la buat kerja last minute. Malam sebelum sekolah baru kalut nak jahit lencana, nak iron baju dan marking nama kat barang2 Afia. 

Sleep tight esok bermula alam baru persekolahan. 

Siap tulis nama dekat alat tulis, kasut dan bekal Afia. Pukul 2 pagi baru ibu lena

Bangun pagi solat subuh dengan ibu

Hari pertama ibu hantar terus balik tak tahu rupanya ada parents yang ikut sampai kelas. Nasib mak Aqilah tolong tengokkan Afia dok kelas mana.

Hari pertama persekolahan. Sahaja aku pergi kesekolah untuk menuntut ilmu kerana Allah taala. Lafaz niat yang GB minta parents ingatkan anak2 setiap pagi. 


Waktu rehat hari pertama je ibu jenguk. Ni pun dah lewat datang ibu jogging baru teringat sampai kantin Afia dah habis makan. Hari seterusnya pandai-pandai la berdikari, lagipun setiap hari ibu sediakan bento. 

Makan bento sikit ja excited dengan sekolah lebih sangat

Cikgu welcoming siap pintu gerbang

Rupanya ada wartawan datang buat liputan masuk TV. Patut la cantik betul pintu gerbang.  Even sipi2 ja Kak Pia kat belakang ibu tempek juga kenangan. Huhu

Nasib la Kak Na mention,  ibu dengan abah tengok video kat fanpage sekolah cari Afia sampai kesudah tak nampak. 

Pertama kali berbaju sukan wajib la snap


Pendaftaran Aiman ibu pergi tinggal Afia Aryan dengan abah. Sebelum ke sekolah wajib la bergambar dulu. Lighting tak on point sangat,  janji ibu nampak slim sudah. hahaha

Ibu minta Afia snap nak tengok betapa besarnya Aiman. How time flies. 

Ni sebab kasut ibu tinggi ja ikutkan Aiman lagi tinggi dari ibu. 

Yang si kecik ni pun sibuk nak menempel sama dengan muka tak mandi. 

1st day.. Aiman sekolah sesi petang

Pertama kali berbaju sukan

Semoga dipermudahkan persekolahan Aiman Afia sepanjang tahun. Ni dah nak masuk bulan 2 so far everything going smoothly. 







1 comment:

  1. Dah besar2 anak PK..sekejap masa berlalu..comey nyer Pia

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!