Lepas keluar dari Zoo Taiping kami ke Ansari Famous cendol pekena cendol dan pasembor. Rasa cendol dia so-so je la malas aku nak buat entry. Pastu kami ke Lumut sekejap rumah adik ipar. Tak plan pun nak kesana, lepas Asar terus bertolak balik SP.
Sampai SP dah malam berkira-kira nak makan dimana pastu aku teringat kawan office suggest tentang cafe ni. So apa lagi buat pertama kali kami terus kesini. Cafe ni baru ja dibuka tak salah pada September 2019.
Lokasi berhadapan sekolah area jalan sekerat, Pejabat Risda. Cafe ni pun sebenarnya projek pembangunan Keusahawanan dibawah Kementeriah Hal Ehwal Ekonomi Malaysia dibawah agensi pelaksana Risda. Diuruskan oleh anak-anak muda dari universiti tempatan, chef dari hotel dan restoren ternama. Dibuka 10 pagi hingga 10 malam, tutup pada hari Jumaat dan Kelepasan Am.
Manager cafe anak muda umur 19 tahun katanya.. yang melayan dan serve kami hari tersebut. Alhamdulillah servis tiptop setaraf hotel. Memang kata manager masakan semuanya premium, nasi goreng cina dalam setiap menu adalah subsidi dari kerajaan, sebab tu harga sangat berpatutan dengan portion comfirm puas hati.
Maktok dan Kak Pia
Nak wefie tapi ibu tak masuk frame
Pelbagai menu barat dan tempatan
Jom tengok apa yang kami order
Koteaw Ladna portion gila banyak, boleh makan 2 3 orang. Aku makan sorang sambil suap Aryan. Kenyang sampai sengkak la perut, pulun juga aku nak habiskan semua.
Chicken Chop untuk Afia
Grilled Chicken untuk Aiman
Lamb Chop en suami
Fish & chips mak
Abah order nasi putih dan sup. Yang bestnya sup tanpa ajinomoto, dimasak secara lebih sihat. Sedap kata abah.
Boleh juga request buah-buahan even takda dalam menu..kerlass tembikai bentuk love
Mula-mula Aryan share makanan dengan ibu tapi dia kalut sungguh dengan french fries. Ibu pun order kat dia tak habis tapau bawa balik.
Sebelum balik pose sekejap. Comot serabai dah tak plan nak singgah Lumut baju pun tak bawa.
Highly recommended, teruja dengan menu yang dimasak secara lebih sihat juga menyokong anak muda. Dari segi rasa tak la sedap gila, biasa sahaja boleh la makan tapi harga memang murah dengan portion besar.
No comments:
Post a Comment
Komen tanpa nampak kejanggalan ok!