Pixajoy

Tuesday, June 26, 2018

Home » Aryan's 2nd Birthday Celebration

Aryan's 2nd Birthday Celebration



18 Jun bersamaan 4 syawal Aryan Nufael genap 2 tahun. Sebab masih dalam mood raya sakan tak prepare apa pun untuk Aryan. Hari birthday Aryan satu hari kami sibuk beraya dari pagi sampai senja nak beli kek tak sempat dah.

Esoknya ibu usaha jugak la ajak abah pi beli kek untuk adik sado. Sebab masih kat kampung ibu terjah on the spot kedai kek Parit Buntar. Ni pun bertapa lama nak buat pilihan nak beli kek mana. Padahal ada 3 4 jenis kek ja. Abah depa bising dah tunggu lama dalam kereta.haha

Kek Misai comel pilihan ibu

Hari tersebut en suami tak berapa sihat. Aryan pulak dok merengek tak sabar nak makan kek sepanjang jalan dalam kereta, sampai rumah malas dah ibu nak snap gambar. Potong kek makan je la dah lapaq kek sangat. Ibu bebai dah.hahaha...

Sedap keknya. Dah lama ibu tak makan chocholate sponge cake yang menepati selera camni

Balik Sungai Petani ibu buat Marble Cake Tepung Beras dengan Chocholate Muffin, so kita raikan sekali lagi belated birthday Aryan. Malas dah nak buat kek lain kira sekali harung la baru rare. Ingat nak jemput famili mak pengasuh dia pun ibu dah tak daya nak kemas rumah nak masak. Letih balik kampung beraya tak habis lagi.

Raya ke 10..balik dari open house rumah kawan ibu..laju2 cucuk superhero cake topper ibu beli kat shoppee.  Ambik lilin kek misai Aryan tempohari cucuk kat kek bagi meriah sikit. Kita nyanyi lagu Allah selamatkan Aryan minta dia tiup lilin saja la bagi dia seronok. Gaya Aryan tu comel sangat hembusnya sampai esok tak padam lilin kalau gini.hahaha


Balas dendam aritu takda gambar potong kek. Layan!

Kek superhero hentam sajalah labu nama dia.kahkah

Budak pencinta makanan aduhh la potong ja belum apa2 terus ngap masuk mulut

Makan tak heran dah orang suruh tengok depan nak snap gambar.

Peace Aryan tak pernah jadi 

Sambung Muffin coklat plak. Makan je keja dia mana tak bulat

Kek Tepung beras. Jadi la buat gonyeh2. Kuih raya pun sodaqollah dah. Rumah kami ni letak apa pun licin. Sejenis lapaq kedarah 1 famili.hihi

Nyum..Rajin nanti i share resepi ya

Didoakan anak ibu Aryan Nufael menjadi anak soleh, di beri ketenangan hati menjadi anak cergas cerdik pintar berjaya cemerlang gemilang terbilang ehh ehh.. Semoga segala yang baik mengiringi setiap langkah kehidupan adik. Abah ibu Abang Aiman Kak Pia sayang adik sangat2.




1 comments:

Shahida Dzulkafli said... Best Blogger Tips

Happy belated birthday Aryan Nufael..