Pixajoy

Monday, June 04, 2018

Home » Resepi Cream Puff Cream Custard

Resepi Cream Puff Cream Custard



Bulan puasa ni makin lemau jadinya. Banyak nak update tapi tu la busy survey baju raya, tudung raya, resepi kuih raya...rambang mata semua cantik, duit ja tak berapa nak cantik.haha..

Dalam bermalas-malasan ada juga hari rajinnya. Pertama kali buat cream puff ni haruslah masuk blog. Walaupun rupa tak semegah, rasanya ada. Naik gebu jugak so macam biasa tempek sini resepi senang aku refer nanti.

Tara..rupanya takda la cantik. Aku tak pakai nozel pun. Rumah aku mana ada menatang tu semua. Piping bag pun beli untuk buat cupcake birthday Afia tempohari. Boleh la takat nak makan anak beranak. Adunan ni pun dapat tak banyak dalam 10 ke 11 biji je cream puff. Kalau nak banyak gandakan sukatan.


Resepi Cream Puff

Bahan-bahan
1/2 cawan butter/ marjerin
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
4 biji telur
1 sk esen vanila

Cara : Panaskan butter dan air, dah larut masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai jadi doh dan tepung tak melekat pada periuk. Tutup api. Masukkan telur satu persatu dan kacau kemudian masukkan garam dan esen vanila. Masuk adunan dalam piping bag, tekan dalam kertas cupcake or loyang, bakar ikut oven masing-masing.

Resepi cream custart

Bahan-bahan
2 sb tepung kastard
2 sb gula kastor
1 1/3 susu cair / susu segar
2 st mentega
1 st esen vanila
* Aku add susu pekat bagi lemak dan manis sikit.

Cara : Masak semua bahan hingga pekat kemudian masukkan mentega dan esen vanila. Kacau sebati, dah sejuk masuk piping bag untuk dipaipkan pada cream puff.

Cream puff tu nak cantik bedakkan dengan icing sugar. Next time bila rajin boleh repeat buat guna cream cheese plak, Insyaallah.hehe





1 comments:

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

hehehe kalo ade buat lebih meh laaa kasi sikit =P