Pixajoy

Sunday, May 20, 2018

Home » Jamuan Office Sambut Puasa

Jamuan Office Sambut Puasa



Jamuan sempoi ja, makan-makan kat office Isnin lepas sebelum puasa. Tak banyak pun makanan, tapi Alhamdulillah sedap dan licin. Tengah banyak masa terluang berbekalkan sedikit kerajinan nak update blog  aci la buat entry makan-makan. Sila jangan terliur pulak bulan-bulan posa ni.hehe..

Nasi tomato ayam masak merah dan air asam. Wallah sedap. Tambah sedap orang sponser.haha

Selain main dish nasi tomato, ni je menunya. KFC je tak sempat snap.

Boleh tahan sedap puding karamel dalamnya ada buah dalam tin tu.

Puding oreo ni aku yang buat. Takda orang puji sedap pun anak sendiri ja puji, makan lebih dari orang lain.haha..

Ambil Afia dari sekolah singgah office dulu seperti biasa sementara habis shift pagi, dapat la budak ni join sekaki makan. Sampai je terus taram puding oreo ibu, pastu makan KFC je nasi pun tak habis.


Kami yang kerja shift memang agak susah nak berkumpul, jamuan macam ni je la dapat kumpul semua. Insyaallah raya nanti kita buat jamuan raya pulak.





2 comments:

Zurainny Ismail said... Best Blogger Tips

Amboi...meriahnya! Seronok dpt mkn ramai2, kan...Selamat Berpuasa. :D

Shahida Dzulkafli said... Best Blogger Tips

Meriah menunya.. Puding caramel tu cantik..