Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan. Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut.
Masyarakat melayu mempercayai burung hantu mempunyai mistiknya yang tersendiri. Sejak dari kecik aku takut akan burung hantu kerana percaya cerita orang tua-tua bahawa bunyi burung hantu pada malam hari membawa petanda adanya benda halus. Korang ada ke cerita mengenai burung hantu?
Hari nie nak share fakta tentang burung hantu :
- Boleh ditemui di semua benua kecuali Antartika.
- Adalah salah satu haiwan yang paling setia kerana hanya kahwin sekali sahaja.
- Burung hantu betina lebih berat dan biasanya 25 % lebih besar dibandingkan dengan jantan.
- Kebanyakan burung hantu dapat memutarkan kepalanya tiga perempat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya.
- Dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung hantu mengalami rabun dekat, ia tidak dapat melihat dengan jelas apa sahaja yang berada betul-betul di hadapannya.
- Matanya tidak bergerak ketika melihat meskipun memiliki penglihatan binokuler seperti manusia.
- Burung hantu juga tidak dapat berkedip dan melirik ketika melihat mangsa melainkan menggerakkan lehernya (kepala).
- Ia mempunyai 3 kelopak mata : 1 untuk mengejapkan bila ada gangguan, 1 untuk tidur dan 1 untuk membersihkan mata.
- Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Oleh itu kebanyakan burung hantu aktif pada malam hari.
- Burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.
- Burung hantu adalah pemangsa dan sangat membantu manusia dalam membasmi tikus.
- Hanya burung hantu jantan yang berwarna putih sempurna seperti Hedwig. Walau karakter hedwig adalah betina, kenyataannya ia burung hantu jantan.
- Yunani kuno percaya burung hantu adalah lambang kebijaksanaan.
SUMBER :
12 comments:
haa kawin sekali jer ? memang setia nih suka2 ..tp seram tengok burung hantu ni kan
huhu... burung jampuk!
bila malam tak tido
pagi sibuk mengantuk plak
macam saya haha... :)
Yeaaah, burung hantu.. Haiwan yang paling setia dengan pasangan. Huhu, suka fakta tu ^^
tp burung antu comel...hehehe
ye la , dulu kecik2 pon af takut bila tgk burung hantu sbb dia besar .. huuu ^_^
bunga lau dengar burung hantu tu bunga takut..hee
@puanbee
bunyi dia yg takut.seram..
@wanbu
elok sgtlah wanbu.dh macam burung hantu awk tu.haha..
@Miss Tira
itulah bagus kan.tk kawen byk.bintang lain tak kawen pun dia bedal.haha..
@Ila
mmg betul ada yg comel.tp klu besar n tmbh dgn suaranya yg nyaring.seram!
@Abdul Farique
takut sbb besar je ker af?hehe..
@bunga
sama la..tp dulu,skang dh berani..:)
Post a Comment